Friday, July 22, 2011

Guru mengaku sentuh leher a.k.a. Cabul!

wow..mule dahhh...apa la nak jadi pada orang zaman sekarang nie..tak pasal2 nama guru yang rosak..lama2 ibubapa dah tak percaya kepada guru pulak nanti..sebab takut nak hantar anak diorang kat sekolah sebab kes2 macam ini..nanti ramai laa yang hantar ke sekolah lelaki..sekolah perempuan..sekolah harian, asrama semua dah tak laku...hehe!

AMPANG JAYA – Ketua guru disiplin, Ismazi@Megat Ismazi Ismail didakwa mengaku ada menyentuh bahagian leher 11 pelajar perempuan yang tidak menghadiri perhimpunan sekolah pada pagi 25 Februari lalu.
Namun ia dinafikan oleh semua mangsa yang menuduh guru berkenaan berbohong kerana tertuduh didakwa turut menyentuh buah dada mereka.
Demikian diberitahu oleh saksi, Ricky Toong Foo Weng, 25, semasa menyambung pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff dalam perbicaraan Ismazi@Megat Ismazi, 48, yang didakwa mencabul 11 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.
Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bilik guru disiplin antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi pada 25 Februari lalu.
Difahamkan perbuatan cabul itu berlaku ketika 11 pelajar itu tidak hadir perhimpunan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana hukuman itu jika disabit kesalahan.
Terdahulu, saksi berkata, tiga hari selepas kejadian, pihak sekolah mengadakan mesyuarat antara tertuduh, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan 11 mangsa bagi mencari penyelesaian

No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®