Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts
Showing posts with label ..kerjaya guru... Show all posts

Monday, March 18, 2013

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diadakan pada hari Khamis, 21 Mac 2013 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat UtamaAras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Peperiksaan bertulis SPM 2012 telah diadakan dari 5 November hingga 6 Disember 2012. Seramai 472,541 orang calon telah menduduki SPM di 3,590 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 30,239 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2012 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi21 Mac 2013 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam27 Mac 2013.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
14 Mac 2012
********************************************
risau jugak dengan result kimia tahun nie. camne la agaknye..huhu :(



Read More »

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012


Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2012

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan dikeluarkan pada 18 Mac 2013.  Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari, manakala  calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.  Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888 serta secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12:00 tengah hari pada tarikh berkenaan.
Persidangan Akhbar bagi mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STPM 2012 akan diadakan pada 18 Mac 2013, jam 12:00 tengah hari, di Dewan Besar, Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pada peperiksaan STPM tahun 2012, seramai 51,673 orang calon telah hadir menduduki peperiksaan ini di 760 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 47,708 (92.33%) orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 (2.15%) orang calon sekolah swasta, 2,795 (5.41%) orang calon persendirian individu, dan 58 (0.11%) calon sekolah kerajaan negeri. 
Sementara keputusan peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2013.  Calon boleh menyemak keputusan mereka secara dalam talian di portal MPM dan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS).

HAJI KHAWARI BIN HAJI IDRIS
Pegawai Perhubungan Awam
Majlis Peperiksaan Malaysia
13 Mac 2013 
Read More »

Wednesday, March 13, 2013

Makluman Tarikh Peperiksaan Awam 2013



Makluman tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2013

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) : 11 hingga 12 Jun 2013

Ujian Lisan STAM : 8 hingga 19 Julai 2013

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) : 10 hingga 12 September 2013

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : 21 hingga 23 Oktober 2013
                                                  : 28 hingga 29 Oktober 2013

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : 6 hingga 29 November 2013
                                           : 2 hingga 5 Disember 2013

*surat siaran [link]

*awal pulak exam SPM tahun nie. as usual mesti la jaga SPM lagi untuk tahun nie. cari rezeki lebih kan :P*

Read More »

Thursday, February 21, 2013

Pindaan Tarikh Cuti Berganti Tahun Baru Cina


surat siaran [link]

seperti surat siaran di atas, sekolah ganti untuk perayaan tahun baru cina bertukar lagi dari 9 Mac 2013 ke 16 Mac 2013 pada hari sabtu juga. 

so, Mr.Stranger pelis be alert ye! :)


Read More »

Tuesday, January 15, 2013

Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Politeknik & ILKA


borang permohonan ke IPTA, Politeknik dan ILKA bagi sesi akademik 2013/2014 sudah dibuka. ia dibuka pada 7 Januari sehingga 15 April 2013

untuk memohon/mendaftar, sila ke laman web berikut:


bagi yang nak memohon tu, sila fikir dengan betul..yang mana kecenderungan kebolehan anda. kalau masih berasa was2..sila jumpa pakar kaunselor atau pun jumpa je kaunselor sekolah uols..boleh jer.

p/s: teringat mase mohon upu dulu..mula2 konon nak jadi nurse..pharmasict laa..alih2 dapat cekgu..rezeki masing2.. :)
Read More »

Thursday, December 20, 2012

Tugas Sebagai Seorang Guru


masa GAJI GURU NAIK... Ada yang pertikaikan...

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YANG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SAHAJA YANG BERKATA DEMIKIAN. KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR-GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola, cikgu jadi REFEREE > buat garisan padang, buat persiapan padang, buat kertas kerja, jadi PBSM tengah padang. bila murid kalah, cikgu tak pandai ajar. kalau menang, budak tu pandai main~

Time budak nak bertanding apa2 acara, cikgu jadi JURULATIH > kalau KALAH, cikgu kene
kritik..cikgu tak pandai ajar~

Time aktiviti Kemahiran Hidup (KH), cikgu jadi PETANI, Cikgu jadi PENUKANG, Cikgu jadi WAYAR-MEN > budak tersalah ketuk, Cikgu kena marah, cikgu x pandai jaga~

Time kutip yuran, cikgu jd AKAUNTAN kalau tak cukup, cikgu dahulukan duit. bila cikgu minta dari parents, Mak bapa cakap cikgu ni asyik minta duit jer~

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid), cikgu jadi PELAYAN > kalau murid
tak dapat RMT, kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan~

Time budak sakit, cikgu jadi DOKTOR > bila dah tolong, kata cikgu punca anak murid sakit~

Time ceramah, cikgu jadi MOTIVATOR > cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid, bukan sorang murid jer~

Time hias kelas, cikgu jadi PELUKIS SENI cikgu cat kelas. kalau suruh murid, habis kena baju murid. esok dapat teguran dari parents - "ape cikgu ajar ni???"

Time persembahan hari guru, cikgu jadi KOMPOSER > kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan~

Time baiki kerusi rosak, cikgu jadi TUKANG KAYU > yang merosakkan kerusi anak siapa??

Time budak muntah/berak dalam kelas, cikgu jadi TUKANG CUCI > bagitau ibubapa, jawapan - anak saya memang macam tu~

Time budak mencuri, cikgu jadi DETEKTIF > nak hukum budak, esok dapat saman dari
parents. bila bagi tau parents, parent cakap "tak per, budak2"~

Time budak wat persembahan, cikgu jadi PHOTOGRAPHER > yang ajar budak persembahan, cikgu jugak. kalau terbaik, kata budak berbakat. kalau tak elok, kata cikgu tak reti ajar. cikgu lagi~

Time perkhemahan, cikgu jadi TENTERA > cikgu jadi pak guard siang dan malam.
untuk pastikan anak murid sedap tidur. cikgu mata cengkung, orang cakap "memang kerja cikgu"~

Time hari kantin, cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM > bila naikkan harga sikit, kata
cikgu nak kaut untung atas angin tapi sebenarnya nak kumpul dana sekolah~

Time hari Guru, cikgu jadi PENYANYI > Sambut hari guru sendiri, jadi badut depan
murid. murid hanya gelak pada hari guru. sapa yang disambut sebenarnya??

Time gotong royong sekolah, cikgu jadi TUKANG KEBUN > nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid selesa. tapi bila murid kena gigit nyamuk sikit, orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan~

Time masuk waktu solat, cikgu jadi TOK IMAM > bila tak solat, tanya murid "kenapa tak sembahyang?" parents sendiri tak sembahyang. tapi bila tanya orang, orang cakap, cikgu tak ajar di sekolah~

Time parents amik lambat, cikgu jadi BABY SITTER > bila tinggal, orang salahkan cikgu tak
bertanggungjawab. tapi bila tunggu dan tanya kenapa lambat, banyak urusan di
pejabat~

Time budak bergaduh, cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH > bila hukum sikit, esok dapat
surat saman dari parents sbb jentik anak dia~

Time budak sakit kecemasan, cikgu jadi PEMANDU AMBULANS > kereta siapa??
kereta cikgu. minyak duit siapa?? duit cikgu~

Time merentas desa, cikgu jadi POLIS TRAFIK > berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti~

Time budak sedih, cikgu jadi PELAWAK > cikgu jadi badut. bila salah sikit, esok masuk
muka hadapan berita. kata cikgu tak pandai jaga murid, tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi~

Baru 24 kerja jer..NAK senaraikan lagi ke???? 


sumber: facebook.

p/s: saya sendiri berbangga menjadi seorang GURU (n_n)v
Read More »

Friday, November 30, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2013


jadual pembayaran gaji untuk 2013 nie tak ada banyak beza dengan tahun 2012..
cuma yang sakitnya tetap sama macam tahun nie..
pada 10 Oktober 2013 da dapat gaji untuk bulan 10..
then nak kena tuggu gaji bulan 11 tu lame sangat..kena ikat perut lagi..hihi!

p/s: jadual pembayaran bonus takde eh? hehe
Read More »

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025)


Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007.
Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian.

Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.
Muhyiddin menyifatkan  PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:

Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:

Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:

Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:

Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:

Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:

Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:

Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:

Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta

Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.

10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:

Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:

Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.

Kesimpulan:
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.

download draf awal: [link]

Read More »

Friday, August 10, 2012

Cuti Berganti Persekolahan Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2012

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Ogos 2012 telah bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos 2012 ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun 2012 yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012. Dengan ini semua pihak mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.


KPM dengan ini memberi kebenaran kepada sekolah-sekolah untuk memohon cuti berganti melalui Pendaftar masing-masing untuk kelulusan melalui Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 26 Tahun 2012 bertarikh 9 Ogos 2012. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPM mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan pada 16 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 8 September 2012 manakala cuti berganti persekolahan pada 17 Ogos 2012 digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012. 


Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia



***********************************************************************
ini adalah berita gembira..boleh la balik awal! (n_n)v
Read More »

Wednesday, July 25, 2012

Penjawat Awam: Bonus Setengah Bulan Gaji 2012

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini. - BERNAMA

*tak jelas la pulak kan*

takpe..asalkan dah dapat tahu kita penjawat awam akan dapat
bonus: 9 Ogos 2012
gaji: 13 Ogos 2012
next gaji: 25 September 2012
so kita kena la berjimat ye pada hari raya nie..kang dah sampai awal bulan dah kering..nak tunggu 25hb tu lambat lagi..tak pasal2 korang menghitung hari tunggu nak gaji nanti..hehe!

Read More »

Tuesday, July 17, 2012

Kebaikan dan keburukan pelajar bawa handphone ke sekolah

Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah mulai 2013


berita nie keluar kat Buletin Utama TV3..cik balqis baru tahu pun tadi..lagipun tak tengok tv sangat..hikhik..pasal tajuk di atas..kalau la henpon atau telefon bimbit dibawa ke sekolah..rasanya nanti sekolah jadi huru hara kowt..sebab apa? keburukannya:

1. pelajar kalau ponteng kelas boleh mesej kawan2 dia yang ada dalam kelas suruh jadik spy. yelah..mana tau cikgu disiplin carik diorang ke kan. dapat la lari ke tempat yang cikgu disiplin tak dapat tangkap. so, info tuh jadi cepat dalam sekelip mata je..rasanya cikgu disiplin takkan dapat tangkap la pelajar ponteng lepas nie. ada je info dari spy2 diorang kan..konon nak tolong member2..tak tolong kang kena belasah/debik..hehe!

2. tiap2 hari nak kena ber-facebook/twitter dalam kelas. sikit2 nak update..cikgu marah tak siap kerja pun update..malas nak masuk kelas nak ponteng besar2an pun update. camno aih? langsung tak fokus nanti pada pelajaran..


asyik2 nak bermesej2 dengan pakwe/makwe/skandal..nak bermanja2, calling2 dan berasmaradana dalam kelas..hishh..payah betul..ayoyoyo~


3. kalau tengah ada peperiksaan/exam..student tiba2 lulus semua subjek..yang tak pernah lulus tetiba dapat A plak kan..sebab meniru melalui henpon..kan dah tak telus tuh..cikgu pun percaya laa student tuh da berubah..dah belajar..jadi baik..kononnya laaa~~

4. nanti kang kalau cikgu tengah ngamuk dalam kelas..ade certain student nakal pergi rakam video cikgu tu..lepas tu update kat youtube..ishk..nakal sangat dan bahaya..mana tau diorang rakam video cikgu tengah merotan pelajar kan..tak pun telefon parents on the spot..tak pasal2 kan..lagi bahaya..ishk3..

5. kalau salah guna..boleh membawa keburukan..contohnya sebar video 18sx ke kan..gambar porno2..send je kan henpon member..bluetooth kan hader..lepas tuh kalau sekolah tu ada wifi free..guna internet untuk tengok cerita blue..hampeh~

********************
tapi kalau bawa handphone ke sekolah pun ada kebaikan dia jugak ape..contohnya:

1. kalau cikgu ada relief kelas..then cikgu tu rasa malas nak masuk kelas..telefon je student dalam kelas relief tu..kalau ada pengetua lalu..suruh student call cikgu cepat2..nanti boleh masuk kelas lepas tu..kalau pengetua tanya kenapa lambat masuk kelas..cakap pergi tandas..haha! (jahat!)

2. kalau cikgu malas nak naik ke kelas yang letaknya di tingkat 4..masa tu nak masuk makmal sains..tapi nak menapak jauh kan..so sms jela ketua tingkatan suruh turun ke makmal..tak pun 3G je tunjuk muka garang suruh turun cepat dalam masa 5 minit..haha!

3. kalau student tu sakit..boleh telefon ambulans dengan sendirik..tak perlu cikgu yang bertugas tu bersusah-payah nak hantar student ke klinik dah..tak pun panggil sendiri tepon parents..tak perlu tunggu cikgu yang kol..uruskan diri sendiri jadi pelajar yang berdikari..chewahh!

4. pengetua pun senang nak jalankan tugas pencarian..guru disiplin pun boleh guna kaedah nie jugak..kalau ada pelajar ponteng..guna la nombor secret..call pelajar ponteng tu ke kan..budak tu ingat kawan2 dia kol ke kan..lepas tu trace lokasi panggilan..alaa..macam polis buat tuuu..hehe! kalau ada GPS lagi boleh kesan lokasi pelajar tersebut..kan senang..hahaha~

5. kalau student nak buat kerja/assignment/homework..so senang la nak cari maklumat pantas melalui henpon canggih diorang je..terus jadi "pelajar kena puji" dalam kelas..kalau henpon cikai tak boleh laa..hihi..


6. kalau dalam kelas cikgu sedang bagi soalan pada pelajar..ada student tu malu2 nak bagi jawapan kat cikgu dia..call je cikgu tu..senang direct melalui phone..tak pon mms je jawapan..tanya betul ke tak..hehe!


7. cikgu2 juga dah tak guna buku untuk bagi latihan..hanya buat group subjek kat facebook jer..so semua jawapan pelajar ada kat situ kan..mungkin juga guna twitter? tak pun guna blog jer kan..kan senang teknologi zaman sekarang..cikgu pun takde nak beli pen merah selalu dahh..takde nak bawak buku balik rumah untuk ditanda..hehe!


so ada jugak kebaikan dan keburukan guna henpon nie kat sekolah.

sebenarnya banyak lagi keburukan dari kebaikan rasanya. walaupun sekarang nie dilarang membawa handphone ke sekolah, student tetap bawa jugak. kemungkinan masalah disiplin yang menjadi teruk nanti..kes gaduh..hilang henpon..curik henpon kawan..tapi bergantung kepada kesedaran student tu sendiri. boleh fikir yang mana elok yang mana tidak. yang mana boleh buat mana yang tidak boleh buat. *tapi rasanya student sekarang ramai yang dah tak berakal..hahaha..jahatnye! XD*. 

kepada pelajar2 sekolah sekalian, nak cemerlang dan berjaya dalam pelajaran, tak perlu bawa handphone pergi sekolah. tengok je zaman dulu2, mana ada bawa handphone, cemerlang je sampai ke peringkat Master, PhD. tak mati lah kalau tak ada handphone kat tangan sehari *adei! haha!*. kecemerlangan anda bergantung kepada sikap anda. goodluck!

peace! (n_n)v

lovenota 1: feedo kata boleh kol ketua tingkatan untuk ambil attendence..huihh..suko den dengar..haha!

lovenota 2: fakta di atas hanyalah gurauan semata2..bukan betul pun..so jangan ikut plak yer..sebab ada blogger yang terasa dengan entry den nie

Read More »

Tuesday, June 12, 2012

Penat! Jadual Waktu sangat tidak memuaskan!


penat! tired! exhausted! tension! stress!
jadual waktu baru mengajar sekarang nie sangat sangat sangat menyakitkan hati..
sampai stress cik balqis dibuatnya..terutama hari selasa dan khamis..
sampaikan terus hilang mood kalau tak jaga emosi betul2..
~kebetulan saya buat salah dengan Mr Bulat..lagi spoil mood cik balqis hari nie~

tiap2 hari selasa lepas nie..
cik balqis ade kelas 7 waktu direct sampai pukul 1.20 pm

tiap2 hari khamis pulak..
cik balqis ada 8 waktu direct sampai 1.20 pm jugak

rasa macam nak pecah kepala je..

kenapa la ada jadual macam nie..
langsung takda break melainkan waktu rehat pelajar..
ingat cik balqis nie robot ke..
nak ngajar budak pun kena ada mood..
kalau tak P&P tak berjaya laa..tidak mencapai objektif..
mana laa larat nak direct kelas dari 7.30 am sampai 10.10 am..
lepas tu sambung 10.40 sampai 1.20 pm..

cik balqis tak kisah kalau nk bagi 7 atau 8 waktu sekalipun dalam masa sehari..
tapi kena la bagi break 40 minit sebelum masuk kelas yang lain..
nak siapkan kerja hal pentadbiran pun tak boleh..
nak ambil attendence pon susah..
hadoi~~

macam mana nak hadap masa bulan puasa nanti..
mesti terkulai layu balik dari sekolah..
haishh..
~lama2 stress aku camnie~


~Mr Bulat..maafkan saya!~

Read More »

Monday, April 23, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN BAGI PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH


Permohonan kemasukan bagi program Sarjana dan Doktor Falsafah. Sila patuhi arahan dan panduan pengisian secara atas talian ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sila klik :

sila klik untuk melihat program yang ditawarkan : Iklan Kemasukan Program Pasca Siswzah

Nota : No Pin BITARA ID boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui Auto Teller Machine (ATM) BSN (pemegang kad BSN sahaja) dengan harga RM 26.
Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 05-4505480/5482 atau 5494.
***************************************
Ibu Kandung Suluh Budiman!
rindu nak nyanyi lagu UPSI!
*oppss!*

okeh..iklan master dah keluar..
tapi tengah berfikir lagi..
nak ambil master ke?
cam ne nie..berbelah bagi la..huhu~

*ambil master lepas kawen la! ;p*
Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®