Friday, March 25, 2016

Minggu yang Agak Mencabar


Minggu ini panas masih lagi terasa bahangnya. Check suhu di Gemencheh sudah mencapai 34°C. Tak tahan rasa bahang panas kali ini. Tersangat menguji kesabaran. Ada kalanya terpaksa mengadap kipas 24 jam. Saya tidak betah jika tiada angin di hadapan saya. Mula meragam tak tentu hala. Mengajar di dalam kelas pun mesti berada di bawah kipas. Tidur pun mesti sebaris dengan kipas. Kalau di Port Dickson, mudah je solusinya, cuma menekan butang on air cond dan lega. Tapi di sini hanya bergantung pada kipas semata-mata. Jem aku. 

Rabu yang lepas, pihak ATM yang bekerjasama dengan kami melalui program NBOS iaitu Program Remaja Berwawasan (PRB) membawa pelajar-pelajar saya masuk membuat lawatan di dalam Kem Syed Sirajuddin. Satu pengalaman yang menarik di mana saya buat pertama kalinya melihat dan merasa jentera perang di hadapan mata saya. Budak-budak lagi suka tengok kereta kebal pelbagai jenis nie. Walaupun aktiviti luar sekolah tidak digalakkan, tapi bila sampai ke kem nie kurang rasa bahangnya. Mungkin dalam kawasan hutan agaknya. Yang menarik perhatian iaitu demo tembakan meriam di lapang sasar meriam. Pertama kali dengar bunyi meriam yang sangat membingitkan telinga. Boleh gugur jantung ha. Tapi seronok, dapat lihat meriam lancarkan serangan bertalu-talu. Terasa berada di medan peperangan.





Hari Khamis pula mesyuarat Kor Kadet Polis mengenai perkhemahan daerah dan negeri. Memang sakit kali ini sebab kena join masterchef di dapur untuk sediakan makanan untuk pelajar. Adui..masak-masak nie yang susah. Untuk sorang diri takpe jugak, ini untuk seratus orang. Serupa kenduri dah. Kena fikir dulu nak join perkhemahan ke tak sebab kena uruskan kawad kaki dahulu. Bulan April nie memang busy dengan aktiviti kadet polis saje. Haih haih.

Hari nie saya kecundang. Tak boleh bangun langsung sebab sakit kepala yang amat. Dari semalam dah rasa pun nak demam. Badan seram sejuk, kepala sakit, dah selsema, dan hari ini MC la jadinya. Nak kata kuat kerja rasanya tak. Kerja tu rutin harian. Balik lewat macam mana sekalipun dah jadi rutin. Rutin makan saya mungkin terganggu. Kurang makan, selera makan pun dah tiada. Oh ya, last timbang berat saya dapati turun 5kg. Mak aih, terkejut. Patutlah seluar polis yang tak muat dulu, sekarang dah boleh pakai. Ada jugak kawan cakap nampak kurus sikit, pipi pun dah nampak kurang tembam. Betul-betul lost weight nie. Alhamdulillah kurus sikit. Risau jugak baju tak muat. Hehe. 

*kurus sikit tang pipi..hihi*


lovenota: esok nak dapat adik perempuan baru, Syahira Atikah namanya. Tua-tua nie dapat adik lagi..hehe.

Read More »

Sunday, March 20, 2016

Pesawat FlyDubai terhempas di Rusia


Pesawat Flydubai terhempas di Rusia, kesemua penumpang dan kru terkorban. Gambar FlyDubai terhempas. Tiada yang terselamat. Innalillah. 


Pesawat flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan kesemua penumpang dan kru penerbangan jam 3.50 pagi (waktu tempatan), lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu. Nahas itu berlaku di dalam perimeter lapangan terbang, kira-kira 250 meter dari landasan.





Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika membuat cubaan mendarat kedua akibat jarak penglihatan yang buruk, lapor portal berita RT.com.

"Berdasarkan semua keadaan, punca kemalangan adalah disebabkan oleh angin yang bertiup kencang, menghampiri tahap kelajuan taufan," kata Vasily Golubev, gabenor wilayah Rostov 950 kilometer di selatan Moscow.

Video rakaman CCTV FlyDubai terhempas


Rakaman video dari kamera keselamatan berhampiran dengan lapangan terbang yang disiarkan di laman web Rusia, menunjukkan kapal terbang meluru ke tanah pada sudut yang curam, kemudian meletup. Letupan kuat meninggalkan kawah besar di landasan lapangan terbang itu dan kapal terbang hancur.

Kementerian Kecemasan Rantau negara itu turut mengesahkan kesemua 55 orang penumpang dan enam kru pesawat malang itu terkorban.

Seramai 44 warga Rusia, lapan warga Ukraine, dua warga India dan seorang warga Uzbekistan terkorban dalam nahas yang berlaku jam 3.50 pagi (waktu tempatan), manakala identiti tujuh anak kapal belum lagi didedahkan. Mangsa terdiri daripada 23 lelaki dan 35 wanita selain empat kanak-kanak. 



Kawasan kemalangan di lapangan terbang Rostov-on-Don


Sebuah perkhidmatan pengesanan penerbangan berkata pesawat itu membuat satu gagal mendarat sebelum tragedi. Ian Petchenik, jurucakap laman web Flightradar24, memberitahu AP bahawa 737 pada mulanya cuba untuk mendarat di Rostov-on-Don di 2231 GMT (09:30 AEST).

"Berdasarkan data kami, apa yang kami nampak kelihatan seperti mana pesawat itu membuat percubaan pendaratan awal." Beliau berkata, pesawat itu membuat corak pegangan pada 2327 GMT berhampiran dengan lapangan terbang, kemudian ke kiri corak pegangan untuk mencuba dan mendarat sekali lagi pada 0028 GMT. Penerbangan itu menghantar data terakhirnya pada 0041 GMT dan terputus hubungan.


Data penerbangan menunjukkan juruterbang telah membatalkan cubaan pendaratan awal dan mengelilingi selama dua jam sebelum membuat kedua, maut, cuba untuk mendarat.

Data dari Flightradar24, sebuah laman web yang memantau trafik udara, menunjukkan bahawa pesawat lain membatalkan tiga pendaratan percubaan berturut-turut sebelum mengalihkan ke lapangan terbang lain sebelum kemalangan itu.

Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata mereka menumpukan perhatian kepada "kesilapan juruterbang yang disebabkan oleh cuaca buruk atau kegagalan teknikal" sebagai garis utama siasatan.


Laluan penerbangan FZ981 FlyDubai




1. 10:42 GMT Penerbangan FZ981 gagal mendarat di lapangan terbang Rostov-on-Don pada percubaan pertama

2. 10:42 - 11:27 Bulatan pesawat pusingan di bandar Shakhty sebelum pergi ke dalam corak pegangan

3. 11:27 - 00:28 Penerbangan itu menghabiskan masa lebih daripada satu jam, membuat gelung sebanyak sembilan kali, sambil menunggu peluang untuk mendarat

4. 00:41 Data penerbangan muncul menunjukkan pesawat cuba mendarat sebelum ia kemalangan 


Wallahu'alam.

Read More »

Thursday, March 03, 2016

Hidup Satu Pementasan


Dalam perjalanan ke Segamat petang tadi, terasa seperti zaman waktu belajar dahulu. Menaiki bas setelah sekian lama sambil melihat kehijauan panorama alam semula jadi. Cepat sungguh waktu berlalu, sehinggakan terlupa saat-saat indah seperti pada waktu itu. 


Jika diikutkan mahu saja masa diputarkan semula sewaktu zaman kanak-kanak. Biar aku membesar sekali lagi, biar aku menjadi kanak-kanak sekali lagi, biar aku menjadi remaja sekali lagi. Aneh sungguh permintaan ini. Sesungguhnya memang tak mungkin akan terjadi. Jikalau ditunaikan pun, mungkin akan terjadi dalam mimpi dan jadikannya sebagai impian indah.

Jikalau betul permintaan aneh itu ditunaikan, apa yang hendakku lakukan? Oh, sangat banyak! Paling utama sekali, aku takkan sesekali berpindah ke Port Dickson. Aku ingin menetap di Kuala Lumpur sampai bila-bila. Ya, aku ingin ubah saat itu. Kenapa? Kerana di situlah titik permulaannya apabila segala-galanya berubah menjadi pahit

Selepas kejadian pahit itu berlaku, seringkali aku bermimpi sehingga mengigau, menangis, menjerit pada malam hari. Bila tersedar baru terasa air mata hangat mengalir di pipi. Begitu teruk sekali terkesannya kejadian itu pada diriku. Emosi seringkali berubah menjadi tidak stabil sehingga meninggalkan kesan pada pelajaran dan kesihatanku. Mujur pada waktu itu aku mendapat sokongan yang kuat dari si dia. Rakan-rakanku sendiri tidak mengetahui hal ini. Tak perlu digembar-gemburkan rasanya. Aku tak perlukan simpati dan rasa kasihan. 

Aku tak bisa bayangkan
Bila kau tak ada di sini
Aku tak habis pikirkan
Bila kau tak lagi temani aku

Terngiang-ngiang lagu ini di halwa telingaku petang tadi, meresap masuk ke dalam jiwa. Ya, aku memang tak boleh bayangkan jika dia tiada dalam hidupku. Mungkin tak jadi 'orang' agaknya.

Ya, aku sudah dewasa. Sudah cukup dan terlalu banyak mempelajari erti hidup. Pengalaman lalu dikutip satu persatu, dilipat dan disimpan di dalam memori untuk dijadikan sebagai pengajaran. Lihat ke belakang dengan penuh kepuasan, dan pandang depan dengan penuh keyakinan. Pengalaman tersebut mendewasakan diriku untuk menjadi insan yang lebih tabah. Cukup kuat untuk mengharungi dunia yang semakin lama semakin nazak, nazak dari segi politik, ekonomi dan sosiologi. 

Tidak lama lagi, kehidupanku mula berubah secara perlahan-lahan untuk mencipta suatu watak yang baru dalam kisah perjalanan hidupku. Mungkin sudah tiba masanya. Ataupun mungkin juga aku perlu menunggu lagi? Entah. Serahkan saja pada takdir. 


lovenota : hidup adalah satu pementasan drama


Read More »
Copyright © 2008-2017 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®