Tuesday, February 19, 2013

26 pesanan buat Suami


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aje. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bhai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Read More »

Monday, February 18, 2013

Stress dengan kerja

macam nie laa keadaan Qis kalau stress


so


memang rasa stress sangat..kerja bagi last minit. rasa nak give up pun ada sebenarnya.nak tukar kerja tempat lain pulak..tapi tuh le..nak tukar bukan boleh sebarangan. strong reason pun sebab berkahwin..tapi ada je member yang tak dapat tukar walaupun guna reason nie. hampeh~ *b! nak kawen!*

masuk kerja hari nie da pening memikirkan tugasan next week..mengelola pertandingan tenis peringkat negeri di kompleks belia dan sukan paroi. nie nak settlekan bahagian sijil untuk semua peserta seluruh daerah negeri sembilan. kalau ada masa takde masalah nk buat tapi nak submit untuk di"sign" adalah hari rabu. macam mana ye nak settle sijil? esok pulak ada seminar peningkatan profesionalisme guru muda. hari tuh da kena..sekarang kena lagi. seharian nanti di seremban. dah lama tak masuk lecture rasa macam pelik pulak. masak den masak! tido jugak kang masa tengah seminar nanti..komfirm!

petang nie pulak ada meeting asrama. so, hati berbelah bahagi sama ada nak masuk meeting ke nak settlekan kerja penting nie. ada yang suruh masuk meeting..itu wajib katanya. ada yang kata ponteng je..dahulukan kerja yang penting. semua da penting..mana satu nk buat? kang belah badan jadi dua tetiba macam amoeba plakk..den bukannye unicellular organism ponn..haishh..otak den pn da "weng" da neh..tapi sempat pulak berceloteh kat sini ek..haha!

so, as conclusion Qis memikirkan untuk ponteng meeting n settlekan kerja sijil tu. 1st time nak ponteng nie..hahaha! *gelak jahat* 

bermula lah hari-hari busyku..tapi still nak spend time dengan si buncit..opss! mr.stranger.. XD

note to mr.stranger: tadi call baru nk lepaskan stress di kepala..ingatkan nak cerita nie semua untuk dapatkan sesi terapi sikit dari awak dan diserap ke dalam hati..tapi awak selsema pulak..sakit tekak. kesian je rasa..tak jadi nak cerita..kalau jangkit dengan saya mintak maaf la.. :( 

p/s: semangat sudah hilang (Y.Y)
Read More »

Sunday, February 17, 2013

Thanks sayang!

thanks for making my day perfectly..
love to spend the time with you dear..
you are really cute person..even "lipas kudung" tapi comel..takper :P
really love your smile..i adore it :)
*walaupun krohh krohh krohh..hakhak*



i really falling in love with you!
like u said..4ever n ever!

Read More »

Friday, February 15, 2013

worried @ risau


so much worries about tomorrow



hurmm..what are these kind of feeling?

~see you tomorrow sayang~

Read More »

Thursday, February 14, 2013

Wanita Bunuh Diri Di Times Square





rasanya sudah ramai yang tahu berita nie..
seorang wanita cina bunuh diri iaitu terjun dari tingkat 6 di Times Square
gara-gara sebab patah hati selepas bergaduh dengan teman lelaki @ boyfriend
ada yang kata remaja 19 tahun..tetapi berita awani mengatakan itu adalah seorang wanita yang berusia 36 tahun..so tak tahu mana satu kesahihan cerita yang sebenar
ada yang mengatakan yang boyfriend die yang tolak wanita itu..then bila terjatuh, lelaki itu cuba untuk selamatkan tetapi tidak berhasil.
ada juga yang mengatakan wanita ini yang membunuh diri iaitu terjun.

sumber berita awani [link]

macam2 versi yang cik balqis dengar..tapi perlu ke sampai nak membunuh diri? padahal bergaduh dengan boyfriend je pun..belum ada ikatan dah nak gaduh bagai..kita sebagai orang Islam jangan lah terfikir untuk membunuh diri..tak cium bau Syurga nanti

ada hadith yang meriwayatkan mengenai hukum membunuh diri:

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya.

Seorang alim lagi saleh, Zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; "bahawa Nabi saw telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai Seorang lelaki dari Umat yang lalu telah Luka, dia tidak Sabar menanggung kesakitan dan putus ASA terhadap rahmat Allah Ta'ala dan kesembuhan dariNya, disamping tidak mengharap keredaan Allah kerana Lemah imannya dan kurang keyakinan hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya, keluarlah darah tidak henti-henti sehingga dia mati. Allah berfirman; "Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap Dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya, oleh itu Aku haramkan Dirinya untuk memasuki Syurga, siapa yang diharamkan masuk ke dalam Syurga maka tempatnya ialah nereka ". 

so, kita seharusnya bersabar dengan segala musibah yang datang menimpa kita. janganlah sesekali berfikir untuk membunuh diri..kononnya dapat menyelesaikan semua masalah..itu je jalan terakhir yang ada..tidak! kita hendaklah banyak2 berdoa kepada-Nya..minta supaya kita kuat untuk mengatasi dan mengharungi segala jenis permasalahan..insyaAllah :)


p/s: thanks sayang for your counsel today :)


Read More »

cute @ comel

yes..
he is funny
he is adorable
he is sweet
he is awesome
he is perfect to me
i didn't have to say his name but he popped into my head

lovenota : selalu tidur dalam senyuman..apakah maksud itu? XD

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®