*kuat selfie sangat!*
Rabu yang lepas selamat berlangsung majlis Perpisahan Pengawas di A'Famosa Resort, Melaka. Alhamdulillah, rasa kelam kabut sangat bila kita sorang-sorang yang uruskan semuanya. dari siapkan Kertas Kerja sehinggalah ke majlis berlangsung. tak pelah, kan? dapat pahala uruskan semuanya sendiri *konon sedapkan hati*. makanan di sana juga sedap, berbaloi dengan harga RM26 per pax. terdapat pelbagai jenis juadah Hi-Tea yang disediakan. yang paling sedap ayam goreng. memang pure kunyit, tak pakai tepung. itu yang best..hehe.
Sepanjang saya menjadi guru penasihat Pengawas, saya kurang dibantu oleh sesiapa termasuklah ketua penasihat pengawas sendiri. Bukan tak nak suruh orang tolong kita, tapi kalau ketua sendiri dah lepas tangan macam mana? ramai guru-guru sini cakap, kenapa tak terus terang dengan pengetua, tak pun dengan guru HEM? saya lantakkan je, saya nie siapa la kan? dahla baru 5 tahun jagung kat sini, takkan nak naik tocang, mengadu-domba. saya pun biarkan jelah. rasanya Pengetua dengan HEM nampak kot siapa yang buat kerja dan siapa yang hanya menumpang nama Pengawas. Itupun kalau dia nampak lah!
Sejak ketua saya tu masuk dalam badan pengawas, kami diberitahu bahawa cikgu ini bagus, cikgu senior, guru disiplin dari sekolah lama, cikgu berpengalaman uruskan macam-macam. dalam hati saya terdetik, bagus la kalau ada guru macam nie. boleh lah tolong memajukan Badan Pengawas kat sekolah nie. tapi, bila dah sampai bulan 10 nie, hampeh! semuanya muka ini yang uruskan! semuanya muka ini jugak yang kena marah! semuanya muka ini yang tolong settlekan! arghhhh! tension weiii!!! memang saya dah nak gila. serius. bila nak uruskan suatu badan organisasi yang sangat besar seperti Badan Pengawas nie, tak mungkin dapat uruskan seorang diri! boleh naik gila! pengawas seramai 100 orang dijaga hanya oleh seorang guru. pitam pitam!
Tahun depan ingatkan saya ingin tukar jawatan untuk menjadi Guru Disiplin je. bukan apa, saya dah letih pegang Pengawas nie. saya dah boring nak pegang sebab tiada kerjasama langsung antara ketua dan anak buah. tapi, bila saya suarakan kepada pengawas, mereka mengeluh, merayu supaya saya tidak ditukarkan. yelah, nak berurusan dengan cikgu ketua tu diorang tak nak. jenis cakap je pandai, buat tak serupa bikin. kadang-kadang pengawas nie konfius sebab arahan dari dia putar-belit. tak faham apa yang disampaikan. alih-alih diorang semua cari saya je, sampailah sekarang. diorang suruh saya postpone sampai akhir tahun depan. oh tidak, lamanya! tak mungkin saya dapat bertahan lagi. saya perlukan orang yang boleh bekerjasama dengan saya, bukannya ayam yang suka melepaskan batok di tangga.
Masa dia tukar format borang pengawas, dia tak ada pun rujuk pada saya, tanya pandangan saya. saya pegang pengawas nie dah 5 tahun. dia baru pegang pengawas nie 5 bulan. kenapa tak rujuk langsung pada saya? kenapa ikut sesuka hati je nak tukar itu ini? kecoh sekejap masa meeting pengawas dulu. apa, ingat dia ketua penasihat, dia boleh buat sesuka hati? alih-alih selepas tu senyap terus macam tu je! budak-budak pengawas nie tak dia ambil pusing dah, bertugas ke tidak, tengok diorang bertugas ke tak, ada masalah ke, jadual betul ke tidak. buang begitu sahaja. ishkkk..geram sangat! alih-alih saya pun gunakan kuasa saya, tak payah guna borang tu. bukannya dia ambil tindakan pun! saya juga yang ambil tindakan, jumpa HEM bagai!
Nasihat saya, ubahlah sikap anda. kalau anda dah pegang nama "ketua" untuk apa-apa jenis pekerjaan, bertindaklah seperti "ketua", bukan mengarah! saya tidak suka diarah! saya tidak suka disuruh-suruh. dan saya juga tak suka nak mengarah orang. pandai-pandailah pikir sendiri tugas hakiki anda.
Eh meluat pulak cerita pasal dia. tetiba aku cerita pasai apa aku pun tak tahu. dah ini je cara saya nak lepaskan geram. sabar jela..huhu. Saya bukan nak mengumpat, nak burukkan orang. mungkin ada student and rakan guru saya yang menjadi silent reader di blog saya. mungkin anda kenal siapa beliau yang saya maksudkan. kalau tahu, diam-diam je, tak perlu nak cerita panjang-panjang kat orang lain eh.
lovenota : jangan buat orang sakit hati, takut tak sempat minta maaf nanti.