Setelah menelaah selama 7 jam *gile kou!*, tukar coding sana sini, ubah itu, ubah ini, baru siap separuh je nie. ini pun dah tak larat dah weiii..banyak sangat coding template baru nie.
Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan template Blogskins. saje nak cabar diri sendiri untuk edit guna blogskins. tengok ada blogger yang guna macam comel je. nampak kemas dan teratur. lagipun nampak ringan je kalau uols timbang blog korang yang guna template ini. saya pun dapat lihat hasilnya sebelum dan selepas tukar template Blogskins ini. ringan sangat-sangat :D
Memang korang dah sedia maklum memang mencabar coding blogskins. tapi hasilnya tu, memang rasa ringan je blog saya, tapi nak cantikkan blog guna template nie memang terhad sikit la. kena cari betul-betul, kena buat betul-betul. guna blogskin nie takde masukkan 'Edit HTML' macam template blogger. kena carik tempat yang betul kalau nak tambah macam-macam widget. so, saya memang kena study lagi la..esok.
Saya cuma masukkan widget-widget yang penting sahaja untuk sementara waktu ini. yang lain akan menyusul kelak. header pun nak tukar bagi matching dengan kaler purpinkish nie. tunggu ada masa nak berphotoshop lain pulak. nak photoshop pun leceh jugak..haha :D
Masa tukar tempate tadi, saya terus masukkan Alexa Verification ID supaya ranking blog saya takde la tiba-tiba hilang nanti. menangis saya karang! setakat malam ini, ranking blog saya di Malaysia sudah berada di tangga 1, 160. syukur sebab ranking saya dah mengecil, dari 13,000 turun sehingga bernilai 1, 000 hanya dalam sebulan sahaja. saya akan usaha lagi supaya ranking blog saya mencecah kurang dari 1, 000 macam blogger-blogger lain. chaiyok-chaiyok!
Kalau uolss ada nak komen mengenai template baru nie, komen la ek. supaya saya boleh memperbaiki lagi untuk jadikan ia sebagai 'mesra pengguna' @ user-friendly
Saya sudah penat, mata da makin juling.
Memang bengkak jari dok tekan-tekan mouse ha.
Kerja yang nak kena hantar esok tak buat lagi nie.
Mati.
lovenota : seronok sebenarnya edit blog sendiri. ada kepuasan yang tersendiri.
Read More »