Saturday, November 22, 2014

Gilis Jiran Sebab Ditegur


Amukan maut berang ditegur


Sabtu, 22 November 2014 @ 5:19 AM

Georgetown: Asalnya pertengkaran mereka hanya kerana sampah, namun ia bertukar menjadi tragedi ngeri buat seorang lelaki apabila dia hanya mampu menyaksikan tubuh isterinya dilanggar dan digilis sebuah kereta dipandu jirannya yang berang selepas perbuatannya ditegur pasangan terbabit di kawasan rumah mereka di Flat Desa Intan, Bandar Baru, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian menyayat hati pada jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa, Lee Seok Pheng, 47, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas parah di seluruh tubuhnya.

Pasangan terbabit tinggal di tingkat bawah flat berkenaan dan ketika kejadian, suspek yang menginap di tingkat atas turun membawa bungkusan plastik sampah sebelum dia meninggalkan sampah itu di depan rumah mereka.

Suspek tanpa rasa bersalah mengambil kereta di tempat parkir dan pasangan suami isteri itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan jiran mereka itu menghampirinya sebelum berlaku pertengkaran. Menurut sumber, ketika itu suspek masih berada dalam kereta, manakala pasangan suami isteri itu berdiri di luar berhampiran kereta suspek dan saling bertikam lidah.

“Suspek yang berang cuba melanggar suami mangsa, namun lelaki terbabit dapat mengelak, manakala isterinya yang melihat kejadian itu mengetuk but kereta berkenaan. Suspek mengundurkan keretanya dan terkena mangsa sebelum mangsa pergi ke bahagian pemandu dan memarahi jirannya itu kerana bersikap biadab,” kata sumber itu.




Tak peduli rayuan henti seret isteri

Georgetown: “Saya sudah menjerit dan merayu kepadanya beberapa kali supaya tidak terus memandu kerana mahu menarik isteri keluar dari bawah kereta. Tapi, dia tetap berdegil dan terus menggilis isteri saya,” kata Yeoh Beng Kooi, 56, menceritakan detik isterinya dilanggar jiran mereka hingga maut dalam kejadian di Flat Desa Intan, Bandar Baru. Menurut penjaja di pasar malam itu, perbuatan suspek memang kejam dan dia langsung tidak menyangka lelaki terbabit sanggup bertindak di luar batasan apabila melanggar dan menggilis isterinya hingga maut.

“Ketika itu, saya bersama isteri dan anak saudara pulang daripada menonton konsert opera berhampiran rumah dan ternampak lelaki itu membuang dua bungkusan sampah di tepi rumah kami. Saya dan isteri menegur perbuatannya itu, namun dia langsung tidak mengendahkannya malah cuba melanggar kami,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mampu melihat isteri yang ketika itu berada di bawah kereta dan menjerit meminta suspek memberhentikan kenderaannya kerana mahu mengeluarkan isterinya terlebih dulu. “Ketika itu, saya terjatuh dan cedera. Saya hanya mampu melihat tubuh isteri dilanggar dan digilis lelaki itu sebelum anak saudara menghentikan perbuatannya. Lelaki itu yang ketakutan keluar dari kereta dan cuba lari, namun anak saudara saya mengejarnya dan beberapa penduduk mengalih keretanya untuk mengeluarkan isteri saya di bawah kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, ketika cuba melarikan diri, suspek terjatuh ke dalam longkang dan meminta pertolongan anak saudaranya. “Namun, sejurus dikeluarkan, dia sekali lagi dia cuba melibas anak saudara saya dengan sebatang besi. Mujur orang ramai melihat kejadian itu dan lelaki itu diberkas sebelum diserahkan kepada polis,” katanya.

sumber : Harian Metro

*******

Wahh wahh wahh, main langgar-langgar pulak ye. ikut suka hati dia pulak nak melanggar orang sesuka hati. apa ingat ni game 'Need For Speed Most Wanted' ke boleh langgar-langgar ikut suka dia je. nyawa orang tu. meringkuk la kau dalam penjara lepas nie atas sebab kesalahan yang menyebabkan kematian. bagi hukuman gantung sampai mati pun takper! bagi dia rasa mati tu macam mana pulak.

Betul la cara si mangsa dan suami tu. nak buang sampah, buanglah dengan cara yang betul. buang sampah di tempat pembuangan sampah. bukan buang di depan rumah orang. ingat dia tu ada kuli nak buang sampah untuk dia kot. ke kau tak tahu tong sampah yang mana satu? tak kenal tong sampah ke? 

ini tong sampah besar. ada kat kawasan rumah kan? kenal kan??

Mangsa iaitu si isteri tu dah tegur pun nampak macam biadap dan kurang ajar lagi. bukan nak turun dari kereta dan ambil sampah tu. buat bodoh duduk dalam kereta adalah. lepas tu cuba nak langgar si suami. bila si suami elak, langgar si isteri pulak. suka sangat main langgar-langgar nie. entah-entah si suspek nie selalu terlibat dalam kejadian langgar lari. bukan kira dia nie. orang depan mata pun boleh dilanggarnya. 

Ok, kalau saya cuba fikir positif pulak. suspek cuma tinggal sampah sekejap je depan rumah jiran sebab nak ambil kereta untuk buang sampah. walaupun nampak pelik reasonnya, *sebab mana ada orang buang sampah pakai kereta kan?* takper. walaupun tinggal sekejap pun, bagitahu la jiran tu, "saya mau tinggal sampah ini sekejap, ye? mau ambil kereta". kalau bagitahu macam tu, tak adalah jiran tu mengamuk menegur. dah kau buat salah, sebab tu jiran tu tegur. kan kita hidup nie mesti saling tegur-menegur.

Mana perginya adab berjiran? adab menghormati jiran tetangga? saya bukan kira agama, ini adalah kesedaran sivik masing-masing. lagipun setiap agama mengajar manusia menghormati jiran masing-masing. 

Meh cikgu nak ajar adab-adab berjiran. bagi ada kesedaran sivik sikit kat dalam hati tu.




Memang elok kalau kita hidup berjiran nie. banyak sangat kelebihannya. kalau kita tiada di rumah, siapa yang tengok-tengokkan rumah kita? jiran jugak, kan? kalau dah tak selesa dengan jiran sekarang tu, buat tak tahu jelah. tak payah peduli sangat pasal aktiviti diorang tu. tak pun pindah je rumah. habis cerita. jangan nak main langgar-langgar pulak ye. ishkk!


lovenota : nasib baik jiran saya baik hati. rasanya dia pun ada baca blog saya, kan? hai jiran, the silent reader! :P

Read More »

Friday, November 21, 2014

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015


Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015


Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2015

Cuti sekolah sudah bermula. Happy Holiday to all student and teachers!

Saya tak bercuti pun, ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum mula bercuti selepas ini. eh, mana ada cuti! saya kan jaga Peperiksaan SPM sehingga 2 Disember 2014..ayoyo. and after this kena masuk mesyuarat Penandaan Kertas 2 Kimia di Seremban pada 8 Disember 2014. saya hanya bercuti 5 hari jer! huhu

So, definisi cuti sekolah tiada dalam kamus hidup saya. ececeh! takper, cuti dok saje-saje kat rumah pun boring jugak. ada juga faedahnya menanda kertas kimia SPM tu. dapat jugak duit poket lebih untuk tahun depan :D


buku diari 2015 ditaja oleh Prudential Insurance. ngee

Saya sudah mula mengemaskini jadual dan tarikh mesyuarat sekolah dalam buku diari. eh, awal kan? hahaha. surat panggilan mesyuarat sudah diedarkan sebelum habis sekolah tadi. betul-betul komited pentadbir sekolah saya nie. dah siap tarikh-tarikh meeting sebelum memulakan sesi persekolahan tahun 2015. 

Saya juga dah update cuti-cuti umum yang Negeri Sembilan terlibat dan juga cuti sekolah di dalam buku diari. siapa nak update pun boleh juga, boleh rujuk entri saya sebelum ini:


Alang-alang dah update cuti sekolah tu, update terus tarikh pembayaran gaji setiap bulan dalam buku diari. sejuk mata memandang tarikh gaji tu, kan? hohoho! 

dan hasilnya, jeng jeng jeng!

diari 2015

siap highlight tau! kelass gitu..hikhik XD

warna kuning - cuti sekolah
warna hijau - cuti umum
warna pink - tarikh pembayaran gaji

haip! jangan cakap i gelojoh eh. 
siapa yang tak suka cuti? 
siapa yang tak suka gaji? 
ade ade? sila komen cepat. 
nak tengok jugak siapa yang tak suka tu..hahaha. 

ala, uolss pun gelojoh jugak! mengaku jela..hahaha XD

Jika dilihat pada tarikh pembayaran gaji tu, agak lemah semangat jugak. sebab banyak juga gaji dibayar awal sebelum perayaan-perayaan seperti Tahun Baru Cina yang dibayar pada 12 Februari 2015 dan Hari Raya Aidilfitri yang dibayar pada 9 Julai 2015. takut jugak kalau tak boleh nak manage gaji nanti. belum sampai bulan depan dah habis. sesak jugak la bila dah habis tu. bahaya bahaya! hohoho! 


lovenota : jangan lupa isi BR1M pada 1 Disember nanti ye :)


Read More »

Segmen Blogwalking Sampai Penat



Segmen Blogwalking Sampai Penat 

 Tarikh tamat 
30 November 2014

okay, jom mula blogwaking..hehe

nak join klik banner di atas
arigatou!


Read More »

Segmen: Kapas Putih December Bloglist



Segmen: Kapas Putih December Bloglist

Segmen ni berakhir pada 
12.00 am, 1 December 2014

saya nak masuk dalam bloglist N lagi..
boleh la yer..hehe

nak join klik je banner di atas
arigatou!

Read More »

Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous


Salam Sejahtera

Jom sertai GA RM150 Zalora Voucher terbaik ni dari SueAKGoGeous
Buat enam langkah-langkah berikut:

  1. Buat satu entri bertajuk 'Giveaway Zalora Voucher RM150 by SueAKGoGeous'. 

  2. Publishkan entri tersebut dan masukkan URL ke ruangan komen di bawah. 

  3. Follow blog SueAK

  4. Follow Google Suriana abdul kadir

  5. Klik sini sini sini sini dan sini tunggu sehingga hadis loading. 

  6. Masukkan blog SueAKGoGeous ke dalam bloglist anda. 

  7. Satu pemenang utama akan mendapat 
    Online Voucher Coupon Code dari Zalora bernilai RM150


    Manakala dua pemenang saguhati akan mendapat 
    Marybrown Lunch Box

    Tarikh GA ini ialah dari 
    21/11/2014 sehingga 12/12/2014

    Tiga pemenang bertuah akan diundi dengan 
    random.org dan akan dimumkan pada 13/12/2014

    Marilah mari pergi sertai!

    Read More »

    Giveaway: Wanna win 2 Piece of Ruffle Shawls by Naomie? Join Now!!



    Giveaway: Wanna win 2 Piece of Ruffle Shawls 
    by Naomie? Join Now!!

    the prizes are TWO RUFFLE SHAWLS Worth RM50.00

    Giveaway Duration: 
    One month. starts today until 20th December 2014

    come and join now
    just click the banner above!

    arigatou!

    Read More »
    Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®