Tuesday, December 31, 2013

End of year 2013



hari ini 31 Disember 2013. hari terakhir sebelum kita masuk ke tahun baru iaitu 2014. azam baru? pernah ke aku ada azam baru? hoho!

tahun 2013 nie banyak sangat dugaan dan cabaran yang qis harungi. kalau boleh, qis nak padam semua memori2 pahit bersama "dia"..semuanya..Lim Kok Wing, Desaria Villa, Puchong..semua tu bagi qis adalah "shit". hati ini masih lagi rasa sakit teramat sangat. bila fikirkan semuanya mesti air mata ini akan menitis. banyak sangat masa yang qis habiskan bersama dia walaupun dalam tempoh masa yang sekejap. aku doakan hidup ko tunggang langgang sampai ko minta keampunan dari aku. aku doakan hidup kau langsung tak sejahtera dan tak bahagia. aku doakan rezeki kau sempit sampai bila2qis memang seorang yang kejam dan jenis berdendam. siapa suruh cari pasal dengan aku kan?

cakap pasal balas dendam nie, bagi sesiapa yang memang ikut blog qis memang tau la kan what happen to all my ex. semuanya dapat pembalasan. Allah itu maha Adil dan Saksama. Dia akan membela orang yang teraniaya..Insya-Allah. qis bukan nak balas dendam secara fizikal..tidak. qis percaya pada hukuman-Nya. 

moga2 tahun 2014 memberi cahaya sirna pada kehidupan qis. semoga ada seseorang yang menyinari hidup dan hari2 qis sepanjang tahun 2014. insyaAllah.

pada kawan2 yang berkahwin pada tahun 2013 nie dan sedang plan kahwin 2014 nie, qis ucapkan tahniah, semoga berbahagia sehingga ke Jannah. amin.

agak2 kakitangan awam dapat ke bonus separuh gaji 2 Januari 2014 nie? entah, senyap je kan?


lovenota 1: bilakah aku akan mendapat kebahagiaan dan kegembiraan?
lovenota 2: aku akan tetap menantimu~


Read More »

Thursday, October 24, 2013

Buffered Earning ke-102


"update versi gedik"

Mr Nuffnang tak pernah kecewakan i selama kami couple 5 tahun nie taw. Mr. Nuffnang memang sayangkan i, tak pernah curang dan masih setia *poyos giloss*. disebabkan Mr.Nuffnang sayangkan i, dia bagi lagi Buffered Earning (BE) untuk berjalan2 sambil menari2 dalam blog i taw. tak sangka i taww..hari nie pun dia bagi lagi hadiah special untuk i. i betul2 tak sangka and sangat teruja bila diberi BE lagi. yelah, BE yang lama masih belum jadi Metered Earning (ME) lagi. sebab tu i melompat kegembiraan pagi2 nie. hoho!


dah3. takmo menggedik..kang hado yang muntah hijau plak. hikhik!.

so, seperti title post di atas, hari ini Qis dapat lagi BE yang ke 102 *ari tu tak sempat nak buat post pasal BE yang ke 100..busy sangat..huhu!*. 

thanks to INTI Rebranding Campaign untuk BE yang ke 102 ini.


Bagi BE yang masih berjalan seperti:
- Q3 Prepaid Roaming
- Ford MCA Launch
- Talent Corp
- Chipsmore
- SONY NEX 5-T
arigatou and trimas!

lastly, thanks to my kekasih hati la iaitu Mr.Nuffnang..i love u..muahh!! hikhik!


lovenota 1: masih sibuk key in markah pelajar dalam sistem SPPBS. 
lovenota 2: cikgu2 satu malaysia busy dengan SPPBS. server pon jadi jem. haiya!


Read More »

Wednesday, October 02, 2013

Phishing: Minta Nombor Akaun dan Nombor Gaji Kakitangan Awam Sekolah



dalam kalangan guru-guru di Malaysia dikejutkan dengan email phishing yang dihantar oleh seorang kononnya Pegawai Sektor Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu Mohd Amin Bin Anis. dalam kandungan email tersebut meminta untuk mengemaskini maklumat pangkalan data Jabatan Akauntan Negara yang memerlukan nombor akaun bank dan nombor gaji kakitangan awam. 


akibat daripada penipuan ini, ia mendatangkan banyak permasalahan kepada semua pihak. Langkah2 mengatasi masalah ini *macam karangan sudah..haha!*

1. buat report polis *ayah Qis kan polis, dia cakap 30 September hari Isnin lepas di Balai Polis Telok Kemang ramai guru-guru buat laporan polis..jadi riuh balai..haha!*

2. tindakan awal guru-guru adalah transfer semua wang di dalam akaun gaji ke akaun lain *nasib baik Qis ada akaun bank lain..bila dapat tahu cite ie, trus transfer. selamat duit gaji den*

3. semua guru hendaklah membuka akaun baru kerana nombor akaun itu sudah didedahkan kepada si penipu itu *Qis tak dapat lagi akaun baru memandangkan semua guru area Gemencheh ramai giler datang bank semalam nak bukak akaun baru*

4. Pegawai Tadbir (PT) dan pihak sekolah mengalami masalah untuk menguruskan gaji untuk bulan Oktober memandangkan gaji kakitangan awam pada bulan Oktober dikeluarkan awal kerana menyambut Hari Raya Aidiladha 2 minggu lagi *maknanya gaji Qis sangkut la sekejap, tak dapat gaji on-time*

5. sesiapa yang buat auto-debit pembayaran segala jenis termasuk pembayaran loan, rumah, kereta dll terpaksa mengisi borang baru disebabkan nombor akaun yang baru *tadi pun ada Aeon Service call pasal nie. orang tak habis cerita masalah kita, dia main potong cakap kita. macam tau cerita je..langsung tak menghormati pelanggan!*

kalau ikut logiknya, memang tak wujud pun email government [gov@gmail] sebab semua email gov macam nie [@gov.my]. serius tertipu! rasa macam nak maki je wei! tipah tertipuu! lepas tu tengok ada logo KPM dengan logo JPN. mana la tau itu email tipu sebab mata nie dah nampak logo2 penting macam tu! geram jugak rase..haha!
memang benda nie jadikan pengajaran la. lepas nie apa2 hal pun kena rujuk balik pada pentadbiran atas nuh. jangan buat keputusan sendiri. harap2 si penipu nie dapat ditangkap secepat yang mungkin. semua guru jadi mangsa sebab gaji dapat lambat. hari raya nie sambut lah secara sederhana..duit takdok! hahaha!


lovenota 1: Qis pun ada rasa bersalah sikit. sebab Qis yang bukak email tu tunjuk kat PT
lovenota 2: maafkan Qis! (Y.Y)


Read More »

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednessday # 23: Dugaan dalam Perhubungan



lovenota 1: dulu Mr. Meow suka cakap kasar2 kalau betul2 marah..dahsyat woo!
lovenota 2: tapi Qis pun balas balik, marah die balik. jahatnye..tapi bukan macam bini Mat Yo tau..hihi :P


Read More »

Tuesday, September 24, 2013

Adam AF bakal bernikah dengan Fiza Elite Khamis Ini

tak ada berita diorang bercinta pun, tup tup dah nak kahwin! wow! pandai diorang simpan rahsia. serius tak tahu ponn. dahsyattt! untuk pengetahuan uolss, Adam AF atau Mohd Aizam Mat Saman berumur 29 tahun manakala Fiza Elite atau Siti Saidatul Fiza Abdul Halim berumur 33 tahun. umur bukanlah penghalang diorang untuk bersama oke.





kalau diorang kahwin khamis ini (26 September 2013), alhamdulillah la. semoga majlis berjalan dengan lancar. amin.

sumber: [beautifulnara]

lovenota 1: masa AF 2 dulu memang minat Adam. poyo tak? hihi
lovenota 2: AF 2013 nie tak layan dah. maaf. teettt~



Read More »

Saturday, September 21, 2013

Buffered Earning ke-98



disebabkan dah lama tak menulis pasal BE, Qis terpaksa mengira balik jumlah BE yang sudah jadi ME *sanggup taw! haha!*. kira punya kira rupanya Qis dah terima BE yang ke 98! 2 lagi BE baru mencecah 100. woww! tunggu BE yang ke 100 nanti lah buat ucapan special ye..*poyo betul!*. hehe~


so, BE ke 98 ini ditaja oleh FORD MCA LAUNCH *siap kotak merah lagi tuu*. baru hari nie Qis dapat BE ye. so, tugas uols sokonglah iklan Qis nie ye. 


nak tau pasal Ford nie sila klik iklan Qis yang sentiasa terpampang di blog ini..hehe. 

Qis nak berterima kasih kepada Ford la sebab sanggup memberi iklan pada blog Qis yang kejap ade visitor, kejap takdo nie ye..haha. bukan pada Ford je, terima kasih juga kepada iklan BE yang masih menari2 dalam blog nie dari bulan Ogos lagi iaitu QE Prepaid Roaming dan Escape-Teaser *menari la lama2 sikit ye*.

thanks also to all blogger that came to my blog yang cikai2 je nie dan support iklan BE Qis. arigatou!

last but not least, thanks to Nuffnang also because always give me BE from the account opener until today. and thanks give me some money..hikhik :P


lovenota 1: cek nuffnang dah sampai tapi belum cash-out. entah bila nak pergi bank..hehe
lovenota 2: i love nuffnang taw! :P

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®