Showing posts with label PT3. Show all posts
Showing posts with label PT3. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014


Pengenalan Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014

Peperiksaan PT3 iaitu Ujian Bertulis akan bermula pada 12 - 17 Oktober 2014 meliputi 11 mata pelajaran yang terpilih manakala Ujian Lisan pula akan bermula pada 6 - 29 Ogos 2014. Kajian Kes bagi Geografi dan Sejarah akan bermula pada esok hari iaitu 1 Julai 2014 sehingga 18 Julai 2014.

Jadual Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2014 --> klik sini


Disertakan surat siaran Peperiksaan PT3 dan juga Peraturan Pentadbiran PT3 2014 yang merangkumi jadual kerja bagi ujian bertulis, ujian lisan dan kajian kes serta panduan tugasan yang terlibat dalam pengurusan instrumen pentaksiran.

Surat Siaran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2014 --> klik sini


Penjaminan Kualiti Pentaksiran juga diadakan disebabkan guru-guru yang akan menanda kertas peperiksaan PT3. Ini meliputi Pernyataan Dasar PT3, Penjaminan Kualiti PT3 dan Pelantikan Personel Pentaksiran.

Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) --> klik sini


Format kertas peperiksaan bagi setiap mata pelajaran yang terlibat dalam peperiksaan PT3 juga sudah dikeluarkan seperti di bawah.

Format Pentaksiran Tingkatan 3 (Akademik) --> klik sini
Format Pentaksiran Tingkatan 3 (KHB) --> klik sini


Instrumen Contoh PT3

Berikut adalah contoh format peperiksaan PT3 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) bagi setiap mata pelajaran yang terpilih:



Kajian Kes bagi mata pelajaran Geografi (23)

Arahan:
Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 
2.2 Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut. 
2.3 Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di kawasan kajian. 
2.4 Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

Download: Arahan guru --> klik sini
                Arahan pelajar --> klik sini

Contoh Jawapan Tugasan Geografi: klik sini


Kajian Kes bagi mata pelajaran Sejarah (21)

Arahan:
Baca petikan berikut dengan teliti. 
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama. 

Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my 

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan. 

Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 
1. Tajuk rencana 
2. Nama penulis 
3. Isi kandungan: 
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan 
(g) Menyenaraikan sumber rujukan 

Download: Arahan guru --> klik sini
                    Arahan pelajar --> klik sini

Contoh Jawapan Tugasan Sejarah: klik sini


*sebarang penambahan informasi akan diupdate kelak*


lovenota : semoga berjaya!

Read More »

Tuesday, March 18, 2014

PT3 menggantikan PMR

UPDATE:
30 Jun 2014: Format PT3 serta instrumen contoh bagi setiap mata pelajaran yang terlibat dalam Peperiksaan PT3 --> klik sini

****************


Kuala Lumpur, 18 Mac 2014 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini. Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

"Akan ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.

Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)? pulak dah. Nama peperiksaan asyik bertukar dari PBSMR, lepas tu PPMR then yang terbaru PT3 *dah bunyi macam gred kenaikan pangkat je*. 

Bagi guru-guru yang terlibat dalam PBS, KPM sudah mengeluarkan kenyataan media YAB Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengenai penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Ada 5 lampiran yang perlu anda download dan lihat penambahbaikan tersebut dari segi DSP, pernyataan deskriptor dan evidens, contoh pelaporan, jenis instrumen PT3 dan kriteria kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 --> [link KPM]

Di sini, dapat saya disimpulkan bahawa penambahbaikan PBS adalah seperti berikut:

1. Dokumen Standard Prestasi (DSP) sudah dikurangkan. Bermakna, penilaian guru adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian guru kepada pelajar. Guru boleh merekod mengikut kaedah sendiri dan perekodan akan dibentangkan kepada ibubapa. Tiada lagi evidens yang berlambak2-lambak di atas meja guru. Sekolah masih boleh mengadakan ujian bulanan, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar.

2. Guru tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Contoh pelaporan ada dilampirkan di web KPM. So, no 'filing' anymore. Guru sendiri simpan rekod pelajar mengikut kaedah sendiri. 

3. Guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Perlaksanaan PT3:
  • Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris - pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan
  • Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun - pentaksiran ujian bertulis 
  • Sejarah dan Geografi - tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study)

Dalam Perlaksaan PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan:
  • Moderasi - suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. 
  • Verifikasi - proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

Semua penambahbaikan ini akan dilaksanakan bermula 1 April 2014.

****************************
Secara kesimpulannya, PBS masih lagi diteruskan tetapi jumlah evidens sudah dikurangkan. Contohnya Sains, untuk Tingkatan 1, evidens berjumlah 129 sudah dikurangkan kepada 24; Tingkatan 2, evidens berjumlah 160 sudah dikurangkan kepada 30; dan Tingkatan 3, jumlah evidens berjumlah 178 sudah dikurangkan kepada 24 evidens *ok la dikurangkan banyak itu. masih boleh dilaksanakan dan bolehla PdP dijalankan dengan lebih sempurna lepas nie*.  

Saya sebagai guru, rasanya penambahbaikan ok berbanding dengan sebelum ini. Memang KPM betul-betul menyelenggara penambahbaikan PBS. After this, no tension at all about fail budak, evidens pelajar yang beratus-ratus tak tahu nak simpan mana, tak ada lagi bangun awal-awal jam 2 pagi untuk isi markah online di SPPBS iaitu "Sistem Pusing Pusing Balik Semula", tak perlu fikir dan kejar band yang terlalu banyak untuk pencapaian tertinggi pelajar. tapi ini sebenarnya mengurangkan beban dan kerja guru, tetapi bagaimana pula dengan perkembangan dan pencapaian pelajar? 

tapi bila dah laksanakan PT3 nie, mesti nanti keluar macam2 isu *dah nampak dah sebenarnya*. mungkin akan timbul pemberian markah yang tidak telus dan 'syok sendiri' untuk menjaga prestasi sekolah, penyelarasan markah yang mungkin mengundang pening pada cikgu2, dengan ibubapa yang mungkin akan mendesak guru memberikan markah yang terbaik kepada anak2 mereka tanpa menilai kebolehan pelajar dan boleh menjurus ke arah rasuah pula. tengok jelah nanti. *saya lagi menyokong jika SPPBS ini dimansuhkan dan PMR seperti biasa. biar Lembaga Peperiksaan yang uruskan seperti biasa*

syabas pada SGMM kerana isu ini diperhalusi oleh KPM *yang hairan NUTP pula dapat nama. ini baru betul, lembu punya susu, sapi dapat nama* --> [link]

perkembangan terkini mengenai isu SPPBS dan luahan guru-guru boleh diikuti di facebook: https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan

Betul cakap orang, hanya GURU je yang tahu penat lelah seorang GURU mengenai PBS ini. *tak nak komen banyak sangat, nanti timbul isu guru malas plak..huhu*


lovenota 1: mesti lepas nie ada LPD mengenai PT3.
lovenota 2: suka sebab online dah bertukar pada offline :). tapi rasanya lagi suka kalau 'offline'kan terus sistem PBS nie :)

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®