Friday, July 05, 2013

Salman Khan bakal berkahwin dengan Lulia Vantur


selak2 paper sinar harian tadi terjumpa artikel mengenai Salman Khan nak kahwin dah..wahhh!!~

Salman Khan bakal tamat zaman bujang?
LAMA membujang, akhirnya aktor kacak, Salman Khan, membawa kekasihnya Lulia Vantur berjumpa dengan ibunya.

sumber: sinar harian



baguslah nak kahwin kan? *macam abah cakap hero tua..hihi*. dah lama sangat membujang kan? ingat lagi kisah percintaan dia dengan Aishwarya Rai Bachchan *sebab dah kahwin kena lah tulis Bachchan..hikhik* dan Katrina Kaif. dua2 tak menjadi langung. ishk3~




Qis memang minat pada Salman Khan, dengan gaya lakonan yang macho..sweet..comel *masa dia muda2 dulu laa..hihi*..badan 6pax..cun! haha. kalau sesiapa yang ikut perkembangan Salman Khan, mesti anda takkan lupa pada gelang yang selalu dipakai oleh beliau kan. mana2 movie pun dia mesti pakai aksesori tu.



gambar2 salman khan masa muda2:











lovenota 1: den nie kahwin bile plak? ngee~
lovenota 2: siapa nk berkenalan dengan den, meh isi borang..haha XD


Read More »

Thursday, July 04, 2013

Hari yang Wajib, Sunat, Makhruh dan Haram BerPuasa


PUASA WAJIB 
  1. di bulan Ramadhan
*dah wajib puasa tu puasa jela kan. masa nie la ramai yang mengaku Cina la, India la, Bangladesh la, Myanmar la..hihi*

PUASA SUNAT
  1. Puasa sunat enam hari (puasa enam) pada bulan Syawal khususnya selepas Aidilfitri (berturut-turut enam hari adalah lebih afdal)
  2. Hari Isnin dan Khamis
  3. Puasa hari Asyura (10 Muharam)
  4. Puasa 9 Zulhijjah (Sempena wuquf di Arafah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji pada waktu itu
  5. Puasa hari 13,14 dan 15 setiap bulan
  6. Puasa hari 28, 29, dan 30 setiap bulan
  7. Puasa Nisfu Syaaban (15 Syaaban)


PUASA HARAM
  1. Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal
  2. Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijjah
  3. Tiga hari Tasyriq (Hari selepas Hari Raya Korban) iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah
  4. Hari Syak iaitu hari yang diragui antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadhan


PUASA MAKHRUH
  1. Puasa hari Jumaat secara berasingan. Contohnya : Tidak didahului dengan puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu sesudahnya.
  2. Puasa 15 sehingga 30 Syaaban bagi bukan qada' atau puasa sunat yang tidak pernah dilakukan sebelum 15 Sya'aban tiba-tiba sampai 15, 16, 17 dan seterusnya ia ingin puasa sunat.
  3. Puasa terus menerus sepanjang tahun.


Qis google benda nie pun sebab Qis cari boleh tak kita puasa 29 Syaaban? sebab takut jadi Hari Syak. tapi rupanya hanya 30 Syaaban je yang tak boleh puasa..hehe!

bagi sesiapa yang tak habis ganti puasa lagi tu, boleh ganti lagi pada hari Isnin (29 Syaaban) *mesti ada yang tak habis ganti puasa lagi kan? hehe*


lovenota 1: demam panas la pulak sekarang nie. 
lovenota 2demam terkejut actually sebab ada orang aniaya kita. sabar je sekarang nie


Read More »

Friday, June 28, 2013

Isu E-rokok (Rokok Elektronik)

akhbar di Kosmo Online mengatakan:



Haramkan e-rokok untuk jamin kesihatan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan berkemungkinan besar mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau e-rokok di negara ini demi menjamin kesihatan orang ramai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya pengimportan produk itu diharamkan di Malaysia.
sumber: kosmo


ada artikel dari seorang doktor mengulas mengenai e-rokok ini
artikel dan komen dari Dr. Zubaidi Hj Ahmad - [link]
tapi la, bagi Qis rokok tetap tidak baik untuk kesihatan ye. tak kira lah vapour ke wap ke cecair ke stim ke..rokok tetap rokok. 

berhentilah merokok. sanyangi nyawa anda. ingat pada orang yang tersayang.
*dah macam iklan pulak*


meh kite gelak2 kejap ye (✿◠‿◠) 



lovenota 1: memang tak boleh hidu bau rokok. mesti pening n batuk2
lovenota 2: ingat hisap rokok tu macho ke? oh no! hikhik :P

Read More »

Thursday, June 27, 2013

Bercinta dengan tunang orang?


eh, bahaya tau bercinta dengan tunangan orang sebenarnya *al-maklumlah, diri sendiri pun dah terkena..shit man!*

apa hukumnya bercinta dengan tunangan orang?

TAK BOLEH menurut moral dan haram menurut syarak. Secara mudahnya, lelaki haram mencintai wanita yang masih menjadi tunang orang atau wanita yang menjadi isteri orang atau wanita yang masih dalam tempoh idah. Dan hukumnya adalah sama bagi perempuan jugak iaitu haram.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan". 

Hadis Riwayat Bukhari.


bila dah tahu si lelaki poyo itu adalah tunangan orang, terus Qis buang dia jauh-jauh *gila kau, tunang orang tuh..bencinyaa!*. kenapa la dia tak bagitahu yang dia dah bertunang? suka hati dia je bercinta dengan den bagai nak rak, tapi tunang orang rupanya. hampeh punya jantan *tengah sakit hati lagi sebenarnya*

yang kesiannya, tunang dia tu budak yang sangat baik dan sangat2 innocent. aduhai, sampai hati la si lelaki poyo nie mempermainkan perasaan perempuan. apa yang dia dapat bila buat semua nie? jadi huru hara adalah. padan dengan muka la ye. yes, banyak kali si lelaki poyo meminta maaf kepada saya tapi adakah dengan meminta maaf semuanya kembali pulih seperti biasa? tidak! no! never! 

dengar-dengar mereka dah putus tunang. entah la, nak kata salah saya? saya sendiri tidak tahu yang dia dah bertunang. pandai buat pandai la tanggung kan? kenapa nak salahkan saya pulak kan? semut yang kecil di hujung kampung boleh nampak, gajah yang besar depan mata buat-buat tak nampak. semuanya salah si lelaki poyo tu. dah bertunang buat la cara bertunang ye, bukannya menggatal mengorat perempuan lain *haishh..lelaki..lelaki*. 

tak semua orang ketiga nie salah. tengok pada kes tersebut jugak. kalau orang ketiga tu tak tahu apa-apa yang lelaki tu tunang orang ke, suami orang ke, tak boleh nak salahkan orang ketiga kan? yang salahnya orang yang berani menjalinkan hubungan dengan orang ketiga.


lovenota 1: lepas ini kena berhati-hati dengan lelaki. 
lovenota 2: perlu ke aku bercinta lagi? tidak kot.


Read More »

Wednesday, June 26, 2013

Tonton Online dan OST Drama Epilog Cinta Khirana


Semua dah maklum drama Samarinda TV3 Epilog Cinta Khirana sudah pun tamat. last scene adalah yang memang terbaik sekali sepanjang drama ini dimainkan. serius sweet tengok Shahrul dan Kirana masa last ending tu *menjerit2 den tengok taw..suke3!*. 

kedua2 pelakon Nazim Othman sebagai Shahrul dan Tasha Shilla sebagai Khirana serius sangat sesuai. mereka berlakon watak masing2 dengan jayanya, terutama watak Khirana yang sangat2 innocent selepas hilang ingatan. watak Aliff Aziz sebagai Shakir pun ok jugak *muka jambu tapi jahat..watak jahat yang sangat sweet..haha!*. last2, Shakir nie jugak yang tolong Shahrul dan Kirana. watak Fiza Halim sebagai Ika betul2 menjadi, gila tapi nampak normal. dahsyat jugak gila dia kan? rupa2nya sejak kecil lagi dia sakit mental..ishk3. 

*sweet moment!*

next Qis mesti cari novel "Mencari Jalan Ke Syurga" hasil karya Hasliza Ismail. itu jelah kenangan dari drama nie kan? buat pertama kali Qis menonton drama sebelum baca novelnya..haha! so, nak cari novel ini di pasaran nanti lah. *boleh berangan Nazim Othman lagi..hensemnyeee..hihi*

sesiapa yang belum lagi menonton drama nie, Qis sediakan link drama tersebut. memang tak rugi menonton ok! 


kredit: malaymovie.com

semua lagu2 OST dalam drama ini semuanya Qis suka. Qis sendiri upload kat 4shared sebab nak sharing dengan korang semua. hehe. nak download OST Drama Epilog Cinta Khirana, boleh klik pada link di bawah:

Fakhrul Razi - Salahkah aku 
Aliff Aziz - Setiap Detik


lovenota 1: seriously jatuh cinta pada Nazim Othman..oh tidakk! XD
lovenota 2: lepas nie tengok Drama Kisah Cinta pulak la ye..hehe~


Read More »

Tuesday, June 25, 2013

Sekolah ditutup hari ini (25 Jun 2013) akibat Jerebu

Perkembangan terkini mengenai jerebu (25 Jun 2013):

Jerebu: Pelabuhan Klang di tahap berbahaya, IPU 487

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya apabila mencapai bacaan 487 sehingga jam 7 pagi tadi. 


Mengikut bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pagi ini, lima kawasan mencatat bacaan 'sangat tidak sihat' iaitu Banting (292), Shah Alam (289), Seri Manjung (288), Kuala Selangor,( 242) dan Petaling Jaya (213). 

Sementara itu, IPU di Putrajaya kini mencatatkan bacaan 'tidak sihat' iaitu 195 manakala Batu Muda/Kuala Lumpur (198). 

sumber: bharian

Jerebu: Seri Manjung di tahap berbahaya, IPU 330

Empat lagi stesen pemantau kualiti udara di negeri itu turut menunjukkan peningkatan dan di tahap tidak sihat pada jam 9 pagi iaitu Tanjung Malim dengan bacaan 175, Jalan Tasek, Ipoh (144), Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh (188) dan Kampung Air Putih, Taiping (149). 

sumber: bharian

102 sekolah di Manjung ditutup hari ini

IPOH: Kesemua sekolah menengah dan rendah di daerah Manjung diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan 322 iaitu tahap berbahaya di Seri Manjung pada jam 9 pagi. 

sumber: bharian




Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®