بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Maafkanlah... andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah... andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah... andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah... andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu
Pohonlah maaf... andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf... andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf... andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf...andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka
Memohon mmaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu
kepada pembaca blog saya, saya yakin anda semua pelik dengan post saya kebelakangan ini. terima kasih atas sokongan moral dan nasihat2 yang diberikan oleh anda. hidup saya dah jadi kucar-kacir gara2 "orang ketiga dan keempat" itu. saya mejadi begitu lemah, tidak terdaya untuk bangkit. keceriaan dan kegembiraan hidup saya sudah dirampas, diragut sekelip mata. saya cuba memulihkan keadaan diri saya, tetapi susah. saya cuba untuk bangkit semua, menjadi diri saya yang ceria seperti dulu. tetapi, apabila bangkit, saya rebah semula. memikirkan semua yang telah terjadi, saya kalah. nilai moraliti saya jatuh. apakah saya perlukan khidmat kaunseling? ya, sampai ke tahap itu saya fikirkan. saya harus mencari semula jati diri saya. saya ingin kembali ceria seperti dulu. saya dah hilang identiti, prinsip diri, semuanya. diri saya dah tak terurus langsung. kesihatan saya merundum, makan dan minum dah tidak terjaga, tidur yang sudah hilang nikmatnya. mana perginya diri saya yang dulu?
kepada orang ketiga dan keempat itu, saya dah cakap semuanya siang tadi. saya dah luahkan segala2nya. jika kamu berdua ikut apa yang saya minta, saya akan memaafkan tindakan awak berdua. ya, memang sangat besar kesalahan awak berdua kerana memporak-perandakan hidup kami. niat sebenar kamu berdua, hanya kamu yang tahu. saya dah pun beristikharah, saya redha dengan segala2nya. apa yang berlaku selama ini mungkin ada hikmahnya. saya puas memikirkan segala2nya, dan segala yang berlaku mesti ada sebab, kerana ini semua adalah percaturan-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
saya minta satu saja, percaya pada diri saya. saya tidak terlibat dengan semua permainan itu. saya bukan begitu bodoh untuk melakukan itu semua. untuk apa saya buat itu semua? dan saya langsung tidak menyangka semua yang terjadi disebabkan saya juga. saya rasa amat bersalah kepada awak. mungkin ini hadiah yang paling buruk awak dapat. saya berjanji saya akan pulihkan keadaan. saya tak nak susahkan awak lagi. saya nak awak berada dalam keadaan yang baik2 sahaja di sana. doa restu saya adalah untuk melihat awak berjaya. itu sahaja.
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
[an Nuur : 22]
lovenota 1: berfikir untuk memutuskan hubungan saya dengan dunia internet
lovenota 2: saya minta maaf atas segala yang berlaku.