Friday, March 25, 2016

Minggu yang Agak Mencabar

Minggu ini panas masih lagi terasa bahangnya. Check suhu di Gemencheh sudah mencapai 34°C. Tak tahan rasa bahang panas kali ini. Tersangat menguji kesabaran. Ada kalanya terpaksa mengadap kipas 24 jam. Saya tidak betah jika tiada angin di hadapan saya. Mula meragam tak tentu hala. Mengajar di dalam kelas pun mesti berada di bawah kipas. Tidur pun mesti sebaris dengan kipas. Kalau di Port Dickson, mudah je solusinya, cuma menekan butang on air cond dan lega. Tapi di sini hanya bergantung pada kipas semata-mata. Jem aku.  Rabu yang lepas, pihak ATM yang bekerjasama dengan kami melalui...
Read More »

Sunday, March 20, 2016

Pesawat FlyDubai terhempas di Rusia

Pesawat Flydubai terhempas di Rusia, kesemua penumpang dan kru terkorban. Gambar FlyDubai terhempas. Tiada yang terselamat. Innalillah.  Pesawat flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan kesemua penumpang dan kru penerbangan jam 3.50 pagi (waktu tempatan), lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu. Nahas itu berlaku di dalam perimeter lapangan terbang, kira-kira 250 meter dari landasan. Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari...
Read More »

Thursday, March 03, 2016

Hidup Satu Pementasan

Dalam perjalanan ke Segamat petang tadi, terasa seperti zaman waktu belajar dahulu. Menaiki bas setelah sekian lama sambil melihat kehijauan panorama alam semula jadi. Cepat sungguh waktu berlalu, sehinggakan terlupa saat-saat indah seperti pada waktu itu.  Jika diikutkan mahu saja masa diputarkan semula sewaktu zaman kanak-kanak. Biar aku membesar sekali lagi, biar aku menjadi kanak-kanak sekali lagi, biar aku menjadi remaja sekali lagi. Aneh sungguh permintaan ini. Sesungguhnya memang tak mungkin akan terjadi. Jikalau ditunaikan pun, mungkin akan terjadi dalam mimpi dan jadikannya...
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®