Wednesday, May 02, 2018

Tugasan Sejarah PT3 2018: Latar Belakang Tempat Kajian



PENGENALAN

Pengenalan (5 markah) ialah aktiviti menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan dapat menggambarkan kandungan hasil penulisan. 


LATAR BELAKANG

Di dalam tugasan ini, anda boleh jelaskan dan huraikan isi-isi berikut:
  • lokasi mengenai tempat tinggal anda dengan memberi gambaran keseluruhan kandungan penulisan / kajian
  • tahun, tarikh, hari dan masa peristiwa pembukaan tempat tinggal berlaku
  • nyatakan siapa yang terlibat dalam peristiwa bersejarah tersebut - perasmi / ketua kampung / pengerusi JKKK

Contoh


A. Sejarah Pekan Senai 
Senai ialah sebuah bandar transit yang terletak 25 kilometer di utara bandar raya Johor Bahru, Johor, Malaysia. Nama "Senai" berasal daripada nama pokok Sinai, sejenis pokok tempatan yang banyak hidup biak di kawasan itu pada awal abad ke-20. 
Selain daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Senai juga merupakan pusat operasi kepada banyak pengilang elektronik multinasional yang utama. Bandar ini terletak di Lebuhraya Skudaiyang merupakan sebahagian Laluan Persekutuan 1 yang menghubungkan Johor Bahru dengan Kuala Lumpur.
Bank-bank tempatan termasuk Maybank, Bank CIMB, Syarikat Kewangan Public, Bank RHB, Bank EON, dan Bank Simpanan Nasional. Terdapat banyak kedai runcit yang menjual bekalan keperluan antara lain di sepanjang jalan raya utama. Perkhidmatan-perkhidmatan bas yang melalui Senai termasuk TransitLink, Causeway Link, Maju, dan S&S. Perkhidmatan-perkhidmatan ini berulang-alik antara Senai dan Johor Bahru. 
Penduduk-penduduk Senai terdiri terutamanya daripada orang Melayu, Cina, dan Tamil India. Kebanyakan orang Cina di Senai adalah daripada kaum loghat Hakka. 

B. Lokasi Pekan Senai 
Senai terletak empat kilometer di selatan Kulai, dan empat kilometer di utara Skudai. Lebuhraya E3 mengaitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan Tuas di Singapura. Manakala lokasi Bandar Kulai teletak di negeri Johor, sebuah negeri di selatan Semenanjung Malaysia. Kulai berada sejauh 29 km dari Johor Bahru, ibu negeri Johor dan sejauh 8 km dari Skudai. Tempat-tempat lain yang berhampiran dengan Kulai ialah Sinkang, Sedenak, Saleng, Selong dan Senai. 
Di arah tenggara Kulai ialah Gunung Pulai (654 m). Jarak Kulai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ialah 15 km sahaja. Bandar Kulai merupakan simpang tiga iaitu ke Johor Bahru di selatan. Jalan raya ke barat laut menuju ke Ayer Hitam. Jalan ke timur menuju ke Kota Tinggi. Landasan kereta api juga melalui bandar Kulai. Kulai merupakan ibu daerah serta pusat pentadbiran bagi daerah baru Kulaijaya dan terletak di dalam Metropolis Iskandar Malaysia.




Anda juga boleh selitkan peta kawasan tempat tinggal anda dengan menggunakan peta. Contohnya,





*************************************************************************
Plagiat tidak dibenarkan. Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 telah dikuatkuasakan dengan bertujuan  untuk melindungi bentuk atau cara dimana idea-idea dan maklumat ditunjukkan kepada orang lain dengan berbentuk pernyataan  fizikal. Selain itu, akta ini juga bertujuan untuk melindungi konsep, fakta, gaya atau teknik yang wujud atau digambarkan dalam karya hak cipta. Mengikut seksyen 43, Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 ini sesiapa yang didapati bersalah dibawah akta ini boleh dikenakan hukuman denda RM 10,000 sehingga tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun

nda boleh klik pautan di bawah untuk mendapatkan contoh jawapan yang lain:
10. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat
11. Ulasan ucapan Tunku Abdul Rahman
12. Rumusan
13. Sumber


*************************************************************************

Anda dinasihatkan memastikan ketulenan tugasan dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) daripada mana-mana pihak seperti di blog-blog lain yang tidak mempunyai sumber asal yang sahih. Sebagai peringatan, sekiranya anda didapati melakukan plagiat, anda berkemungkinan digagalkan atau diberikan gred yang tidak memuaskan. Diharap panduan / jawapan tugasan Sejarah PT3 ini dapat memberi panduan dan penjelasan kepada semua pelajar tingkatan 3. semoga anda boleh siapkan dengan jayanya!

Diedit dan diolah oleh saya sendiri!

Semua maklumat di atas disusun oleh saya sendiri. kepada blogger kaki copy paste, post ini tidak boleh dan tidak dibenarkan copy melainkan anda berkongsi link ini sahaja. Semua maklumat di atas juga tidak boleh dicopy. anda faham erti copyright, kan? 

Anda hanya kena print sahaja sebab kat sekolah pun kena salin balik, kan? So, Nak print senang je:
1. chrome dan mozilla user : 
guna tab menu browser uols (yang ada 3 garis) yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. 

2. Boleh juga kalau tak nak print, save guna pdf. 

3. Terus tekan CTRL-P untuk print terus.




Good Luck!

12 comments:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®