Wednesday, April 29, 2015

Wanita Buka Baju di Petaling Street

KUALA LUMPUR, 28 April : Seorang pekerja spa yang juga model sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ibu negara hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam pada Khamis lalu. Persana Avril Sollunda, 33, yang terbabit dalam insiden membuka pakaian di Petaling Street, di ibu negara minggu lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia memohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan. Persana didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.07 petang, 23 April lalu. Tertuduh didakwa mengikut...
Read More »

Captain America Berlegar di Johor

Ini baru dinamakan peminat fanatik @ die-hard fan Kapten Amerika! complete full set of Captain America. siap ada shield lagi. motor seakan-akan motor Kapten Amerika jugak. Ducati Monster beb! tapi yang takde ialah helmet. bahaya naik motor tak pakai helmet nie. ke helmet Kapten Amerika itu boleh diklasifikasikan sebagai helmet motor? boleh ke? hehehehe. Siapakah Kapten Amerika tu? Beliau ialah Kimberly Lee Tan, berusia 46 tahun yang berasal dari Filipina. Dari sumber TheRakyatPost, dia dikatakan dicabar oleh rakan-rakan fitnessnya untuk memakai set Kapten Amerika...
Read More »

Sunday, April 26, 2015

Avenger : Age of Ultron

Hari nie saya menghabiskan hari sabtu bersama dia, incik kambing. pernah mak saya tanya, kenapa panggil kambing? Sebab dia ada janggut sikit di bahagian bawah bibir..ciput janggut tu macam kambing. Hikhikhik. kejam betul gelpren incik kambing. Ngeee.. Dia booking tiket wayang semalam secara online, takut-takut ramai yang beratur panjang di TGV Aeon Bukit Raja, Klang. Kalau nak tengok wayang kat Sunway Pyramid, rasanya dah penuh. Maklumlah baru beberapa hari ditayangkan di pawagam.  Yep. Filem dari Marvel iaitu Avengers Age of Ultron. Dah lama kita tunggu keluaran Marvel yang...
Read More »

Wednesday, April 22, 2015

Hensemnya Loki!

Tengah layan Thor: The Dark World kat FOX Movie Channel di Astro nie, seronok je tengok Loki. Tak tengok hero pun, suka tengok Loki lagi..hehe. tak kira la Loki tu orang jahat, tapi rasanya ramai yang melting tengok Tom Hiddleston dari Chris Hemsworth. Kan? Hehe Kalau tengok chibi Loki lagi cute. Jom layan chibi Loki dengan chibi Thor lovenota : bila agaknya dapat tengok Loki lagi eh?  ...
Read More »

Tuesday, April 21, 2015

Love is #16 : Small Little Things

Memang small little things  saya tak suruh datang tapi tetap berdegil  tup tup dah ada depan rumah  katanya risaukan keadaan saya  dengan keadaan ulser yang belum baik sepenuhnya Dan dia terus membawa saya makan  macam tahu-tahu je orang tengah lapar.. tak sempat nak makan hari ini Seronok..hehe. lovenota : it is really the most warming act of LOVE ...
Read More »

Sunday, April 19, 2015

Tayar Pecah Pulak

Apa malang la nasib bulan nie. Kereta Vios accident, kereta ayah yang Wira Aeroback nie pulak tayarnya pecah. Sedih gila rasanya. Lepas nie apa nak jadi pulak.. Saya dah lama tak bawa kereta manual. Dah nak setahun kut sebab dah tukar kereta Auto nie kan. Bawa kereta pun perlahan je sebab takut tiba-tiba tak dapat kawal gear nanti. Perlahan la jugak dalam 80-90 km/j. Tapi tak tahu kenapa pecah jugak tayar kereta nie.  Saya dalam perjalanan ke Gemencheh dari Seremban. Sampai di Rembau tiba-tiba terdengar bunyi meletup pada tayar sebelah kiri. Saya pun terkejut la sebab tiba-tiba...
Read More »

Wednesday, April 15, 2015

Oh Keretaku

Malang sungguh rasanya hari ini. Sedih rasanya. Kereta saya terpaksa masuk 'hospital' untuk merawat 'sakit' yang dihidap petang tadi. Kenapa? Ini jawapannya. Sebelum kejadian ini berlaku, saya dah rasa berdebar pada petang tu. Hati rasa tak keruan, rasa tak sedap je. Macam ada sesuatu yang bakal berlaku je. Rupa-rupanya ini yang jadi. Huh!! Saya terlanggar motor bila nak keluar simpang. Sebenarnya bukan salah saya pun. Motor tu yang tiba-tiba datang ke depan. Bila nampak jalan clear, kita pun jalan la, kan? Ini tak, dia masih lagi tak keluar dari simpang. Ingatkan dah jalan, rupanya...
Read More »

Love is #15 : Hungry

Disebabkan ulser makin teruk, saya tak boleh nak makan apa-apa. Lapar tu jangan cerita lah. Rasa macam kempunan makan nasi putih. Dah lama saya tak dapat makan nasi putih lauk sayur dan ayam masak merah.  Saya mengadu pada dia. dia kata dia risau sangat dengan keadaan saya macam ini. Sampaikan sanggup nak datang sini dari Shah Alam. Oh tidak, kalau dekat saya tak kisah. Ini jauh berpuluh batu. Dengan esoknya nak kerja lagi, saya cakap tak payah datang. Sakit ini ujian dari Allah SWT, terima je dengan redha. He is so sweet. :) lovenota : cuba untuk lelapkan mata ...
Read More »

Tuesday, April 14, 2015

Ke Klinik la Kite

Saya mendapat pelepasan ke klinik kesihatan pada waktu bekerja sekarang nie. Tak tahan sangat sebab dah terlalu sakit ulser yang semakin membesar sehingga menyebabkan bengkak dari bahagian mulut kanan ke pipi. nampak tembam di pipi seketika. Pelajar saya pun tegur bila saya tiba-tiba berhenti bercakap sambil mengerutkan muka menahan kesakitan. "Cikgu ok tak?". Mau tak sakit. Gigi geraham bergesel dengan ulser di pipi. Pedih. Amat Ulser saya dah menjangkau 8 hari tapi masih tak baik lagi. Apa lagi yang perlu saya buat? Saya dah lama tak makan sedap disebabkan ulser nie. Bencinye!  Selepas...
Read More »

Monday, April 13, 2015

Sendiri

Sebak Sepanjang hari terasa sayu Air mata jatuh menitis  seperti sang hujan yang turun Gerimis Teringat kata-kata seseorang jangan begitu murah dengan air mata tapi apakan daya Terkadang hujan sengaja turun Agar aku dapat berteduh Supaya aku berhenti untuk mengejar Sesuatu yang tidak perlu Apa sebabnya aku hidup pada hari ini? Di mana arah tuju kehidupanku ini? Tiada sesiapa yang memahami Tiada sesiapa yang berada di sisi Baik keluarga, kawan mahupun kekasih Tiada seorang pun Akhirnya tinggal aku sendiri jua missbalqis April 2015 ...
Read More »

Sunday, April 12, 2015

Pengantin Fantasia

Pelamin Fantasia adalah sebuah program realiti dengan objektif utama adalah untuk merealisasikan "Perkahwinan Impian ". Seramai 10 pasangan sebagai peserta (sebanyak 20 Peserta) yang telah dipilih daripada ujibakat Pelamin Fantasia kini akan bersaing dalam satu siri ujian dan cabaran bagi mereka untuk memenangi perkahwinan impian mereka direalisasikan di episod akhir Pelamin Fantasia.  3 selebriti terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa, Rizalman Ibrahim akan bertindak sebagai Juri kepada para pasangan. Para juri akan menentukan pasangan yang akan meneruskan impian perkahwinan...
Read More »

Friday, April 10, 2015

CPUV #222 : HITV Immuno-Therapeutic Vaccine

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk mempromosi CPUV terbaru, iaitu vaksin HITV, sejenis vaksin untuk mengubati penyakit Kanser. Kanser menyebabkan 7 juta kematian setiap tahun atau 12.5% daripada jumlah kematian di dunia. Hari ini dengan kemajuan dalam pembedahan, kemoterapi dan radiasi terapi, kadar kematian kanser telah dikurangkan. Bagaimana untuk mengetahui kita menghidap kanser? Jika korang melihat gambar di atas, itu adalah perbezaan sel yang normal dengan sel kanser di mana jika kita menghidap kanser, struktur sel amat berbeza berbanding sel normal. paling senang...
Read More »

Thursday, April 09, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang

Hari ini selesai sudah acara sukan sekolah, iaitu Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat sekolah. Hari ini saya bertugas bahagian pelepas. Sehari suntuk di padang dari pagi sehingga tengah hari. Agak panas pula cuaca hari ini. Dengan keadaan saya yang tak berapa sihat, gagahkan diri juga untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.  Alhamdulillah, rumah sukan Kelisa @ rumah merah menjadi johan pada tahun ini. Rasanya sudah 3 tahun rumah Kelisa asyik mendapat Naib Johan. Last dapat johan pun tahun 2011 rasanya. Dapat merasa kembali piala Johan tu. Tahniah. Maskot...
Read More »

Monday, April 06, 2015

Ulser

Walaupun ulser tersebut nampak kecil,  Tetapi mampu melumpuhkan seluruh badan kita  Sakitnya terasa mencucuk-cucuk  Bila dah pecah, bengkaknya sangat terasa Berdenyut-denyut dari dalam mulut  oh tidak, inilah sakit yang paling tidak digemari  Tak pasal-pasal kena ambil MC hari ini Macam mana nak mengajar kalau bengkak kat mulut  Bukannya ulser di bibir, tapi di kawasan pipi sebelah kanan Nak mengunyah pun susah, apatah lagi ingin berbicara  Senyapkan sahaja mulutku hari ini Walaupun saya dapat MC, saya harus ke Tampin untuk menghadiri...
Read More »

Sunday, April 05, 2015

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014

Siaran langsung secara live, keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 serta komen saya sikit pada malam ini. hehehe. Pada awal pembukaan anugerah dipersembahkan oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum. best sangat!  1. Artis Baharu Lelaki Popular : Hafreez Adam 2. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias Baju Didie Alias sangat la gorgeous uols! memang Lady Gaga Malaysia la. 3. Artis Duo/Berkumpulan Popular : Akim & The Magistrate 4. Pengacara TV Lelaki Popular : Datuk Aznil Nawawi 5. Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana (Hot FM) Ella...
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®