Thursday, October 29, 2009

:: Lima Tanda Korang Telah Terlalu Lama Single - 4 Boys only ::

mukadimah dlu: Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Anda bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak korang lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih dan keseorangan.


Perasan semua awek suka pada kau – Bila awek lalu sebelah dan senyum kat korang mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab korang memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh korang atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi korang masa makan tengah hari tadi. :roll:
Membina tabiat makan yang tidak elok – Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur korang penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah korang dah lama single. Ataupun korang asyik makan kat luar je.

Korang banyak sangat main games – Counterstrike? DOTA? FIFA 2009? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang korang dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Termasuklah games kat Facebook tuh. Mungkin bila korang dah ada awek nanti korang dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda korang dan rosakkan peluang korang nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha perempuan?

Korang meluahkan perasaan dekat perempuan – Apa lagi tanda yang korang telah terlalu lama single? korang menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan korang seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single korang yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

Korang mula stalk awek lama kau – Terima kasih kepada Internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-Google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam korang sedang menaip nama ex-girlfriend’s korang di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah korang nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.


~hahaha~

2 comments:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®