*untuk awak*
semua manusia mempunyai masalah..
cik balqis sendiri pun ada masalah tersendiri.
cuma orang je tak tahu..
cik balqis nie kat luar siap boleh gelak2..senyum2..
semua orang nampak cik balqis orang yang paling ceria sekali..
happy memanjang..senyum 24 jam
tapi dalam hati siapa yang tahu?
memang betul..
cik balqis memang banyak cakap..suka gelak ketawa..
tapi bila datang masalah..memang senyap terus la..
n kalau tak tahan dugaan tu..mesti cik balqis menangis..
menangis dalam diam..paling lama sepanjang malam..
sangat kuat..hanya Allah swt je yang tahu..
~awak..
saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak
saya langsung tak dapat tolong awak satu apa pun..
saya memang tak boleh nak buat apa2 untuk awak..
saya hanya mampu berdoa..
minta kepada-Nya jauhkan segala musibah dan dugaan yang datang..
berikan kekuatan n tabahkan hati awak untuk menempuh cabaran..
supaya awak dapat menyelesaikan semua masalah dengan baik dan tenang..
Amin..
saya ada n sentiasa ada bersama~
***********************************************************************
Dengan izin Allah, masalah yang kita hadapi tidak semestinya selesai mengikut kehendak kita.
Yang paling utama masalah itu akan dirasakan selesai ketika kita menerima dan kita mula berpersepsi bahawa apa yang berlaku bukanlah suatu masalah. Ia akan dimiliki ketika jiwa kita diilhamkan taqwa oleh Allah swt.
Masalah akan selesai ketika Allah swt mencabut semua rasa kesempitan dalam jiwa kita ini.
Kita akan berasa lapang dada, lapang fikiran dan jiwa walaupun ketika itu duit yang hilang masih belum jumpa, sakit belum sembuh, hal yang gagal masih belum berjaya.
Di sinilah kita mula rasa bahagia. Lalu saat ini kita sudah tidak kisah lagi dengan duit yang hilang jumpa atau tidak, bila kita akan sembuh, bila kita akan berjaya. Yang ada ketika ini adalah semangat dan kekuatan untuk terus berusaha.
Berusaha mencari rezeki. Berusaha untuk berikhtiar berubat untuk sembuh. Berusaha untuk berjaya.
Yang ada pada kita dalam wilayah kemanusiaan ini hanyalah berusaha. BUKAN MENENTUKAN. Di saat inilah kita nanti mampu memahami ilham dari Allah sehingga mungkin kita tidak jumpa duit yang hilang kembali tetapi menerima rezeki yang lebih banyak. Mungkin kita akan lambat sembuh namun sembuhnya kita akan benar-benar sembuh malah menjadikan kita hamba yang lebih baik dan bersyukur.
Mungkin kita tidak berjaya dalam hal yang kita gagal itu namun kita berjaya di dalam hal yang lain yang mana ia lebih baik.
Fahami ini…. fahami aturan Allah swt dan hidup yang diaturkan Allah swt ini.. maka kita setiap hari pasti akan bahagia biar pun apa jua yang berlaku kerana hidup kita sememangnya sentiasa ada ujian-ujian.
Hidup ini memang susah. Ini hakikat. Tidak perlu ubah hakikat ini dengan mengatakan hidup ini mudah. Kita merosakkan fikiran kita dengan hal yang tidak benar.
NAMUN jangan berhenti sekadar hidup ini susah. Harus juga sedar sambungannya… HIDUP INI SUSAH NAMUN AKAN MUDAH SEANDAINYA DIRI BERGANTUNG TOTAL 100% KEPADA ALLAH SWT.
sumber: fuadlatip.com