rasanya semua orang dah sedia maklum mengenai dua orang Chinese Couple, Alvin Tan dan Vivian Lee ataupun dikenali sebagai Alvivi yang yang diberi gelaran "Sex Blogger Couple". mereka meng"upload" *rosak bahasa melayu den..hihi* gambar di facebook untuk mengucapkan selamat berbuka puasa.
sumber: original photo alvivi fanpage [link]
semua orang tahu, apa yang salah mengenai gambar di atas. tak salah memberi ucapan kepada umat Islam TETAPI alvivi memang salah sebab meletakkan gambar logo halal pada gambar tersebut. makanan tersebut dinamakan "Bak Kut Teh" ataupun sup herba babi, dish popular yang mengandungi daging babi. dan caption gambar tersebut plak, "Selamat berbuka puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak dan menyelerakan)".
memang ramai yang marah mengenai gambar tersebut termasuk kaum Cina sekali. mereka seolah2 tidak menghormati kaum Islam. tapi yang tak bestnya, ramai dok hentam2 menggunakan ayat2 yang tak sedap didengar *keyboard warrior kan hebat2 belaka*.
alvivi sudah pun meminta maaf mengenai isu gambar tersebut. nak tengok boleh:
Video Permohonan maaf Alvin Tan dan Vivian Lee - [link]
16 Julai 2013
mereka berdua sudah pun dipanggil ke mahkamah untuk memberi penjelasan kepada SKMM mengenai gambar tersebut. jika disabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 211 dan 233 yang memperuntukkan hukuman satu tahun penjara dan denda RM 50 ribu.

sumber: [sg.news] [beritaharian] [kosmo]
17 Julai 2013
Alvin dan Vivian kena serahkan diri pada Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut
sumber: [kosmo]
Tun Dr Mahathir juga mengulas mengenai isu Alvivi ini dan mengatakan mereka tiada akal
sumber: [sinar harian]

rupa-rupanya diorang nie dah lama popular disebabkan kontroversi blog Alvin yang agak lucah dan ada gambar 18SX di situ pada tahun lepas. blog diorang dah ditutup, tak silap qis url diorang Alvivi.tumblr.com. mereka popular dipanggil "Pasangan Lucah" sebab diorang nie berani upload video seks dan gambar tuttt masing2 pada blog dan youtube. macam2 gambar tuttt hadoo..adeii *malu sehh..jangan google sekarang, lepas bukak puasa takper! hihi*.
sesiapa nak berkenalan *dan2 nak kenal..haha* boleh ke link di bawah:
lovenota 1: amaran keras: jangan google gambar diorang sebelum buka puasa..haha!
lovenota 2: macam2 yang terjadi sekarang nie kan..haishh =,="