Wednesday, December 26, 2012

Cinderella berkahwin dengan Aaron Aziz

sila baca karangan di bawah yer! :P


kesian kan? Prince Charming dah tak laku..Cinderella pandang Aaron Aziz jer! hahaha~
lawak gile cerita nie..mesti dia tengok drama Adam dan Hawa kan? sampai budak2 sekarang pun suka drama Adam dan Hawa..apatah lagi kita yang dewasa..jatuh cinta dengan watak Adam Mukhriz..hehe!

p/s: berusaha berhadapan dengan cabaran mengajar tahun 2013..chaiyok2!

Read More »

Tuesday, December 25, 2012

Novel: Maaf Jika Aku Tak Sempurna


Judul novel: Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Harga: RM 34

Sinopsis:

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

komen:

awesome bebeh! hahaha..cik balqis suka novel nie..memang tak boring sangat2! 

lelak paling romantik of the year..dalam novel nie la..hehe! Luqman memang seorang lelaki yang sangat2 romantik, penyayang, memang ambil berat betul2 la dengan Melina..layan Melina bagaikan menatang minyak yang penuh! kalau Melina sakit, dia suapkan Melina..jaga makan pakai Melina..admit hospital pun sanggup berjaga tak nak balik rumah..tak nak tinggalkan isteri tersayang sehingga sedar! begitu kuat sekali rasa cinta si suami terhadap isteri..sampaikan berpantang lepas bersalin pun dia sanggup ambil cuti..bayangkan! tak ramai suami yang macam Luqman di dunia nie tau! Luqman seorang yang sangat baik, setia pada Melisa..kalau ikut komen Melisa, Luqman seorang yang tinggi dan berbadan tegap! sexy taww! [gatal suda! hahaha] 

tapi memang respect la kat Luqman..walaupun kena tangkap khalwat, dipaksa berkahwin dengan Sarah..dia tetap setia pada isterinya. Yelahh..kalau lelaki lain, da nampak ikan halal depan mata bole la "makan" kan..macam cerita Ombak Rindu masa Hariz kena kahwin dengan Mila tuhhh..tapi tidak pada Luqman. 

cik balqis da baca novel 1st Acik Lana: Aku bukan Mistress..best jugak!


lepas nie nak baca novel ketiga beliau: Kalau Memang Harus Begitu


kompem best kan! tajuk pun da thrill..hehe! tapi tak tahu bila boleh baca coz mak tak bukak lagi buku nie dari pembalut..kena tunggu mak rasmi dulu laa..kih3~


pembelian secara online:

homepage/blogspot penulis:

boleh baca novel ini secara online juga..klik je pada link acik lana kat atas..

so, siapa2 yang belum baca novel nie sila la baca secara online..tapi cam takde feel je kan..beli buku tu terus kat Popular jer! hehe!

Read More »

Thursday, December 20, 2012

Novel: Suami Aku Ustaz


Judul Novel: Suami AKu Ustaz
Penulis: Hannah Dhaniyah
Harga: RM 22
Penerbit: Karya Seni 

Sinopsis:
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
review:
bagi saya, buku nie best jugak..ada unsur2 nasihat sikit..pengajaran..banyak kisah2 para nabi dan rakan2-Nya yang dah lama kita tak/jarang dengar..bila baca novel nie semua kisah2 agama refresh kembali dalam otak..
then dalam cerita nie, ustaz Hafiz sangat la sempoi..walaupun nama ustaz tapi bila dah datang tang bergurau pun boleh tahan jugak..untung laa Alisa dapat suami yang memahami seperti Ustaz Hafiz walaupun mereka berkahwin masa Alisa ambil SPM..yang tak boleh tahan tu ustaz Hafiz mengajar Pendidikan Islam di kelas Alisa..terpaksa cover2 lepas tu sesi perli2..memang pecah perot la kalau baca buku nie..
yang paling best si suami Ustaz Hafiz sangat2 sporting..menyokong Alisa menyambung pelajaran walaupun dah kahwin u~~ so sweet laa :)

sesiapa yang nak beli novel secara online pun bole..dapat diskaun RM3 lagi tuh..
hanya klik pada link di bawah:
Read More »

Tugas Sebagai Seorang Guru


masa GAJI GURU NAIK... Ada yang pertikaikan...

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YANG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SAHAJA YANG BERKATA DEMIKIAN. KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR-GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola, cikgu jadi REFEREE > buat garisan padang, buat persiapan padang, buat kertas kerja, jadi PBSM tengah padang. bila murid kalah, cikgu tak pandai ajar. kalau menang, budak tu pandai main~

Time budak nak bertanding apa2 acara, cikgu jadi JURULATIH > kalau KALAH, cikgu kene
kritik..cikgu tak pandai ajar~

Time aktiviti Kemahiran Hidup (KH), cikgu jadi PETANI, Cikgu jadi PENUKANG, Cikgu jadi WAYAR-MEN > budak tersalah ketuk, Cikgu kena marah, cikgu x pandai jaga~

Time kutip yuran, cikgu jd AKAUNTAN kalau tak cukup, cikgu dahulukan duit. bila cikgu minta dari parents, Mak bapa cakap cikgu ni asyik minta duit jer~

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid), cikgu jadi PELAYAN > kalau murid
tak dapat RMT, kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan~

Time budak sakit, cikgu jadi DOKTOR > bila dah tolong, kata cikgu punca anak murid sakit~

Time ceramah, cikgu jadi MOTIVATOR > cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid, bukan sorang murid jer~

Time hias kelas, cikgu jadi PELUKIS SENI cikgu cat kelas. kalau suruh murid, habis kena baju murid. esok dapat teguran dari parents - "ape cikgu ajar ni???"

Time persembahan hari guru, cikgu jadi KOMPOSER > kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan~

Time baiki kerusi rosak, cikgu jadi TUKANG KAYU > yang merosakkan kerusi anak siapa??

Time budak muntah/berak dalam kelas, cikgu jadi TUKANG CUCI > bagitau ibubapa, jawapan - anak saya memang macam tu~

Time budak mencuri, cikgu jadi DETEKTIF > nak hukum budak, esok dapat saman dari
parents. bila bagi tau parents, parent cakap "tak per, budak2"~

Time budak wat persembahan, cikgu jadi PHOTOGRAPHER > yang ajar budak persembahan, cikgu jugak. kalau terbaik, kata budak berbakat. kalau tak elok, kata cikgu tak reti ajar. cikgu lagi~

Time perkhemahan, cikgu jadi TENTERA > cikgu jadi pak guard siang dan malam.
untuk pastikan anak murid sedap tidur. cikgu mata cengkung, orang cakap "memang kerja cikgu"~

Time hari kantin, cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM > bila naikkan harga sikit, kata
cikgu nak kaut untung atas angin tapi sebenarnya nak kumpul dana sekolah~

Time hari Guru, cikgu jadi PENYANYI > Sambut hari guru sendiri, jadi badut depan
murid. murid hanya gelak pada hari guru. sapa yang disambut sebenarnya??

Time gotong royong sekolah, cikgu jadi TUKANG KEBUN > nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid selesa. tapi bila murid kena gigit nyamuk sikit, orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan~

Time masuk waktu solat, cikgu jadi TOK IMAM > bila tak solat, tanya murid "kenapa tak sembahyang?" parents sendiri tak sembahyang. tapi bila tanya orang, orang cakap, cikgu tak ajar di sekolah~

Time parents amik lambat, cikgu jadi BABY SITTER > bila tinggal, orang salahkan cikgu tak
bertanggungjawab. tapi bila tunggu dan tanya kenapa lambat, banyak urusan di
pejabat~

Time budak bergaduh, cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH > bila hukum sikit, esok dapat
surat saman dari parents sbb jentik anak dia~

Time budak sakit kecemasan, cikgu jadi PEMANDU AMBULANS > kereta siapa??
kereta cikgu. minyak duit siapa?? duit cikgu~

Time merentas desa, cikgu jadi POLIS TRAFIK > berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti~

Time budak sedih, cikgu jadi PELAWAK > cikgu jadi badut. bila salah sikit, esok masuk
muka hadapan berita. kata cikgu tak pandai jaga murid, tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi~

Baru 24 kerja jer..NAK senaraikan lagi ke???? 


sumber: facebook.

p/s: saya sendiri berbangga menjadi seorang GURU (n_n)v
Read More »

Sunday, December 02, 2012

Novel: Bakal Isteriku, Gengsternya!


Judul Novel: Bakal Isteriku, Gengsternya!
Penulis: Crystal Anabella
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga Pasaran: RM 22.00

cik balqis baru sahaja habis baca novel nie..
ratingnya: 4 star! best betol! suke n very nice!

Sinopsis:

Zyya Adrianna Bella, nama yang indah secantik rupanya, tapi perangai macam gengster.
Berumur 17 tahun dan bersekolah dalam sebuah sekolah persendirian yang didirikan papanya, Tan Sri Iskandar. Dikelilingi hero-hero yang sentiasa menjaga kebajikannya, Rayya, Ilham, Faryzal dan Nazarul.

Tengku Syamrein Ashraf, pewaris tunggal empayar Harizen Corporation yang baru pulang dari Amerika. Niat di hati ingin mencari Zyya yang dirindui. Akhirnya bertembung dengan Bella, langsung jatuh hati. Sanggup jadi tutor peribadi di sisi ‘Gangster Princess’ hanya kerana nak ubah perangai Bella supaya jadi Zyya.

“Awak tau tak Bella, walau setinggi mana pun awak dijunjung, jangan sesekali awak terniat untuk menindas orang di bawah awak. Saya tahulah awak tu princess, tapi tak payahlah sampai nak cederakan orang lain! Awak tak ada otak ke untuk berfikir mana yang baik mana yang buruk!”

Mampukah Syamrein mengubah perangai Bella yang agak gengster dan menyakitkan hati itu? Apakah dia sebenarnya memang sudah jatuh hati pada Bella? Bisakah Bella yang gangster menjadi seorang yang lemah lembut? Apa yang pasti, Syamrein dan Bella, bolehkah berjalan seiring? 


cik balqis suka baca novel nie..sampai tergelak2 dalam bilik sorang2..hahaha..jalan cerita yang agak sempoi..taklah berat sangat..sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja..keh3..

watak Syamrein tuh sama sebijik dengan Mr.Meow saye..ewahh..
yelah,manja, kuat menangis, sensitif, kuat merajuk..
n Mr.Meow kata saya macam gengster..
suka marah2 dia..sama la macam watak Bella neh..hahaha..
bila baca novel nie macam baca kisah sendiri pulak..ngee..

okey..nak kenal dengan penulis novel nie? boleh la pergi melawat blog beliau:

Read More »

Friday, November 30, 2012

Ciri-ciri Suami Awesome


Ciri suami Awesome: 1. Solat fardhu cukup 5 waktu. 2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau. 3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantik. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. 4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain. 5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.” 6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah. 7. Dia faham kamu, kamu faham dia. faham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk. 8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu. 9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..” 10. Belajar setakat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. 11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain. 12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak. 13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung. 14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi. 15. Jenis senyum sokmo. 16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

ada tak? hehe~ (n_n)v

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®