Thursday, March 14, 2013

Surat kepada Kekasih Hati



Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.

ENCIK JODOH BIN TAKDIR

No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.


Salam awak,

Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya tak tahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya tak tahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?

Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini. Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.

Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.

Yang benar,

Tulang rusuk awak sebelah lagi.


lovenota: memang kerap bergaduh, tetapi dia yang tetap disayangi..aiseh :P



Read More »

Buffered Earning #73 #74 #75

lama jugak Qis tak cerita mengenai Buffered Earning nie. yang Metered Earning tu pun da terlepas. thank you kepada agensi yang bagi iklan pada blog Qis yang comel lote nie..hihi..

okey, seperti tajuk di atas [bapak skema], Qis da dapat BE yang ke 73, 74 dan 75. alhamdulillah, masih lagi berjalan walaupun macam nak tak nak je muncul kat blog nie kan..hehe! tapi bak kata pepatah, bersyukurlah..maka nikmat itu ditambah. :)

kita tengok CPUV yang berjalan kat blog Qis. apakah ituu yer.. XD


BE yang ke 73: Suara13.com


Qis pun google laa suara13.com nie. rupanya sebuah agensi akhbar elektronik seperti kosmo, berita harian dan utusan yang diakses secara online. *oooo..baru tau*. suara13.com nie adalah akhbar yang ada moto "suara dari rakyat ke rakyat". 

BE yang ke 74: Colgate Optic White


ohh..Fazura yang jadi duta produk! cantek! *sangat admire beliau ye*. so, nie produk colgate yang baru, iaitu memutihkan gigi hanya dalam masa satu minggu! wah3! 


sesiapa yang rasa tidak yakin dengan penampilan gigi sendiri, sila lah cuba produk ini. *nanti saya pun nak cuba jugak lah..kut2 boleh lawan produk Mr.Isz kann. tengok siapa lagi putih nanti..hihi*

BE yang ke 75: DSYR Pre-Launch


rupanya dsyr.com nie adalah barangan shopping online yang sama seperti zalora, lazada, dan banyak lagi lah. tapi untuk dsyr ataupun singkatan dari "Design Styles Year Round", mereka menyediakan barangan seperti "home decor, lifestyle, fashion, arts & crafts, gadgets, and more at up to 50% off retail" *copypaste je teros!* barangan yang ada pun agak menarik dan comel2 jugak la. *nasib baik la Qis bukan jenis kaki shopping online. kalau tak..habes duit gaji den*. so, nak tahu barangan die pergila ke laman web dsyr

so, itu sahaja BE yang sedang berjalan. terima kasih kepada advertiser! so nak tahu lebih lanjut klik sahaja pada iklan Qis yer! *sambil2 boleh naikkan nilai CTR kan..dapat laa duit lebih sikit..hehe!*


Read More »

Wednesday, March 13, 2013

Makluman Tarikh Peperiksaan Awam 2013



Makluman tarikh peperiksaan awam bagi tahun 2013

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) : 11 hingga 12 Jun 2013

Ujian Lisan STAM : 8 hingga 19 Julai 2013

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) : 10 hingga 12 September 2013

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) : 21 hingga 23 Oktober 2013
                                                  : 28 hingga 29 Oktober 2013

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) : 6 hingga 29 November 2013
                                           : 2 hingga 5 Disember 2013

*surat siaran [link]

*awal pulak exam SPM tahun nie. as usual mesti la jaga SPM lagi untuk tahun nie. cari rezeki lebih kan :P*

Read More »

Bicara tentang Hati

Hati manusia begitu unik dan sukar dikawal. Kerana adanya hati, manusia menjadi lawan dan kawan. Hati menyayangi dan mampu juga membenci. Hati bersedih dan juga bergembira. Hati melahirkan perasaan, maka hati itu berasal dari mana?

Manusia mengucapkan kata-kata dengan hati, menunjukkan keikhlasannya. Manusia menggunakan hati untuk mewujudkan ikatan dan meleraikan persahabatan. Jika tindakan itu adalah pucuknya, maka hati itu adalah suria. Seperti bunga matahari yang memandang teriknya matahari. Itulah hati.

Dalam kehidupan seharian, kadangkala terjadi perkara-perkara yang menyusahkan, mengganggu jiwa dan emosi dan apa yang dibuat semuanya tidak kena. Alangkah indahnya sekiranya ada seseorang yang boleh membuatkan kita lupa akan perkara-perkara tersebut walaupun dengan hanya melihat wajahnya. Dan sesungguhnya aku telah berjumpa dengan seseorang seperti itu.

Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apakah yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi.

Wahai hati, Janganlah engkau menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hatimu itu. Percayalah padaNYA, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir. Yakinlah saat itu pasti 'kan tiba.



lovenota: err..i love u! *maluunyee* XD

Read More »

Sunday, March 10, 2013

Adibah Noor & Sam Innuendo - Ke Sana Denganmu


Lirik lagu dan Video Klip "Ke Sana Denganmu - Adibah Noor dan Sam Innuendo"

Di bibirmu ada ukiran membayang bahagiamu sungguh ayu
Di matamu ada kerlingan tergambar debaranmu
Usah dikau sangsi genggamlah erat tanganku
Ku ingin ke sana denganmu

Chorus:
Mulakanlah kamu sayang usah berhenti
Jiwa dan ragaku ini tetap disisimu
Sumpah setia ku hanyalah untuk mu
Hingga ke akhirnya dikaulah nyawaku


Kau nafasku telah tersemat mendalam (oh cintamu) kau yang satu
Kau hidupku (kau hidupku) segala impian terilham olehmu
Bawalah diriku genggamlah erat tanganku
Ku ingin ke sana denganmu

[Ulang Chorus]

Bersama oh kasihku memohon doa restu mereka yang terus setia mencinta
Semoga mahligai yang indah berlimpahan jujur dan tulus bahagia
Kekal selamanya

[Ulang Chorus]




p/s to my b: going to be like that someday..kan syg? InsyaAllah 


Read More »

Rindu sangat!


hahaha..kaw2 den terasa! tett! 

lovenota 1: mesti mr.iz gelakkan kite..tau dah XD
lovenota 2: selalu kena perli "buat setiap kali jumpa awak menangis ke?" cett~

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®