Thursday, February 07, 2013

Kepercayaan @ Trust




i will love you forever
not for what you have done,
or what you will become..

 u forever! 

*sangat cute*

Read More »

Wednesday, February 06, 2013

Wordless Wednesday # 8


aik..baru 8 entry je? *walaupun wordless tapi nak taip jugak!*



Nona Singapura: video ini dilakonkan oleh pelajar2 Universiti Lim Kok Wing semasa sedang praktikal..dah takde keje ini lah kerja diorang.. 

sungguh pecah perut nengok video nie
Qis gelak terbahak3..adoii..hahaha~



Read More »

Wednesday, January 16, 2013

Sharifah Zohra Jabeen vs Bawani KS


Qis sebenarnya tak tahu isu nie..sehingga la member group bagitau sambil menyanyi
"Listen listen listen..animal got a problem"
ingatkan lirik lagu baru..pelik jugak dengar sebab takde keluar kat radio pun..hehe!

then Qis pun tanya Mr.Goole..terjawab sudah isu ini..
rupanya ada forum yang diadakan di UUM
mengenai "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik"

Bawani mengutarakan soalan:
keputusan mahkamah tentang Bersih
mengapa Malaysia tidak mampu untuk menawarkan pendidikan percuma seperti negara-negara lain

belum habis Bawani bercakap tetapi telah dihalang oleh Sharifah Zohra Jabeen, presiden organisasi Suara Wanita 1 Malaysia atau SW1M

korang dah tengok video tuh? meh tengok..



nie versi panjang punye..takde cut2..so boleh dengar sampai penggulungan..huhu~



so buat la kesimpulan sendiri..
uloss boleh baca komen dari rakyat malaysia di youtube nie..
bagi saya, saya hanya mampu tersenyum sahaja :)


Read More »

Tuesday, January 15, 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik & ILKA


borang permohonan ke IPTA, Politeknik dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014 sudah dibuka. ia dibuka pada 7 Januari sehingga 15 April 2013

untuk memohon/mendaftar, sila ke laman web berikut:


bagi yang nak memohon tu, sila fikir dengan betul..yang mana kecenderungan kebolehan anda. kalau masih berasa was2..sila jumpa pakar kaunselor atau pun jumpa je kaunselor sekolah uols..boleh jer.

p/s: teringat mase mohon upu dulu..mula2 konon nak jadi nurse..pharmasict laa..alih2 dapat cekgu..rezeki masing2.. :)
Read More »

Wednesday, January 09, 2013

Novel: Siapa Orang Gajiku


Judul: Siapa Orang Gajiku
Penulis: Azimah Lily
Penerbit: Karya Seni
Harga: RM 21

Sinopsis

Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.

Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iska
ndar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

review:

bagi cik balqis, novel nie memang awesome! sangat menarik perhatian..gelak xhenti2! tindakan Aina nak memujuk Haikal kembali ceria seperti dulu selepas putus cinta memang best. idea gile2 punya la..hahaha. Aina memang bijak mengawal Haikal..mempengaruhi Haikal untuk keluar dari bilik daripada berkurung. buatkan Haikal mandi dan mengemas diri. yela, sebab tu namanya Dr. Aina Aishah kan? tak sia2 dia belajar sampai PhD. hehe! last2 Haikal suka jugak pada orang gajinya, walaupun lambat tetapi dapat jugak Aina akhirnya. yela, orang kaya kahwin dengan orang kaya..mak ayah pun cepat je setuju..hehe!

walaupun cerita nie berkisar mengenai keluarga orang kaya2..tapi ada unsur2 kebaikan dan nilai2 murni yang diterapkan. seperti menolong anak2 di rumah anak2 yatim. Aina sanggup menjadi orang gaji di rumah Haikal semata2 nak dapatkan duit untuk melabur di rumah anak2 yatim. mana ada orang zaman sekarang buat camtu lg? kesedaran kita amat penting..kalau ada rezeki lebih, boleh la salurkan kepada orang yang memerlukan.

nak kenal penulis, boleh ke blog beliau:

nak baca novel secara online pun boleh:
[link]

nak beli secara online, boleh klik link di bawah [ada diskaun]:
[link]
Read More »

Sunday, January 06, 2013

pemilik suara Doraemon, Boboi Boy, Naruto dan Ultraman

tadi dok godek2 laa ape video terkini kan..terjumpa laa video pasal pemilik suara sebenar doraemon, naruto, boboi boy dan ultraman..da lama tengok kartun nie semua tapi tak tahu suara pemilik sebenar kan..hehe!



mereka ditemubual di rancangan Awie iaitu "Tunggu Sekejap" tak silap Qis la..

nie full version punya..versi interview..panjang jugak dalam 10 minit



nie video yang pendek..hanya ada suara mereka sahaja:



nak tengok klik je play..hehe! yang best mesti la Doraemon kan! tebaik..hehe!

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®