Thursday, June 02, 2016

Cuti Sekolah Baru Bermula Hari Ini


Cuti sekolah sudah bermula dari minggu lepas. Tapi saya baru merasa cuti tersebut tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Ya, tepat sekali. Sibuk menyemak dan menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Dan hari ini baru selesai penandaan semua kertas peperiksaan. Alhamdulillah. Dalam keadaan yang tak sihat *selsema teruk* dengan tidur tak cukup *jadi burung hantu*, gagahkan diri untuk siapkan jugak. 

Pada mulanya saya tidak mahu memaksa diri untuk menanda semua kertas tersebut tetapi sudah dipaksa untuk siapkan kerana kena ataupun bahasa kerasnya "wajib" key-in di laman saps online. Sepatutnya kena masukkan markah sebelum 29 Mei tempoh hari. Tapi dah tak siap tanda lagi macam mana nak key-in markah? Seminggu sebelum cuti pun tak sempat nak tanda sebab ikut Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat negeri. Empat hari tak masuk sekolah. Celah mana nak tanda kertas? Sah-sah busy camping uruskan pelajar. Dah jadi co-kitchen helper, sebab tak ada tukang masak yang profesional tahun ini..huhu. Ada juga cikgu yang faham sebab saya lewat key-in markah. Ada yang perli-perli sebab lambat key-in. Biarlah..malas nak layan mulut-mulut puaka tu. Siapa yang tahu cara saya bekerja, diorang mesti back-up saya. 

Masa nak key-in markah tadi, semak juga markah untuk kelas lain sebab nak compare GPMP (Gred Purata Mata Pelajaran). Adalah sorang cikgu nie, macam tak jujur pun ada. Aih..geram pulak rase. Nama saya naik dalam group sekolah di Telegram sebab masih belum key in markah. Takpelah, dah memang betul masih belum masukkan markah lagi sebab tak siap sepenuhnya. Tapi cikgu seorang ini, dia dah key-in markah kelas dia..ok cantik la nama tak naik. Tapi markah yang dia masukkan tu langsung tak munasabah. Tak logik. Tak tercapai akalku. Ada ke patut markah budak dia letak B semua. Kelas lain pun dia letak semua pelajar dapat A. Wahh..ikut suka hati nampak!!! Sebab tak nak nama naik dalam memo, sedap hati bagi markah yang turun dari langit. Semata-mata nak bagi tick warna hijau! Eh eh..senangnya hidup kau. Ada jugak cikgu macam tu eh kat dunia nie. 

Oh ya, markah pelajar peperiksaan zaman sekarang nie dah tak pakai buku or kad laporan peperiksaan *report card*. Semua markah cikgu hanya key in dalam sistem je. Lepas tu print out keputusan bagi pelajar. Mudah. Gile. Kalau ibu bapa tak dapat nak datang ke sekolah ambil keputusan pun takpe, check je dalam sistem saps online. Masukkan nombor kad pengenalan anak dan klik, terpampang semua markah anak-anak anda. Dah tak boleh nak tipu dah sekarang nie..hehe

Zaman dulu-dulu masa sistem online nie masih belum dicipta, kami dulu guna buku markah. Tulis semua markah dalam buku. Sekali dengan komen guru tingkatan dan komen pengetua. Uih, azab kalau tiba saat penerimaan report card dulu. Takut beb. Gemuruh. Gigit jari. Maklumlah dulu saya nie bukan dalam kalangan budak nerd, bukan juga budak malas, dan bukan juga budak popular. Saya budak average, biasa-biasa ajah. So takut la nak ambil report card tu. Ambil tu pun dah takut, masa nak bagi kat abah lagi takut. Mencicir air liur, pakej dengan air mata. Kalau nampak banyak sangat bunga-bunga merah, sah kena rotan banyak kali. Abah sangat garang woo, tak boleh main-main bab sekolah nie. Dulu masa sekolah rendah memang pemalas, tak suka belajar. Tu yang merah memanjang..hihi. 

Pernah jugak masa sekolah rendah di Sarawak dulu, tak berani nak bagi report card kat abah tapi cikgu dah minta balik report card tu untuk pastikan ibu bapa ambil maklum markah ujian anak-anak. Tapi saya dulu nakal, tak bagi langsung. Ada juga abah tanya, mana report card? Dengan takutnya menjawab, cikgu tak bagi sebab abah tak datang ambil. Padahal report card tu dah siap-siap sorok bawah tilam. Hahaha. Eh, tak boleh simpan dalam beg sebab abah selalu check buku kerja sekolah bagai. Uihh..serammm serammm! So, bila cikgu minta tu terpaksa la tiru tandatangan abah. Memang kerja gila. Hihihi. Dahla sign abah susah nak mati, sebab jenis sign yang ada bentuk sikit. Tapi nak selamat, tak nak kena marah dengan cikgu, tiru jela sign tu. Last-last kantoi jugak dengan abah. Sebab tiba-tiba akhir tahun abah ambil report card. Tengok lain macam je sign tipu tu. Termangu terkesima sambil menangis la kena rotan dengan abah. Hahaha..nakal gile. Tapi lepas kena tu bukan nak insaf, buat lagi perangai tu. Hihihi. Keras kepala betul. 

Cuti sekolah nie nak rehat puas-puas. Nak main game favourite puas-puas. Penat sangat kerja tahun nie sampaikan boleh lost 8 kg dalam masa 1.5 bulan. Orang pun asyik cakap makin slim, nampak kuruslah. Diet ke? Allahu, saya tak ada niat nak diet kak, turun nie sebab tak cukup makan. Nak makan pun tak sempat kat sekolah tuu. Balik rumah sah-sah saya tak makan dah. Makan roti yang paling sempat. Sedih, kan? Sebab tu cuti nie nak malas-malas..biar badan naik balik. Hahahaha. Orang lain sibuk nak kuruskan badan. Aku sibuk nak naikkan balik..haha. ada orang cakap, sejak kurus nie dah tak comel. Mak pun cakap, cekung sangat, tak cantik kurus macam nie. Nampak tua. Erkk??! Tak boleh jadi nie. Kena makan banyak balik. Hahah.

*picture terbaru. No edit okeh.
Oh nampak kurus di situ..hehe*

lovenota : pinanglah daku cepat-cepat. Letih jaga badan masa bujang nie. sha la la la~ 

UPDATE: To Mr Asif unknown, sila jangan sibuk hal-hal orang ye. Tak perlu nak nasihat-nasihat saya la ye. Kalau nak cakap saya teruk, ada ramai lagi di dunia nie yang lagi teruk. Walhal takde benda negatif sangat pun dalam content saya. Well, cermin dulu diri tu baru bole tegur orang lain ye. Wassalam. 



17 comments:

  1. haha.. part yang cek beg tu mmg sama juga kita oo masa sekolah dulu.. hurmm.. tah kenapa dorg ni rajin bebenor kan cek beg sekolah..

    kes reportkad ni biasa dah.. paling sadis terlupa nak bagi dkt parent pastu cikgu minta dalam kelas -.-.. '

    ooo skrg ni markah semua online eh.. hurmm.. berubah dh skrg ni.. bagus2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya ibubapa yg prohatin..hehe. skrg nie check markah online pakai ic anak je. So xpyh dtg skola pun bole tgk markah. Hehe

      Delete
  2. Kerja seorang guru 24 jam sehari. Itulah sebabnya di mana2 dan bila2 masa pun orang akan panggil cikgu.
    Teruskan perjuangan Cikgu Balkis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo keje 24jam..celah mne nk rehat nak tido..waa..xsanggup..hahaha

      Delete
  3. thanks for all the information ! sangat membantu saya yg anak sulung dan taktau nak minta bantuan daripada siapa2 ni

    ReplyDelete
  4. Tugas seorang guru ni mmg berat kan? Kakak saya sampai minta tolong saya nak tandakan kertas soalan last2 ramai yg x lulus naek melenting tu ari sian lah kakak saya kene bash gan pengetua yg gila tu huhu

    ReplyDelete
  5. Nice.ini tolong saya untuk pt3.tq

    ReplyDelete
  6. sejarah utk daerah tawau x daa kaa

    ReplyDelete
  7. Haii...bole tlong lelgkpkn untuk hongkong and shanghai bank sungai petani?plisss

    ReplyDelete
  8. hongkong and shanghai bank sungai petani plizz

    ReplyDelete
  9. Teruskan usaha cikgu, benda ni mmg bnr2 membantu saya ^_^

    ReplyDelete
  10. Bagila cth langkah utk memelihara dan memulihara bangunan/binaan

    ReplyDelete
  11. tolonglah kami yg di perlis, struktur dan tujuan masih x dapat ...harap muzium kota kayang saja kat perlis..

    ReplyDelete
  12. cik balqisssss tolong kami pelajar 2018 pulaa , kami perlu kn contoh :')

    ReplyDelete
  13. Nk suruh anak jadi cikgu jugalah.
    Nama anak sama..Erdina balqis

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®