Tuesday, May 06, 2014

Kisah Riwayat Allahyarham Datuk Abdul Aziz Sattar


Disebabkan terlalu busy dengan Perkhemahan Kor kadet Polis Peringkat Daerah Tampin 2014, saya terlambat mengetahui bahawa Datuk Aziz Sattar sudah meninggal dunia pada malam tadi. Innalillahiwainnalillahiroji'un. dari Dia kita datang, dari Dia jua kita kembali.


Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdul Azeez Satta, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital KPJ Kajang, kira-kira jam 2 pagi tadi (6 Mei 2014). Allahyarham Aziz Sattar menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

Biodata Allahyarham Aziz Sattar

Abdul Aziz yang mesra dengan panggilan Pak Ajis merupakan anak ketiga daripada 10 adik-beradik. beliau dilahirkan pada 8 Ogos 1925 di Pekalongan, Provinsi Jawa Tengah, Indonesia sebelum dibawa berhijrah oleh ibu bapanya Satimah Jalal dan Satta Sawal ke Singapura ketika berusia tiga tahun. 

Allahyarham yang dibesarkan di Kampung Panjang, Singapura hanya bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura kerana negara dijajah Jepun. Beliau bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung kehidupannya. 

Kehidupan awal beliau penuh onak dan ranjau, malah pernah ditangkap dan diseksa oleh tentera Jepun selepas dikatakan mencuri pada usia 15 tahun. Beliau juga pernah dimasukkan ke penjara selama enam bulan bersama bapa seniwati Roseyatimah, dikenali Wak Jasni selepas disyaki terbabit dalam rusuhan 'Natrah' (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950

Kehidupan seniman ini mula berubah  pada 1952 apabila beliau menjadi penterjemah di Studio Produksi Filem Melayu atau Studio Malay Film Productions (MFP), Jalan Ampas selepas diajak oleh dua sahabat baiknya pelakon Salleh Kamil dan Shariff Dol. 

Beliau yang pada masa itu aktif dalam Pancaragam Suara Hiburan Keroncong kemudian ditawar watak tambahan dalam filem 'Putus Harapan'. 

Alam Rumahtangga Allahyarham Aziz Sattar

Menyentuh alam rumah tangga, Allahyarham Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumia (isteri ketiga) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat). Allahyarham meninggalkan tujuh anak, 19 cucu dan lima cicit hasil empat perkahwinan sebelum berkahwin kali kelima dengan Datin Hashimah Delan pada 2006. Anak-anak Allahyarham Aziz Sattar ialah Ruzaiman, Ruzaidah, Ruzainah, Zainuddin, Dahlia, Dalina dan Sandakiah.

Filem-filem lakonan Allahyarham Aziz Sattar

Allahyarham Pak Aziz adalah seniman tulen, satu dalam sejuta. Beliau terus diberikan kekuatan fizikal untuk mewarnai filem tempatan hingga ke detik ini, sejak pertama kali diperkenalkan dalam filem Putus Harapan pada 1953 arahan B N Rao. Pada hari pertama berlakon, tubuhnya menggeletar kerana hingga ditertawakan semua krew. Namun produser Run Run Shaw akhirnya tertarik juga mengambil beliau berlakon sepenuh masa dengan gaji RM150 sebulan selain bonus bagi setiap filem.

Perjalanan kariernya semakin berkembang apabila dapat memegang watak utama dalam filem Arjuna (1954) diikuti siri Bujang Lapok (1957-1961) dan Aksi Kucing (1966). 

Selepas filem Putus Harapan, beliau membintangi filem Mangsa (1952), Hati Iblis (1952), Jasa (1954), Kipas Hikmat (1955), Ribut (1956) dan Putera Bertopeng (1957). Ramlee kemudian memilih Aziz untuk bergandingan dengan S Samsudin membentuk sebuah kumpulan trio dalam filem Bujang Lapok (1957).

Sejak itu, Aziz menjadi pilihan Ramlee untuk filem arahannya seperti Nujum Pak Belalang (1959), Pendekar Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Labu Labi (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).

Uniknya kebanyakan dialog dalam filem lakonan beliau diungkap secara spontan dan sering menjadi ikutan peminat filem-filem Melayu malar segar. 

Melalui filem-filem ini jugalah beliau menjadi sahabat baik kepada Allahyarham P Ramlee. 

Antara filem-filem lain lakonannya ialah Takdir, Hantu Kubur, Pusaka Pontianak, Saudagar Minyak Urat, Siapa Besar, Putera Bertopeng, Raja Laksamana Bentan, Sumpah Wanita, Siti Muslihat, Mambang Moden, Keluarga Si Comat, Si Badol, Prebet Lapok, Penyamun Tarbus, Da Di Du, Setinggan, Tarik-Tarik, Abang 92, Layar Lara, Jibon, Pontianak Harum Sundal Malam 1 & 2, Cicak-Man dan Anak Halal. Kesemua filem lakonan Allahyarham berjumlah 44 buah filem.

Selain berlakon, Allahyarham juga pernah diberi kepercayaan mengarah filem selain menulis skrip antaranya filem 'Si Badol' (1979), 'Da Di Du' (1981), 'Setinggan' (1982), 'Darah Satria' (1984) dan Bujang Lapuk Kembali Da (1984). 

Pencapaian dan Penghargaan

Kehebatannya sebagai anak seni diiktiraf menerusi beberapa anugerah antaranya Filem Komedi Terbaik (Penyamun Tarbus) Filem Filem Malaysia ke-2 (1981), Anugerah Seniman Veteran ketika Festival Filem Malaysia ke-11 (1994), Anugerah Seniman Veteran (Lelaki) ketika Anugerah Bintang Popular (2000) selain Anugerah Artis Sepanjang Zaman (Lelaki) pada Festival Filem Malaysia ke-25 (2013). 

Allahyarham turut dianugerah Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin Helmi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 2011, Allahyarham juga menerima Anugerah Gemilang Seri Temasik bersama dengan Datuk Mustapha Maarof dan Senator Tan Sri Datuk Jins Shamsudin di Singapura. 

Pada 2007, beliau dikurnia Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Selain itu, beliau juga diberi gelaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1990.

Dialog popular Allahyarham Aziz Sattar

Seniman Bujang Lapok 



babak berlakon 

1) babak ketika aziz sattar sedang berlakon (test screen). selepas mengucapkan dialog kepada ahmad nisfu, dia pun ambil tempat.

aziz: tuan kasi lah saya satu perempuan. saya tak boleh berlakon kalau takde pompuan tuan
nisfu: perempuan?? tak payah! aaarr umar..umar (salah seorang krew) boleh jadi perempuan.

test screen bermula.

nisfu: action!
aziz: wahai adinda ku yang cantik rupawan..hidungmu cantik bagai seludang..rambut mu... errr..errr..(start terlupa dialog...die pun lihat pada umar)... rambut hitam berjambul di hadapan..berbaju bunga berseluar yankee..berkaki ayam..ohh adinda ku yang... sudikah dinda menjadi isteri beta..
nisfu: apa kau bikin dialog sendiri!!
aziz: Ai... .Siapa itu di sana hah? ohh... .kanda tahu siapa itu, itulah perompak yang mahu merompak adinda dari tangan kekanda
nisfu: apa!!kau bilang aku perompak!! aku tuan director ahmad nisfu!!
aziz: aaarrgghh!!..tak usah kau cuba ingin menyamar jadi tuan director ahmad nisfu..walaupun rupamu tidak ku kenal... .TATTAPI LOBANG IDONG MU TATTAP MENJADI POOOOJAAN HATI KUUU...
nisfu: ... . CUTT!!!CUTT!!

2) Ahmad Nesfu: Aik... itu bedak ke kapur? 
Ajis: Bedak tuan.... 

3) ajis : jolok motor ye bang.....

4) babak jiran sebelah bilik bergaduh suami isteri - “Saudara berbini je pandai tetapi undang-undang bodoh! 



5) babak jiran bising tak boleh tidur

Sudin : Tu ler dulu aku ajak korang pindah korang tak nak.
Aziz : iyer ler Sudin.. rumah yang kau cakap tu ada lagi tak??
Sudin : Rumah yang mana tu..Oooo.. rumah tu .. ada kenapa?
Aziz : Berapa bilik dia ada?
Sudin : Tak silap aku ada 3 bilik..
Aziz : Bagus tu ada tiga bilik tu..Sorang satu..Sudin berapa besar agak-agak kau bilik tu??
Sudin : Kalau tak silap aku 7 kaki panjang 5 kaki lebar 7 kaki dalam..
Aziz : Besar tu 7 kaki panjang 5 kaki lebar..siap ada dalam tu 7 kaki..iitttuuu kubur tuu!!! ko nak mampus!!!


5) babak 3 bujang lapok sedang shooting

ramlee: sungguh senang hati beta. beta lah yang digelar setan aminur rashid
ahmad nisfu: cut!! bukan setan syaitan..sultan!
ramlee: sungguh senang hati beta..beta lah yang digelar sultan aminur rashid. mamanda menteri, ada apa-apa perkhabaran?
aziz: ada tuanku. seorang saudagar telah meminta tuanku untuk merasmikan pembukaan kandang harimaunya.
ahmad nisfu: cut!! pembukaan kandang harimau? sekali rimau ngap..mampus kau!! pembukaan ladang limaunya..bodoh bahlul...
aziz: ada tuanku. seorang saudagar telah meminta tuanku untuk merasmikan pembukaan ladang limaunya.
ramlee: bagus..memanda menteri, bagus. jikalau begitu sebelum subuh beta sampai.
ahmad nisfu: cut!! sebelum subuh buat apa? orang belum bangun tidur. selepas subuh... bodoh!!
ramlee: bagus..memanda menteri, bagus. jikalau begitu, selepas subuh beta sampai. datuk perdana menteri boleh beredar.
aziz: ampun tuanku.
ramlee: wahai datuk ahli nujum maram kerapu kepunden maram sekeper. malam tadi beta bermimpi. seketul tahi lembu telah jatuh melekap di muka beta. apa maknanya?
sudin: ampun tuanku. mengikut amalan patik, tuanku akan ditimpa bahaya.
ramlee: tidak..tidak..hanya sipi..sipi. jatuh ke bahu beta.
sudin: ooh sipi..itu bermakna tuanku akan ditimpa demam malaria tapioka.
ramlee: ooohh bukan sipi..beta tepis..pelepap..atas muka tuan director ahmad nisfu.
sudin: itu maknanya tuan director nak mampus..

Pendekar Bujang Lapok 


1) babak Ajis baca surat walaupun buta huruf 

P Ramlee: Eh apa da terpusing-pusing 
Aziz: Cari dia punya kepala la. Sekali syair!...Alkisah... Alkisah tersebutlah kisah. Sang kancil mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Firaun... 
P Ramlee: Cit!... mana Firaun pakai sultan... 



2) babak tiga sahabat bertapa - Cobaan...! 



3) babak bujang lapok belajar sekolah buta huruf

be wau re nge...unta.....
Alif Ya Mim .. Buaya

Nujum Pak Belalang 



Babak dua perompak, Nyawa (S Shamsudin) dan Badan (Pak Ajis) membahagikan harta di dalam gua:
sudin :1 untuk kau,1 untuk aku. 2 untuk kau, 2 untuk aku. 3 untuk kau, 3 untuk aku. lepas 3 berapa?
ajis :hentam sajalah.
sudin :hentam sahajalah untuk kau, hentam sahajalah untuk aku. lepas hentam sahajalah?
ajis : bedallah
sudin : bedallah untuk kau, bedallah untuk aku
ajis :hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa,
sudin :hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa untuk kau, hey dalam dunia mana ada huruf bedallah daa untuk aku,
ajis : hey apa daa,
sudin : hey apa daa untuk kau, hey apa daa untuk aku,
ajis :hehehe ,
sudin : hehehe untuk kau, hehehe untuk aku,
ajis :hey kau nak mampus yer,
sudin : hey kau nak mampus yer untuk kau, hey kau nak mampus untuk aku,
ajis :kepala hotak kau
sudin : kepala hotak kau untuk kau, kepala hotak kau untuk aku
ajis : aku bagi karang
sudin : aku bagi karang untuk kau,aku bagi karang untuk aku
ajis : eeeeeeei
sudin : eeeeeei untuk kau, eeeeeeei untuk aku 

Ali Baba Bujang Lapok 

1) babak ketika Ali Baba datang pinjam beras:
Ali Baba: Ya kanda, ni surat pajak, ya kanda, apa orang kaya pun selalu masuk pajak gadai ke? 
Kassim Baba: Apa kamu fikir orang kaya semua senang ke, kadang-kadang pun sesak la... 

2) babak ketika Ali Baba mahu masuk hutan kutip kayu api:
Norsiah: Apesal kanda pakai topi besi? 
Ali Baba: "Kanda masuk soldier lah.. 
Norsiah: Kenapa kanda bukak baju tak bukak topi? 
Ali Baba: Soldier kena turun pangkat dah.. 



3) babak Ali Baba mengaku reporter berjumpa dengan Chief Penyamun (sindiran P Ramlee kepada wartawan yang ketika itu berkrisis dengannya) 
Ali Baba: Hi 
Chief: Hi...kamu ni siapa dah? 
Ali Baba: Reporterlah... 
Chief: Reporter? .. aku bikin gua dalam hutan pun kau tau kah? 
Ali Baba: Itu memang saya punya kerjalah 


lovenota 1: Takziah kepada keluarga Allahyarham
lovenota 2: lama saya ambil masa untuk update mengenai Allahyarham sebab mengkaji sedikit latar belakang Allahyarham untuk tatapan pembaca :)


2 comments:

  1. sebulan sebelum allahyarham meninggal saya sempat menemubual beliau dalam dokumentari SENIMAN KITA...menarik saya baca blog saudari ni..tapi lagi elok kalau di tulis dimana sumber perolehinya...
    bukan apa takut ada yang keliru...sebagai contoh tahun filem>>>Arjuna dibuat pada tahun 1952 tayangan 1953 dalam menulis biasanya org akan guna tahun yang ditayang pada khalayak...maaf kalau saya menegur...

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®