Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

10 Makanan yang Mempunyai Kolesterol Tinggi



Kolesterol adalah berasaskan minyak dan tidak dapat bercampur dengan darah. ia dibawa seluruh badan dalam darah oleh lipoproteins.1-3


kolesterol dibawa oleh dua jenis lipoprotein:
  • Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL @ Low-density lipoprotein  - kolesterol yang dibawa oleh jenis ini dikenali sebagai kolesterol 'jahat')
  • Lipoprotein Berketumpatan tinggi  (HDL @ High-density lipoprotein - kolesterol yang dibawa oleh jenis ini dikenali sebagai kolesterol 'baik').


Kolesterol adalah kedua-dua teman dan musuh kita - pada tahap normal, ia adalah bahan penting untuk fungsi normal badan, tetapi jika tahap dalam darah terlalu tinggi, ia menjadi bahaya yang senyap yang meletakkan kita pada risiko serangan jantung.

10 Makanan yang Memiliki Kolesterol Tinggi



1. Kuning Telur


kuning telur mengandungi kolesterol yang lebih tinggi berbanding dengan makanan yang lain. sebiji kuning telur mengandungi 1234 mg kolesterol dalam 100 gram kuning telur. 

2. Hati 


kolesterol dihasilkan oleh hati. dalam 100 gram hati terdapat 564 mg kolesterol atau sekitar 188% total kolesterol harian. 

3. Mentega


margerin, mentega atau butter digunakan pada hampir semua makanan seperti kuih, roti dan masakan yang lain. 100 mg mentega mengandungi 215 mg kolesterol. 

4. Makanan laut


Jenis yang LDL nya tinggi adalah sotong, udang, udang, ketam, dan kerang. antara makanan laut @ seafood yang mengandungi kolesterol yang paling tinggi adalah Udang iaitu sebanyak 196 mg dalam 100 gram.

5. Ayam


kulit ayam yang digoreng mengandungi banyak kolesterol

6. Fast Food 


1 burger keju mengandungi 175 mg kolesterol. Ini belum termasuk jika anda menambah kentang goreng, ayam goreng, atau donat. 

7. Keju


keju merupakan sumber protein dan kalsium yang baik. akan tetapi, dalam 100 mg keju terdapat 123 mg kelosterol. jadi, kurangkan pengambilan keju dalam masakan.

8. Daging proses


jumlah kolesterol yang ada dalam daging proses bergantung kepada kepingan daging dan jumlah garam yang ditambah semasa diproses. 

9. Ais krim


Kandungan lemak dalam segelas ais krim lebih tinggi dari hamburger dan 10 biji donat. 

10. Makanan rapu


Snack pengilang yang mengandungi lemak trans, misalnya kerepek kentang, biskut, dan Krakers yang mengandungi 172 mg kolesterol di dalam setiap 100 mg. 

Read More »

Friday, September 19, 2014

Alexa Ranking semakin Naik





Ini adalah entry versi 2 dari Versi 1 Mama Niza, iaitu Tak Gila Kejar Follower.

Memang betul kata-kata dari Mama Niza dalam entri "Tak Gila Kejar Follower". Actually memang nak update entri pasal follower pun, tak buat karangan sikit-sikit malam tadi. tapi Mama Niza dah update dulu. hehe. ramai blogger yang kenal Mama Niza. saya pun dah lama kenal Mama Niza sejak mama guna blogspot lagi. eh, lama jugak la kan? ada kot dalam 2 tahun. eh? entah. lama dah. haha.

ini cuma dari pendapat saya, bukan secara umumnya. 

Nak blog ada dalam Google ranking? nak blog dalam Alexa Ranking? dapat ranking 1 ribu pun dah ok, kan? so, kena la pandai main SEO keyword. blog kena mesra SEO.  nak tips blog mesra SEO boleh baca blog bro Hasrul Hassan. kat situ banyak tips yang diberikan. saya akui saya ada jugak ikut keyword SEO nie tetapi tidak sepenuhnya. pening sikit main SEO nie. hehe.

Selain dari itu, kalau nak follower ramai, gaya penulisan anda kena cantik, kemas, dan tersusun. ada daya penarik. blog comel ke cantik, contohnya. dan juga mesti konsisten dalam update blog. loading blog tu kena cantik jugak, tak nak blog berat-berat, tak habis loading comfirm kena pangkah dah. widget-widget yang tak guna sangat tu jangan pasang, contohnya jam, calender, etc. ada masa lapang buatlah segmen ringkas, giveaway ataupun blogwalking. mesti blog anda sentiasa diterjah. 

Saya? update blog tak konsisten, blog pun lebih kurang. tak cantik pun. cerita merapu meraban. kurang mesra SEO. eh, banyak la. tapi tak apa. saya berblogging bukan nak rating, tetapi memang suka menulis dan berkongsi ilmu dan artikel. itu sahaja. ikhlas saya katakan, hanya waktu cuti sekolah ataupun cuti weekend *kalau tak balik kampung* sahaja masa saya untuk berblogger. contohnya, cuti sekolah nie. saya ada banyak masa yang saya tumpukan pada blogger *yelah, sampaikan semua kerja lingkup. kertas exam tak ditanda. kerja report semua tak bergerak-gerak lagi..iskh3*. dan disebabkan itu, Alexa Ranking saya naik sebanyak 10 ribu++ dalam seminggu berbanding pada hari biasa. saya tidak tipu! memang itu yang terjadi kepada blog saya minggu ini. itu adalah kuasa penangan dari Blogwalking dan sertai pelbagai segmen dan giveaway.

cara nak naikkan Ranking Alexa dengan cepat:
  1. update blog secara konsisten
  2. artikel sentiasa berkualiti *kurangkan copy-paste artikel orang lain*
  3. selalu blogwalking *bagi trafik naik dan dapatkan backline*
  4. selalu buat review ranking Alexa *perasan tak ada blogger selalu buat review ranking Alexa. itu adalah salah satu cara sebenarnya, bukan saje-saje*
  5. promosikan blog anda *ping di mana-mana : Facebook, Twitter, Blogr, Ping Busuk, Kartikel, Pingje, Kaki Ping*
  6. jangan suka-suka tukar template sesuka hati *effect pada ranking termasuk Google Ranking dan Page Rank*

Mengenai Blogwalking, saya akui saya memang kurang BW. kadang-kadang tak pernah BW. hanya ping url blog lepas tu tutup blog, buat kerja. saya memang takkan sempat nak buat semua tu disebabkan tugas hakiki saya yang memang suka tak bagi saya rilek2. nak buat macam mana, dah itu memang kerja saya. orang yang berkerjaya dan professional tinggi macam saya *ehem* memang kurang memberikan komitmen kepada blog masing-masing. macam mama cakap, nak harapkan orang BW blog kite kena BW blog orang dulu kan? yela, betul la tu. tapi saya memang tak buat. sesiapa yang masuk blog saya memang visitor yang seikhlas hati nak membaca blog saya. tengkiu, gamshahamnida, arigatou, trimas saya ucapkan. 

Follower saya pun tak ramai. saya tak kisah. mereka follow seikhlas hati ke tidak, itu hak mereka. kalau uols follow blog saya sebab nak difollow balik, kirim salam la yer. saya hanya follow blog yang saya suka dan best jer. *tettt! macam blog hengkou best sangat! caitt!* ade aku kesah? pedulikkan! hahaha! tetapi, melalui follower sebenarnya kita boleh tarik visitor melalui update-update entri yang terbaru. so, nak follower ramai, blog kena menarik la ye!

apa-apa pun, baik Google Follower ataupun G+ Follower, saya sayang follower saya :D
terima kasih follow saya ye :D

lovenota : tinggal beberapa hari lagi nak mula persekolahan. korang rindu-rindukan i selalu eh..ngeee :P

p/s : belum sempat blogwalking lagi. saya nak balik kampung di Port Dickson. babai!

update: Abang Ben Ashaari post satu komen di Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA), "Up jer entri terbaru dan rajin-rajin g baca entri kawan-kawan yang post. Tu baru blogwalking..". so perfect! that's the right way to blogwalking. :)

Read More »

Tuesday, September 16, 2014

11 Fakta Mengenai Mulut Anda


slot ilmiah sikit malam nie yer murid-murid sekalian. kita ada 11 fakta mengenai mulut yang anda mungkin belum tahu lagi. saya sendiri pun baru tahu..tadi. hehe :P

11 Fakta Mengenai Mulut:


1. sesiapa yang mulutnya mempunyai bumbung yang sempit adalah lebih cenderung untuk berdengkur. *maksudnya bibir atas la kut*. ini adalah kerana mereka mempunyai kurang oksigen yang melalui hidung mereka. 


2. 85% manusia di dunia boleh menggulung lidah mereka 


3. apabila bercium, anda boleh menjangkakan untuk mendapat 256 koloni bakteria daripada mulut pasangan anda. hampir 50% daripada bakteria di dalam mulut tinggal di permukaan lidah anda


4. jika mulut anda benar-benar kering, anda tidak akan mampu membezakan apa-apa jenis rasa; manis, masin, pahit, tawar, masam


5. deria rasa adalah deria yang paling lemah daripada lima deria yang lain


6. perkara-perkara seperti ubat-ubatan, merokok, tidak mendapat cukup vitamin yang betul, kecederaan kepala, tumor otak, pendedahan kimia, dan kesan-kesan radiasi boleh menyebabkan gangguan rasa


7. sekiranya anda ialah golongan tangan kanan, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan anda di sebelah kanan. dan jika anda kidal, anda akan cenderung untuk mengunyah makanan anda di sebelah kiri.


8. manusia mempunyai cetakan lidah yang unik, sama seperti cap jari


9. otot yang paling kuat dalam tubuh manusia adalah lidah (bergantung kepada saiz). lidah adalah satu-satunya otot di dalam badan yang melekat pada satu penghujung sahaja. ia memerlukan 72 otot untuk bertindak balas untuk membolehkan seseorang itu berkata-kata


10. terdapat kira-kira 9, 000 tunas rasa pada permukaan lidah, di tekak, dan di atas bumbung mulut. tunas rasa mengandungi chemoreceptors yang bertindak balas kepada bahan kimia daripada makanan dan bahan-bahan lain yang dilarutkan oleh air liur di dalam mulut. secara umum, perempuan mempunyai lebih tunas rasa berbanding lelaki. hayat purata tunas rasa dikatakan bertahan sehingga 10 hari.


11. manusia menghasilkan kira-kira 37, 854 liter air liur dalam seumur hidup. air liur diperlukan untuk merasa - sehingga makanan dilarutkan oleh air liur, kita tidak boleh merasainya. kira-kira 1.5 liter air liur dihasilkan dalam satu hari.




siapa-siapa nak jadi dentist tu kena tahu fakta ini, ok? :D


Read More »

Saturday, January 04, 2014

Dara: Penting atau Tidak?



tiba2 je qis ketengahkan isu ini. sebab apa?

tadi dok chatting2 dengan orang, tiba2 ada mamat selenge tanya, tumit kaki merekah ke tidak? memang pikir pelik la sebab first time orang tanya macam nie. lepas tu qis pun google pasal nie and the answer is:

petua orang tua untuk tengok seorang wanita punya dara atau tidak, berdasarkan tumit. kalau tumit merah dan licin, maksud anak dara. kalau kurang merah dan dah merekah, means tak berdara la.

la, rupanya macam tu. ada lagi lelaki tanya benda2 macam tu zaman sekarang kan? den golak jela yo. haha.

bagi wanita yang belum berkahwin macam qis *i bujang lagi okey..haha!* mesti la cakap dara itu amat penting sebab itu adalah maruah peribadi seorang gadis yang akan dipersembahkan kepada sang suami yang tercinta apabila berkahwin nanti. tapi ada jugak yang berpendapat, tak ada dara tak menjadi masalah. tak ada pun tak apa kan? hak pandangan masing2. 

ada juga bagi lelaki di luar sana, kalau dah tahu girlfriend dia dah tak ada dara mesti cakap macam nie;
 "kalau tak ada dara, cancel kahwin!
ataupun 
"u tak ada dara? kita putus! break! perempuan murahan!"
tapi kan, selidik dulu sebab musabab semuanya, mungkin ada sebabnya yang para lelaki tidak tahu.

kalau uolss search engine google, banyak artikel yang boleh anda jumpa seperti "cara untuk mengenali gadis masih dara atau tidak", "bila lelaki boleh tahu perempuan dah tak dara/virgin", "bagaimana nak tahu wanita masih dara?". saya baca satu2 fakta yang ditulis, mungkin ada yang boleh diterima tapi kebanyakan rasanya semuanya tak masuk akal langsung.

okey, saya bagi contoh artikel tu:

1. Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba lihat ujung hidung anak perempuan, merahkan?

yela, kalau picit hidung anak2 yang masih kecil contohnya bayi ataupun budak sekolah rendah memang la nampak merah. sebab kulit bayi, budak kecil masih lagi halus dan sensitif, sel-sel kulit masih lagi baru dan masih lagi melakukan pembahagian sel *aku bagi fakta sains katekauu! haha!*. kulit orang dewasa dah tebal *macam kulit den*. picit kuat2 tang mana pun payah nak dapat warna merah menyala tuh. *dapat sakit adalah..haha*

2. Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua telapak tangannya, jikalau retak (urat2 yg mrupai retak), bukan kerana mungkin di sebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia, bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. 

kulit tapak tangan saya memang kasar *sikit je* sebab selalu sangat bermain dengan bahan kimia sejak zaman belajar lagi *main hydrochloric acid, sodium hydroxide, etc, dah macam main sabun je*. tak apa la kalau dia dah kata kecuali kat atas artikel tu kan. tapi bila tapak tangan kasar, memang lah urat2 tuh retak *bingai betul*. ada ke tapak tangan kasar tapi urat2 die halusss cantikk..tidak! kalau masih suci, tapak tangan halus dan licin ye? GRO semua tu tangan diorang licin2 halus2 tau. kalau pegang lembut kot kalah kulit bayi. suci lagi la macam tu? nonsense!

3. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba gengam ibu jari tangannya sebentar saja kira2 satu minit, bila disaat megengam terasa hangat dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, berarti ada harapan masih suci.

ini lagi nonsense sebab bila kita sekat pengaliran darah dan darah tidak mengalir ke hunjung ibu jari, memang ibu jari kita akan terasa panas sebab darah tak sampai ke hujung jari. mesti tak pernah buat eksperimen buang gelang pokok masa sekolah dulu. batang pokok pun boleh kembang sebab tak dapat salurkan nutrien pada dahan. inikan kita manusia. *haiyaa!*

4. perut? perempuan yang sudah hilang dara. perutnya akan mengembang dan sedikit buncit.

buncit2 jangan cakap woo. sensitif bagi wanita. hahaha. dah kalau wanita yang berisi dan yang memang perutnya buncit sebab makan banyak macam mana pulak? unreleven!

banyak lagi lah fakta karut-marut-merapu-meraban yang saya baca. nak tahu pegi google sendiri la. hehe :P

saya suka komen beberapa orang anon; contohnya:

artikel yang tak tepat langsung. sekarang ni wanita dara atau tidak dara amat susah hendak dikesan. 

ada yang dara fizikal tapi mental mereka sudah veteran disebabkan kerap menonton video lucah, atau kerap beronani.

ada yang bentuk badan yang montok memberi tekanan pada badan mereka sendiri mengakibatkan ianya tidak lagi berseri seri walaupun umur masih muda.
dan juga dengan pengaruh make-up, segalanya sudah tidak relevan, sebab boleh diubahsuai bagaimana yang dikehendaki.


dara?
penting sangat ker untuk lelaki?
kalo lelaki, mmg konfem ker teruna?
zaman sekarang, dengan teknologi sekarang ni byk bezanya....
benda ciput dlm hp tu pon bole meransang nafsu, so
tepuk dada tanya rasa.....

yup la. mmg menakutkn ble org ckp 'lelaki dpt bce seseorg tu dara atau tk..well,lau nk tau tnye trus la pd tuan pnye bdn. ap main2 teka n buat andaian sendri berdsarkan mklumat enth pape ni kn. ekeke.. ap pn, dara tu lau bersukan aktif sngt pn leh pecah gak tau. apkah itu pn dkire hilang dare??ngee.. n bgaimana pula dgn prempuan yg hilang dara gara2 dirogol tu??."dia tk rela pn, bahkn mgkin trauma dgn lelaki,so people.please dont judge..kte tk brhak. well, as long as ble kwin nnti,bia la urusan dia ngn suami je kn,

ade wanita y dilahirkan tanpa dara..
siapa kita untuk mengadili org laen..
smua tu urusan dia dgan y maha kuasa..
takde sape y sempurna..kita pon x sempurna ..
jngan ingt kita sempurna utk dapatkan org y smpurna segalanya..

if ur bf/gf ask about ur virginity, for me, he really shows no respect on u. trust me, they aren't really accept u as what u r. If i were u, i'll just left him coz, u deserve someone better than him.
after marriage, if any problems happen, there must be a reason. look back on what u have done before. and ask for forgiveness. don't blame each other, coz nobody can be blamed except urself. hope u guys always happy now and hereafter..('',)

saya suka dengan satu pepatah ini;

Dara tak menjamin kebahagiaan rumahtangga.- Abetan. 
The done is done.- De. 
Enough is enough.- LO.


lovenota 1: ada tak artikel nak kesan lelaki ada teruna atau tidak? hahaha
lovenota 2: paloi sungguh. hahaha. opps! :P

Read More »

Monday, July 26, 2010

Kod bagi Negeri Kelahiran @ Nombor Kad Pengenalan


ic or kad pengenalan or myKad. rasa tak perlu kot Qis habaq cerite neh tapi aku perlu coz aku baru tahu dari mana asal nombor ic aku neh. dah 10 tahun pegang IC, hari neh baru terdetik hati nak tengok dari mana asal ic aku neh. sebab tadi aku try mohon kerja kat ukm. die tanya ic nie warganegara semenanjung ke sabah ke sarawak. mase tuh aku konpius. dahla kod 52, tapi tak tau pulak nak pilih mane. so aku pon try google..terus la dapat ape yang aku nak tau..haha..

emm..contoh nombor ic yang aku nak tengok tuh.

871006-52-xxxx

yang nombor 52 tuh, terfikir jugak negeri mana ada nombor ic macam tu. sebab kalau ikut ic adik-adik aku semuanye nombor 13 sama dengan mak aku. so..sarawak la.

dulu mane ade internet-internet nie. nak google maklumat nie semua. tak popular lagi. aku tanya je kawan sekolah aku dulu..
"weii..kod 52 neh negeri mana? ko tau tak?"
"oh..aku rse la KL kot..rasa-rasa laa"

sebab rasa-rasa die tuh la aku ingat nie kod nombor KL smpai sekarang. tapi aku pon sangsi jugak kenyataan iteww..haha

baru tadi ak check kat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). tengok nombor-nombor kod negeri kelahiran..baru la aku tahu 52 tuh sarawak jugak. ishkk..hampeh betol kawan aku tuh. siapa yang cakap tu pun aku pon tak hengat..haha..

so, aku memang anak jati sarawak..tengok la ic gua..haha..

next, nombor terakhir dalam siri nombor ic korang plak. kalau nombor terakhir adalah nombor genap, itu bermaksud anda perempuan. kalau nombor terakhir anda ialah nombor ganjil, anda adalah lelaki. so, ada sesiapa yang salah nombor ic? tengok jantina uolls betul-betul ok..haha..

Ini adalah senarai kod bagi negeri kelahiran di Malaysia bagi sesiapa yang nak ambil tahu la.
  • Johor                 = 01, 21, 22, 23, 24
  • Kedah                = 02, 25, 26, 27
  • Kelantan             = 03, 28, 29
  • Melaka               = 04, 30
  • Negeri Sembilan   = 05, 31, 59
  • Pahang               = 06, 32, 33
  • Pulau Pinang       = 07, 34, 35
  • Perak                 = 08, 36, 37, 38, 39
  • Perlis                  = 09, 40
  • Selangor              = 10, 41, 42, 43, 44
  • Terengganu          = 11, 45, 46
  • Sabah                  = 12, 47, 48, 49
  • Sarawak              = 13, 50, 51, 52, 53
  • WP Kuala Lumpur = 14, 54, 55, 56, 57
  • WP Labuan          = 15, 58
  • WP Putrajaya      = 16

Bagi kod kelahiran di luar Malaysia pula ialah:
  • Brunei = 60
  • Indonesia = 61
  • Kambodia = 62
  • Laos = 63
  • Myanmar = 64
  • Filipina = 65
  • Singapura = 66
  • Thailand = 67
  • Vietnam = 68
  • China = 74
  • India = 75
  • Pakistan = 76
  • Arab Saudi = 77
  • Sri Lanka = 78
  • Bangladesh = 79
  • Negeri yang tidak diketahui = 82
  • American Samoa / Asia-Pacific / Australia / Christmas Island / Cocos (Keeling) Islands / Cook Islands / Fiji / French Polynesia / Guam / Heard Island and McDonald Islands / Marshall Islands / Micronesia / New Caledonia / New Zealand / Niue / Norfolk Island / Papua New Guinea / Timor Leste / Tokelau / United States Minor Outlying Islands / Wallis and Futuna Islands = 83
  • Anguilla / Argentina / Aruba / Bolivia / Brazil / Chile / Colombia / Ecuador / French Guinea / Guadeloupe / Guyana / Paraguay / Peru / South America / South Georgia and the South Sandwich Islands / Suriname / Uruguay / Venezuela = 84
  • Africa / Algeria / Angola / Botswana / Burundi / Cameroon / Central African Republic / Chad / Congo-Brazzaville / Congo-Kinshasa / Djibouti / Egypt / Eritrea / Ethiopia / Gabon / Gambia / Ghana / Guinea / Kenya / Liberia / Malawi / Mali / Mauritania / Mayotte / Morocco / Mozambique / Namibia / Niger / Nigeria / Rwanda / Réunion / Senegal / Sierra Leone / Somalia / South Africa / Sudan / Swaziland / Tanzania / Togo / Tonga / Tunisia / Uganda / Western Sahara / Zaire / Zambia / Zimbabwe = 85
  • Armenia / Austria / Belgium / Cyprus / Denmark / Europe / Faroe Islands / France / Finland / Finland, Metropolitan / Germany / Germany, Democratic Republic / Germany, Federal Republic / Greece / Holy See (Vatican City) / Italy / Luxembourg / Macedonia / Malta / Mediterranean / Monaco / Netherlands / Norway / Portugal / Republic of Moldova / Slovakia / Slovenia / Spain / Sweden / Switzerland / United Kingdom-Dependent Territories / United Kingdom-National Overseas / United Kingdom-Overseas Citizen / United Kingdom-Protected Person / United Kingdom-Subject = 86
  • Britain / Great Britain / Ireland = 87
  • Bahrain / Iran / Iraq / Israel / Jordan / Kuwait / Lebanon / Middle East / Oman / Qatar / Republic of Yemen / Syria / Turkey / United Arab Emirates / Yemen Arab Republic / Yemen People's Democratic Republic = 88
  • Far East / Japan / North Korea / South Korea / Taiwan = 89
  • Bahamas / Barbados / Belize / Caribbean / Costa Rica / Cuba / Dominica / Dominican Republic / El Salvador / Grenada / Guatemala / Haiti / Honduras / Jamaica / Martinique / Mexico / Nicaragua / Panama / Puerto Rico / Saint Kitts and Nevis / Saint Lucia / Saint Vincent and the Grenadines / Trinidad and Tobago / Turks and Caicos Islands / Virgin Islands (USA) = 90
  • Canada / Greenland / Netherlands Antilles / North America / Saint Pierre and Miquelon / United States of America = 91
  • Albania / Belarus / Bosnia and Herzegovina / Bulgaria / Byelorussia / Croatia / Czech Republic / Czechoslovakia / Estonia / Georgia / Hungary / Latvia / Lithuania / Montenegro / Poland / Republic of Kosovo / Romania / Russian Federation / Serbia / Soviet Union / U.S.S.R. / Ukraine = 92
  • Afghanistan / Andorra / Antartica / Antigua and Barbuda / Azerbaijan / Benin / Bermuda / Bhutan / Bora Bora / Bouvet Island / British Indian Ocean Territory / Burkina Faso / Cape Verde / Cayman Islands / Comoros / Dahomey / Equatorial Guinea / Falkland Islands / French Southern Territories / Gibraltar / Guinea-Bissau / Hong Kong / Iceland / Ivory Coast / Kazakhstan / Kiribati / Kyrgyzstan / Lesotho / Libya / Liechtenstein / Macau / Madagascar / Maghribi / Malagasy / Maldives / Mauritius / Mongolia / Montserrat / Nauru / Nepal / Northern Marianas Islands / Outer Mongolia / Palau / Palestine / Pitcairn Islands / Saint Helena / Saint Lucia / Saint Vincent and the Grenadines / Samoa / San Marino / São Tomé and Príncipe / Seychelles / Solomon Islands / Svalbard and Jan Mayen Islands / Tajikistan / Turkmenistan / Tuvalu / Upper Volta / Uzbekistan / Vanuatu / Vatican City / Virgin Islands (British) / Western Samoa / Yugoslavia = 93

lovenota: so..aku da tau asal no ic ak..adekah KPM tengok no ic ak neh..n then bagi ak posting kt sarawak? wallahu'alam...


Read More »

Thursday, July 01, 2010

Kenape lelaki suka menipu perempuan??

malam nie aku nak cerita pasal topik atas tuh. kenapa lelaki suka tipu perempuan?? Kenaper?? tak faham!!! (aiyakk..over plak aku)

sebab ape aku over??
sebab aku pernah kena tipu!!
(erkk..ak tipu laki kot!)

so..siapa tipu siapa neh??
bagi aku same je..lelaki ke perempuan ke. lelaki memang suka tipu perempuan sebab die playboy. perempuan pun sama jugak, sebab dia playgirl..huhu..

so..ada beberapa pendapat orang..pasal tipu menipu nie..

kenapa lelaki suka tipu perempuan??

apa yang menyebabkan lelaki suka menipu yek?? kebanyakan lelaki suka menipu untuk cover diri dia??? perlukah lelaki menipu????

Ramai wanita menjawab, 
“Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” 

Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.


ada lelaki suka pasang banyak-banyak...... :hammer2: hobi kah tu? #


# lelaki yang pasang banyak-banyak tu adalah lelaki yang low self esteem. kenapa? sebab kalau setakat 1 je dia: 
1)takut kecewa kalau terputus hubungan cinta...takut gagal...
2)pasang banyak-banyak dia rasa secure. sebab makin banyak dipasang makin tinggi rasa ego dia. seolah-olah dia punya saham tinggi....
3) sengaja mahu kasi tunjuk-tunjuk dengan kawan-kawan dan orang lain. kalau satu je nanti dipanggil tidak ada kelelakian atau lembik 

untuk menjaga hati. alasannya nak jaga hati pompuan. sebab orang perempuan tidak suka mendengar yang realiti (banyak hati perlu dijaga) 

# nak cover line..menipu agar diri sendiri tak terjerat tapi yang jadi mangsanya, perempuan jugak asyik terjerat dengan tipu helah lelaki 

# tipu sunat. kononnya untuk kebaikan bersama. agar semua pihak senang hati dan mengelakkan dari pergaduhan. betul ke??

macam2 alasan yang lelaki bagi pada perempuan atas kelakuan diorang. contohnya (razzi rahman, 2008): 

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

  • “Kalau you busy macam mana pun…tak apa, I tunggu.”
  • “You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
  • “I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
  • “I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
  • “I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
  • “You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
  • “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
  • “You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
  • “Pakaian you terbukak macam mana pun…semangat I dah hilang kat you.”
  • “You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!

Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

pelik kan..haha..tapi itu la hakikatnya..ishk3. so pesanan dari razzi rahman jugak:

Nasihat kepada kaum lelaki :
Carilah wanita yang benar-benar you suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then bro pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.
Nasihat kepada kaum wanita :
Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…kikikiki :D

"Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya".


lovenota: nanti aku try cari artikel ada tak perempuan tipu lelaki..tapi macam femes lagi pasal lelaki tipu perempuan..kan kan kan..hehe~~~

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®