Friday, May 01, 2015

Balik Kampung


Penat harung jam yang amat teruk. Memang dah jangka jalan mesti jem hari nie. Tapi tulah, tak tahu kenapa tiba-tiba abah bertolak 10 pagi sebab selalunya kalau nak balik kampung mesti bertolak tengah-tengah malam takpun awal-awal pagi. Jalan highway dari Sungai Buloh dah mula jem sampai la ke Slim River. Sangkut jem tu adalah dalam 2 jam jugak. 


Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran hentian Ladang Bikam ke susur keluar Sungkai, Perak

Balik Batu Gajah, Perak nie pun sebab esok sepupu bersanding. Alhamdulillah, tadi dia sudah selamat diijabkabulkan petang tadi. Cuma tak sempat nak ambil gambar. Esok jelah bergambar puas-puas. Sampai tadi pun pukul 4.30 petang. Majlis dah bersurai pun. Esok majlis bersanding pula. 

Yang tak bestnya, Pak Da (ayah sepupu) tanya, bila nak langsung? Amboi, mentang-mentang Ida dah lepas nikah, tanya kita plak ye..huhu. Esok mesti kena tanya lagi. Tadah telinga jela esok. Haha. Sepupu saya, Ida nie muda setahun dari saya. takpelah, ada jodoh adalah nanti. Kut-kut ada rombongan Diraja datang meminang, kan..hehehehe.

Oh ya, lupa nak cerita. Hari Rabu yang lepas saya selamat ditauliahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014. Syukur Alhamdulillah. Rezeki dari Allah SWT. 


Sempat bergambar selfie je. 
Kiutnye i..hikhik


lovenota : esok nak bergambar puas-puas kat majlis orang. Hoho



2 comments:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®