Sunday, March 18, 2012

Mencari Identiti Bloogger Yang Hilang


ini adalah post yang da lama bersarang..tapi tak publish2..
teroknye cik balqis ini ye! haha!
so cekidaut!!

Once you have been tagged, you are supposed to write a note

with 25 random things, fact, habits, or goal about you.

At the end, choose 25 people to be tagged.

You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you.

okk..jum kita tengok secrets of cik balqis..edisi siasat nie..spesel!!




# nama? adehh..dari dulu semua tanya nama betol cik balqis..err..balqis laa nama betol..tak percaya? hehe.. #

# saya anak yang sulung dari 3 orang adik beradik..ada adik perempuan yang lahir pada tahun 1989 dan adik lelaki yang lahir pada tahun 1993..yes..semua adik dah besar..jejak kaki di kolej dan universiti..alhamdulillah #

# seperti korang yang sedia maklum..cik balqis sedang tunggu panggilan posting (mengajar) dari KPM..yes..cik balqis seorang pendidik! *update: sudah jadi pendidik..so..cikgu balqis ;p #

# sudah graduate (2tahun yang lepas!)..memang seronok! Lepasan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) #

# kerja Part Time di Pizza Hut Port Dickson..best taw..dapat makan pizza free!! so..siapa2 yang sedang main2 tanam anggur yang takde pekdah tu sila lah cari keje macam cik balqis..hehe #

# pernah kerja sebagai Waitress di PNB Ilham Resort, Port Dickson..macam2 pengalaman ada semasa bekerja kat situ..tapi yang paling best selalu kena ngorat sebab aku yang paling comel kat situ..hikhik! siap ada yang bagi no telefon..bisnes card..yelaa..masa tu slim lagi..jalan gaya ala2 model..haha! #

# seorang gadis yang mempunyai tinggi 166 cm (tinggi ker tuh?)..yelaa..bila dengan budak2 kelas..cik balqis adalah orang yang kedua tinggi di dalam kelas..sebab semua cikgu2 ketot2 belaka..haha..jangan mare #

# suka kaler pink + purple + biru..so jadi la kaler macam blog balqis nie..hehe #


# cik balqis jenis yang gelabah sikit..kalau ada apa2 hal yang berlaku..mula la cakap yang mengarut..risau tak tentu pasal..panik..then mula la langgar itu..ini..cakap laju2 sampai orang tak paham..itulah saya..hehe.. # 

# anak 1 malaysia..haha..nape cakap macam tu? sebab balqis nie da macam takde tempat asal yang betol..memang balqis dilahirkan di Sarawak (mek orang sarawak tok!)..tapi sik reti mauk klaka sarawak..hehe..abah orang Kelantan..so boleh kelik klate sikit2..mu dok cayo ko..hoho..toklong pulak tinggal kat Terengganu..mung cayo x? opah pulak kat Perak..mike orang peghak jugak..sekarang tinggal kat PD..orang Nogori haa..soo..mix sume2 jadi laa anak malaysia..(merepek meraban dah aku neh!) #

# Sempat bersekolah di Sarawak di SK South, Miri..dulu kat situ kalau nak pegi sekolah kena lalu 1 anak tangga yang sangat tinggi! maybe beribu2 anak tangga..sudah lupa la..tak tahu wujud lagi ke tak anak tangga tu! #

# pernah tinggal kat Kuala Lumpur..kat Keramat Wangsa berdekatan dengan Setiawangsa..yepp..sekolah rendah di SK Taman Setiawangsa..sekolah menengah pulak di SMK Taman Setiawangsa..alaa..satu sekolah dengan Pierre Andre..senior i tuu..(belagak siot..hampeh!) #


# pernah sekolah jugak kt SM Tinggi Port Dickson @ High School Port Dickson..kat sekolah tu la jumpa majoriti student India dan Cina..Melayu adalah kaum minoriti je..kesian kan..bila masa subjek Pendidikan Agama Islam..budak2 melayu kena bergabung 4 kelas untuk dapatkan pelajar melayu dalam satu kelas..haha..memang tak dapat lupa la pengalaman camnie.. #


# mengambil sijil asasi di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk)..terjatuh hati pulakk pada sorang mamat sekelas..tapi baru sedar jatuh hati masa last2 nak habis matriks..suka2 gitu je pon..sekarang nie da jadi Doktor kot..hemm #

1st Love? hemmm..dengan kawan sekelas masa Tingkatan 2..dia amat la comel (aku tak amik kire ciri2 kehenseman sangat..hoho)..budak KL n dalam kelas duduk berjiran dengan aku..tiap2 hari pandang muka comel dia..daisukeee! suka sangat bersembang dengan dia masa sekelas dulu..bila dah naik form 3..da tak bertegur sapa sampai la aku pindah N9..tapi still contact through YM n FB..sampai sekarang still menaruh harapan (gatal..haip!!)..tapi sekarang da ade aweks daa..tak sempat nak ngorat! ;p #


# 1st Admire? hemm..kawan sekelas jugak masa Tingkatan 1..dia budak Perlis..nama? tak payah ler..kang dia google nama sendirik bocor rahsia aku..hihi! suka dengan dia sebab dia very2 funny..suka bertengkar dengan dia dulu..(tula orang kata..yang kita tak suka tu lama2 jadi suka ;p)..then sekelas lagi Form 3..galak laa cik balqis menyakat dia..tapi Form 4 dia dah pindah sekolah teknik..sekarang nie da bertunang..tak sempat nak tackle jugak..aiyakk! #

# masih simpan lagi bantal yang "wangi" dari kecil..memang bawak dari sarawak laa..made in sarawak gituu..haha #

# jenis yang tak kisah pasal barang2 yang branded ke tak..hentam jee..tak kira la pakaian ke..beg kee..kasut kee..asalkan benda tu elok dan bagus #

# suka filem2 hindustan..siap boleh hafal jee lagu2 hindustan taw..cakap hindi pun sikit2 boleh..haha..dulu laa..sekarang nie hindustan hampeh..pelakon xbest semuanya..xminat dah! #

# suka air Ice Lemon Tea @ Teh 'O' Ais Limau..entah kenapa pun tak tahu..hehe..sekarang nie da main gila dengan ice lemon tea..sebelum start kerja kat pizza dulu mesti curik minum ice lemon tea dalam chiller..nasib baik manager tak tahu..hehe.. #

# seorang yang mudah mesra dengan orang..mudah sayang dengan orang..bila orang tu tegur laa..tapi kalau orang tak tegur aku..aku diam jee..wat bodo..mesra ke tuh..haha.. #

# Saya ni cute dan sweet..(org yang kata ehh,bkn saya)..betol laa..bila layan YM ke Tagged ke kebanyakan orang kata camtu! (perasan keja ;p)..hari tu pegi tukar minyak hitam kereta..amoi tu tanya belajar lagi ke..nampak sangat awet muda..malu2 i taw..hihi! #

# suka layan drama korea..saranghae! fanatic la kirenye! #

# Suka berblogging..tapi disebabkan busy dengan kerja..maka masa untuk berblogging sudah makin kurang..sedihnyee.. #

# hati ini sudah dimiliki..oleh mr moks @ mr smith! i'm his mrs smith! chewah! ;p #

Ok siap..sekarang 25 orang yang bertuah saya nak tag adalah:
siapa2 yang baca cik balqis punya entry nie..iye2 kamu laa!
tapi rasanya nak tag kamu la BEdah! bole! ;p

Ok..sila siapkan tugasan anda dengan hati yang ikhlas ye..

4 comments:

  1. Baguis la segment ni.. Bley knl blogger. Hehehe btw salam kenal...

    ReplyDelete
  2. sila la buat lidiasuraya..
    slm kenal juga~ =)

    ReplyDelete
  3. cikgu balqis ajar subjek kimia x? ^^

    ReplyDelete
  4. ohh..ajar la..
    kimia kan da best among science stream! ^.^

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®