Thursday, October 02, 2014

Minta TOLONG letak Widget Google Friend Connect!



Kepada semua blogger di luar sana, saya merayu, minta tolong letakkan widget Google Friend Connect dan tepekkan di blog anda. kalau anda seorang yang suka buat Giveaway dan Segmen, haruslah dan wajib anda letak widget ini. 



Kenapa kena letak? sebab senang saya nk follow blog korang! bila dah jadi sponsor GA atau segmen, dah sah-sah korang suruh follow blog, kan? kalau tak follow, tak ikut syarat-syarat, penyertaan secara automatiknya akan terbatal. tapi, kalau dah tak follow blog korang, salah siapa? salah korang jugak! kenapa tak letak widget ini? tapi gatal-gatal suruh follow. 

Memang saya marah sikit. sebab saya dah tak boleh follow blog pada dashboard. sebab follow by dashboard saya dah lama limit 300 blog sahaja. so, melalui Google Friend Connect ini jela yang saya boleh follow. kalau korang tak tepek, terpaksa saya cari list blog yang memang dah lama tak aktif 3-4 tahun dan kena unfollow blog tersebut. kan menyusahkan saya untuk cari blog yang tak aktif semata-mata nak follow blog korang. tak baik menyusahkan blogger lain tau!

Saya sekarang sedang follow blogger sponsor dalam satu segmen besar-besaran yang mempunyai ramai sponsor *korang mesti tau segmen yang mana kan?*. bila nak follow tu, tak ada widget Google Friend Connect kat blog dia. menyirap la sekejap! nak suruh orang follow tapi tak ada widget tu. sengal ke hape? tu yang panas hati kejap, terpaksa clean blog yang tak aktif semata-mata nak add blog dia. geramm!

For a conclusion, anda tolong la letak widget Google Friend Connect tu. tidak menyusahkan saya. tidak menyusahkan blogger lain yang nak follow. tak menimbulkan panas hati kepada orang lain yang terpaksa follow anda. walaupun follow sebab join contest, tapi sekurang-kurangnya anda sudah sediakan button widget follow tersebut.

sekian terima kasih

update : ada blogger yang masih tak tukar kepada G+. so, saya memang follow guna widget ini. itu yang susahnya ada dua cara nak follow blog. hehe. tapi, dua-dua cara saya buat. jangan risau, follow Google Friend Connect pun saya buat, klik follow G+ pun saya buat. tapi mostly kalau GA atau segmen mesti suruh follow blog, bukan follow G+. Kan?


lovenota : tak boleh sabar. maap!


6 comments:

  1. betul. kadang2 bersungguh scroll atas sampai bawah. x jmpa, scroll lagi. adeh... last-last terus tutup.

    ReplyDelete
  2. @Amy J
    memang tu makan dia. tutup je. tak payah follow!

    ReplyDelete
  3. Kekekke...jemput join GA yqng AB buat ni. gA biasa2 je..

    http://aksarabiruu.blogspot.com/2014/10/giveaway-by-gobokita-aksara-biru.html?m=1

    ReplyDelete
  4. betul! setuju! kite punye pun dah limit. eishhh

    ReplyDelete
  5. amboii marahnye...
    blog ayu ade kan??
    biase la budak baru nak berjinak ni bukan pandai sgt pon...
    tula kadang2 ayu ssh sikit nak join GA yg byk sponsor
    pastu kene like IG tu..
    sbb payah sikit da follow
    tu kalau nak join kene amek mase sehari nak godek hehehe

    ReplyDelete
  6. hahaha sama dengan amy, last2 sha tutup je... bukak blog lain :)

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®