petang ini saya berada di City Park Seremban 2, Negeri Sembilan. for me, this place is the most peaceful place to 'overcome' my problem, my tension, etc etc. rasa nyaman, segar, hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, mengadap tasik yang sentiasa bergelora ditiup angin petang. saya pernah hilangkan mengantuk di taman ini. ya, saya pernah tidur di taman. hahaha!
bila kita menghayati hembusan angin, indah rasanya hidup ini. hilang segala duka dan lara di dalam hati saya. saya rasa tenang.
Jam 5.00 petang, taman ini sudah dikerumuni oleh pelbagai manusia untuk bersantai, berjogging, bersenam, senamrobik, dan juga berdating. pelbagai ragam.
saya? hanya menjadi tukang pemerhati. ikutkan hati nak je terjun tasik tu. macam best je kan? haha
oh, orang berdating memang selalu ada, tak boleh tak ada..haha. couples datang taman jalan-jalan ambil angin, pusing keliling tasik sambil berdating bersembang. itu perkara biasa. common matters. keh3
ada seorang pakcik cina dalam umur 50-an berjongging jalan-jalan keliling tasik. rasanya dah banyak round dia pusing, asyik muka yang sama je. kuat jugak pakcik nie. alhamdulillah, menjaga kesihatan kan penting.
ada juga yang bawa anak-anak kecil mereka menyertai aktiviti riadah petang. menemani sang kecil berlari sana sini untuk mencuba segala yang berada di sekelilingnya. seronok jadi budak kecil. disayangi, senang hati, tiada masalah. seronok melihat keletah mereka yang berlari berkejaran sesama adik beradik.
lalu saya berfikir, bila agaknya turn saya?
tettt. abaikan soalan itu..hihi
Saya memang suka mengelamun. berangan macam-macam hal. ini bukan benda yang negatif ya. sememangnya minda yang positif memerlukan kita berangandan mengelamun.
Mengelamun atau berangan sering dianggap sebagai satu pembaziran masa dan alasan untuk memarahi pelajar tidak berminat, sudah berubah menjadi agak positif.
Antara kebaikan dan kelebihan berangan-angan atau mengelamun:
1. Orang-orang yang berangan-angan lebih cenderung untuk mempunyai empati (keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan antara satu sama lain) untuk keluarga dan rakan-rakan.
2. Berangan juga boleh menurunkan tekanan darah dan kolesterol darah.
3. Mind-mengembara menggalakkan kreativiti dan keupayaan artistik
- Steve Jobs menjadi orang yang kita semua tahu dengan menghabiskan banyak masa perjalanan dan bereksperimen dengan cara yang berbeza pemikiran sebelum syarikat-syarikat seperti Apple dan Dreamworks bermula.
4. Mengelamun, seperti mimpi malam hari, boleh menggabungkan apa yang anda telah belajar dan membantu otak anda untuk menyimpan maklumat untuk digunakan semula di masa depan.
5. Secara umumnya, kajian telah menunjukkan bahawa minda yang berkeliaran biasanya mempunyai memori kerja yang lebih baik.
Jadi lain kali seseorang memberitahu anda bahawa anda tidak perlu berangan-angan ... angan-angan lagi! teruskan!
Read More »