Friday, August 10, 2012

Cuti Berganti Persekolahan Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2012

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.


KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012. 


Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia



***********************************************************************
ini adalah berita gembira..boleh la balik awal! (n_n)v

5 comments:

  1. hahaha
    rindu masa skolah..
    student fdegree sume dpt cuti sebulan sepanjang puasa sampai raya.. nikmat!
    ahahahaha

    ReplyDelete
  2. Salam takziah tuk Balqis kekluarga ya..

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®