Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke di sini awal pagi tadi.
Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa. Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.
Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi. Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri. Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan.
Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba di Lebuhraya Duke ketika itu seperti yang dipapar di Facebook, Markandan berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.
"Kita difahamkan bahawa keenam-enam pemandu Myvi itu baru pulang dari minum di Ampang. Pihak kita sedang mengambil keterangan daripada mereka," katanya.
*******
Dari dulu lagi, memang hairan sangat, kenapa suka sangat berlumba di atas jalan raya? Tak perlu nak test power kereta siapa yang laju, kereta siapa yang lembab macam kura-kura. Kalau dah Myvi biasa je sama je lajunya, yang lain cara pemanduan kereta je. Itu pun nak race. Tak pasal-pasal accident teruk. Hampeh! Ini dah melibatkan nyawa orang lain. Kalau korang yang berlumba, korang yang teruk tak apa jugak. Ini orang yang tak ada kena mengena dengan race korang pun terkena sekali. Tak rasa menyesal ke? Kesian anak-anak arwah.
Nak sangat berlumba pergi trek kereta lumba. Apa susah? Kat Ayer Keroh, Melaka ada satu litar trek lumba kereta di Melaka International Motorspots Circuit (MIMC). Pergi pakai kereta sendiri lepas tu lumba puas-puas. Nak accident terbalik terpatah kaki tangan itu korang punya pasal.
Kalau diorang tak berlumba pun, mesti bawa kereta laju sangat melebihi had laju yang ditetapkan. Kalau tengok video CCTV yang tersebar tu macam 180 km/j je. Laju sangat. Kalau tak laju, macam mana Pajero tu boleh berpusing berkali-kali? 3 kali pusing tu. Comfirm bawak laju punya.
Kalau diorang tak berlumba pun, mesti bawa kereta laju sangat melebihi had laju yang ditetapkan. Kalau tengok video CCTV yang tersebar tu macam 180 km/j je. Laju sangat. Kalau tak laju, macam mana Pajero tu boleh berpusing berkali-kali? 3 kali pusing tu. Comfirm bawak laju punya.
Gambar kemalangan di Lebuhraya Duke.
Info grafik kejadian sebenar kemalangan maut di Lebuhraya DUKE
Kepada rakyat Malaysia, janganla kecam ahli kelab Myvi yang lain. Mereka tak bersalah pun. Cuma minta jasa baik presiden dan orang-orang kuat Familia Myvi Club (FMC) untuk 'ajar sikit' pemandu Myvi nie. Buang keahlian dari kelab pun ok jugak. Buat 'busuk' nama Myvi je. Harap-harap mereka yang terlibat dalam pelumbaan haram ini dikenakan tindakan yang setimpal. Amin.
Salam takziah kepada keluarga mangsa.
lovenota : benci racer yang tak bertauliah. Hebat puihh!