Friday, October 07, 2011

Belanjawan 2012




BELANJAWAN 2012 | Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.
BELANJAWAN 2012 | Semua pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 yang akan dibayar melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
BELANJAWAN 2012 | Bagi mengenang jasa Polis Khas dan Polis Tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis
BELANJAWAN 2012 | Pencarum KWSP boleh daftar awal giliran ibadat Haji melalui penghadangan Akaun 2 sebanyak RM1,300.
BELANJAWAN 2012 | Pemberian baucar buku RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam & swasta tempatan, matrikulasi & tingkatan 6
BELANJAWAN 2012 | Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan BONUS setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.
BELANJAWAN 2012 | RM100 diberi secara one off kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seorang.
BELANJAWAN 2012 | Bonus RM500 untuk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan akan dibayar pada gaji bulan Disember.
BELANJAWAN 2012 | RM200 Juta akan disediakan untuk melatih belia yang telah meninggalkan sekolah melalui Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY 1Malaysia)
BELANJAWAN 2012 | Bantuan sebanyak RM500 akan diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
BELANJAWAN 2012 | Rancangan Tebatan Banjir akan dilaksanakan di Perlis, Perak dan Johor untuk membantu 4 Juta penduduk yg masih tinggal di kawasan berisiko.
BELANJAWAN 2012 | Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.
BELANJAWAN 2012 | Warga emas berumur 60 Tahun ke atas akan dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital & klinik kesihatan.
BELANJAWAN 2012 | RM15 Juta akan diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal agar matlamat “Satu Gelanggang Satu Mukim” dapat dicapai.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan suntikan percuma imunisasi HPV di seluruh negara untuk mengatasi kanser servik.
BELANJAWAN 2012 | Bagi membantu pemilik teksi bajet persendirian menghadapi kos operasi tinggi, mereka akan dibantu dengan pengecualian cukai pembelian teksi.
BELANJAWAN 2012 | Untuk membantu golongan gelendangan, Kerajaan akan menyediakan pusat khidmat bantuan sosial dikenali sebaga Anjung Singgah.
BELANJAWAN 2012 | Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan akan memastikan setiap individu yang didakwa di mahkamah akan diberi bantuan guaman percuma jika mereka tidak mampu melantik peguam sendiri.
BELANJAWAN 2012 | Hospital akan dinaiktaraf & dibina, kerajaan juga akan tambahbaik 81 Klinik Kesihatan Luar Bandar & buka 50 Klinik 1Malaysia.
BELANJAWAN 2012 | Perkhidmatan Kesihatan akan diperuntukkan RM15 Billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 Billion untuk pembangunan.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan wujudkan Tabung Khas Perumahan Nelayan RM300 Juta untuk bina & baik pulih rumah.
BELANJAWAN 2012 | RM63 Juta untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. RM40 Juta untuk baik pulih dan menyelenggara rumah kos rendah awam dan swasta.
BELANJAWAN 2012 | Program Rumah Mesra Rakyat (SPNB) akan diteruskan. SPNB diminta membina 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat pada tahun 2012.
BELANJAWAN 2012 | RM500 Juta naik taraf kemudahan kem tentera. RM50 Juta bantu askar yg bersara selepas berkhidmat 21 tahun utk menceburi bidang perniagaan.
BELANJAWAN 2012 | 600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan terus melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPP) di seluruh negara dgn membina 75,000 unit rumah mampu milik.
BELANJAWAN 2012 | Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.
BELANJAWAN 2012 | Pendapatan Kerajaan Persekutuan bagi 2012 dianggar meningkat 1.9% kepada RM186.9 billion. Defisit Kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurangan kepada 4.7% daripada KDNK, berbanding 5.4% tahun ini.
BELANJAWAN 2012 | Pemberian subsidi untuk minyak petrol, gas LPG, gula, beras akan diteruskan seperti biasa. Kerajaan juga akan terus menanggung bil elektrik yang kurang dari RM20 sebulan.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.
BELANJAWAN 2012 | Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.
BELANJAWAN 2012 | Kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan.
BELANJAWAN 2012 | Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.
BELANJAWAN 2012 | RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus & RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
*******************************
suka tak?
(^V^)v

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®