Tuesday, November 17, 2015

Keputusan UPSR 2015 Meningkat



Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini meningkat sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GPN) iaitu daripada 2.29 mata tahun lalu kepada 2.27 mata GPN tahun ini. 

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata peratusan pelajar mencapai semua A menyaksikan peningkatan sebanyak 0.76 peratus tahun ini iaitu daripada 7.89 peratus pada tahun 2014 kepada 8.65 peratus tahun ini. Ia membabitkan seramai 38,344 daripada 443,407 calon tahun ini berbanding 36,304 daripada 460,407 calon tahun lalu.

Bagaimanapun, calon yang mendapat pencapaian Baik (minimum Gred C, tidak termasuk semua Gred A) menurun sebanyak 1.34 peratus iaitu 57.69 peratus tahun ini berbanding 59.03 peratus pada tahun lalu. 

Peratusan calon yang mendapat pencapaian semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum (semua Gred D dan Gred E atau kombinasi kedua-dua gred) menurun sebanyak 0.21 peratus iaitu daripada 2.87 peratus tahun lalu kepada 2.66 peratus tahun ini.

Empat mata pelajaran menyaksikan peningkatan Subjek Gred Purata (GPMP) iaitu Matematik, Bahasa Melayu (Pemahaman), Bahasa Melayu (Penulisan) dan Sains manakala Bahasa Inggeris menurun.

Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara menjadi sekolah terbaik Wilayah Persekutuan dalam UPSR 2015. Seramai 81 daripada 178 pelajar memperoleh semua A, berbanding 69 pada tahun lalu.

Di Terengganu, seramai 2,558 calon peperiksaan UPSR memperoleh keputusan 5 dan 7A. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin, berkata, pencapaian keseluruhan gred purata negeri meningkat sebanyak sebanyak 2.10 mata atau 0.05 peratus berbanding 2.15 mata tahun 2014.

Di Sabah, Seramai 1,612 calon UPSR 2015 memperoleh A bagi semua mata pelajaran, meningkat satu peratus berbanding tahun lalu. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip, berkata Keputusan Gred Purata Negeri (GPN) menunjukkan peningkatan iaitu daripada 2.67 peratus pada tahun lalu kepada 2.62 peratus bagi tahun ini.

Jika mahu semak keputusan UPSR dengan menggunakan khidmat SMS, langkah-langkahnya:

Taip : UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 
Contoh: UPSR KC001A040 hantar ke 15888


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®