sebelum ini saya ada menulis entry mengenai Android 4.4.2 Kit Kat yang mempunyai masalah dari segi penggunaan S View Flip Cover.
semalam saya update software note 3 *saya semakin busy dan baru ada masa untuk update gadjet2 saya..huhu*. setelah update, S View Cover saya sudah berfungsi dengan jayanya! yahoo! so, saya guna balik cover samsung yang mahal itu semula sebab nak guna S View window tu kan? sangat cute..hoho!
ada kelebihan menggunakan S View Window nie..
orang yang busy macam saya nie *ehem3..ambil hati diri sendiri* paling suka guna shortcut2 nie. kalau guna S View Window kita boleh tengok terus melalui cover plastik tu, sama ada nak check message, jawab panggilan dan telefon semula @ message, preview sms or call back. tak payah nak bukak cover fon tu. hehe.
ada function lain seperti camera, music control dan action memo.
kalau nak ambil gambar, tak perlu bukak cover fon tetapi terus sahaja ke icon camera dan anda boleh mengambil gambar terus menerusi S View Cover seperti gambar di bawah:
nak tulis sesuatu atau mencatat dengan cepat? guna Action Memo menerusi S View Cover. sangat mudah. keluarkan S Pen dan conteng lah pada cover plastik tu :P
mudah kan? sebab tu saya pun menggunakan S View Flip Cover ini. S View Cover boleh didapati dengan bermacam warna seperti gambar di bawah. and ofcoz la saya ambil warna hitam, sebab hitam itu menawan..aumm! :P
harus diingat S View Flip Cover anda haruslah yang original. kalau tak ori, semua benda tu tak berfungsi. sebab apa? di belakang case tu ada satu chip button yang connect cases dengan phone seperti gambar di bawah:
dua yellow button tu yang akan attach pada handfon. dan make sure ada nombor siri la seperti gambar di atas, yang bernombor A10 D84. tak ada button yellow tu maknanya tak original la ye. "chip ini berfungsi sebagai alat otentifikasi perangkat untuk melancarkan fungsi flip cover. Untuk case non-Samsung, produk-produk tersebut jelas tidak dilengkapi dengan chip khusus buatan Samsung dan hal inilah yang menyebabkan lockscreen tidak diaktifkan secara automatik ketika case ditutup."
ada yang mengatakan penggunaan S View Flip Cover nie tak best dan tak cantik. tapi bagi pengguna yang busy *macam saya*, S View Window sangat membantu saya. lain orang lain pendapat kan? :)
lovenota 1: abah saya pun sudah membeli Samsung Galaxy 4.
lovenota 2: semua peringkat umur dah pandai menggunakan smartfon termasuk orang tua seperti mak dan abah saya. satu family menggunakan produk Samsung. dahsyat :P