Saturday, November 08, 2014

Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen



Mini Lucky Draw Blog XDramaQueen


Pemenang akan dipilih melalui random.org. 
Nombor bertuah akan memenangi:

Hadiah pertama:
Baucer tunai RM50 rawatan Nu'della Malaysian Holistic Spa

Hadiah kedua:
Rantai Lovisa J. Crew Bubble.

Hadiah ketiga:
Set kosmetik mini Avon Simply Pretty (gincu dan eyeliner)

Hadiah saguhati:
Losyen pelembab Vaseline Total Moisture 25ml

Tarikh tutup: 
30 November 2014


best kan hadiah dari ayuni rafilah?
jom kita join :D

klik pada banner di atas jer

arigatou!

Read More »

Pelajar hilang di Hutan Lipur Gunung Datuk



Ada yang sesat lagi dalam hutan? nauzubillah! 
semoga cepat dijumpai. insyaAllah. 
doakan untuk beliau :( 

Pelajar UniKL hilang di Hutan Lipur Gunung Datuk

JUMAAT, 7 NOVEMBER 2014 @ 9:20 PM
  
REMBAU: Seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kampus Alor Gajah, Melaka, dilaporkan hilang di Hutan Lipur Gunung Datuk di Rembau, selepas mendaki gunung itu, sejak 12 tengah hari tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Glausia Galayan, 20, yang berasal dari Sarawak, dikatakan mendaki gunung itu seorang diri dan tidak turun sehingga jam 5 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis, berkata mangsa dipercayai sempat menghubungi seorang rakannya untuk memaklumkan dia sesat di gunung itu dan meminta supaya menghubungi pihak berkuasa.

Katanya, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bersama pasukan khas mencari dan menyelamat jabatan itu bersama kakitangan Jabatan Perhutanan, kini menyertai operasi mencari mangsa.

Katanya, sehingga 9 malam tadi gerakan mencari masih giat dilakukan.


[update]

Pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat

SABTU, 8 NOVEMBER 2014 @ 9:28 AM


REMBAU: Seorang pelajar perempuan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat malam tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Johari Ahmad, berkata Glausia a/p Galayan, 20, berasal dari Sarawak ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 8.47 malam.

"Mangsa dijumpai pada ketinggian kira-kira 263 meter dan dibawa turun kira-kira jam 11.48 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, mangsa yang cedera di kaki kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah.

Mangsa dipercayai sesat selepas mendaki gunung itu seorang diri. Dia yang berjaya sampai ke puncak gunung difahamkan sempat menghubungi rakannya dan memaklumkan dia sesat dan gagal menemui jalan keluar. Penuntut itu juga dikatakan menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. Sepasukan 12 anggota bomba bersama kakitangan Jabatan Perhutanan dan anggota polis menyertai gerakan mencari dan menyelamat.

Johari mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti pendakian ketika musim hujan sekarang. Gunung Datuk setinggi 884 meter adalah antara tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.



moral value of the story: jangan buat aktiviti lasak seperti ini seorang diri. harus berada dalam kumpulan :D

Read More »

Anugerah Skrin (ASK) 2014



Anugerah Skrin (ASK) 2014



Senarai Pemenang Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang bersiaran secara langsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi TV3.

Kategori Drama

Drama Terbaik – Matahari Terbit Lagi (Al Hidayah Production Sdn Bhd)
Lakon TV Terbaik – Eenaz Mokhtar (Matahari Terbit Lagi)
Pengarah Terbaik Drama – Azeli Mohamad (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Lelaki Terbaik – Anuar Chew Abdullah (Matahari Terbit Lagi)
Pelakon Wanita Terbaik – Puteri Balqis (Balqis)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik  – Namron (Balqis)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nabila Huda (Balqis)
Videografi Terbaik Drama – Mohammad bin Mohd Rameli (Matahari Terbit Lagi)
Drama Komedi Bersiri Terbaik – Nasi Ayam Duda (Cinematic Sdn Bhd)
Drama Rantaian Terbaik – Ummi (Filmscape Production Sdn Bhd)
Drama Bersiri Terbaik Di Laman Sosial – Ariana Rose (Pena Creative)
Drama Premium Terbaik- Karlos Bolos (Frontrow Pictures Sdn Bhd)

Kategori Filem

Filem Terbaik – Tanda Putera (Pesona Pictures Sdn Bhd)
Lakon Layar Terbaik Filem – Hans Isaac (Lemak Kampung Santan)
Pengarah Terbaik Filem – Datin Paduka Shuhaimi Baba (Tanda Putera)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Bront Palarae (Psiko Pencuri Hati)
Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sharifah Amani (Psiko Pencuri Hati)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Zizan Nin (Tanda Putera)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Natasha Hudson (Lemak Kampung Santan)

Kategori Penerbitan Dalaman

Rancangan Anugerah Terbaik – Anugerah Juara Lagu 28 (TV3)
Rancangan Realiti Terbaik – Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 (TV3)
Rancangan Hiburan Terbaik – Rockestra (TV9)
Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama : Kuda Kelate (TV3)
Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dengan Basikal Aku Menjelajah : Cahaya Misteri Aurora Borealis (TV Al-Hijrah)
Rancangan Bual Bicara Terbaik – Malaysia Hari Ini : Misi Mencari MH 370 (TV3)


asyraf muslim

adik puteri balqis dan Anuar Chew Abdullah


Read More »

Friday, November 07, 2014

Kemaskini Reading List Blog



*jom follow blog saya reramai..haha*

Kalau nak join apa-apa segmen atau giveaway, memang seronok. kalau dapat hadiah lagi best, betul tak? seminggu nie saya terpaksa ambil 'cuti' dari join segmen atau giveaway anjuran para blogger. busy sikit, student dah start exam akhir tahun, jadi pengawas exam SPM lagi, siapkan Pentaksiran Sekolah (PS) atau dulu dikenali sebagai PBS, siapkan hal sekolah segala bagai. so, hari ini balas dendam sikit la, menyemakkan korang punya dashboard blog dengan segala update saya mengenai segmen atau giveaway. sangat banyak betul tak? hehe. lepas nie baru ada masa free nak BW ke blog adik-adik n akak-akak kesayangan sayer..jeng jeng jeng..hihi XD

Macam biasa la, kalau kita join segmen dan giveaway, memang syarat berwajib adalah follow tuan punya blog. memang la patut follow supaya update mengenai segmen atau giveaway kita boleh tahu. Cukuplah join mana-mana Segmen dengan Giveaway hari nie. penat la pulak dok klik-klik..huhuhu~

Tapi yang tak bestnya, kalau penganjur atau sponsor tak ada button 'Google friend Connect'. puas saya membebel pasal benda nie seperti entry saya yang lepas:


So, bila ada blogger tak letak, saya terpaksa clean blog yang saya follow di bahagian Reading List di dashboard. letih tau nak unfollow satu-satu..huhu. saya terpaksa unfollow blogger yang tak ber'update' selama setahun. nampak je '1 year ago' saya unfollow terus. hahaha XD

Pernah satu ketika, saya nak follow satu blog nie melalui widget Google Friend Connect. lepas tu, pop up window keluar la gambar macam bawah nie. saya pun membebel-bebel la, "apesal laaa tak dapat follow nie. senget la incik Google nie. saya nak follow arrr!"



masa nie saya saya tak faham lagi kenapa keluar macam nie. bila dah selalu keluar tu, saya check kat bloglist saya. rupa-rupanya saya dah follow blog tu. patut la keluar cenggitu ghope..hahaha. buat lawak pulak incik Google nie. cakap la dah follow. tak ada hint apa-apa pon, mana la kiter tawuu..ngeee XD

Satu lagi, bila dah terlalu ramai follow blog dalam satu hari, incik Google pun mula la buang tebiat. tiba-tiba suruh buat pengesahan word verification macam gambar bawah nie. tak pasal-pasal kena taip words yang menyakitkan mata tu. dia ingat saya spam la tu. double senget untuk incik Google. ishkk!


Bila unfollow blog yang lama dah tak ber'update tu tadi, jumpa la blogger lama yang memang dah lama menyepi. siapa-siapa yang dah berblogger sejak tahun 2013 tu mesti kenal blogger Mr. Curly, Minah Janggal, banyak lagi la. bila saya buka balik blog diorang, rasa macam ter 'rindu' pulak kat diorang. sebab seronok bila baca entry diorang. Mama Niza kenal kut? eh? hihi :P

Tak apa lah, blogger memang 'patah tumbuh silih berganti'. 

Walaupun saya dah dikira pra-otai *dalam 6 tahun la jugak*, nak resign dari berblogger tu tak ada lagi dalam otak fikiran saya. saya akan teruskan tak kira 'ribut ombak taufan tsunami melanda' *hiperbola betul*. sebab saya suka membebel. blog adalah hobi sampingan. so, memang suka 'menconteng' di blog sendiri. tak ada orang baca pun tak kisah. saya tak kejar traffik pon..*poyo* hahaha XD

blog juga membuat saya menjalinkan hubungan persahabatan *bukan hubungan tuuttt* dengan blogger lain, terutama pengomen tegar saya di bawah sidebar kiri tu. *saya tak nak sebut, karang kalau yang tak tersebut tu kecik hati uolss kan? hahaha*. terima kasih sebab rajin datang ke sini. antara ramai-ramai blogger yang singgah, ada juga yang sebaya anak murid saya kat sekolah jugak. tapi jangan risau, cikgu time blogger tak garang pon! rileks jer. tapi di sekolah saya 'mengaummmmmmmmmmmmm' menjeling, siap angkat kening sebelah kiri sambil memegang rotan. because i am a gengster at the school :D


lovenota : teringat sorang student tanya, 'cikgu kalau marah memang suka angkat kening sebelah kiri eh?'. senget punya student! habit lorh!

Read More »

Giveaway By Mamaniza.com


Assalamualaikum



Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:










Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.
6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.


Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy


jom join. banyak hadiah yang menanti anda

klik pada banner di atas
arigatou!

lovenota : mama, hadiah qis yang menang segmen dah ada ke? 
nak nangis aa gini (T^T)


Read More »

Blogger Get Together With ADAA’S INSPIRATION



Blogger Get Together With ADAA’S INSPIRATION

From 23 OCT to 15 NOV 2014

adaa akan buat cabutan bertuah 
dan 3 blogger yang bertuah akan dapat 
special gift dari Adaa

nak join klik banner di atas
arigatou!

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®