Wednesday, April 19, 2017

Tak Malu Ke Pakai Baju Sendat?

Lama juga tidak mencoret-menconteng di sini. selalu juga buka dashboard blogger untuk lihat entry-entry kawan-kawan blogger yang masih aktif. ramai juga yang sudah bersara. dah bersawang pun hado. haha. Kali ini tergerak hati untuk mengulas isu yang satu nie. bukan nak mengejek awak tu berbadan besar dan gemuk, banyak spare tayar. takdo kojo aih den nak mengejek. tapi ingin menasihati, saling mengingati antara satu sama lain. Saya terpandang seorang perempuan nie. Sudah bersuami, anak pun dah ada. Tapi suka sangat pakai baju yang menampakkan susuk badan. Pakai baju ketat sampaikan spare...
Read More »

Wednesday, March 22, 2017

Tidak Tahu Tunggakan PTPTN RM9 Ribu

Seorang wanita telah menjadi viral di mana dia dimaklumkan mempunyai tunggakan sebanyak RM9 ribu walaupun sudah habis membayar pinjaman foundation @ asasi dan masih lagi membayar pinjaman sarjana muda @ degree secara konsisten. Apabila beliau ingin ke luar negara, dia mendapat email daripada PTPTN yang mengatakan dia masih mempunyai tunggakan dan perlu dijelaskan dalam masa seminggu. Jika tidak melangsaikan tunggakan, nama akan direkodkan dalam senarai hitam Jabatan Imigresen, tindakan undang-undang, potongan gaji mandatori dan juga memberi kesan kepada rekod CCRIS.  Berikut adalah...
Read More »

Wednesday, March 01, 2017

Penderaan Emosi Anak-Anak

Selalunya kalau kita sebut dera, mesti dalam kepala terbayangkan kena pukul. Memang kita tak dera secara fizikal tapi sebenarnya ramai di kalangan mak ayah yang tidak sedar yang mereka selalu mendera emosi anak-anak. Semak 7 penderaan ini, kalau anda memang pernah lakukan pada anak anda. Segera berubah kerana dalam tempoh jangka masa yang panjang, ia boleh merosakkan masa depan anak. 1. Tidak ikhlas Anak memang sentiasa mahukan perhatian, itu memang fitrah mereka. Ada anak-anak yang suka bertanya dan banyak cakap. Memang ada kalanya kita rasa rimas tapi jangan kita abaikan anak-anak....
Read More »

Sunday, February 19, 2017

Mengapa Saya Memilih Dia

Kepada sesiapa yang pernah bertanya kepada saya atau yang akan bertanya kepada saya mengapa saya memilih dia.. Saya memilih dia tidak kerana dia berotot, tetapi kerana dia kuat, cekal, kuat di hati, bersungguh-sungguh dalam usahanya dan mencintai saya. Saya memilih dia kerana dia membuatkan saya ketawa, walaupun saya tidak fikir saya boleh, walaupun apabila saya tidak mahu, walaupun saya rasa seperti saya tidak tahu bagaimana caranya, walaupun ketika saya telah kehilangan motivasi diri. Saya memilih dia kerana dia sentiasa membawa saya kembali ke Bumi apabila saya seolah-olah...
Read More »

Sunday, February 12, 2017

Khabar dari Kota Mekah

Alhamdulillah, mak menghantar khabar berita dari kota Mekah. Sihat-sihatlah hendaknya. Umrah mak tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Katanya dalam perjalanan ke Madinah pula. Sungguh riang hati mak kerana dapat berkunjung di rumah Allah SWT itu. Tercapai hajat mak untuk menunaikan ibadah umrah di sana. Alhamdulillah. Mendengarnya, terasa hati ini ingin berkunjung ke sana. Alangkah indahnya. InsyaAllah suatu hari nanti, bersama dengan bakal suami, yang belum tiba menyapa hati ini.  Mak ada mengatakan nanti di Jabal Rahmah (tempat pertemuan Nabi...
Read More »

Saturday, January 07, 2017

Game Hindi Movie

Baru sebentar tadi TV3 menyajikan hidangan filem di Panggung Sabtu yang berunsurkan penyiasatan. Filem "Game" yang dilakonkan oleh Abhishek Bachchan, Kangana Ranaut, Anupam Kher, Sarah-Jane Dias, Shahana Goswami, Boman Irani, Gauahar Khan and Jimmy Shergill. Filem hindi yang penuh aksi dan babak penyiasatan polis yang merungkaikan pembunuhan yang sudah lama dirancang. Saya yang sedang sibuk menyiapkan kerja terpaksa berhenti sebentar untuk melayan filem aksi tersebut. Terpengaruh nampaknya. hehe. Rupa-rupanya filem ini dikeluarkan pada 1 April 2011, dan merupakan kegagalan kewangan...
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®