Saturday, March 08, 2014

Rentetan Peristiwa Kehilangan Pesawat MAS MH370


Fakta #MH370 Boeing B777-200

Destinasi: Beijing
Usia Pesawat: 11 tahun 8 bulan
Jumlah Penumpang: 239 termasuk 12 anak kapal dan dua bayi
Juruterbang: Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 : berpengalaman terbang 18,365 jam
                   Kapten Fariq Ab Hamid, 27 : berpengalaman terbang 2,763 jam
Berlepas: 12.41 tengah malam dari KLIA
Kali terakhir dikesan: Jam 1.30 pagi di 75 batu nautika di utara Kuala Terengganu

Biodata #MH370 Boeing B777-200
NAMA SEBENARNYA ialah 9M-MRO tetapi sejak 8 Mac yang lalu seluruh dunia lebih mengenalinya dengan nama MH370. Pesawat jenis Boeing 777-200 itu adalah yang ke-404 dikeluarkan oleh syarikat pembuat kapal terbang Boeing. Ia mula terbang pada 14 Mei 2002Sehingga penerbangannya yang terakhir, 9M-MRO telah terbang selama 20,243 jam.

Fakta Kemalangan MAS
4 Disember 1977
  • insiden Tanjung Kupang, pesawat MAS MH653, Boeing 737-2H6 dirampas pengganas dan terhempas. dengan 100 kematian menjadikan kemalangan paling buruk dalam sejarah MAS. spekulasi mengatakan pesawat dirampas oleh Japanese Red Army tidak pernah disahkan
15 September 1995
  • sebuah pesawat MAS terhempas apabila gagal mendarat di landasan. 16 daripada 29 penumpang terselamat
Oktober 2013
  • pesawat Twin Otter yang dioperasi oleh MASwings terhempas. pembantu juruterbang dan seorang penumpang maut. 

Kronologi @ Rentetan Peristiwa Kehilangan Pesawat MAS MH370



8 Mac 2014 - Hari Pertama
11:14 am
Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan sebuah pesawatnya terputus hubungan dengan menara kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi tadi.

03:24 pm 
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menggerakkan sebuah pesawat udara dan tiga kapal laut bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat.

03:51 pm 
Vietnam nafi kesan isyarat pesawat MAS yang hilang. "Kami tidak mempunyai peralatan untuk mengesan kedudukan pesawat," kata Pengarah Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat Maritim Vietnam, Pham Hien kepada Xinhua.

03:54 pm 
West Philippine Sea (WPS) telah menghantar pasukan SAR untuk membantu mengesan pesawat MAS Boeing B777-200. 

03:55 pm 
Laksamana Ngo Van Phat sebagai berkata, kapal terbang itu terhempas di laut 153 batu nautika dari kepulauan Phu QuocPenerbangan MAS belum mengesahkan laporan media Vietnam tetapi  sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dalam operasi SAR.

4:29 pm 
pelbagai laporan dan spekulasi kononnya bangkai pesawat MAS itu ditemui 100 kilometer dari bandaraya Ho Chi Minh dan di sebuah pulau di Vietnam, hakikatnya tiada maklumat sahih bagi mengesahkan perkara itu.

04:35 pm 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pesawat Boeing 777-200 tidak menunjukkan sebarang petanda kecemasan dan juga tidak ada tanda cuaca buruk semasa terputus hubungan pada 2.40 pagi.

04:37 pm 
38 warga Malaysia antara penumpang pesawat hilang. Berikut jumlah penumpang mengikut kewarganegaraan mereka:
Jumlah : 239 orang
Penumpang : 227 orang
Anak Kapal : 12 orang
1) China : 152 dan seorang bayi
2) Malaysia : 38 orang
3) Indonesia : 12 orang
4) Australia : 7 orang
5) Perancis : 3 orang
6) Amerika Syarikat : 3 orang
7) New Zealand : 2 orang
8) Ukraine : 2 orang
9) Kanada : 2 orang
10) Rusia : seorang
11) Itali : seorang
12) Taiwan : seorang
13) Belanda : seorang
14) Austria : seorang



04:40 pm 
Mas nafi pesawat mendarat cemas di Nanning, Ahmad Jauhari Yahya.

04:49 pm 
"Kedudukan terakhir yang dilaporkan ialah kira-kira 120 batu nautika di timur Kota Baharu, di Laut China Selatan. Tidak ada petanda isyarat kecemasan daripada pesawat. Tidak ada cuaca buruk ketika itu. Kami juga akan menubuhkan satu lagi pusat respons di Beijing, selain di KLIA," kata Ahmad Jauhari.

06:01 pm 
Lokasi terakhir pesawat MH370 sebelum hilang dari radar ialah 065515 utara (Longitude) dan 1033443 Timur (Latitude).

07:06 pm 
Pengarah C3i (Command, Control, Communication and Information) Maritim, Kapten Maritim Hamid Mohd Amin memberitahu bahawa kawasan seluas 40 batu nautika telah diperiksa tetapi tiada apa-apa yang signifikan dijumpai"Tadi, pesawat kami menjumpai satu objek tetapi setelah disiasat ia hanya satu kanvas berwarna oren yang tidak berkaitan,".

7:16 PM
Malaysia hantar lebih banyak aset operasi SAR pesawat membabitkan 15 pesawat, termasuk dua helikopter dan 6 kapalkata Datuk Seri Najib Razak



07:22 pm 
Singapura menghantar sebuah pesawat C130 Hercules untuk membantu misi SAR pesawat.

C130 Hercules

08:37 pm 
MAS siar senarai penumpang, kru MH370 

10:14 pm 
Dua tumpahan minyak dengan masing-masing sepanjang 10 km dan 15 km, dengan jarak 500 meter, ditemui kira-kira 140 meter dari pulau Tho Cu, selatan Vietnam. tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.



9 Mac 2014 - Hari Kedua
9:05 AM 
Ketua Pegawai Eksekutif Freescale Semiconductor, Gregg Lowe berkata, 12 kakitangannya berasal dari Malaysia dan lapan lagi dari China.

9:43 am 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, Operasi pagi ini menggunakan tiga pesawat milik pasukan keselamatan negara.

10:04 AM 
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) akan hantar ejen ke Malaysia.

10:18 AM 
Kapal perang China sertai operasi SAR pesawat MH370. Kapal "Jinggangshan" dilengkapi peralatan menyelamatkan nyawa, kemudahan pengesanan bawah dasar laut dan bekalan air serta makanan belayar dari bandar raya Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong pada jam 3 pagi waktu tempatan hari ini.

Kapal Jinggangshan 

10:49 am 
Sebuah Pusat Koordinasi Kebangsaan telah ditubuhkan serta-merta di Pusat Kawalan Bencana Kebangsaan (NDCC), Pulau Meranti. 

11.04 AM 
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish memberitahu pihaknya sudah menghantar empat kapal dengan melibatkan kira-kira 100 anggota dan lima pesawat milik mereka yang akan mengesan melalui udara. 


11:38 AM 
Hishammuddin sahkan anggota mencari Vietnam temui tompokan minyak, tapi tiada serpihan MH370. Hishammuddin tidak tolak kemungkinan pesawat MH370 berpatah balikEmpat penumpang MH370 guna pasport palsu. Unit Anti Pengganas dari negara terbabit serta FBI akan siasat secara bersama

11:48 AM 
MAS khuatir perkara terburuk pesawat hilang

12.28 PM 
WASHINGTON: Kapal perang, USS Pinckney sedang dalam pelayaran ke selatan Vietnam. USS Pinckney membawa dua helikopter yang boleh digunakan untuk operasi SAR.

1.22 pm
Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang menggunakan pasport palsu, bukan empat seperti dilaporkan sebelum ini. Sementara itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, pesawat MH370 berkemungkinan berpatah balik ke Malaysia berdasarkan signal radar TUDM. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sebanyak 22 pesawat, 40 kapal digerakkan bagi operasi SAR MH370 termasuk di Selatan Melaka.

1.30 pm 
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di KLIA kenalpasti pergerakan dua identiti suspek yang menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370

2.39 pm 
APMM temui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira jarak 20 batu nautika daripada lokasi pesawat hilang. 


2.49 pm 
Datuk Seri Hishammuddin berkata nama dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu sudah diserahkan kepada agensi perisikan negara dan antarabangsa untuk siasatan lanjut.

3:59 PM
Radar militari kesan MH370 berpatah balik menghala Kota Bharu pada jam 2.40 pagi. Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu. operasi SAR diperluas sehingga ke Selat Melaka. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).

4.06 pm 
Bekas pakar keselamatan pengangkutan AS, Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kes kehilangan pesawat MH370 mungkin ada kaitan dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu. Meskipun tiada bukti menunjukkan unsur keganasan, identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut menimbulkan syak bahawa insiden tersebut mungkin ada kaitan dengan pengganas.

4.18 pm
Serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar kawasan Pantai Timur Malaysia di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.


4.34 pm 
Saluran BBC melaporkan dua penumpang 'pasport palsu' pesawat MAS membeli tiket penerbangan  dari Beijing, China ke Amsterdam, Belanda pada masa yang sama

6.09 pm 
Angkatan Tentera Singapura (SAF) menghantar aset-aset tambahan termasuk dua pesawat C-130 Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), kapal frigat Kelas Formidable Tentera Laut Republik Singapura (RSS Steadfast) yang dilengkapi helikopter Sikorsky S-70B, kapal selam dan kapal sokongan dan penyelamat bersama penyelam serta kapal Corvette bersenjatakan peluru berpandu, RSS Vigour. 


RSS Steadfast 




Sikorsky S-70B 

6.28 pm 

Kerajaan Australia akan menghantar dua pesawat pengesan maritim PC-3 Orion 





6.50 pm 
Tentera Laut Nasional Indonesia (TNI-AL) menghantar lima kapal perang dan sebuah helikopter

8.28 pm
Kawasan operasi SAR diperluas daripada 20 batu nautika ke 50 batu nautika

8.40 pm
Memang ada kesan tompokan minyak di perairan Tok Bali, Kelantan namun masih tidak dapat disahkan sama ada ia milik MH370.

8.43 pm
Serpihan pesawat yang dilapor ditemui pihak berkuasa di perairan Vietnam disahkan bukan milik pesawat MH370, kata Ketua Pengarah DCA, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.

9.56 pm
Pihak berkuasa memberitahu, mereka tidak menerima sebarang maklumat berhubung dakwaan terdapat perbualan radio dibuat oleh juruterbang mengatakan pesawat menghadapi masalah sebelum kehilangannya.

9.59 pm
APMM telah menghantar empat kapal lautnya ke Pulau Perak kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, Kedah. Mohd Amdan berkata tompokan minyak kekuningan telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya.

11.13 pm 
tentera laut AS menghantar USS Pinckney (DDG 91) dan USNS John Ericsson untuk membantu operasi SAR. USS Pinckney (DDG 91), kapal pemusnah peluru berpandu kelas Arleigh Burkecke membawa dua helikopter MH-60R. USNS John Ericsson, kapal pembekal minyak yang dikendalikan Markas Tentera Laut, telah belayar dari Singapura pagi tadi. pesawat P-3C Orion tentera laut AS yang dilengkapi kemudahan peralatan mencari jarak jauh, radar dan komunikasi telah berlepas dari Pangkalan Udara Kadena di Okinawa, Jepun pagi tadi dan telah memulakan pencarian.


USNS John Ericsson 


USS Pinckney 
11.57 pm 
Operasi SAR menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, AS, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan 34 pesawat dan 40 kapal. 

10 Mac 2014 - Hari Ketiga
5.44 am
Dua nelayan di Kelantan mendakwa melihat sebuah pesawat terbang rendah terus terbang rendah menuju arah utara, kira-kira lapan batu nautika dari Pantai Kuala Besar, Kota Bharu, awal pagi Sabtu lalu. Azid berkata, mereka tidak melihat tanda menunjukkan pesawat berkenaan mengalami masalah.

5.45 am
Dua penumpang yang menggunakan pasport yang dilaporkan hilang di Thailand pada pada 2012 dan 2013, disyaki membeli tiket penerbangan menerusi e-tiket menggunakan mata wang baht. mereka yang menggunakan pasport milik warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel juga membelinya secara bersama berdasarkan nombor sirinya yang berturutan dan pada harga sama. Mereka membeli tiket itu di Pattaya, Thailand sebelum menggunakan laluan darat untuk memasuki Malaysia. 

9.50 am
Australia menghantar pesawat RAAF AP-3C Orion kedua dari Darwin. Terdapat 18 anak kapal Australia di setiap jet RAAF.


3C-Orion

11.14 am
Pihak berkuasa Vietnam nafi minyak. pihak berkuasa Vietnam mengesahkan ia adalah benteng pasir berwarna kuning yang dihanyutkan.

11.22 am
Bagasi lima penumpang yang tidak menaiki penerbangan sudah dikeluarkan dari pesawat berkenaan sebelum berlepas dan imbasan sebelum itu mendapati tiada bahan larangan

11.56 am
BEIJING: Kapal perang China, Mianyang dilaporkan tiba di perairan yang dipercayai lokasi pesawat MAS MH370. kapal perang itu tiba di perairan jam 3.50 pagi waktu tempatan (China), tiga jam awal dari jadual sepatutnya. 

12.21 pm
Penemuan serpihan objek kononnya komponen pintu pesawat disahkan bukan milik pesawat MAS MH370. objek didakwa serpihan pintu pesawat adalah seikat kayu yang kelihatan seperti tukun tiruan, kata Ketua Pengarah DCA Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. 

1.02 pm
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh media negara itu, terdapat sebilangan ahli keluarga yang berjaya menghubungi penumpang tersebut namun tiada jawapan yang diterima oleh pemanggil.

1.33 pm
Hasil keputusan ujian sampel tompokan minyak dijangka diperoleh selewat-lewatnya petang ini. Sampel itu akan melalui tiga prosedur bagi mengenal pasti sama ada bahan tersebut mengandungi kerosine (bahan bakar pesawat) atau tidak. tiga prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan sama ada sampel tersebut mengandungi ’mineral oil’ yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan bakar pesawat, peringkat kedua mengenal pasti sama ada ketumpatan minyak itu ’light oil’ atau ’heavy oil’, dan peringkat terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak (kerosine, diesel, atau petrol), kata Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Ahmad Ridzuan Ibrahim.

6.21 pm
VIETNAM: DCA Vietnam mengesahkan, objek kuning mirip rakit keselamatan yang ditemui adalah pembalut kabel.

6.21 pm
SINGAPURATentera Udara Republik Singapura (RSAF) menggunakan dua pesawat C130 Hercules dan sebuah helikopter tentera laut Sikorsky S-70B. "Anggota tentera udara kami menaiki C130 akan meneliti tempat yang lebih 20 kali ganda keluasan Singapura,".

6.56 pm
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion. Hishammuddin berkata, imej dua penumpang menaiki pesawat hilang itu menggunakan pasport palsu diserahkan kepada agensi risikan untuk siasatan dan laporan siasatan akan dikeluarkan kepada media dalam waktu terdekat. Beliau menafikan bahawa China telah mengambil alih operasi SAR dan menurutnya pasukan khas negara itu yang tiba di sini malam tadi adalah untuk membantu mengesan lokasi pesawat itu. Sementara itu, Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan objek seakan-akan bot penyelamat dikesan kira-kira 140 kilometer barat daya Pulau Tho Chu di Vietnam. "Kami telah menghantar kapal untuk mengenal pasti objek itu," katanya.

7.18 pm
APMM mengesahkan tompokan minyak yang dijumpai di Laut China Selatan semalam hanyalah minyak bunker yang memang tidak digunakan oleh kapal terbang, tetapi biasa digunakan oleh sektor perkapalan. APMM akan meluaskan lagi kawasan SAR di Laut China Selatan meliputi kawasan seluas 1,500 batu nautika. operasi itu turut melibatkan penggunaan unit udara APMM iaitu pesawat CL415 Bombardier selain menggunakan kapal peronda KM Langkawi, KM Segantang, KM Jujur, KM Sebatik dan KM Amanah.

8.56 pm
Kehilangan pesawat MH370 turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat ZinBeliau berada di KLIA, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,". Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.

9.02 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata FBI AS dan pihak berkuasa China akan turut membantu pihak berkuasa negaraPenyelidikan latar belakang itu merangkumi hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), rekod identiti dan cap jari dari sistem biometrik para penumpang.

11.36 pm
Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan. Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

11 Mac 2014 - Hari Keempat

1.19 am
Operasi SAR akan diperluaskan ke Lautan Andaman, berhampiran perairan Thailand. Tentera Laut Thailand mengerahkan helikopter Super Lynx serta sebuah kapal ke Laut Andaman. Dua lagi kapal juga bersiap sedia di Teluk Thailand. 

5.21 am
Seorang peniaga mendakwa turut melihat sebuah pesawat terbang rendah di Kampung Kadok, Ketereh, seperti dua nelayan yang dipercayai menyaksikannya berhampiran Kuala Besar, Kota Bharu. Alif Fathi Abdul Hadi, 29, mendakwa melihat cahaya putih lampu dipercayai milik pesawat yang kelihatan menjunam ke Laut China Selatan berdekatan Bachok, jam 1.45 pagi Sabtu lalu. 

5.30 am
Operasi SAR digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara TUDM Butterworth, ia berpatah balik pada jam 2.40 pagi ketika di ruang udara Laut China Selatan. Turut menerima isyarat pesawat berkenaan berpatah balik sebelum dilaporkan tiba-tiba terbang dengan ketinggian paras 1,000 meter dari kedudukan asalnya 10,000 meter, adalah Unit Kawalan dan Pengawasan Trafik Udara di Singapura. Panglima TUDM Rodzali, mengesahkan pangkalan udara di Butterworth, mengesan isyarat kedudukan pesawat berkenaan yang berpatah balik menghala ke laluan asalnya ke Kota Bharu, Kelantan, sebelum dipercayai melalui ruang udara Pantai Timur dan Utara tanah air. Kemudian dilaporkan memasuki ruang udara Selat Melaka sebelum isyaratnya kali terakhir dikesan ketika berada berhampiran Pulau Perak, yang masih dalam perairan negara. 


6.58 am
Pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi. Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali". Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali. Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu menempah penerbangan MAS kerana itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.

10.41 am
Kerajaan Vietnam sudah mengeluarkan permit untuk menjalankan gerakan SAR pesawat MH370 di perairannya kepada Malaysia, AS, Singapura dan China. Menurut DCA Vietnam, setakat ini kawasan pencarian sudah meliputi 136,000 persegi.

12.20 pm
JPAM Melaka menggerakkan sebuah bot 'explorer’ bagi memulakan misi SAR pesawat MAS MH370 di pesisir pantai iaitu sepanjang Selat Melaka. Ketua Operasi Leftenan (PA) Jamuai Sharif berkata, misi SAR JPAM dibuat di sektor D, selat terbabit. Operasi bermula dari jam 9 pagi, dimulakan dari titik A (garis Melaka dengan perairan antarabangsa) ke titik C (perairan antarabangsa Tanjung Tuan) sejauh 30 batu nautika selain meliputi kawasan lain yang menjadikan keseluruhan kawasan pencarian, 60 batu nautika.

1.46 pm
Beijing menggunakan 10 satelit dalam usaha untuk menjejaki pesawat MAS MH370. Satelit resolusi tinggi yang dikawal Pusat Kawalan Satelit Xian di Utara China akan digunakan untuk kawalan cuaca, navigasi, komunikasi dan aspek lain dalam operasi SAR.

3.21 pm
Polis kaji 4 aspek dalam penyiasatan iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.

3.28 pm
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370.  Siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang. 

3.40 pm
Polis kenal pasti penumpang MH370 yang mengguna pasport curi sebagai lelaki warga Iran yang mahu berhijrah ke Jerman dan tidak disyaki pengganas, kata KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar. beliau berkata, ibu Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, menunggu anaknya di Franfurt dan mengetahui anaknya itu menggunakan pasport curi. lelaki itu menggunakan pasport warga Austria yang sebelum ini dilapor hilang di Thailand oleh pemiliknya. seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport warga Itali masih disiasat.

5.59 pm
Tiada kapal selam digunakan dalam operasi SAR, kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Ini kerana kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar laut. bagi mengesan objek di dasar laut ia selalunya dilakukan kapal yang dilengkapi sistem sonar lebih berkeupayaan tinggi dalam mengesan objek di paras laut seperti kapal selam penyelamat, kapal hidrografi dan kapal pengesan periuk api. Kapal yang mempunyai kelengkapan itu dikerahkan ke kawasan operasi termasuk kapal MV Mega Bakti, KD Perantau dan KD Mahameru milik Tentera Laut Diraja Malaysia selain MV Swift Rescue milik Tentera Laut Singapura.

6.59 pm
Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan menerima empat laporan dan satu keterangan saksi daripada orang awam. semua laporan itu mendakwa melihat sebuah pesawat yang terbang rendah ketika kejadian. 

7.04 pm
LYON: Interpol sahkan seorang lagi penumpang dikenali sebagai Delavar Seyed Mohammad Redza, 30 juga warga Iran menggunakan pasport curi ketika menaiki pesawat MH370. "Dua suspek ini masuk ke Malaysia dari Doha menggunakan pasport sendiri sebelum menggunakan identiti individu lain untuk menaiki pesawat yang hilang berkenaan," kata Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble.

kiri: Poria Nour Mohammad Mehrdad; kanan: Delavar Seyed Mohammad Redza

7.51 pm
Marang: Lapan pemuda mendakwa terdengar bunyi yang kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas, Marang pada hari kehilangan pesawat MH370 kira-kira jam 1.20 pagi pada Sabtu lalu. Alias Salleh, 36, berkata, sebaik mendengar letupan itu, dia bersama tujuh rakannya bergegas ke tepi laut untuk meninjau dan mencari punca letupan berkenaan tetapi tidak menemui sebarang kejadian pelik.

Dalam pada itu, dua kaki pancing mendakwa turut melihat cahaya lampu putih yang berkelip dipercayai dari sebuah pesawat yang terbang rendah pada awal pagi Sabtu lalu di Pantai Tok Jembal, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Zaidi Mohamad, 49, berkata, dia melihat lampu putih yang berkelip ketika memancing bersama rakannya, Mohd Jasmin Mokhtar, 46, di pantai berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi sebelum ia hilang. Katanya, lebih pelik lagi, 10 minit kemudian, Zaidi mendakwa turut melihat cahaya terang berwarna kuning bentuk bulat selama kira-kira setengah jam pada jarak kira-kira 10 batu nautika dari kedudukan tempat dia memancing. 

9.29 pm
Iran menawarkan bantuan untuk menyiasat dua warganegaranya yang dipercayai menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport curi. 

3.08 am
NEW YORK: Syarikat pengimejan satelit Colorado, DigitalGlobe melancarkan program pengumpulan maklumat dalam talian yang membolehkan pengguna Internet membantu mencari pesawat MH370. Menurut laman web berita, nydailynews.com, pengguna Internet boleh menggunakan imej satelit berdefinisi tinggi menerusi laman web, tomnod.com untuk mencari dan menanda sebarang objek di kawasan perairan Malaysia. Sebelum ini program itu juga pernah digunakan dalam usaha membantu mengumpul maklumat dalam taufan Haiyan di Filipina, tahun lalu.

12 Mac 2014 - Hari Kelima
7.49 am
Jumlah aset yang digunakan dalam operasi SAR meningkat kepada 42 kapal laut dan 35 pesawat dari ATM serta angkatan tentera asing dari negara China, AS, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, New Zealand dan Australia. Malaysia menggerakkan 15 pesawat TUDM termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain 9 kapal laut iaitu enam dari TLDM serta tiga dari APMM. 

Selain itu, Persatuan Nelayan Kuala Kedah menggunakan peralatan teknologi sonar yang terdapat dalam bot mereka bagi membantu mengesan pesawat milik MAS itu atau objek berkaitan dalam laut. Lebih 30 bot nelayan yang beroperasi di zon C dan C2 Selat Melaka di Kedah dan Perlis diminta membantu mengesan pesawat itu, kata Timbalan Pengurus Besar persatuan itu Mohd Sam Mohd Zuki. 

7.56 am
MAS melahirkan rasa terkejutnya berkaitan dakwaan yang dilempar terhadap pembantu juruterbang MH370, Fariq Ab Hamid. syarikat penerbangan negara itu berkata MAS memandang serius terhadap dakwaan yang dimuat naik Channel 9 News dari rangkaian Televisyen Australia dalam laman sesawangnya bertajuk 'Woman remembers cockpit fun with missing pilot' pada Selasa.

8.43 am
NEW DELHI: Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi SAR pesawat MH370. Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat yang hilang itu. 

8.27 am
Pakar penerbangan sebut 6 sebab kehilangan misteri MH370. Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbangkerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan. Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku.

Mengenai kerosakan struktur, kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan juruterbang hilang kawalan. Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan. 

Menyentuh faktor kemanusiaan, tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau juruterbang hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11. 

keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas. Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU).


Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya. setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang. satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air. Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air. ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini. Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh itu, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur.

9.07 am
KUANTAN: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuantan menggerakkan lebih 1,000 ahlinya untuk membantu pihak berkuasa mengesan pesawat MH370. Ahli Lembaga Pengarah PNK Kuantan, Talib Husin berkata, nelayan yang digerakkan ini adalah terdiri daripada semua kategori termasuklah nelayan pesisir pantai dan laut dalam. Setakat ini ada lebih kurang 20 bot jenis C2 sedang berada di tengah laut dan mereka telah dimaklumkan mengenai perkara ini menggunakan walkie-talkie.

9.59 am
BEIJING: Tentera Udara China akan menambah dua pesawat bagi mencari pesawat MAS, kata Li Jiaxiang, Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam China. usaha SAR itu akan turut membabitkan kawasan darat.

10.23 am
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan media bahawa pihak tentera mengesan pesawat MH370 di ruang udara Selat Melaka, jauh dari kawasan ia berhubung kali terakhir dengan pengawal trafik udara awam sebelum hilang empat hari lalu. "Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat kenyataan sedemikian,".

10.32 am
PHU QUOC, VIETNAM: Kerajaan Vietnam akan menghentikan aktiviti pencarian pesawat MAS di perairan mereka sementara menunggu jawapan dari Malaysia mengenai kedudukan terakhir pesawat itu. Namun Pham berkata, dua penerbangan untuk operasi SAR akan tetap dibuat tetapi semua aktiviti lain akan dihentikan.

11.42 am

NEW YORK: Kira-kira 600,000 orang memeriksa dan meneliti imej-imej satelit yang dikeluarkan oleh syarikat DigitalGlobe Inc. dalam usaha membantu mencari petunjuk kehilangan pesawat MAS. Syarikat itu merancang membuat kemas kini harian ke atas imej-imej tersebut dalam laman web carian http://www.tomnod.com.

12.21 pm
Pasukan Bantuan Bencana Jepun tiba di KLIA jam 10.30 pagi untuk membantu misi SAR.

1.31 pm
PORT DICKSON: Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam. Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Azman berkata, ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi APMM di Kuala Linggi sebelum jurucakap APMM mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian. Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu. Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya. jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.


 

4.02 pm
BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kapal terbang negara itu tidak melakukan pencarian pesawat di daratan, sebaliknya memperluaskan kawasan operasi di laut

4.52 pm
APMM Daerah Maritim 5 Kuala Linggi mengesahkan penemuan boya berbentuk sebuah bot di perairan Port Dickson oleh sekumpulan nelayan bukan dari serpihan MH 370Ketua Penguat Kuasa Maritim DM 5 Kuala Linggi, Kapten Abu Bakar Idris berkata, kewujudan boya terbabit tanpa sebarang kesan petunjuk lain disifatkan tidak logik dan hanya isu ingin diperbesarkan serta disensasikan. "jika difikirkan secara munasabah situasi mungkin agak pelik jika hanya bot pelampung sahaja ditemui tanpa sebarang objek lain".'

5.45 pm
Sidang akhbar Datuk Seri Hishammuddin Hussein: Sebanyak 12 negara sertai misi bersama SAR dengan negara terbaru India, Jepun dan Brunei

6.13 pm
MAS menjelaskan empat penumpang dalam senarai menunggu dibenarkan menaiki pesawat MH370 selepas empat penumpang asal tidak muncul. Ketua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata empat penumpang senarai menunggu itu adalah termasuk dalam semua 277 penumpang pesawat berkenaan. 

6.16 pm
Pesawat Boeing 777 boleh terbang tanpa dikesan oleh radar tetapi bergantung kepada bekalan bahan bakarnya, kata Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

6.29 pm
Seorang lelaki mendakwa pesawat MH370 sebenarnya tidak mengikut radar yang sepatutnya dan dipercayai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shenzhen, Bao'an China pada hari kejadian. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu turut mendakwa MH370 dilarikan dengan kerjasama juruterbang MAS terbabit ke China. Dia mendakwa memperolehi maklumat itu ketika melayari laman web www.flightradar24.com mengenai data radar penerbangan pergerakan kapal terbang seluruh dunia. 

6.34 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan sebuah objek berupa rakit menyelamat yang ditemui di Selat Melaka hari ini tiada kaitan dengan pesawat MH370.

6.49 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kerajaan telah menghantar satu nota diplomatik kepada kerajaan Vietnam semalam supaya Malaysia boleh menghantar bantuan operasi SAR di kawasan perairan negara itu. 

7.21 pm
Pihak ATM, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin menjelaskan bahawa pesawat yang berpatah balik itu tidak dapat disahkan sebagai MH370. namun tidak mahu mengambil sebarang risiko, pihaknya menghantar pesawat C130 untuk meninjau tetapi tidak menemui apa-apa di kawasan terakhir pesawat itu dikesan. "Kita kaji rakaman semula daripada radar dan ia buktikan ada kemungkinan pesawat ini berpatah balik dan tak pasti sama ada ia adalah pesawat yang sama tapi dalam radar ada nampak patah balik,".

7.55 pm
Perancis: Lembaga kemalangan udara Perancis yang menjalankan siasatan nahas pesawat Air France 447 menawarkan pertolongan kepada Malaysia dan Vietnam dalam usaha mencari pesawat MAS MH370. Jurucakap cawangan siasatan BEA di Paris berkata, pihaknya sudah memaklumkan pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam dan sedia membantu dalam operasi mencari di bawah air atau pemulihan pesawat

8.13 pm
Kerajaan bersedia mendedahkan data radar awam, yang mengesan kedudukan sebuah pesawat yang mempunyai kebarangkalian melakukan 'pusingan balik'. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, 'pesawat' berkenaan yang dikesan itu masih belum dapat disahkan sama ada ia adalah pesawat MH370 atau tidak. Hishammuddin juga berkata, kawasan operasi SAR telah diperluas sehingga 27,000 batu nautika persegi iaitu 12,425 batu nautika persegi di Selatan Melaka dan 14,400 di Laut China Selatan.

9.33 pm
Panglima TUDM, Tan Sri Rodzali Daud menjelaskan tentang kekeliruan maklumat berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyebut MH370 dipercayai berpatah balik. "Plot terakhir dikesan pada 2.15 pagi di Pulau Pinang. Ia adalah plot yang tidak dikenali. Ia terbang 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari aras paras laut. Saya tak kata ini adalah MH370. Dari awal kami kata 'ada kemungkinan'. Kami masih siasat,".


13 Mac 2014 - Hari Keenam
1.54 am 
PARIS: Sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan.

2.59 am
Kepakaran seorang penumpang pesawat MH370 dalam bidang kejuruteraan elektrik dan pernah membuat kajian mengenai simulasi penerbangan, mendorong pihak berkuasa memberi tumpuan untuk melakukan siasatan terhadapnya. Menurut sumber, disebabkan kemahiran dimilikinya, PDRM dan INTERPOL kini memberi lebih tumpuan kepada lelaki etnik Uighur berusia 35 tahun itu, berbanding penumpang lain. semakan mendapati lelaki yang berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom itu kini berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti di Turki. Profil peribadi lelaki itu juga mencatatkan dia pernah membuat kajian di pusat latihan dan simulasi penerbangan milik sebuah syarikat pengeluar enjin kenderaan terkemuka di Sweden pada 2004 hingga 2005.

UTUSAN - MH370: Ada kaitan sindiket jenayah. Laporan akhbar Bangkok Post memetik Timbalan Ketua Biro Imigresen, Preecha Thimamontri sebagai berkata, para penyiasat percaya lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Ali, mengetuai satu kumpulan yang memberikan pasport palsu kepada kumpulan penyeludupan manusia. Beliau berkata, kumpulan itu mem­­beli pasport curi dan menjual­nya kepada orang yang mempunyai rupa hampir sama dengan gambar profil dokumen perjalanan tersebut.

Pouri Nour Mohammadi (dua dari kiri) dan Delavar Seyed Mohammadreza (kanan) menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370. - AGENSI

9.00am
BEIJING: China berkata satelit miliknya mengesan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS MH370. Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang dengan imej satelit sedang dianalisis. Objek itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara. Objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter.


10.15 am
BEIJING: Ketua Jabatan DCA China berkata, tiada sebarang bukti bahawa objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan mempunyai kaitan dengan pesawat MH370. "Satelit China mengesan asap dan objek terapung. Ketika ini kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat itu," katanya Li Jiaxiang. 

10.07 am
Trending 'tikar terbang', syirik dan memalukan. Belum pun habis kontroversi upacara ritual 'buluh bubu', masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan aksi 'tikar terbang' oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin. Beliau yang kononnya berkebolehan meramal keadaan pesawat MH370 itu menjalankan upacara selama 30 minit dan mendakwa pesawat tersebut 'tergantung' di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti namun beliau mengesahkan MH370 itu berada dalam keadaan selamat.


10.23 am
PULAU PHU QUOC, Vietnam: Vietnam sudah mencari di kawasan di mana satelit China menunjukkan objek yang mungkin serpihan pesawat MAS tetapi sebuah pesawat akan dihantar ke sana untuk memeriksa semula kawasan itu, kata pegawai tentera Vietnam.

10.50 am
Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau. Kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat. Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

11.57 am
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pesawat APMM, Bombardier sudah dihantar ke lokasi penemuan objek besar yang dikesan satelit China di Laut China Selatan. 

1.10 pm
MAS mengumumkan penukaran kod penerbangan bagi laluan KL-Beijing-KL sebagai menghormati penumpang dan anak kapal pesawat MH370 berkuatkuasa esok. Kod laluan MH370 ditukar kepada MH318 bagi laluan KL-Beijing manakala kod MH371 ditukar kepada MH319 bagi laluan Beijing-KL. Tiada perubahan kekerapan terhadap perkhidmatan kami dan akan meneruskan operasi harian iaitu dua kali ke Beijing.  

1.49 pm
Sebanyak 30 kapal nelayan dari sekitar Kedah ditambah bagi memberi bantuan dalam usaha pencarian pesawat MH370. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, ianya menjadikan keseluruhan 1,818 kapal telah digerakkan bagi usaha bantuan tersebut.

4.01 pm
Seorang pekerja pelantar minyak New Zealand, Michael McKay mendakwa melihat sebuah pesawat terbakar dan terjunamDia yang bekerja dengan syarikat pelantar minyak ‘Songa Mercur’ di sekitar Vung Tau percaya bahawa objek tersebut adalah pesawat MH370, menurut laporan dari laman web ‘Business Insider’. Seorang wartawan Australia mendedahkan maklumat tersebut selepas mendapat surat yang dikirim Michael. Michael yang melihat kejadian itu mendakwa telah menghantar emel kepada majikannya dengan menyatakan bahawa dia ‘melihat pesawat yang terbakar di kawasan yang tinggi kira-kira 50-70 KM dari lokasi dia berada. “Masanya juga tepat. Kapal terbang yang terbakar itu masih sempurna bentuknya,” dakwanya. Michael berkata dia cuba menghubungi pegawai-pegawai Malaysia dan Vietnam mengenai apa yang dilihatnya beberapa hari lalu tetapi tidak pasti sama ada mereka menerima maklumat yang dihantarnya. Wartawan ABC News, Bob Woodruff mendapat salinan emel yang dihantar itu. Pegawai Vietnam mengesahkan kepada wartawan ABC News bahawa mereka telah menerima surat tersebut, tetapi tiada serpihan yang dijumpai di lokasi yang dinyatakan Michael. Pegawai-pegawai di Vietnam sedang menyiasat sama ada surat yang dihantar Michael mungkin merupakan satu penipuan, dipetik daripada ‘washingtontimes.com’. Berdasarkan koordinat GPS yang diberikan Michael dan laluan asal penerbangan MH370, terdapat kemungkinan bahawa dakwaan Michael adalah betul. Namun ia juga bercanggah dengan teori bahawa pesawat telah berpatah balik seperti yang dinyatakan pasukan tentera yang menjalankan siasatan.

4.20 pm
PORT BLAIR, India: Kementerian Pertahanan India mengarahkan pusat kawalan bersama di Kepulauan Andaman dan Nicobar mengerahkan kapal, pesawat dan helikopter membantu mencari pesawat MAS. 

4.21 pm
WASHINGTON: Penyiasat AS mengesyaki pesawat berkenaan sudah terbang selama lima jamUsaha pasukan SAR sudah mencakupi kawasan yang luas, iaitu 90,000 kilometer persegi, dari Laut China Selatan hingga ke perairan pantai Barat Malaysia. Penyiasat Malaysia menjelaskan mereka masih melihat rampasan sebagai satu daripada aspek siasatan dan CIA juga tidak menolak perkara itu. WSJ melaporkan pegawai berkenaan diberitahu bahawa penyiasat sedang meneliti teori bahawa pesawat itu diterbangkan ke tempat lain "dengan niat untuk menggunakannya untuk tujuan lain". Majalah New Scientist juga melaporkan bahawa Rolls-Royce menerima “sekurang-kurangnya dua letusan data teknikal" daripada pesawat MH370 di pusat pemantauan di Derby yang mengikuti secara langsung enjinnya yang digunakan pesawat awam di seluruh dunia. 

4.36 pm
PDRM menafikan laporan yang mengatakan polis memberi tumpuan siasatan kepada seorang penumpang etnik Uyghur berusia 35 tahun. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata beliau tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media berkaitan siasatan kehilangan pesawat MH370. "Siasatan adalah rahsia dan masih dijalankan. Polis akan memberikan perkembangan terkini dalam kes ini pada masa yang sesuai," katanya dalam saru kenyataan hari ini. Tambah beliau, mana-mana laporan yang memetikan kenyataan beliau adalah palsu.

5.39 pm
Laporan media bahawa pesawat MH370 berada di ruang udara selama beberapa jam dan mungkin diterbangkan ke lokasi yang tidak diketahui selepas terputus hubungan terakhirnya adalah tidak tepat. Datuk Seri Hishammuddin berkata data yang diperoleh itu disemak semula dengan Boeing dan Rolls-Royce oleh MAS mendapati ia satu data yang tidak tepat.

5.52 pm
Rolls Royce dan Boeing tidak menerima sebarang data menunjukkan MH370 terus terbang selama empat jam dari lokasi terakhir hubungan terputus pada Sabtu lalu.

6.03 pm
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan polis ada pergi ke rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi mendapatkan maklumat tambahan. Ia hanya satu kaedah pencarian maklumat bagi menbantu siasatan dan bukan serbuan.

13 Mac 2014 - Hari Ketujuh



9.36 am
Penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mohd Noor berpendapat, sesuatu mungkin berlaku di dalam kokpit pesawat sehingga sebarang komunikasi atau isyarat kecemasan tidak boleh dihantar ke menara kawalan. Mungkin berlaku letupan kecil dalam kokpit sehingga menyebabkan semua sistem terpadam selain juruterbang dan pembantunya tidak sedarkan diri, jika tidak masakan isyaratnya boleh hilang begitu sahaja. Saya berpendapat mustahil berlaku letupan besar di udara, kerana sekiranya ia berlaku sudah pastinya pasukan penyelamat sudah menemui serpihan pesawat itu bertaburan, tetapi apa yang berlaku usaha mencari MH370 masih lagi tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk di mana ia berada. kebarangkalian pesawat itu terjunam ke dalam laut dan tersekat di dasar laut adalah tidak mustahil berdasarkan kepada beberapa insiden kemalangan pesawat udara seperti mana yang berlaku terhadap pesawat Air France 447 yang jatuh ke dalam Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk ia 'membebaskan diri' bergantung kepada kadar pereputan badan pesawat dan juga arus di dasar laut. kebarangkalian pesawat itu dirampas adalah mustahil memandangkan tiada isyarat kecemasan dihantar oleh pesawat itu kepada menara kawalan udara. untuk melakukan rampasan pesawat di udara, si perampas terlebih dahulu terpaksa memecahkan pintu kokpit dari dalam pesawat dan pada ketika itu, juruterbang masih sempat untuk menghantarkan isyarat kecemasan ke menara kawalan. sekiranya benar pesawat itu dirampas dan sistem transponder pesawat dimatikan dengan sengaja ia tidak mustahil boleh hilang dikesan radar pesawat komersial. Bagaimanapun pesawat itu tidak boleh lari daripada dikesan radar pertahanan udara.

9.26 am
WASHINGTON: Tentera Laut AS mengarahkan kapalnya menghala ke Lautan Hindi selepas Rumah Putih berkata mereka memperoleh 'petunjuk baru' bahawa MH370 berkemungkinan terbang ke arah barat di Lautan Hindi. Kapal USS Kidd yang kini di Selat Melaka diarah menghala ke Lautan Hindi," kata seorang pegawai Tentera Laut AS.

Kapal USS Kidd

9.35 am
WASHINGTON: Satelit mengesan isyarat daripada pesawat MH370 namun tanda tersebut tidak memberi maklumat mengenai lokasi atau arahnya, kata dua sumber rapat dalam siasatan tersebut. Bunyi 'ping' itu menunjukkan sistem penyelesai masalahnya dihidupkan dan bersedia untuk berkomunikasi dengan satelit dan bermakna pesawat sekurang-kurangnya mampu berkomunikasi selepas hilang daripada radar pusat kawalan trafik udara. sistem itu mengeluarkan bunyi ping kira-kira sekali dalam tempoh sejam. Bagaimanapun, bunyi itu tidak menunjukkan pesawat berada di udara atau di darat

9.39 am
Armada Ketujuh Tentera Laut AS akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi SAR pesawat MH370. pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter. P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut.


9.49 am
Jumlah aset yang menyertai operasi SAR pesawat MH370 kini mencecah 83 meliputi 43 kapal dan 40 pesawat daripada pelbagai negara. Sebanyak 26 kapal dan 25 pesawat menumpukan pencarian di Laut China Selatan manakala 17 kapal dan 15 pesawat di Selat Melaka.

11:01 am 
Kerajaan China mengakui siaran imej satelit negara itu yang kononnya menunjukkan tiga objek didakwa serpihan adalah satu kesilapan.

11.05 am
Malaysia menafikan laporan media asing berhubung data enjin pesawat Boeing 777-200 yang mendakwa pesawat itu terbang empat jam selepas hilang dari radar.

3.27 pm
NEW DELHI: Kerajaan India mengerahkan kesemua aset tentera laut dan udara India itu dan pasukan pengawal pantai dikerah ke Laut Andaman selepas operasi mencari diperluas ke kawasan perairan itu. Aset yang dikerah melibatkan dua pesawat C-130, sebuah helikopter Mi-17 V5 milik tentera udara, dan masing-masing sebuah pesawat jenis Dornier dan P8i milik tentera laut negara ini.

3.40 pm
Syarikat telekomunikasi satelit Britain, Inmarsat mengesahkan menerima isyarat automatik rutin daripada pesawat MAS MH370. bagaimanapun Inmarsat tidak pula menyatakan bila tanda isyarat itu diterima

3.44 pm
Vietnam berkata pihaknya mula mengurangkan bukannya memberhentikan usaha mencari pesawat MAS MH370. Malah, pihak berkuasa Malaysia juga meminta Vietnam untuk menimbang menghantar pesawat dan kapal ke Selat Melaka. Kenyataan itu menunjukkan fokus misi mencari kini beralih ke barat Malaysia, di sekitar selat dan ke bahagian barat ke Lautan Hindi. Ini susulan satu kenyataan oleh pegawai AS bahawa pesawat Boeing 777 itu menghantar isyarat ke satelit untuk tempoh empat jam selepas pesawat dilaporkan hilang, awal pagi Sabtu lalu. Jurucakap misi mencari Vietnam, Lt. Kol. Nguyen Ngoc Son, berkata status pencarian pesawat kini bertukar daripada 'kecemasan' kepada operasi biasa.

4.19 pm
Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menghantar pesawat peronda maritim Fokker-50 untuk membantu SAR di Selat Melaka. Pesawat itu dilengkapi radar dan 'electro-optic sensors'. Pesawat Fokker-50 memainkan peranan penting dalam keselamatan maritim di Selat Melaka sebagai sebahagian program "Eyes in the Sky' dijalankan oleh tiga negara pesisir iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura, bersama-sama dengan Thailand. 

4.49 pm
Operasi SAR terus diperhebat apabila 57 kapal dan 48 pesawat dikerah ke dua lokasi carian utama iaitu di perairan Laut China Selatan dan perairan Selat Melaka. sebanyak 12 buah negara menyertai SAR setakat ini membabitkan kekuatan 29 kapal dan 25 pesawat. Negara terbabit termasuk Australia; China; Indonesia; Singapura; Thailand; AS; Vietnam; New Zealand; Jepun; Brunei; Filipina dan India. Malaysia menghantar 28 kapal dan 23 pesawat membabitkan TUDM; TLDM; PDRM dan APMM.

5.49 pm
Dua tompokan minyak yang dilaporkan ditemui di Laut China Selatan semalam disahkan tiada kaitan dengan pesawat MAS MH370. 

6.04 pm
Pasukan penyiasat dari UK dan pakar enjin pesawat, Rolls Royce sedang menganalisis data satelit dan tidak boleh mengumumkan hasil selagi tidak disahkan.

6.12 pm
Transponder pesawat MH370 yang tidak mengeluarkan isyarat ketika hilang sama ada sengaja ditutup atau lain-lain kemungkinan sedang disiasat, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

6.23 pm
Malaysia mengesahkan operasi SAR diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi.

7.03 pm
Kerajaan Korea Selatan memutuskan untuk menghantar dua pesawat iaitu P-3 dan C-130 dari Tentera Udara Korea Selatan dengan 39 pegawai dan anggota, yang dijangka tiba esok.

8.13 pm
Jepun menghantar tambahan aset iaitu Dua kapal peronda P-3C Orion milik tentera laut Jepun yang akan memulakan operasi mereka seawal-awalnya esok. 

9.34 pm
Pihak berkuasa sedang meneliti empat hingga lima kemungkinan iaitu akibat letupan, dimatikan secara sengaja atau dalam keadaan dures. "Kami melihat semua kemungkinan, sebab itu saya tidak mahu membuat spekulasi," katanya menjawab soalan sama ada wujud bukti kedua-dua transponder pesawat dimatikan secara sistematik. 

11.02 pm
NEW DELHI: Bangladesh menjadi negara terbaru menyertai misi SAR MH370. Pesawat peninjau Bangladesh akan berlepas menjelang pagi nanti manakala kapal pula pada esok hari. Bangladesh akan mengerahkan semua aset, antara aset yang terawal ialah dua pesawat peninjau dan dua kapal perang peronda atau frigat"Kami akan memulakan misi di Teluk Benggala dan akan menyelaraskan pencarian di Lautan Hindi dengan tentera laut anda (Malaysia)," katanya.

11.12 pm
NEW DELHI: Tentera Laut India memperluas pencarian hingga ke pantai Chennai di bandar raya selatan India. Menurutnya belum ada maklumat kukuh mengapa pencarian diperluaskan hingga ke pantai Chennai yang terletak kira-kira 900km dari Laut Andaman. India menggunakan dua pesawat C-130 dan sebuah helikopter Mi-17 V5 Tentera Udara selain Dornier dan P8i iaitu pesawat peninjau maritim Tentera Laut. 

15 Mac 2014 - Hari Kelapan
1.51 am
Port Dickson: Dua nelayan terkejut apabila menjumpai objek di tengah laut yang disangka ada kaitan dengan kehilangan pesawat MH370 lalu membawanya ke jeti Kuala Lukut Kecil. Harian Metro mendapati objek itu adalah pelampung besar bersaiz lima meter panjang dan lima meter lebar serta tinggi enam meter. Pada bahagian badan pelampung itu terdapat banyak pemegang seperti alat permainan kanak-kanak. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun mengesahkan penemuan berkenaan dan objek itu tiada kaitan dengan kehilangan MH370, tetapi kemungkinan alat permainan kanak-kanak yang hanyut dari Pantai Batu 4, Telok Kemang.

2.21 am
BEIJING: Pesawat MAS MH370 dilengkapi empat buah rakit yang boleh membawa kira-kira 290 orang penumpang dalam satu-satu masa. rakit berkenaan turut mengandungi lampu suluh, kotak bantuan kecemasan termasuk makanan dan air yang cukup untuk kegunaan penumpang selama seminggu.

7.47 am
NEW DELHI: Dua kapal Tentera Laut India, INS Saryu dan INS Kumbhir sedang menjalankan usaha-usaha mengesan kehilangan pesawat MAS MH370 di kawasan-kawasan yang ditetapkan di selatan Lautan Andaman. INS Kesari menggantikan INS Kumbhir, yang turut membawa helikopter, kira-kira 3 petang semalam. dua kapal pengawal pantai turut melakukan kerja-kerja SAR di kawasan persisiran pantai. Pihak berkuasa Malaysia juga telah meminta usaha pencarian itu dijalankan di Teluk Bengal, meliputi keluasan kira-kira 9,000km persegi.

8.44 am
WASHINGTON: Kapal tentera laut AS dan pesawat pemantaunya kini bergerak menuju ke Laut Andaman dan Teluk Bengal untuk operasi SAR. Pesawat P-8 Poseidon dan kapal pemusnah misil, USS Kidd, akan membantu gerakan antarabangsa untuk mencari pesawat MH370 berkenaan yang kini kawasan SAR diperluaskan ke sebelah barat Malaysia. Kolonel Steven Warren. USS Kidd bersiap sedia untuk menjalankan misi mencari di Laut Andaman dan Teluk Bengal. P-8 pula akan menjalankan misi mencari di kawasan lebih luas di bahagian selatan Teluk Bengal dan di bahagian utara Lautan Hindi.

9.13 am
BEIJING: India meningkatkan operasi SAR dengan tumpuan di kepulauan terpencil di Andaman dan Nicobar

9.59 am
WASHINGTON: Satu analisis berdasarkan data satelit dan peralatan elektronik mendapati pesawat MH370 berkemungkinan terhempas sama ada di Teluk Benggala atau lokasi lain di Lautan Hindi, lapor CNN. Analisis tersebut yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan AS mungkin dapat mengecilkan kawasan pencarian pesawat terbabit.

10.00 am
WASHINGTON: Laporan terbaharu tentang perubahan laluan penerbangan pesawat MH370 menunjukkan kemungkinan penglibatan individu profesional yang mahir dalam sistem penerbangan. Ketua editor majalah Flying yang juga juruterbang pesawat komersial, Robert Goyer berkata, hanya juruterbang profesional yang boleh mengubah haluan penerbangan selepas petunjuk baharu mendedahkan penerbangan pesawat MH370 menuju ke Lautan Hindi. “Kemungkinan pesawat itu dikawal oleh sekumpulan pakar dengan sekurang-kurangnya seorang juruterbang yang terlatih atau seorang daripada juruterbang MH370 mengawal program untuk mengubah haluan melalui sistem pengurusan penerbangan.

2.02 pm
Sidang akhbar Datuk Seri Najib Razak berkata:
Sehingga hari ini 14 negara sertai Malaysia misi cari pesawat MH370 dengan 43 kapal dan 48 pesawat. Berdasarkan maklumat baru data satelit, komunikasi pesawat dimatikan sebaik pesawat memasuki ruang udara Pantai Timur Malaysia. Mengikut data radar, pesawat dipercayai berpatah semula ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten. Misi SAR pesawat MH370 di Laut China Selatan dihentikan. Kerajaan dan pihak berkaitan kini menilai semula penghantaran aset ke kawasan itu dan ditumpukan di kawasan baru di sebelah barat Semenanjung. Pesawat yang hilang dari radar telah memutuskan transponder dan komunikasi jam 8.11 pagi.

3.57 pm
Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah pesawat MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal. Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor iaitu satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi. 

7.39 pm
APMM menggerakkan tiga kapalnya membuat rondaan di Selat Melaka. Operasi agensi itu melibatkan enam sektor di utara Selat Melaka dan operasi dilakukan 24 jam. APMM membawa 24 wakil media termasuk dua dari Guangzhou, China dan dibawa ke sekitar Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Bukit Malut.

8.25 pm
Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370, pada 2.42 petang selepas sidang berita Datuk Seri Najib Razak. Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 Shah Alam, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu. 

9.00 pm
Anggota polis tiba di rumah Pembantu Juruterbang MAS MH370, Fariq Ab Hamid kira-kira jam 7.50 malam. Tiga kenderaan masing-masing dua Toyota Estima dan sebuah kereta Toyota Vios dinaiki sekurang-kurangnya 10 individu berpakaian preman dilihat masuk ke rumah keluarga Fariq tanpa mengetahui tujuan mereka. Sebuah daripada Toyota Estima berkenaan adalah kenderaan sama yang dilihat masuk ke perkarangan kawasan perumahan Kapten Zaharie Ahmad Shah petang tadi. Semua mereka dilihat keluar daripada rumah keluarga Fariq jam 8.45 malam dengan membawa bersama sekurang-kurangnya dua beg kertasTurut kelihatan pegawai polis daripada Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor.

11.03 pm
SINGAPURA: Angkatan Tentera Singapura (SAF) menghentikan operasi SAR Laut China SelatanPegawai dan anggota serta kapal dan pesawat SAF yang menyertai operasi itu kini dalam perjalanan pulang. Bagaimanapun, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan terus menyokong operasi SAR di Selat Melaka dengan menggemblengkan Pesawat Peronda Maritim Fokker-50Pesawat Fokker-50 itu dihantar ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang semalam dan akan beroperasi di luar pangkalan itu.

11.49 pm
India menggerakkan lebih banyak aset laut dan udaranya ke kawasan pencarian yang diperluaskan di tengah dan timur Teluk Bengal. Usaha itu disertai dua pesawat Peronda Maritim Jarak Jauh P8I yang baru dibeli milik Tentera Laut India dan sebuah pesawat C130J milik Tentera Udara India di Teluk Bengal dan Laut Andaman. Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, pesawat Dornier Peninjau Maritim Jarak Dekat milik Tentera Laut India dan Pengawal Pantai India juga digemblengkan untuk operasi mencari itu. Enam kapal (masing-masing tiga kapal daripada Tentera Laut India dan Pengawal Pantai India) dihantar mengikuti operasi itu, dengan Kapal Kesari dan Kapal Saryu milik Tentera Laut India meneruskan usaha pencarian sebagai sebahagian daripada Kumpulan Antarabangsa di Laut Andaman. Selain daripada kapal Kanaklata Barua dan kapal Bhikaji Cama milik Pengawal Pantai di Laut Andaman, CGS Sagar juga diberi tanggungjawab untuk menjalankan pencarian itu di Selat Melaka.

16 Mac 2013 - Hari Kesembilan



10.12 am
BANGKOK: Komander Tentera Laut Thailand, Adm Narong Pipattanasai menghentikan misi SAR MH370 di Teluk Thailand dan Laut Andaman selepas kerajaan Malaysia memaklumkan misi pencarian akan tertumpu di dua lokasi baharu termasuk Kazakhstan dan selatan Laut India. Bagaimanapun empat kapal perang tentera laut, HTMS Pattani, HTMS Tapi, HTMS Songkhla dan HTMS Sattahip diletakkan dalam keadaan bersedia sekiranya kerajaan Malaysia meminta bantuan untuk mencari di lokasi lain.

10.14 am
LONDON: FBI tidak menolak kemungkinan pesawat MH370 mungkin berada di lokasi rahsiapesawat mungkin dirampas dan kesemua penumpang kini ditahan di tempat tertentu. Stesen radio AS WNYC melaporkan, sebanyak 634 lokasi yang boleh menjadi tempat pesawat mendarat, dari Australia ke Maldives ke Pakistan.

12.58 pm
Port Blair (India): Pihak India menghentikan seketika operasi SAR untuk pesawat MH370 di atas permintaan pihak Malaysia. Operasi di kedua-dua kawasan dihentikan buat masa ini tetapi mungkin akan disambung semula, kata Pusat Perintah Timur Tentera Laut India, Komander Babu"Pihak Malaysia sedang mengkaji semula situasi. Mereka akan membuat keputusan jika kawasan pencarian perlu diubah."

2.22 pm
SYDNEY: Dua pesawat maritim Australia akan mengalihkan fokus pencarian mereka ke Lautan Hindi, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

5.02 pm
Polis sedang menyiasat jurutera pesawat yang mempunyai kaitan tugas dengan kehilangan penerbangan MAS MH370. "Sebagai prosedur biasa, polis sedang menyiasat semua anak kapal dan penumpang MH370 serta jurutera," kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. pegawai Malaysia sedang meminta bantuan daripada 15 negara iaitu Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan, Bangladesh, India, China, Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Australia dan PerancisPegawai Malaysia sedang berbincang dengan semua rakan kongsi cara terbaik untuk menggunakan aset di sepanjang dua koridor tersebut, termasuk meminta negara berkenaan terus menyediakan bantuan carian pesawat itu seperti data satelit dan analisis, keupayaan carian di darat, data radar serta aset maritim dan udara. 

6.11 pm
Polis mengklasifikasikan siasatan kehilangan pesawat MAS MH370 sebagai perbuatan pengganasKPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes tersebut kini disiasat mengkut Seksyen 130C Kanun Keseksaan atau SOSMA.

6.23 pm
Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, MH370 mungkin menghantar isyarat dari darat dan bukannya udara jika ia mempunyai bekalan elektrik. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan spekulasi bahawa pesawat MH370 berada di Diego Garcia tidak berasas. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, pesawat MH370 dimuatkan dengan minyak cukup sehingga lapan jamkapal terbang yang diberi bahan api tambahan untuk kira-kira 45 minit hingga satu jam adalah prosedur biasa, supaya pesawat boleh ke lapangan terbang lain, sekiranya lapangan terbang destinasi sebenar ditutup.

6.57 pm
MAS mengesahkan kedua-dua juruterbang yang mengendalikan MH370 tidak membuat permintaan untuk terbang bersama.

7.16 pm
Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyangkal dakwaan pesawat MAS MH370 mendarat di pangkalan tentera AS Diego Garcia di Lautan Hindi. setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan"Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas. "

7.27 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, operasi SAR pesawat MH370 di koridor utara dan selatan akan diselenggara dan diketuai oleh Malaysia.

7.49 pm
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah mengambil simulator penerbangan daripada rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah untuk diperiksa oleh pakar untuk mendapatkan petunjuk bagi membantu mencari kehilangan pesawat itu.

17 Mac 2014 - Hari Ke Sepuluh


9.59 am
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai pesawat MAS yang menghampiri Australia dan menyifatkan kejadian itu 'amat misteri'. Australia sudah menghantar dua pesawat pemantau Orion untuk menyertai misi antarabangsa SAR pesawat MAS.

12.38 pm
Australia akan mengetuai operasi SAR pesawat MH370 di "koridor selatan" yang disifatkan operasi terbesar bagi mengesan kapal terbang berkenaan, kata Tony Abbott. "Saya tawar kepada PM Malaysia untuk hantar sumber pemantauan maritim yang beliau (Najib) sambut dengan baik,".

2.07 pm
NEW DELHI: Malaysia meminta bantuan daripada pelbagai negara, termasuk India dan Pakistan, dalam usaha yang kini memasuki fasa kedua. Datuk Seri Najib Tun Razak menghubungi rakan sejawatannya di India Manmohan Singh pada Ahad petang dan memohon bantuan teknikal dari India. Di Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Tinggi India T.S Tirumurti dan atase pertahanan India menghadiri mesyuarat bersama pegawai tertinggi Malaysia untuk menyusun strategi berkaitan hala tuju siasatan itu.

2.23 pm
TLDM dan TUDM akan menghantar aset masing-masing ke koridor selatan Lautan Hindi. Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, bilangan negara yang menyertai operasi SAR kini meningkat kepada 26 negara, iaitu Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Russia, Singapuara, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, UK, AS, Uzbekistan dan VietnamWisma Putra juga sudah menghantar nota diplomatik kepada semua negara di koridor utara dan selatan yang bantuan mereka diperlukan Malaysia termasuk maklumat radar dan satelit; operasi mencari di darat, laut dan udara; pelan tindakan operasi SAR negara berkenaan; butiran sebaran maklumat yang diperlukan dari Malaysia.

3.18 pm
Tiga pegawai Bureau Investigation and Analysis for Civil Aviation Safety (BEA) tiba di sini bagi membantu usaha SAR pesawat MH370. pegawai Perancis berkenaan akan berkongsi kepakaran dan pengetahuan mereka dalam mencari pesawat Air France 447. 

5.26 pm
Simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MAS MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah dipasang semula di Bukit Aman. polis mula menyiasat kesemua anak kapal MH370 termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang serta petugas lain yang mengendali pesawat berkenaan. Pesawat MH370 tidak mungkin dikawal dari jauh untuk mengubah haluan penerbangannya, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

6.17 pm
MAS menafikan dakwaan bahawa juruterbangnya, Kapten Zaharie Ahmad Shah bukan juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat MH370 pada awalnya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, Zaharie ditugaskan mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan. Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan bahawa juruterbang MH370 sebenarnya sedang bercuti ketika dipanggil bertugas.

6.20 pm
Fokus operasi SAR pesawat MH370 adalah di kedua-dua koridor, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Malaysia menyertai operasi SAR di koridor selatan kerana tidak banyak negara terbabit di kawasan itu. 

6.32 pm
TLDM dan TUDM sudah mengerahkan KD Kelantan dan KD Selangor ke koridor selatan dalam usaha SAR pesawat MAS MH370. ia termasuk sebuah helikopter Super Lynx yang mampu beroperasi di kedua-dua kapal berkenaan. Australia juga sudah memindahkan pesawat P-3 Orion ke wilayah Pulau Cocos dan Pulau Christmas. Dan hari ini, Perdana Menteri Australia sudah mengesahkan akan menghantar tambahan dua lagi pesawat P-3 Orion dan C-130 Hercules ke lokasi SAR. Pesawat AS, P-8 juga akan bergerak ke Perth.

6.57 pm
Pesawat MH370 tidak membawa kargo berbahaya atau bernilai tinggi tetapi beberapa tan manggis, kata Ahmad Jauhari Yahya.

9.41 pm
Komunikasi terakhir daripada kokpit penerbangan MH370 dilakukan oleh pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, "all right, good night" pada 1.19 pagi sebelum pesawat hilang daripada imbasan radar, kata Ahmad Jauhari Yahya. Nada suara Fariq juga tidak menunjukkan tanda-tanda stress ketika mengucapkan "all right, good night". (baiklah, selamat malam). Bagaimanapun kami tidak tahu bila ACARS dimatikan selepas itu. Beliau juga berkata tiada bukti penumpang penerbangan MH370 membuat panggilan telefon atau menghantar mesej teks selepas pesawat itu hilang. 

18 Mac 2014 - Hari Ke 11
12.16 am
PDRM menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan. Agensi media antarabangsa sebelum ini melaporkan, ada lebih 600 lapangan terbang di koridor utara dan koridor selatan. Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara. Pasukan khas itu menyiasat kemungkinan ia mendarat di lapangan terbang rahsia yang mungkin wujud, termasuk milik persendirian atau lapangan terbang lama yang diguna semula.

9.22 am
Angkatan Tentera Singapura (SAF) menawarkan bantuan kepada Malaysia melalui Pusat Fusion Maklumat (IFC) yang mempunyai rangkaian dengan 13 tentera laut dan 51 syarikat perkapalan awam di seluruh dunia. IFC juga mempunyai pegawai perhubungan antarabangsa dari 13 negara yang boleh membantu menyelaras tindakan dari Australia, Brunei, Perancis, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Peru, Filipina, Thailand, Vietnam dan AS. 

9.49 am
WASHINGTON: Sebuah kapal tentera laut AS akan diundurkan daripada operasi itu. Pegawai Pentagon berkata, keputusan itu dibuat kerana pencarian dalam kawasan operasi itu kini lebih efisien dengan menggunakan pesawat pemantau.

10.09 am
NEW DELHI, INDIA: Media Barat melaporkan pesawat MH970 dipercayai terperangkap  di sebuah pangkalan di sempadan antara Afghanistan dan barat Pakistan. Difahamkan, kawasan itu adalah kubu kuat pejuang Taliban“Pesawat Boeing 777 berkenaan dirampas untuk kegunaan akan datang. Ia berdasarkan perbualan akhir yang tidak diketahui identiti mereka, sama ada juruterbang atau seorang individu lain,’ menurut The Independent. Jika benar dakwaan itu, ini bermakna pesawat berkenaan berada sama ada di Afghanistan, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan atau Tajikistan selepas mereka mengesyaki berlaku plot rampasan selepas transponder dinyahaktifkan.

10.10 am
Kira-kira tiga juta orang menyertai usaha diketuai pengendali satelit bagi mengesan pesawat MH370 dan disifatkan sebagai projek membabitkan orang ramai paling besar pernah diadakan. Syarikat satelit, DigitalGlobe berkata, kawasan pencarian kini merangkumi kira-kira 24,000 kilometer persegi (9,000 batu persegi) dan banyak imej ditambah setiap hari termasuk kawasan baharu di Lautan Hindi. lebih tiga juta orang menyertai program itu dengan kira-kira 257 juta “map views” dan 2.9 juta kawasan “tagged” dilakukan oleh peserta. 

11.15 am
BANGKOK: Thailand menawarkan untuk membantu pencarian penerbangan MH370. Negara itu sedia berkongsi maklumat aeronautik dengan Malaysia bagi memastikan sama ada pesawat berkenaan terbang di ruang angkasanya. 

1.34 pm
BEIJING: China sudah memulakan misi mencari pesawat MAS di koridor utara.

1.56 pm
DUBAI: Angkatan tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menyertai usaha SAR pesawat MH370. dua pesawat SAR akan dikerah ke kawasan pencarian. 26 negara terlibat dalam operasi SAR.

2.39 pm
SYDNEY: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) akan menumpukan pencarian kepada kawasan seluas 600,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. kawasan pencarian di koridor selatan itu dikecilkan daripada 19 juta kilometer persegi berdasarkan analisis data satelit daripada pesawat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS. 

3.15 pm
NEW DELHI: Pegawai risikan India mengesahkan lima warganegara India mempunyai rekod bersih, menurut kenyataan pegawai polis. Warganegara India itu ialah Chetna Kolekar, 55, Swanand Kolekar, 23, dan Vinod Kolekar, 59, daripada satu keluarga, Chandrika Sharma, 51, dan Kranti Shirsatha, 44. 

5.37 pm
Sidang media harian bersama Datuk Seri Hishammuddin Hussein: 
Malaysia kekal mengetuai misi SAR pesawat MH370Nota diplomatik diterima dari 12 negara di koridor utara dan dua dari koridor selatan untuk kerjasama sertai bantuan misi SAR. Fokus siasatan kini ialah mengumpul maklumat satelit dan radar, menambah aset udara dan permukaan serta menambah pakar teknikal. Australia dan Indonesia mengetuai pencarian di koridor selatan manakala China dan Kazakhstan di koridor utara

1. Perkembangan terkini operasi
Di koridor utara, kami telah membahagikan kawasan pencarian kepada tujuh kuadran. Setiap daripada tujuh kuadran itu adalah 400 batu nautika darab 400 batu nautika – atau 160,000 batu nautika persegi secara keseluruhannya. Kami juga membahagikan koridor selatan kepada tujuh kuadran. Sama seperti di utara, setiap kuadran meliputi kawasan 160,000 batu nautika persegi. Keseluruhan kawasan pencarian kini adalah 2.24 juta batu nautika persegi.

Dari segi penghantaran aset-aset spesifik:
TLDM menghantar dua lagi kapal termasuk sebuah helikopter Super Lynx, yang boleh beroperasi daripada mana-mana dua kapal ke koridor selatan. Jumlah kapal Malaysia dihantar ke koridor selatan kepada empat buah, dengan dua helikopter Super Lynx. Malaysia turut menghantar dua pesawat C-130 ke sektor Indonesia.

Negara-negara lain turut menyumbang dengan aset-aset berikut:
AS menghantar sebuah P-8 Poseidon, dan akan menghantar sebuah pesawat P-3 Orion.
Australia telah menghantar tiga P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules.
New Zealand menghantar sebuah P-3 Orion.
Republik Korea menjanjikan sebuah P-3 Orion dan sebuah C-130 Hercules.
Jepun menjanjikan dua P-3 Orion, dua C-130 dan sebuah jet Gulfstream.
UAE menjanjikan sebuah pesawat C-17 dan sebuah pesawat Bombardier Dash-8.

Aset dari Korea, Jepun, dan UAE kini berada di Malaysia dan sedang menunggu arahan daripada kerajaan masing-masing. Selain menghantar aset-asetnya ke koridor utara, China juga membuat perjanjian dengan Australia untuk menghantar sebuah pesawat ke koridor selatan.

2. ACARS (Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat)
MAS menjelaskan bahawa kami tidak dapat tentukan secara tepat bila ACARS dimatikan, hanya bahawa ia berlaku dalam tempoh waktu spesifik iaitu dari 01:07 – anggaran ketika pesawat itu sampai ke pantai timur Semenanjung Malaysia, dan transmisi terakhir ACARS berlaku – hingga 01:37, iaitu masa pelaporan seterusnya dijadualkan. Ini sebenarnya yang berlaku. Seperti dinyatakan, bahawa sehingga ke titik ia keluar daripada liputan radar primer tentera, pergerakan pesawat itu adalah konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat itu. Ini menjadi tumpuan pasukan penyiasat.

3. Siasatan Polis
Saya harap anda faham bahawa saya tidak boleh mengulas mengenai butiran siasatan itu, yang masih berjalan.
   
6.21 pm
Empat kapal TLDM meneruskan misi SAR yang kini masuk fasa kedua. Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abdul Rashid berkata dua kapal, KD Selangor dan KD Kelantan berlepas dari Pangkalan TLDM Lumut pada jam 1 pagi. Manakala KD Pahang dan KD Terengganu memulakan perjalanan dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang pada jam 2.45 petang dan akan menyertai misi SAR pesawat itu di lautan Koridor Selatan. Misi kedua-kedua kapal itu kali ini disertai oleh 150 pegawai dan kakitangan serta dibantu sebuah helikopter FennexKD Pahang diketuai Pegawai Memerintah Komander Mohd Zailani Mohd Nor sementara KD Terengganu diterajui Pegawai Memerintah Komander Zaidi Ishak. 

7.06 pm
Polis hari ini menyangkal gambar tersebar di laman sosial Facebook kononnya tentera AS di Kota Bharu, Kelantan dan di Ipoh, Perak dalam misi mencari pesawat MAS MH370. Gambar itu merujuk kepada latihan bersama PDRM dan tentera AS yang diadakan di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, Perak, pada 2012

7.21 pm
Pakar Perancis akan menawarkan kepakaran mereka dalam operasi pencarian dalam laut kepada Malaysia. Penasihat Khas kepada Biro Penyiasatan Kemalangan Penerbangan Perancis, Jean Paul Troadec berkata, pengalaman ketika menyiasat insiden pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009, amat berguna bagi meneruskan pencarian pesawat Boeing 777-200ER. "Kami pakar dalam bidang pencarian dalam laut, menganalisis dan aspek teknikal dalam komunikasi dan elektronik. Bagaimanapun, operasi SAR bagi mengesan pesawat MH370 adalah berbeza dengan ketika operasi mengesan pesawat 447 yang dilakukan sebaik ia terhempas".

8.00 pm
Media tempatan melaporkan siasatan kini dilakukan ke atas lima landasan lapangan terbang yang ditemui dalam perisian program simulator Zaharie. Antara perisian yang dikatakan telah diperiksa setakat ini ialah lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang markas tentera AS di Diego Garcia serta tiga lagi landasan India dan Sri Lanka yang kesemuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter. Tambah Hishammuddin, "adalah perkara biasa bagi seorang juruterbang memiliki program simulasi di rumah, tak perlu buat sebarang andaian tidak berasas. Ia hanya akan memburukkan keadaan," katanya. 

19 Mac 2014 - Hari Ke 12


7.29 am
Ketua Pengarah DCA Malaysia mengesahkan tiada penumpang di dalam pesawat MH370 yang mempunyai pengalaman membawa atau rekod dalam mengemudi kapal terbang.

10.40 am
Pesawat MH370 boleh mendarat di landasan lebih pendek daripada biasa sekiranya memerlukan pendaratan kecemasan mengikut kecekapan juruterbang. Bekas Pengawal Trafik Udara DCA, Mustapha Kamal Abdul Rahman berkata, apabila ada kecemasan yang memerlukan pendaratan segera, pastinya juruterbang akan cuba mendarat di tempat yang selamat tidak kira di pulau atau di atas jalan, asalkan kawasan sekitar muat untuk pesawat itu  mendarat. Pesawat MH370 yang panjang dan besar perlu mendarat di landasan lebih 11,000 kaki panjangPesawat boleh mendarat di landasan yang sudah lama ditinggalkan di beberapa pulau sekitar koridor utara, asalkan juruterbang pandai mengawal pesawat. Tetapi risiko kemalangan kecil memang ada, sama ada terbabas sedikit dari landasan itu atau berlaku ketidakseimbangan ketika pesawat berhenti mengejut.

Sementara itu, pakar penerbangan UKM, Dr Mohd Tarmizi Ahmad berkata, risiko terhempas ketika mendarat di landasan pendek memang tinggi kerana pesawat memerlukan kuasa dan masa untuk membuat pendaratan yang bergantung kepada kapasiti pesawat. Jika momentum tidak stabil, kemungkinan pesawat mengalami kemalangan sangat tinggi walaupun di atas landasan.

Selain itu, terdapat sebuah lagi landasan kapal terbang dibina tentera Jepun pada 1942 hingga 1945. Landasan ini kemudiannya diubahsuai dan dipanjangkan sehingga 8,886 kaki oleh Tentera Udara India pada 1967.

12.21 pm
NEW DELHI: Sebuah laman web Haveeru dari Maldives melaporkan bahawa penduduk di kawasan pedalaman pulau Maldives, Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll mendakwa melihat sebuah jet terbang rendah pada 8 Mac. Mereka berkata bahawa ia adalah pesawat putih dengan jalur merah merentasinya - iaitu sebagaimana menyerupai pesawat MAS. Saksi dari Kuda Huvadhoo bersetuju bahawa kapal terbang itu dalam perjalanan utara ke tenggara, menuju ke penghujung selatan Maldives. 

1.15 pm
NEW DELHI: Seorang penganalisis IT India, Anoop Madhav Yeggina, 29, menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac. The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut. “Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman. Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu. Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar. Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbang berkenaan.


Bagaimanapun, Mapbox, sebuah syarikat yang menyediakan imej satelit untuk orang ramai membantu dalam pencarian MH370 itu telah menyangkal penemuan berkenaan dengan berkata ia berdasarkan data lama, menurut portal berita 3News New Zealand. Ketua Saintis Mapbox Bruno Sánchez-Andrade Nuño mengesahkan bahawa pesawat itu milik penjaga tapak liputan mereka. Itu hanya merupakan satu daripada pelbagai perkara mengelirukan yang ditimbulkan dan kemudian ditolak kebenarannya dalam misi mencari pesawat itu.

1.17 pm
NEW DELHI: Polis Maldives hari ini memulakan siasatan berhubung dakwaan penduduk di Pulau Kuda Huvadhoo yang melihat sebuah pesawat terbang rendah 8 Mac lalu. 

3.46 pm
Penyiasat bersama 239 orang berpendapat bahawa kapal terbang itu dipercayai memasuki kawasan selatan Lautan Hindi. Andaian yang diperolehi ialah ia terbang ke selatan dan dipercayai ke penghujung koridor selatan.

5.38 pm
Pasukan utama teknikal misi SAR kini dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan diplomatik diketuai diketuai Kementerian Luar, ATM (aset/logistik) manakala DCA mengetuai pasukan teknikal, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein 

5.42 pm
Sidang media:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan polis Maldives yang mula siasat berkaitan dakwaan sebuah pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilapor hilang. Semua penumpang dan anak kapal pesawat MH370 masih disiasat tetapi mereka kekal sebagai tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Pihaknya sudah menerima maklumat berdasarkan pemeriksaan terhadap latar belakang penumpang dari semua negara selain Ukraine dan Russia. KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis mengesan log data daripada tiga jenis permainan penerbangan dalam simulator telah dipadamkan sebelum polis mengambilnya dari rumah juruterbang pesawat MH370. Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'.

6.31 pm
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya percaya tiada unsur bunuh diri dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya. Berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri. Ini adalah kerana pihak yang bertanggungjawab nampaknya membuat perancangan teliti dan amat pakar tentang selok-belok penerbangan serta kedudukan radar termasuk cara untuk mengelakkan pesawat itu daripada dikesan. Sesiapa sahaja yang mengambil alih pesawat itu berpengalaman mengendalikan pesawat itu.

7.34 pm
JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro memaklumkan bahawa radar tentera negara itu di Sabang, Aceh tidak mengesan pesawat MH370 melintas di sekitar wilayah berkenaan. Sistem radar pertahanan udara di Sabang sangat kuat dan tidak mendeteksi (mengesan) adanya pesawat. Radar tentera lebih sensitif jika dibandingkan dengan radar awam dan ketepatannya mengesan sesuatu objek itu tidak perlu diragukan. Beberapa nelayan di Aceh Timur dan Sumatera Utara, mendakwa melihat pesawat jatuh di perairan Aceh Timur pada 8 Mac. 

9.18 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sekiranya pesawat itu masih tidak dijumpai selepas 30 hari, beliau mendapatkan pembabitan Pihak Berkuasa Penyiasatan Keselamatan Penerbangan Awam Perancis (BEA) yang bersetuju membantu pasukan SAR.

10.19 pm
Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A Rashid melepaskan dua kapal TLDM, KD Kasturi dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9 malam dan KD Lekiu 20 minit kemudian untuk menyertai misi di Koridor Selatan Lautan Hindi. 

10.50 pm
Perdana Menteri Britain, David Cameron menawarkan untuk terus membantu kerajaan. UK sudah menghantar pasukan dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan data satelit daripada Inmarsat untuk menyertai operasi SAR. 

20 Mac 2014 - Hari Ke-13
11.37 am
SYDNEY: Dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MAS MH370 dikesan di Lautan Hindi, kata PM Australia, Tony Abbott. Abbott berkata, "maklumat baru dan boleh dipercayai" itu diperolehi ketika hampir dua minggu selepas pesawat berkenaan hilang. Pesawat Tentera Udara Australia, Orion diarah untuk mencari objek berkenaan bersama tiga lagi pesawat peninjau. 

12.20 pm
Penemuan dua objek oleh satelit di selatan Lautan Hindi dianggap sebagai pentunjuk dalam pencarian pesawat MAS MH370, kata Hishammuddin Hussein. Australia menyatakan ia sudah mengerah beberapa pesawat bagi menyiasat dua objek yang dikesan satelit, terapung di permukaan laut sedalam beribu meter.

1.14 pm
CANBERRA: Objek terbesar yang dikesan dalam pencarian pesawat MAS MH370 bersaiz 24 meter manakala objek kedua pula yang dikesan adalah bersaiz kecil, kata pihak berkuasa Australia, "Objek-objek itu secara amnya tidak jelas. Bagi saya, petunjuk ini adalah objek bersaiz berpatutan dan mungkin dipenuhi air serta tenggelam timbul di atas permukaan," kata pegawai Pihak AMSA, John Young. 

2.50 pm
SYDNEY: Dua objek yang mungkin serpihan pesawat MAS dikesan satelit di satu daripada kawasan terpencil dunia, menurut pegawai AustraliaReuters melaporkan objek itu ditemui kira-kira 2,500 kilometer ke barat daya Perth, iaitu lautan luas antara Australia, selatan benua Afrika dan Antartika. Pesawat peninjau sedang menyiasat sama ada objek berkenaan yang terapung di selatan Lautan Hindi adalah serpihan pesawat MH370. 


3.21 pm
SYDNEY: Pihak AMSA, dengan kerjasama Pasukan Pertahanan Australia dilaporkan adalah sukar untuk mengutip serpihan dari lautEmpat pesawat termasuk, Orion milik Tentera Udara Diraja Australia dan P8 Poseidon milik Tentera Laut AS sudah digerakkan ke kawasan yang dipanggil tempat yang terpencil di dunia.

4.40 pm
Tiga pelawat lagi telah dikerahkan ke kawasan di selatan Lautan Hindi, menurut AMSA. Aset-aset itu termasuk sebuah pesawat Orion Tentera Udara Diraja New Zealand dan pesawat P8 Poseidon Tentera Laut AS. Pesawat Poseidon itu dijangka tiba 3 petang. Pesawat kedua Orion RAAF dijangka berlepas dari pangkalan Pearce RAAF pada 6 petang. Pesawat Orion New Zealand dijangka berlepas 8 malam," kata pengurus besar Bahagian Respons Kecemasan AMSA John Young. sebuah pesawat C-130 Hercules RAAF ditugaskan untuk menjatuhkan boya penanda datum yang akan digunakan bagi memberikan maklumat mengenai pergerakan air bagi membantu dalam pemodelan aliran. Boya itu juga akan menyediakan satu titik rujukan berterusan jika tugas menempatkan semula objek berlanjutan. Kapal Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Success, juga dalam perjalanan ke kawasan itu tetapi jaraknya memakan masa beberapa hari dari kawasan itu. Kapal itu dilengkapi dengan kemudahan untuk mendapatkan semula mana-mana objek di lokasi dan jika terbukti daripada MH370. 

5.43 pm
Sidang Media: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Misi SAR di koridor utara dan selatan tetap diteruskan meskipun ada penemuan objek dari imej satelit Australia. China yang sudah menggerakkan 21 satelit untuk mencari pesawat MH370 sedia menghantar lagi kapal dan pesawat bila diperlukan. Semua negara yang terbabit dengan operasi SAR MH370 sudah hantar aset ke koridor utara dan selatan. Malaysia turut menghantar dua pesawat ke Kazakhstan bagi mengesan pesawat berkenaan. Biarpun penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh dipercayai ia masih belum dapat disahkanUsaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti lokasi objek berkenaan yang kelihatan dalam imej satelit.

7.16 pm
OSLO: Kapal pengangkut kenderaan milik Norway, Hoegh St Petersburg, tiba di kawasan di selatan Lautan Hindi di mana dua objek terapung yang disyaki serpihan pesawat MH370. Kapal itu dalam perjalanan dari Madagascar ke Melbourne apabila ia diminta pihak berkuasa Australia untuk membantu menyiasat objek berkenaan yang dikesan satelit empat hari lalu di kawasan tersebut. Persatuan Perkapalan Norway adalah yang pertama tiba di kawasan itu pada 0800 GMT (4 petang waktu Malaysia).


10.08 pm
Operasi mencari dari udara objek yang mungkin daripada pesawat MAS dan disifatkan sebagai "petunjuk terbaik" sehingga kini iaitu Panjang satu daripada objek itu ialah 24 meter manakala satu lagi 5 meterBagaimanapun, beliau berkata objek itu mungkin serpihan barangan yang terjatuh dari kapal seperti kontena walaupun objek itu lebih panjang daripada sebuah kontena.

10.22 pm
Cuaca buruk menyebabkan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berdepan masalah mengesan objek yang dicerap satelit di selatan Lautan Hindi. AMSA menyatakan kepulan awan dan hujan mengehadkan jarak penglihatan anak kapal pesawat P-3 Orion RAAF.

11.20 pm
Pakar keselamatan Australia, Neil Fergus berkata, jika dua objek dikesan di luar pantai Perth disahkan sebagai milik MH370 maka beliau menolak sebarang kemungkinan berlaku kesilapan teknikal.


Dua objek disyaki serpihan daripada pesawat MAS MH370 yang dikatakan ditemui di selatan Lautan Hindi dipercayai hanyut sejauh 300 hingga 400 km ke lokasi imej dirakam satelit Australia. Pakar Oseanografi di University of Western Australia Profesor Charitha Pattiaratch berkata, ini berdasarkan arus kuat di kawasan SAR berada dalam lingkungan Pentas Naturalist yang berukuran 250 km lebar dan 400 km panjang. kawasan itu juga dikelilingi laut sedalam kira-kira 5,000 meter yang boleh menenggelamkan puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4,095 meter. Berdasarkan faktor arus, serpihan itu kemungkinan hanyut dari barat ke timur sebelum dikesan satelit. Perairannya tetap dalam walaupun di mana saja pasukan mencari berada.

21 Mac 2014 - Hari Ke-14
*klik pada gambar untuk pembesaran*

5.43 am
PDRM diyakini mempunyai kepakaran yang sama dengan FBI dalam menganalisis komputer dan simulator yang diambil dari rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah. Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim, berkata kepakaran PDRM dalam bidang forensik komputer tidak boleh diperkecilkan yang terbukti menerusi siasatan kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lapan tahun, Nurin Jazlin Jazimin pada 2008. Sebagai perbandingan, siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dihantar kepada FBI mengenai kes itu, sama dengan hasil diperoleh PDRM sebelum itu. 

“Untuk membawa peralatan itu ke AS juga kena berhati-hati kerana ia amat sensitif dan dibimbangi lebih banyak maklumat yang hilang sehingga menyukarkan siasatan. Namun, kita tidak boleh mempertikaikan keputusan pihak penyiasat terbabit untuk membawanya ke makmal mereka kerana ketiadaan peralatan canggih dibawa bersama ke negara kita,” katanya. Menurut laporan USA Today, komputer dan simulator itu berkemungkinan besar dihantar ke makmal FBI di Quantico, Virginia

Dalam pada itu, pensyarah Pusat Sains Komputer dan Sistem Maklumat UTM, Prof Dr Mohammad Ishak Desa, berkata sistem forensik komputer di negara ini mampu mengembalikan log data yang terpadam atau dipadamkan. “Saya difahamkan ia boleh dicari semula oleh pakar tempatan,” katanya. 

9.04 am
WASHINGTON: Sebuah firma imej satelit berpangkalan di Colorado berkata gambar dua objek yang terapung di Lautan Hindi adalah miliknyaKetika mengumumkan pada sidang media, Abbott tidak memberitahu dari satelit mana imej berkenaan namun DigitalGlobe mengeluarkan kenyataan bahawa firma berkenaan yang memberikan imej berkenaan"Imej satelit berkenaan dihasilkan pada 16 Mac lalu menerusi satelit WorldView-2 dengan resolusi kira-kira 50 cm," kata kenyataan itu.

9.20 am
CANBERRA: Pakar penyiasatan tempatan memaklumkan, serpihan terbabit perlu disahkan milik pesawat MH370 terlebih dahulu sebelum mencari kotak hitam. Perkara pertama akan dilakukan adalah penyiasat akan menyelaraskan serpihan dijumpai sama ada ia milik B77-200ER atau bukan. Jika terdapat nombor siri pada serpihan terbabit, ini bermakna proses pengesahan pesawat lebih mudah dilakukan. Proses seterusnya jika serpihan terbabit disahkan milik pesawat, penyiasat akan bekerjasama dengan oceanographers untuk memulakan ujian arus dan angin bagi melakukan demonstrasi bagaimana serpihan itu boleh berada di kawasan terbabit. Biasanya, kepingan besar pesawat akan karam di lautan dalam, manakala keping kecil akan ditiup angin dan ditolak arus hingga menjadi serpihan dan dihanyutkan ratusan batu dari bangkai utama.

9.26 am
Diego Garcia, pulau terpencil di selatan Lautan Hindi yang menempatkan  pangkalan tentera AS bukanlah kawasan rahsia sehingga dianggap terlalu bahaya untuk mana-mana pihak pergi ke sana. Bekas Ketua Juruterbang Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, beberapa tahun lalu pihaknya pernah mengatur penerbangan ke Diego Garcia untuk membawa anggota tentera AS pulang ke negara mereka. beliau berkata, sudah menjadi hobi sesetengah juruterbang bermain dengan simulator untuk mendarat di kawasan yang jarang dilewati. "Mereka akan pilih tempat yang pelik-pelik. Kenapa Diego Garcia yang dipersoalkan. Banyak lagi landasan lain yang dianggap rahsia yang boleh dipersoalkan. Contohnya di McMurdo, iaitu landasan panjang (berais) di Antartika, atau di Edward Air Force yang memiliki landasan sejauh 11 kilometer. Kalau nak pergi betul-betul dengan Boeing 777 sukar, jadi juruterbang akan bermain dengan simulator, ini 'philosophy' biasa seorang juruterbang,” katanya.


10.47 am
MELBOURNE: Usaha mencari objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MAS di Lautan Hindi, mungkin mengambil masa berhari-hari kerana keadaan cuaca buruk. Empat pesawat tentera iaitu dua daripada Tentera Udara Diraja Australia serta masing-masing satu dari New Zealand dan AS dikerah ke lokasi pada Jumaat. Kapal dagang Norway, St Petersburg masih berada di kawasan itu dan sebuah lagi kapal dagang dijangka tiba pada Jumaat malam. Kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success juga dalam perjalanan dan dijangka tiba pada Sabtu. Pemangku Perdana Menteri Warren Truss berkata usaha pencarian "sukar dan mencabar" terutama kerana objek terbabit mungkin telah hanyut agak jauh dari tempat asal ia dicerap oleh satelit pada 16 Mac. 

11.30 am
China menghantar tiga kapal perang ke selatan Lautan Hindi bagi membantu usaha mencari objek terapung yang dikesan oleh satelit. Agensi SAR China juga sudah meminta Pentadbiran Oceanic negara untuk menggerakkan kapal pemecah ais, Xue Long untuk menyertai misi berkenaan.

2.41 pm
Kawasan di selatan Lautan Hindi itu terlalu terpencil dan memerlukan empat jam untuk terbang ke sana dan empat jam lagi untuk pulang. Oleh itu, masa mencari hanya terhad kepada kira-kira dua jam.


3.46 pm
JAKARTA: Indonesia mengeluarkan 49 kebenaran terbang untuk pesawat-pesawat dari tujuh negara mencari pesawat MH370 selepas tumpuan mencarinya beralih ke Lautan Hindi. Pesawat asing itu adalah dari Australia, AS, Jepun, Malaysia, New Zealand, Korea Selatan dan Emiriyah Arab Bersatu.

4.14 pm
SYDNEY: TPM Australia, Warren Truss, berkata objek yang dikesan satelit mungkin sudah tenggelam. Truss berkata, usaha mencari diteruskan.

5.05 pm
SYDNEY: Australia beralih kepada pencarian serpihan secara visual selepas radar mereka gagal mengesan petanda pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. Ketua Bahagian Respons Kecemasan AMSA, John Young berkata, pesawat perlu terbang rendah, peninjau terlatih dan berkemahiran tinggi meninjau menerusi tingkap pesawat dan mencari objek itu. Pesawat terbabit juga perlu terbang lebih dekat sesama mereka.

5.47 pm
Sidang media Datuk Seri Hishammuddin Hussein:
Pihak berkuasa Kazakhstan mengesahkan mereka tidak menemui apa-apa tanda berkaitan pesawat MH370. Pihaknya sedang menunggu kebenaran daripada Kazakhstan untuk menjadikan negara berkenaan sebagai pusat operasi SAR di koridor utara. Pihaknya akan menghubungi rakan sejawatannya di AS untuk memohon bantuan peralatan khusus untuk kerja mencari di dasar laut untuk operasi pencarian pesawat MH370. Malaysia terus menerima bantuan kepakaran dan peralatan daripada negara yang terbabit dalam pencarian pesawat MAS itu. Malaysia tidak akan memberhentikan misi SAR meskipun tempoh 30 hari tamat. Kaedah lain akan dikenal pasti untuk mencari kotak hitam selepas ketahanan baterinya luput dalam masa 30 hari.

6.06 pm
Analisis data satelit Inmarsat yang menjurus kepada pencarian pesawat MH370 di koridor utara dan selatan dilakukan dengan teliti bersama AS serta dibandingkan dengan analisis Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK. Data satelit itu dihantar ke AS sebanyak dua kali untuk diproses sebelum hasil analisis diperolehi.

6.19 pm
Kapal peninjau pelbagai fungsi HMS Echo milik United Kingdom (UK) kini dalam perjalanan ke selatan Lautan Hindi. Beberapa pakar antaranya dari Kementerian Pertahanan serta Jabatan Hidrografik sedang meneliti data laut, cuaca dan satelit bersama-sama pihak berkuasa Malaysia bagi mengesan pesawat itu. Sebuah kapal peronda perikanan juga terbabit dalam operasi di sekitar perairan wilayah British di Lautan Hindi, manakala polis UK serta pihak berkuasa berkaitan membantu memeriksa manifes mereka yang dilapor menaiki MH370.

22 Mac 2014 - Hari Ke-15
8.56 am
WASHINGTON: Malaysia meminta AS memberi bantuan dari segi peralatan pemantauan dasar laut bagi mencari pesawat MH370. Setiausaha Akhbar Pentagon, Laksamana Muda John Kirby, berkata permintaan itu disuarakan dalam perbualan telefon antara Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Kirby berkata Hagel berjanji untuk membantu dari segi sokongan kemudahan teklologi dasar laut yang dimiliki tentera AS untuk membantu misi mencari pesawat berkenaan. Pentagon berkata, pihaknya membelanjakan AS$2.5 juta dalam menggerakkan kepal dan pesawat untuk misi berkenaan dan membuat peruntukan tambahan AS$1.5 juta untuk tujuan itu. 

9.32 am
WASHINGTON: Pentagon sedang mempertimbangkan permintaan dari Malaysia untuk peralatan dan teknologi pengesan sonar. Tentera Laut AS mempunyai sistem sonar yang aktif dan pasif untuk mengesan objek di lautan berdasarkan bunyi 'ping' dan mengesan bunyi pantulan berkenaan. Salah satu sistem dikenali "Towed Pinger Locator", yang digerakkan di belakang kapal dan digunakan untuk mendengar sebarang bunyi di kedalaman sehingga 20,000 kaki (6000 meter). Tentera AS menawarkan bantuan teknologi berkenaan kepada Perancis ketika usaha mencari kotak hitam pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik pada Jun 2009.


SALAH satu sistem "Towed Pinger Locator" (TPL-25) 

10.46 am
AMSA mengerahkan enam pesawat untuk menyertai operasi mengesan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. Sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas kira-kira 9 pagi (waktu Australia Timur) sementara dua pesawat komersial perjalanan jarak jauh berlepas pada 9.15 pagi. Pesawat kedua P3 Orion RAAF dijadual berlepas pada 11 pagi, manakala P3 Orion milik New Zealand pula pada pukul 1 tengah hari, dan pesawat ketiga P3 Orion RAAF dijangka terbang keluar pada 3 petang. Disebabkan jarak perjalanan pergi balik ke lokasi pencarian yang jauh, pesawat P3 Orion hanya mempunyai masa pencarian selama dua jamPesawat komersial perjalanan jarak jauh pula mempunyai masa pencarian kira-kira lima jamSelain itu, dua kapal dagang sudah berada di kawasan pencarian sementara kapal Tentera Laut Diraja Australia HMAS Success dijangka tiba lewat petang ini. Empat boya penanda yang digugurkan di kawasan pencarian awal minggu ini masih menghantar data mengenai pergerakan air ke AMSA.

11.12 am
MELBOURNE: Seorang wanita Australia, Kapten Allison Norris adalah Pegawai Memerintah kapal kedua terbesar tentera laut Australia, HMAS Success, akan tiba di kawasan pencarian. beliau dan 220 anak kapal sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran. Norris menjangkakan operasi mencari berdepan kesukaran berikutan keadaan cuaca dijangka merosot pada hujung minggu ini dengan keadaan laut bergelora dan ombak setinggi tiga dan empat atau 2.5 meter dan tiupan angin sederhana. 

2.51 pm
MAS menjelaskan bateri litium-ion yang dibawa oleh penerbangan MH370 mematuhi keperluan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabanga (IATA). Item berkenaan diklasifikasi sebagai barangan tidak berbahaya. Semalam, Ketua Eksekutif (CEO) MAS, Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata dalam taklimat media bahawa barangan tersebut dibungkus seperti yang disaran oleh ICAO dan kargo itu diperiksa beberapa kali selaras dengan garis panduan ICAO. Beliau juga berkata syarikat penerbangan lain turut berbuat demikian, bukan MAS semata-mata. 

4.16 pm

Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 didedahkan The Telegraph hari ini. Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara, bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah 35,000 kaki di atas Laut China Selatan. Transkrip bermula pada 00:25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER. Perbualan terperinci bermula pada 00:36. Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 00:27: "All right, good night. Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine" atau rutin tepat bagi setiap penerbangan. Bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil. Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07 yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal. Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian yang didakwa seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq. Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh. "Jika saya mahu merampas pesawat itu, ia akan menjadi point di mana saya akan melakukannya," kata bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s, Stephen Buzdygan.

5.36 pm
Sidang media Datuk Seri Hishammuddin Hussein:
Kawasan pencarian pencarian di koridor selatan di Lautan Hindi yang diketuai pihak berkuasa Australia diperluas kepada 10,500 batu persegiDCA mengesahkan transkrip komunikasi pesawat MH370 yang didedah akhbar The Telegraph hari ini adalah tidak tepat. Transkrip komunikasi antara pesawat MH370 dengan menara kawalan sedang dianalisis namun didapati tiada sebarang rutin luar daripada kebiasaan. Operasi SAR di koridor selatan Lautan Hindi semakin mencabar dengan ombak kuat dan terdedah kepada ancaman taufan. Amaran taufan Tropika Gillian dikeluarkan di selatan Lautan Hindi berdekatan Pulau Krismas. Namun ia dilaporkan berada pada tahap satu. 

6.00 pm

kira-kira 12 tengah malam pada 18 Mac waktu Beijing, Satelit China, "Gaofen-1" kesan objek terapung sebesar 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longtitud timur di koridor selatan Lautan Hindi, demikian diumumkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. lokasi objek berkenaan dikesan di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin dilalui oleh Penerbangan MH370, dan kira-kira 120 km ke barat dari lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini. "Berita yang baru saya terima daripada Duta Besar China (Huang Huikang) bahawa satelit negara itu kesan objek terapung di koridor selatan dan aset mereka sedang bergerak ke sana. Sambil membacakan nota kecil di tangannya, Hishammuddin berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lebih terpecinci namun kerajaan China akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat.


7.14 pm
Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya, kata Pensyarah Jabatan Geografi Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah mengenai keadaan di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer ke arah barat daya Perth, Australia. saiz pusaran besar dinamakan gyre di Lautan Hindi itu amat luas dan merangkumi Sumatera, Indonesia hingga ke perairan Madagascar. Gyre adalah pusaran besar di permukaan laut. Semua serpihan yang terperangkap dalam gyre ini akan berpusing dan diapung oleh arus.


23 Mac 2014 - Hari Ke-16
10.18 am
MELBOURNE: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, serpihan kecil dikesan di selatan Lautan Hindi tetapi masih terlalu awal untuk mengesahkan kaitannya dengan pesawat MH370. "Semalam, salah sebuah pesawat awam kami mendapat gambar beberapa objek di kawasan kecil sepanjang pencarian dalam zon Australia," katanya kepada media. Katanya, palet kayu adalah antara barang yang dikesan.

10.46 am
CANBERRA: Pihak AMSA sedang menyusun semula pencarian MH370 berdasarkan kemungkinan identiti serpihan yang dikesan dalam gambar satelit China. Pihaknya kini mencari kedudukan objek berkenaan berdasarkan gambar satelit China dan ia terlepas pandang ketika pencarian semalam walaupun kemudiannya tidak menemui serpihan terbabit. Pakar mempercayai bentuk dan saiz objek berkenaan berukuran 22 meter x 13 meter mungkin bahagian sayap pesawat Boeing 777. Gambar satelit China itu diambil dua hari selepas gambar satelit Australia menunjukkan objek lain berukuran 24 meter panjang dalam laut kira-kira 1,400 kilometer barat daya Perth, Australia. 

11.30 am

Misi pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi gagal menemui objek yang imejnya dicerap oleh satelit China, meskipun operasi semalam meliputi lokasi objek itu dikesan. AMSA menggunakan maklumat yang disalur oleh China itu untuk memeta plot pencarian. Hari ini, pencarian dibahagikan kepada dua, dalam kawasan yang sama meliputi keluasan 59,000 kilometer persegi, kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth. Sebanyak lapan pesawat dikerah melaksanakan operasi hari ini termasuk empat pesawat awam iaitu dua Bombardier Global Express serta sebuah Gulfstream 5 dan Airbus 319. Satu daripada pesawat awam terbabit berlepas dari Perth kira-kira 9 pagi, manakala tiga lagi dijadual berlepas antara pukul 11 pagi hingga tengah hari. pesawat P8 Poseidon milik tentera udara Amerika Syarikat berlepas pada pukul 11 pagi, manakala sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) berlepas pada 11.45 pagi. Sebuah lagi P3 Orion RAAF akan menyusul pada 2 petang dan P3 Orion milik tentera udara New Zealand akan berlepas pada 4 petang. kapal tentera laut Australia HMAS Success turut menjalankan aktiviti pencarian hari ini. Sebanyak 20 sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri (SES) dari Australia Barat ditugas sebagai peninjau bagi pesawat awam hari ini dengan lima orang bagi setiap pesawat, selain seorang Penyelaras Misi Penerbangan Aerorescue. Dua pesawat tentera dari China Ilyushin Il-76 sudah tiba di Pangkalan Pearce RAAF dan AMSA dimaklumkan pesawat terbabit sedia untuk dikerah esok. 

12.59 pm
CANBERRA: Operasi SAR antarabangsa diperluaskan membabitkan kawasan kira-kira 59,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, kata AMSA.

2.03 pm
PERTH: Pencarian visual terhadap pesawat MH370 diteruskan di kawasan laut selepas objek dikesan menerusi gambar satelit, kata AMSA. 

3.12 pm
PERTH: Pegawai Australia berkata, sebuah pesawat yang terbabit dalam misi mencari pesawat MH370 mengesan palet kayu bersama tali pinggang atau pengikat dikesan di kawasan terpencil di Lautan Hindi semalam. AMSA mengesahkan bahawa "objek pertama" ketika pencarian secara visual setakat ini. 

5.51 pm
Malaysia menerima imej satelit baharu dari Perancis menunjukkan objek di koridor selatan, pagi tadi dan sudah menyerahkannya kepada pusat penyelaras Pihak AMSA. Katanya, setakat jam 2.30 petang waktu tempatan, pihak Australia memaklumkan tiada sebarang petunjuk ataupun penemuan objek di kawasan Koridor Selatan.

6.00 pm
Dua pesawat China, Ilyushin IL-76s tiba di Perth dan akan berlepas ke kawasan misi SAR esok. kapal China itu dijangka berlepas antara jam 5 pagi dan 6 pagi waktu tempatan.  dua pesawat Jepun, P3 Orion pula berlepas dari Pangkalan TUDM Subang menuju Perth.

6.11 pm
Datuk Seri Hishammuddin Hussein:
Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dengan peralatan kawalan dasar laut kini sedang menuju koridor selatan. Beberapa penerbangan dari Pangkalan TUDM Subang menuju koridor selatan dibatalkan kerana cuaca buruk akibat Taufan Gillian, kata Kementerian Pengangkutan. Transmisi terakhir alat ACARS MH370 pada 1.07 pagi tidak menunjukkan sebarang yang luar biasa Pusat penyelaras menyelamat Australia akan menghantar lapan pesawat ke koridor selatan hari ini manakala Pesawat Tentera Laut India, P8 Poseidon dan pesawat Tentera Udara India, C130 berlepas dari Subang menuju ke bahagian utara, koridor selatan.

9.25 pm
ATAS KAPAL XUELONG: Kapal pemecah ais China, Xuelong dijangka tiba Selasa depan di kawasan selatan Lautan Hindi. Kapal penyelidik Antartik itu kini kira-kira 1,046 kilometer dari kawasan SAR dan dijangka mengambil masa kira-kira 40 jam untuk sampai di kawasan yang dituju. 

24 Mac 2014 - Hari Ke-17
8.46 am
PERTH: AMSA berkata, misi berkenaan semakin mencabar dengan berpandukan kepada beberapa imej satelit di kawasan yang berpotensi. "Dua kapal awam yang diambil AMSA dan pesawat tentera dari Australia, New Zealand, AS, China dan Jepun kini meneruskan operasi mencari objek yang dikatakan kemungkinan serpihan pesawat," kata AMSA. AMSA sudah mengerahkan semua 10 pesawat dalam misi SAR di kawasan 2,500 kilometer di barat daya perairan Perth. 

9.32 am
PERTH: Cuaca diramalkan hujan di perairan barat daya Perth, demikian menurut AMSA. 

10.05 am
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia masih lagi menganalisis imej satelit Perancis mengenai objek terapung dan belum lagi mengalihkan operasi mencari MH370 di bahagian utara koridor selatan di Lautan Hindi. AMSA berkata, operasi mencari diteruskan lagi hari ini berdasarkan imej satelit AS mengenai dua objek terapung membabitkan kawasan seluas 2,500 km (1,550 batu) di barat daya perairan Perth

11.20 am
WASHINGTON: Tentera Laut AS di Pasifik sudah mengarahkan angkatan lautnya memindahkan kapal pengesan kotak hitam di wilayah terbabit secara intensif. kapal pencari kotak hitam itu sedang dalam pelayaran menuju ke koridor selatan Lautan Hindi.

12.38 pm
BEIJING: Anak kapal pesawat China mendakwa mengesan beberapa 'objek mencurigakan' di selatan Lautan Hindi yang sedang giat dijalankan hari ini. objek 'putih dan empat segi' dikesan oleh penyelidik di dalam pesawat Ilyushin-76. Anak kapal pesawat mengesan objek berkenaan di kordinat 95.1113 darjah timur dan 42.5453 darjah selatan dan terus memaklumkannya ke pusat kawalan dan kapal pemecah ais China, Xuelong, yang kini sedang menuju ke lautan berkenaan," kata Xinhua.


3.40 pm
BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kerajaan China tidak dapat mengesahkan bahawa objek yang dikesan pesawat tentera China awal hari ini adalah berkaitan dengan pesawat MH370. Hong juga berkata, kapal China dijangka tiba di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.

4.06 pm
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menyatakan pesawat P-8 Poseidon Tentera Laut AS, pesawat pencarian paling canggih di dunia, gagal menemui objek yang dikesan pesawat China yang mencari petanda pesawat MH370 di Lautan Hindi.

5.59 pm
Sidang media Datuk Seri Hishammuddin Hussein:
Datuk Seri Najib Razak menerima panggilan daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbot hari ini berhubung penemuan dua objek berbentuk bulat dan segi empat di perairan selatan Lautan Hindi. Kapal HMAS Success yang berada berdekatan kawasan dua objek itu dijangka tiba selewat-lewatnya pagi esok untuk mengenal pastinya. Turkmenistan mengesahkan radar negara itu tidak mengesan sebarang petunjukPolis sudah menemubual lebih 100 individu termasuk ahli keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang MH370 bagi membantu siasatan. transkrip berkenaan sedang diteliti dan pihaknya akan memaklumkan keputusan mengenai hasil siasatan. Semua kemungkinan termasuk sabotaj disiasat polis Malaysia dan agensi antarabangsa. Bagaimanapun, persoalan itu hanya akan terjawab selepas pasukan penyiasat memperoleh data 'kotak hitam'. Kargo yang dibawa pesawat MH370 adalah tidak berbahaya dan dibawa mengikut peraturan yang ditetapkan badan selia penerbangan antarabangsa. kargo pesawat MH370 membawa palet kayu. setakat ini tiada bukti bahawa palet kayu yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan muatan berkenaan. 

6.36 pm
Perancis mengesahkan tiada bukti yang dapat mengaitkan imej-imej satelit yang dirakam satelit negara itu di selatan kawasan pencarian di Lautan Hindi dengan pesawat MAS MH370. "Kita akan terus bantu pihak berkuasa Malaysia (kesan pesawat MH370),'' katanya.

8.29 pm
Walaupun berdepan dengan cuaca buruk apabila Taufan Gillian membadai kawasan selatan Lautan Hindi, dua pesawat Tentera Udara India (IAF) yang digunakan dalam operasi SAR pesawat MAS MH370, terbang selama 10 jam dalam menunaikan misi masing-masing pada Ahad. Kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur berkata, pesawat berkenaan ialah P8-I Poseidon dan C-130J Super Hercules. "Anak kapal dengan cekap mengelak taufan itu untuk sampai ke kawasan mencari yang ditetapkan, tanpa membahayakan keselamatan pesawat peninjau maritim jarak jauh itu. Radar yang digunakan juga dapat mengimbas permukaan laut untuk mengesan sebarang objek logam, di samping pengimbasan visual yang dilakukan anak kapal," katanya.

10.27 pm
Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi: Pesawat MAS MH370 disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi. kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara UK (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. "Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya. 


12.30 am
Kenyataan MAS



Inna lillahi wa inna lilaahi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) 

Al-Fatihah. Salam Takziah kepada semua keluarga mangsa penumpang dan kru pesawat MH370. 

25 Mac 2014 - Hari Ke-18
1.12 am
BEIJING: Kerajaan China meminta Malaysia menyerahkan kepadanya semua analisis data satelit yang berkaitan dengan kehilangan pesawat MAS, lapor agensi berita Reuters

8.14 am
PERTH: Operasi mencari oleh AMSA ditangguhkan hari ini disebabkan keadaan cuaca yang buruk di lokasi pencarian. Oleh kerana laut yang bergelora, kapal HMAS Success berlayar keluar dari lokasi pencarian awal pagi tadi dan kini berada di bahagian selatan lokasi pencarian sehingga ombak reda. Ombak diramalkan setinggi dua meter sehingga bergelora mencecah empat meterLokasi itu juga dijangka berdepan dengan angin kuat yang mencecah sehingga 80 km sejam, hujan lebat dan awan tebal yang rendah pada ketinggian 200 dan 500 kaki dari paras laut. 

9.29 am
WASHINGTON: AS akan menghantar dron dasar laut milik Tentera Laut negara ini yang mampu menjelajah sehingga kedalaman hampir 15,000 kaki (4,572 meter) dalam usaha membantu mencari serpihan pesawat MAS MH370, kata Pentagon. Pengumuman pengerahan kenderaan dasar laut berkelengkapan sonar dikenali sebagai Bluefin itu dibuat beberapa jam selepas Malaysia mengesahkan pesawat tersebut hilang di Lautan Hindi.

9.42 am
LONDON: Satelit Britain, Inmarsat menggunakan teknik fenomena gelombang yang ditemui pada kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh isyarat 'ping' yang dicerap satelit itu daripada pesawat MH370 untuk memastikan titik destinasi terakhirnya. Petunjuk terbaru itulah yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi bahawa pesawat Boeing 777 terhempas di selatan Lautan Hindi dengan mengorbankan semua 239 orang di dalamnya. Isyarat 'ping' itu secara automatik dipindahkan pada setiap jam daripada pesawat selepas semua sistem perhubungan pesawat dimatikan dan dikesan ia meneruskan penerbangan untuk beberapa jam selepas dilaporkan hilang. Daripada waktu isyarat mengambil masa untuk sampai ke satelit dan sudut ketinggian, Inmarsat mampu untuk memberikan dua arca, satu di utara dan satu lagi di selatan kemungkinan pesawat melaluinya. "Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat 'ping' itu menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler yang menghuraikan bagaimana perubahan pada arus gelombang secara relatif kepada pemerhatian menerusi imej satelit," kata jurucakap Inmarsat hari ini.

11.22 am
CANBERRA: Waris penumpang dan anak kapal pesawat MAS dialu-alukan ke Australia jika mereka membuat keputusan untuk datang di "waktu amat sukar ini", kata Perdana Menteri, Tony Abbott. mereka akan dibawa ke "kawasan pengambilan" ketika pencarian untuk serpihan berterusan di selatan Lautan Hindi. Bagaimanapun, Abbott tidak menyatakan sama ada waris terbabit akan dibawa ke laut dengan misi pesawat peninjau yang terbang dari Perth. Beliau kemudian memberitahu Parlimen bahawa bayaran visa akan dikecualikan terhadap mereka berkenaan. 

12.03 pm
Datuk Seri Najib Razak:  usul tergempar di Dewan Rakyat mengenai MH370
tumpuan sekarang mencari serpihan dan rangka MH370 bagi sahkan pesawat telah hilang di selatan Lautan Hindi Kerajaan akan teruskan misi SAR sehingga kotak hitam pesawat ditemui Kerajaan akan teruskan misi SAR sehingga kotak hitam pesawat ditemui. Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk meentukan masa sesuai mengadakan Solat Ghaib bagi mangsa beragama Islam tragedi peaawat MH370. Tragedi MH370 tidak patut dipolitikkan, sebaliknya semua pihak perlu tunjukkan simpati kepada waris dan kecintaan kepada negara. 

12.42 pm
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, supaya semua bangunan kerajaan di seluruh negeri ini mengibarkan bendera separuh tiang.

1.04 pm
MAS akan menghantar ahli keluarga penumpang ke Australia selepas pihak berkuasa berjaya menemui bukti kukuh kehilangan pesawat itu di selatan Lautan Hindi.

3.42 pm
BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan ia berharap Britain akan memberikan data satelit firma British, Inmarsat, berhubung kehilangan pesawat MAS

4.35 pm
Kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi merungkai kehilangan pesawat MH370.

5.07 pm
MAS telah menyediakan bantuan awal kewangan US$5,000 setiap penumpang untuk anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang, kata ketua pegawai eksekutif kumpulannya Ahmad Jauhari Yahya. bantuan awal kewangan itu termasuk penginapan hotel untuk sehingga lima anggota keluarga setiap penumpang, pengangkutan, makanan dan perbelanjaan lain yang disediakan sejak 8 Mac.

5.08 pm
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, menitahkan semua jabatan, agensi, institusi, sekolah dan sektor swasta di negeri itu menaikkan bendera negeri Perak separuh tiang

5.27 pm
Ketua Eksekutif Penerbangan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai. "Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai,".

5.48 pm
Sidang media: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Misi SAR MH370 diteruskan dengan kawasan carian mula dikecilkan dan memerlukan penggunaan peralatan yang lebih spesifik. Malaysia tetap meneruskan misi mencari bangkai pesawat MH370 di Lautan Hindi walaupun negara yang menyertai misi SAR ketika ini ingin menarik diri. Beliau juga akan memperincikan teknik analisis data satelit oleh Inmarsat bagi menentukan lokasi terakhir penerbangan MH370. Misi SAR di perairan koridor utara dihentikan dan kini tumpuan di kawasan seluas 2.24 juta batu nautika di selatan Lautan Hindi. 2 pesawat Korea berlepas dari pangkalan udara Subang menuju ke Perth pagi tadi untuk membantu dalam operasi pencarian pelbagai negara. Enam kapal China kini berada di kawasan pencarian. Kapal-kapal itu dijangka tiba di sekitar kedudukan terakhir MH370 menjelang pagi esok. Kapal-kapal ini termasuk kapal pemecah ais "Xue Long. HMAS Success juga sekarang berada di kawasan pencarian. American Towed Pinger Locater kini dalam pelayaran ke Perth dan akan tiba esok. Sistem itu akan dipasang  pada kapal tentera laut Australia Ocean Shield, yang dijangka tiba di Perth pada 28 Mac. Ocean Shield dijangka tiba di kawasan pencarian pada 5 April.

Siasatan mengenai simulator yang dimiliki kapten juruterbang MH370 masih berjalan dan Bukit Aman masih tunggu rakan luar negara untuk memberi maklumat siasatan, kata KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Berdasarkan rumusan hasil analisis data satelit, sukar untuk sesiapa terselamat selepas pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya. analisis data satelit oleh Inmarsat menunjukkan kedudukan terakhir pesawat MH370 adalah di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi di mana tiada kawasan untuk pesawat mendarat"Ia ada sedikit sahaja minyak dan kalau terus terbang, tak ada daratan. Boleh dirumuskan ia terhempas ke dalam Lautan Hindi. Kini selepas 18 hari, sukar untuk sesiapa terselamat dalam tempoh yang panjang itu," katanya.

6.44 pm
BEIJING: Ahli keluarga penumpang MH370 di China bergelut dengan pihak berkuasa negara itu, merusuh di hadapan Kedutaan Malaysia bagi menuntut jawapan berhubung misteri kehilangan pesawat terbabit yang dilaporkan terhempas di Lautan Hindi. Pergelutan tercetus apabila anggota keselamatan cuba menghalang beberapa ahli keluarga terbabit yang cuba menyerbu pejabat kedutaan itu. Rata-rata mereka yang hadir menggesa kerajaan Malaysia mengeluarkan analisis satelit yang menunjukkan pesawat MAS itu terhempas di kawasan barat Perth, Australia. Selain itu, mereka yang terlalu emosional itu turut melaung 'Kembalikan saudara-mara kami' dan ‘Kerajaan Malaysia adalah pembunuh' ketika mereka dihalang pihak berkuasa untuk memasuki perkarangan Kedutaan Malaysia.

9.13 pm
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaksanaan solat jenazah ghaib ke atas penumpang dan anak-anak kapal pesawat MH370 yang beragama Islam tidak diperlukan buat masa sekarangPengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata ia berikutan pihak berkuasa yang menjalankan operasi SAR masih belum menemui mayat, sebahagian mayat atau cebisan mayat. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berpendirian penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat.

11.06 pm
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya. maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci tetapi terpulang pada kerajaan untuk menentukan hal-hal (sabit kematian) seperti ini.

26 Mac 2014 - Hari Ke-19
7.39 am
PERTH: Misi cari MH370 diteruskan pagi ini selepas cuaca kembali baik babitkan kawasan 80,000 kilometer persegi dengan 12 pesawat meliputi tujuh milik tentera dan lima milik awam daripada AS, China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand, kata AMSA. Pesawat yang terbabit operasi hari ini ialah sebuah Ilyushin IL-76 dari China, sebuah P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, P8 Poseidon AS, serta masing-masing satu P3 Orion dari Jepun dan Korea. pesawat pelbagai negara itu akan berlepas secara berperingkat di kawasan carian di perairan selatan Lautan Hindi. Semalam, operasi SAR digantung selepas Ribut Gale membadai menyebabkan ombak besar dan hujan lebat sehingga merbahaya kepada operasi penerbangan. 

7.48 am
Lokasi MH370 yang berakhir di selatan Lautan Hindi dirumuskan menerusi penggunaan kesan Doppler oleh Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) UK dan Satelit InmarsatMenerusi kaedah itu, lokasi kasar mana-mana pesawat boleh dikenal pasti berdasarkan komunikasi automatik yang berlaku antara pesawat dengan salah sebuah satelit Inmarsat dalam laluan tertentu. Pada peringkat awal, MH370 ada memberikan beberapa isyarat dan pada masa itu lokasi pesawat serta satelit telah diketahui. Oleh itu mudah untuk mengira ciri-ciri sistem untuk pesawat, satelit dan stesen di darat. Analisis menunjukkan ‘ping’ itu lemah di koridor utara, tetapi kuat di koridor selatan. Berdasarkan kelajuan pesawat, adalah tidak mustahil untuk menjangkakan kedudukan pesawat di mana pertukaran isyarat terakhir.


9.06 am
NEW YORK: MAS dan Boeing Co berdepan tindakan saman, demikian menurut sebuah firma guaman yang mewakili keluarga penumpang. Satu petisyen awal (petition for discovery) sudah difailkan terhadap Boeing Co, syarikat pembuat pesawat MAS, iaitu pengendali pesawat, demikian menurut syarikat guaman berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law. Petisyen yang difailkan di Cook County, Mahkamah Illinois itu bermakna untuk mendapatkan bukti mengenai reka bentuk dan kecacatan pembuatan yang mungkin membawa kepada kejadian berkenaan. Saman berkenaan bakal membabitkan nilai berjuta dolar terhadap syarikat MAS dan Boeing, kata firma berkenaan. 

12.58 pm
SYDNEY : Serpihan yang disyaki ada kaitan dengan pesawat MH370 ditemui terapung di atas permukaan laut dengan di bawahnya rantaian gunung berapi di dasar laut yang jarang dicarta belum ini, lapor Sydney Morning Herald (SMH). Keadaan menjadi lebih sukar apabila satu-satunya kapal Australia yang mampu membuat penilaian kedalaman hingga 3,000 meter, RV Southerm Surveyor tidak beroperasi sejak Disember lalu. pencarian MH370 memerlukan pemetaan 3D yang meluas menggunakan kapal dilengkapi alat pengesan gema multibeam. Alat pengesan gema multibeam boleh menghantar denyutan bunyi dalam bentuk `kipas’ bagi menentukan kedalaman dasar laut secara langsung dari bawah kapal melalui corak yang dikenali sebagai 'swath'.  Beaman berkata, pengganti RV Southerm Surveyor masih berada di Singapura menunggu untuk menjalani ujian di laut.

1.19 pm
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan bendera Pahang dan Persekutuan dikibar separuh tiang selama tiga hari di negeri itu bagi menghormati tragedi pesawat MH370. 

1.58 pm
Jepun menghantar kumpulan kedua daripada pasukan bantuan bencananya (JDR) menyertai operasi SAR di selatan Lautan Hindi. Pesawat Gulfstream V milik pasukan Pengawal Pantai Jepun yang membawa 10 anggota JDR itu berlepas dari Lapangan Terbang Subang di sini pada jam 10 pagi dan dijadual tiba di Pangkalan Udara Pearce, Perth, Australia pada jam 4 petang waktu Malaysia. 

2.24 pm
PERTH: Empat kapal China dan kapal HMAS Success Australia kini berada di kawasan pencarian pesawat hilang, MH370 di selatan Lautan Hindi, demikian menurut AMSA. aset berkenaan dibantu dengan lima pesawat. 

5.54 pm
sidang media: Datuk Seri Hishammuddin Hussein 
Malaysia semalam menerima imej satelit Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus dari UK, kemungkinan objek berkaitan MH370. sebahagian objek satelit Airbus UK berukuran semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth. objek dari satelit Airbus UK itu sudah diberikan kepada Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) untuk dianalisis. Imej satelit terbaharu dari Airbus itu berjaya mengesan 122 objek di selatan Lautan Hindi seluas 400 kilometer persegi dan memberikan satu lagi petunjuk baharu bagi mengesan MH370. Pasukan SAR akan menggunakan teknologi dan pendekatan berbeza selepas tamat 30 hari jangka hayat bateri pada kotak hitam pesawat MH370. 



Hari ini, cuaca baik dan 12 kapal terbang akan pergi ke kawasan pencarian - enam di sektor Timur dan enam di Barat. kapal HMAS Success’ digerakkan semula ke selatan. 
  
Di sektor Timur, pencarian akan dijalankan oleh:
    .    sebuah P3 Orion Australia, dan tiga pesawat awam Australia.
    .    sebuah Ilyushin IL-76 China.
    ·    sebuah P3 Orion New Zealand.

Di sektor Barat, pencarian akan dijalankan oleh:
    ·    sebuah P8 Poseidon Amerika.
    ·    sebuah P3 Orion Korea.
    ·    sebuah P3 Orion Jepun.
    ·    dua P3 Orion Australia, dan saebuah pesawat awam.
    ·    kapal China ‘Xue Long.

6.44 pm
SYDNEY: Tiga lagi objek dikesan hari ini oleh pesawat misi SAR di selatan Lautan Hindi, kata AMSA. Satu objek berwarna biru dikesan pesawat P-3 Orion New Zealand manakala dua lagi menyerupai tali oleh pesawat awam yang menyertai misi SAR. Bagaimanapun, objek berkenaan tidak ditemui semula ketika tinjauan ulangan.

7.48 pm
TUDM tidak mengambil tindakan terhadap pesawat MH370 yang membuat 'air turn back' ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka itu adalah arahan daripada menara kawalan udara (ATC), SubangTimbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, TUDM mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi. kenyataan itu dibuat berdasarkan cerapan radar TUDM di Gong Kedak, Kelantan dan Bukit Bendera, Pulau Pinang. "Air turn back itu dikesan dalam radar kita, cuma kita anggap air turn back oleh Malaysia Airlines (MAS) itu sebagai 'pesawat yang mesra' dan itu arahan daripada ATC dan buat lencongan dan akhirnya dikesan menuju ke Andaman atau Utara laut China Selatan,".

27 Mac 2014 - Hari Ke-20


7.45 am

PERTH: Operasi SAR pesawat MH370 diteruskan membabitkan enam pesawat tentera, lima pesawat awam dan lima kapal di selatan Lautan Hindi, menurut AMSA.

9.02 am
WASHINGTON: FBI akan menamatkan analisis data daripada simulator penerbangan di rumah juruterbang MH370, kata Pengarah agensi AS. Pegawai Malaysia meminta FBI untuk membantu mengesan semula fail yang dipadamkan daripada cakera keras simulator berkenaan. 

11.38 am
PERTH: Ribut petir dan angin kencang diramal pada lewat petang yang boleh menjejaskan usaha operasi antarabangsa mencari MH370 yang kini tertumpu kepada lebih 100 objek terapung yang dicerap satelit. AMSA kini menyelaras kawasan pencarian meliputi 2,500 kilometer (1,550 batu) di perairan barat daya Perth. 

12.54 pm
PERTH: AMSA menggantung semua operasi SAR MH370 di selatan Lautan Hindi sebentar tadi akibat cuaca buruk. semua pesawat dikerah balik ke pangkalan udara di Perth manakala kapal diarah meninggalkan zon pencarian.

3.54 pm
CANBERRA: Ahli oseanografi Australia berharap saintis boleh membuat pengiraan tempat yang mungkin menjadi lokasi pesawat MH730 terhempas dalam lingkungan 10,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi. Erik van Sebille dari Universiti New South Wales di Sydney berkata, kumpulan saintis di seluruh dunia bersedia dan menanti anggota mencari menemui bangkai yang sah dari pesawat itu bagi membolehkan mereka mula mengesan semula arus di lokasi kemungkinan itu. beliau mula berhubungan dengan rakan oseanografi dari UK, AS, Australia dan Jerman yang sedang menyiapkan contoh aliran yang boleh bantu menyokong bukti satelit yang diumumkan awal minggu ini. 


4.04 pm
PERTH: Operasi mencari pesawat MH370 menerusi pesawat dan kapal gagal menemui sebarang objek terutama 122 objek yang dikesan satelit. Kawasan pencarian kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth hari ini dilanda cuaca buruk dengan jarak penglihatan merosot. lima kapal di zon pencarian kekal buat masa ini untuk meneruskan operasi SAR.

4.52 pm
BANGKOK: Imej satelit Thailand, Thaichote menunjukkan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi. Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand, berkata objek berukuran dari dua hingga 15 meter dilihat bertaburan di kawasan kira-kira 2,700 kilometer barat daya Perth. "Tetapi kami tidak boleh dan tidak akan mengesahkan bahawa ia adalah serpihan pesawat berkenaan," kata Pengarah Eksekutif agensi itu, Anond Snidvongs. maklumat itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia. Imej itu diambil menggunakan satelit pemantau bumi tunggal milik Thailand pada Isnin lalu tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses. objek itu dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan imej satelit Perancis yang menunjukkan objek berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat itu ketika misi SAR baru-baru ini. 



6.06 pm

sebuah kapal China, Hai Xun dijangka tiba di lokasi sasaran untuk misi SAR di Lautan Hindi pada malam ini.



6.07 pm

Malaysia sedang dalam proses menghantar satu pasukan terdiri DCA, MAS, TLDM dan Tentera TUDM ke Perth, Australia. Pasukan itu akan bekerjasama rapat dengan Pusat Penyelaras Menyelamat Australia untuk membantu operasi SAR.

28 Mac 2014 - Hari Ke-21
8.09 am
TOKYO: Satelit Jepun mengesan imej kira-kira 10 objek terapung di perairan Australia, kemungkinan dari pesawat MH370. Objek yang dicerap satelit itu berkedudukan di 2,500 kilometer di perairan barat daya Perth. Objek berkenaan terapung di kawasan 10 kilometer dengan lingkungan berpusat pada 44 darjah, 17 minit selatan latitud dan 90 darjah, 56 minit timur longitud. objek berkenaan berukuran sehingga 8 meter panjang dan 4 meter lebar dicerap satu satelit negara berkenaan antara jam 9 pagi dan 3 petang waktu tempatan Jepun pada Rabu lalu. Agensi berita Jiji memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata, ia 'kemungkinan yang tinggi' bahawa objek berkenaan adalah dari pesawat berkenaan. Jepun sudahpun menyerahkan maklumat terbaharu itu kepada kerajaan Malaysia.



8.39 am
WASHINGTON: Kapal perang U.S. 7th Fleet akan menghantar satu lagi pesawat pengawasan P-8 Poseidon ke Perth, Australia. Pesawat P-8 itu terbang dari Okinawa, Jepun menuju Perth hari ini bagi menyertai misi kerjasama antarabangsa. "Kami perlu pastikan kedudukan ini terlebih dahulu sebelum menghantar Towed Pinger Locator memandangkan kotak hitam MH370 mempunyai bateri terhad dan kita tidak boleh lengahkan masa mencari di kawasan yang salah," kata pakar osenografi U.S. 7th Fleet, Tom Moneymaker.

10.24 am
PERTH: Pihak berkuasa Australia hari ini mengalihkan kawasan carian pesawat MH370 susulan wujud 'petunjuk berwibawa baharu' berdasarkan pesawat terbang lebih laju daripada jangkaan awal. AMSA berkata, kawasan carian beralih arah ke 1,100 km ke utara di selatan Lautan Hindi berdasarkan maklumat terkini yang diserahkan oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia. Kawasan carian baharu itu meliputi 319,000 km persegi dan kira-kira 1,850 km di barat Perth.

11.20 am
FBI tidak menemui sebarang bukti dalam cakera keras dan simulator penerbangan milik dua juruterbang MH370, lapor New York Times yang memetik sumber. hasil penyiasatan dan maklumat yang diperolehi daripada barangan yang diambil dari dua rumah juruterbang itu hanya menemui sedikit petunjuk yang boleh membantu siasatan berkenaan.

5.39 pm
sidang media: Datuk Seri Hishammuddin Hussein
pasukan kerja antarabangsa sedang menganalisis data imej yang ditemui dan mengecilkan kawasan pencarian. pesawat MH370 terbang lebih tinggi berbanding anggaran awal dan lebih banyak maklumat perlu diperhalusi mengikut Prosedur Standard Operasi (SOP). Kawasan mencari pesawat MH370 kini diperkecilkan lagi iaitu di 1,680 kilometer di barat Perth, Australia. misi mencari pesawat semakin rumit dan ia masih diketuai pihak berkuasa Australia. Malaysia bekerjasama rapat dengan Beijing dan kedua-dua negara berkongsi maklumat. pasukan tertinggi khas Malaysia di China bekerja keras untuk memberikan perkembangan terbaharu kepada keluarga MH370. selepas tamat tempoh 30 hari, misi mencari mungkin beralih kepada pencarian di dasar laut. Objek yang dilihat terapung oleh satelit di Lautan Hindi masih belum dikenal pasti.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman:
Pencarian di kawasan terbaharu sedang dikendalikan Boeing, NTSB dan pasukan kerja di Malaysia. memang sukar untuk mengesan serpihan pesawat MH370.

6.09 pm
Tindakan memindahkan operasi pencarian MH370 ke kawasan baharu bukan perkara luar biasa, sebaliknya perkara seperti itu sentiasa berlaku dalam sebarang misi SAR. AMSA berkata agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan. Maklumat menunjukkan pesawat bergerak lebih pantas daripada jangkaan awal, menyebabkan pembakaran bahan api yang lebih cepat sekali gus memendekkan jarak penerbangan pesawat ke selatan Lautan Hindi.

7.41 pm
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia berkata, sebuah pesawat milik Tentera Udara New Zealand mengesan beberapa objek di zon pencarian terbaharu ketika pasukan antarabangsa sedang mengesan serpihan pesawat MH370. AMSA berkata, pihaknya sedang menunggu imej daripada pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand yang dalam perjalanan pulang ke pangkalan. Penemuan objek itu akan hanya dapat disahkan oleh pesawat itu esok.

11.57 pm
Lima pesawat kesan beberapa objek dengan pelbagai warna di zon pencarian baharu MH370 di perairan barat Perth, Australia, hari ini. Menurut kenyataan AMSA, pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) menemui beberapa objek berwarna putih atau terang serta boya perikanan. Pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) juga melaporkan menemui dua objek segi empat tepat berwarna biru atau kelabu yang terapung. pesawat RAAF P3 Orion kedua juga menemui beberapa objek pelbagai warna di kawasan yang terletak kira-kira 546 kilometer dari lokasi penemuan pertama. Imej objek yang dirakam akan dianalisis malam ini. AMSA telah meminta kapal China Haizum O1 untuk memungut objek berkenaan. Kapal itu dijangka berada di kawasan itu, esok.

29 Mac 2014 - Hari Ke-22
10.31 pm
PERTH: Operasi mencari pesawat MH370 diteruskan hari ini, membabitkan lapan pesawat di zon pencarian baru di barat Perth, dengan tumpuan mengesan beberapa objek terapung yang dilihat pesawat semalam. AMSA berkata, kapal China Haixun 01 kini berada di kawasan objek terapung sejak awal pagi tadi. Cuaca cerah pagi ini membolehkan operasi pasukan mencari berjalan lancar.

1.04 pm
PERTH: Sekurang-kurangnya satu objek memancing sudah dikenal pasti daripada beberapa objek yang dikesan terapung di kawasan baru pencarian. Semua objek itu perlu diperiksa sebelum ia dikaitkan dengan pesawat berkenaan. Lapan pesawat kini bersedia untuk berlepas ke lokasi terbaru pencarian selepas beberapa objek dikesan di kawasan berkenaan, termasuk dua objek berbentuk segi empat berwarna biru dan kelabu, kata pihak AMSA.

6.52 pm

Polis akan terus menjalankan siasatan dengan mencari petunjuk-petunjuk baru, walaupun hasil siasatan terhadap simulator juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah menunjukkan tiada maklumat mencurigakan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebelum ini simulator itu diambil PDRM sebelum memohon kepada FBI melakukan siasatan secara forensik, namun maklumat FBI mendapati simulator itu bersih daripada sebarang data mencurigakan, malah sebahagian maklumat simulator telah dipadamkan.

8.50 pm

Perth: AMSA mengesahkan gambar objek hanyut yang ditemui semalam sudah diserahkan pegawai SAR AMSA di Pusat Kordinasi AMSA. Analisa akan dilakukan pegawai terbabit melalui pengalamannya mengenal pasti objek melalui tinjauan udara. 

10.09 pm

Kapal China Haixun 01 dan HMAS Success sudah mengutip beberapa objek di Lautan Hindi namun tiada objek yang mempunyai kaitan dengan pesawat MAS MH370.

30 Mac 2014 - Hari Ke-23
6.42 am
PERTH: Usaha mencari pesawat MAS MH370 akan disambung hari ini di kawasan kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth, menurut AMSA. 10 pesawat dirancang digunakan dalam usaha mencari bagi membantu kapal HMAS Succes dan Haixun 01 yang sudah berada di lokasi sejak semalam. Kapal ADV Ocean Shield dijadualkan berlepas dari Perth selepas dilengkapkan dengan pengesan kotak hitam dan kenderaan menyelam.

11.58 am
PERTH: Dua pesawat C130 Hercules Malaysia antara 10 pesawat yang menyertai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi, menurut AMSA. Seramai 50 anggota TUDM dari skudron ke-20 memulakan operasi mencari pesawat MH370 dengan menggunakan dua pesawat Hercules C 130H melalui Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce, pagi ini.

12.42 pm
PERTH: Australia melantik bekas ketua angkatan tentera iaitu Ketua Mashal Udara Angus Houston akan mengetuai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) baharu yang berpangkalan di Perth. Kerajaan Australia kini menyelaras usaha mencari pesawat MH370 di kawasan itu, membabitkan 60 pesawat dan kapal serta kerja sama dengan lebih 24 negara. JACC akan menyelaras komunikasi dengan semua rakan antarabangsa serta keluarga penumpang yang dijangka datang ke Perth.

1.12 pm
Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika. AMSA berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui. RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan. Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.

31 Mac 2014 - Hari Ke-24
7.45 am
WASHINGTON: Penggubal undang-undang kanan AS berkata penyiasat tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan keganasan sebagai faktor kehilangan pesawat MH370 dan adalah penting untuk menemui pesawat itu bagi mengetahui apa yang berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan, Mike Rogers dan Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senat, Dianne Feinstein berkata mereka tidak menemui bukti perbuatan khianat.

8.40 am
Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu lalu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat MAS MH370. Menurut AMSA malam tadi, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapungBagaimanapun, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini. Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370.  

8.41 am
SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pagi ini berkata tiada had masa ditetapkan dalam usaha mencari pesawat Malaysia MH370. 

8.49 am
PERTH: Operasi mencari pesawat MH370 diteruskan hari dengan babitkan 10 pesawat, termasuk C-130 Hercules TUDM serta 10 kapalAMSA berkata, pesawat terbabit termasuk sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) P3 Orion, pesawat Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF) P3 Orion, sebuah pesawat Jepun P3 Orion, sebuah pesawat Pengawal Pantai Jepunpesawat tentera udara China Ilyushin IL-76, pesawat Korea Selatan P3 Orion, pesawat Tentera Laut AS P8 Poseidon, dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C-130 Hercules dan pesawat awam yang bertindak sebagai penyelaras komunikasi udara. 10 kapal terbabit dalam operasi mencari hari ini termasuk HMAS Success dan HMAS Toowoomba Australia, tujuh kapal China dan sebuah kapal dagang. Kapal ADV Ocean Shield dijadual berlepas dari Perth hari ini untuk membawa alat pengesan kotak hitam dan kenderaan dasar laut bersamanya. AMSA berkata, beberapa bahagian di zon pencarian di selatan Lautan Hindi membabitkan hujan sepanjang hari dengan awan rendah.

4.27 pm
Sebuah kapal frigat TLDM KD Lekiu dengan kekuatan 159 anak kapal membawa sebuah helikopter Super Lynx yang ketika ini dalam pelayaran ke Garden Island, Perth, Australia. Panglima ATM, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata aset berkenaan akan digerakkan ke lokasi pencarian baharu kira-kira 1,100 batu nautika di barat Perth 3 April ini. 

6.19 pm
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak hanya menyatakan pesawat MH370 mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi"PM langsung tidak menyebut 'terhempas' dan 'semua penumpang terkorban'," katanya. 

11.28 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transkrip perbualan antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara (ATC) akan hanya didedahkan jika pakar-pakar memberikan kebenaran. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan mengenai komunikasi terakhir di antara juruterbang dan ATC, yang dikatakan mempunyai dua versi transkrip yang didedahkan kepada orang ramai. beliau tidak pasti sama ada kenyataan itu dikeluarkan oleh FBI. "Transkrip adalah sebahagian daripada penyiasatan ini. Jika ia amat penting buat anda, saya akan bercakap dengan pakar-pakar dan bertanya kepada mereka jika ia boleh didedahkan. Jika ia boleh didedahkan, kami akan mendedahkannya," katanya. Ditanya mengenai maklumat penyiasatan berkaitan transkrip temu bual dengan isteri juruterbang pesawat itu, yang dikatakan didedahkan oleh polis kepada The Daily Mail yang berpejabat di London, beliau berkata ia tidak didedahkan pihak polis. "Dan bagaimana Daily Mail mendapat transkrip itu. Itu anda perlu tanya kepada Daily Mail,".

1 April 2014 - Hari Ke-25
12.29 am
'Good night Malaysian three seven zero' adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara Menara Kawalan (ATC) dan kokpit pesawat MH370, kata Kementerian Pengangkutan, malam tadi. perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac. pihak berkuasa masih menjalankan siasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.

7.52 am
pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi. Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.

1.05 pm
Sepuluh pesawat dan sembilan kapal membantu pencarian pesawat MAS MH370. AMSA berkata, kawasan pencarian operasi pada hari ini menjangkau 120,000 km persegi, ke barat Perth. cuaca di kawasan pencarian dijangka buruk, dengan jarak penglihatan yang terhad. Sepuluh pesawat yang terlibat pada hari ini ialah dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, dua C-130 TUDM, sebuah Ilyushin IL-76 China, sebuah P8 Poseidon Tentera Laut AS, sebuah jet Gulfstream Jepun, masing-masing sebuah P3 Orion dari Korea Selatan, Tentera Udara Diraja New Zealand dan Jepun. Sembilan kapal telah ditugaskan mencari di empat kawasan. Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield berlepas dari HMAS Stirling malam Isnin, dengan pengesan bunyi 'ping'.

1.35 pm
Perth: Kapal frigat TLDM KD Lekiu membawa sebuah helikopter Super Lynx bakal memulakan pencarian pesawat MH370 di lautan Hindi awal pagi esok. Kapal membawa 159 anak kapal itu kini sedang berlabuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Australia di Garden Island, kira kira 50 kilometer dari bandaraya Perth. 

6.06 pm
Kementerian Pengangkutan mendedahkan transkrip penuh komunikasi antara pesawat penerbangan MH370 dan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu. Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, transkrip penuh yang sudah diberikan kepada ahli keluarga penumpang itu bagaimanapun tidak mengandungi sebarang komunikasi luar biasaSiasatan awal MAS sebelum ini mendapati suara terakhir dari kokpit pesawat adalah pembantu jututerbang, namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan perkara itu. Tegasnya pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia kekal dengan pandangan bahawa sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar primer milik tentera, pergerakannya konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat.



2 April 2014 - Hari Ke-26
9.38 am
PERTH: Operasi mencari pesawat MH370 yang masih berjalan mendapat suntikan terbaru dengan ketibaan kapal selam British di Lautan Hindi. HMS Tireless tiba di lokasi sasaran dan "dengan peralatan canggih" bagi mengendalikan pencarian dasar laut. Kehadiran HMS Tireless adalah kapal selam pertama menyertai operasi berkenaan. Sementara itu, jet peribadi milik pengarah filem tersohor, Peter Jackson juga dilaporkan digunakan dalam operasi antarabangsa bagi mencari pesawat terbabit.

10.39 am
Seramai lebih 170 orang membabitkan keluarga juruterbang, pembantu juruterbang, kru dan penumpang MH370 sudah direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan. KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan masih memfokuskan kepada empat aspek iaitu sabotaj, rampasan, masalah peribadi dan psikologi

11.31 am
CANBERRA: Ketua Pasukan Bertindak Osenografi Australia yang membantu Malaysia menjejaki pesawat MH370 menggariskan pendekatan dan cabaran berkaitan misi pencarian di selatan Lautan Hindi. Dr David Griffin berkata, saintis dalam pasukan itu menggunakan pelbagai cara untuk menentukan lokasi pencarian di sepanjang laluan yang dipercayai diambil pesawat berkenaan. ini termasuk meneliti semula arus lautan bagi menentukan kawasan yang mempunyai sebarang serpihan pesawat dan meneruskan pengesanan di lokasi terakhir pesawat berkenaan terbang. Sebarang analisis akan bergantung kepada di mana sebarang objek itu ditemui dan berapa banyak jumlahnya. 


12.30 pm
PERTH: Sepuluh pesawat dan sembilan kapal akan meneruskan operasi mencari MH370 membabitkan zon pencarian seluas 221,000 kilometer persegi di barat perairan Perth. JACC berkata, AMSA sudah mengenal pasti kawasan cari berkenaan di 1,504 kilometer di barat Perth di Lautan Hindi. JACC berkata, keadaan cuaca diramal kurang baik dengan beberapa kawasan pencarian dilanda kabus, ribut petir dan awam rendah dengan memberi kesan kepada jarak penglihatan.

12.57 pm
Semua penumpang MH370 bebas daripada empat aspek yang disiasat polis iaitu rampasan, sabotaj, masalah peribadi dan psikologi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

10.20 pm
KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan. seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan. petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.

10.54 pm
Khazanah Nasional Berhad, pemegang saham terbesar MAS sentiasa bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu sedaya mungkin berhubung tragedi kehilangan pesawat MAS MH370. Khazanah memegang sebanyak 69 peratus saham di dalam MAS dan pelaburan syarikat itu tertumpu kepada industri kewangan, media dan komunikasi, utiliti, teknologi maklumat dan pengangkutan.

11.11 pm
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan tanggungjawab Boeing dan Rolls Royce dalam membantu merungkaikan persoalan yang timbul. Katanya, adalah tidak adil bagi jika hanya MAS dipersalahkan dalam menangani kes itu. “MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga. Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi. Kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar. Di mana suara mereka?” katanya dalam temu bual bersama sebuah stesen televisyen China, CCTV. Menurut Hishammuddin, MAS perlu bertanggungjawab dengan tindakannya itu dan memperbaiki cara komunikasinya dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal. “Tapi pada masa yang sama, saya mahu melihat agensi antarabangsa turut tampil, kerana kita membayar jutaan ringgit membeli kapal terbang dan kepakaran mereka. Kini teknologi tersebut dipersoalkan di seluruh dunia,”.

3 April 2014 - Hari Ke-27


6.40 am
Apa berlaku dalam tempoh 90 saat sebelum transponder MH370 dimatikan? Tempoh komunikasi terakhir dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21 pagi apabila transponder MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan isyarat, juga terus menjadi misteri.  Bekas Ketua Juruterbang Serantau MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, yang menganalisis transkrip komunikasi itu berpendapat tempoh 90 saat sehingga transponder dimatikan dan pesawat dikatakan berpatah balik adalah kritikal dan misteri. “Maklumat pusingan balik MH370 sama ada ke kanan atau ke kiri atau ketinggian ketika berpatah balik akan memberi pencerahan mengenai corak kawalan ke atas pesawat. Ia sekali gus akan memberi petunjuk kepada kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat,” katanya.


11.54 pm
Washington: Tentera AS sudah membelanjakan lebih USD3.3 juta (RM 11 juta) dalam operasi mencari MH370 dan merancang perbelanjaan yang dijangka melebihi USD 4 juta yang disediakan untuk operasi itu, kata jurucakap Pentagon. Kolonel Tentera Steve Warren berkata, Kementerian Pertahanan negara itu membelanjakan USD3.2 juta (RM10.4 juta) unuk operasi mencari dari 8 Mac hingga 24 Mac.

12.18 pm
Operasi kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 km di barat laut Perth, Australia. JACC berkata sebanyak lapan pesawat dan sembilan kapal akan membantu dalam misi pencarian hari ini. 

4 April 2014 - Hari Ke-28
9.34 am
PERTH: Kapal Tentera Laut Diraja Australia, Ocean Shield, yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam yang dibekalkan dari AS, dijadual tiba di zon pencarian pesawat MH370 hari ini. Ocean Shield meninggalkan Perth petang Isnin lalu dan mengambil masa tiga hari pelayaran ke zon pencarian berkenaan. 

10.15 am
PERTH: Operasi mencari pesawat MH370 kembali ke kawasan terpencil di Lautan Hindi. JCCC berkata, lebih banyak aset memberi komitmen untuk menyertai misi mencari hari ini dengan 14 kapal terbang dan sembilan kapal laut merancang untuk mencari di kawasan 217,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 1,700 kilometer barat laut Perth. 

11.55 am
PERTH: Pasukan penyiasat kehilangan pesawat MH370 di KL adalah membabitkan pakar navigasi dan penerbangan terbaik dunia, kata Ketua JACC, Angus Houston. Beliau berkata, mereka memberi semua maklumat yang ada kepada media secara telus. Operasi mencari di permukaan air akan diteruskan sehingga seluruh kawasan dikenal pasti sudah dicari. 

4 April 2014 - Hari Ke-29
7.16 pm
PERTH: Usaha menjejaki pesawat MAS MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam pesawat yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu. Ketua JACC, Angus Houston berkata, dalam masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan. kapal Ocean Shield milik tentera laut Australia dan HMS Echo milik tentera laut British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer di selatan Lautan Hindi. Menggunakan 'Towed Pinger Locator' (TPL) dari tentera laut Amerika Syarikat, kedua-dua kapal akan melakukan pencarian dalam satu laluan sejauh 240 km. Ini merupakan kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370 tersebut. Komander Pasukan Petugas Bersama 658 Laksamana Pertama Peter Leavy, berkata usaha mengesan akan dilakukan pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter. kedua-dua kapal harus bergerak pada kelajuan yang rendah sekitar tiga knot. usaha harus dijalankan secara tersusun dan berhati-hati bagi memastikan TPL dapat mengesan sebarang isyarat termasuk yang sangat lemah daripada 'pinger'. disebabkan tiada bukti kukuh ditemui, pencarian bawah permukaan air itu dibuat berdasarkan analisis data.

5 April 2014 - Hari Ke-30
9:32 AM
PERTH: Sepuluh pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal akan terbabit dalam operasi SAR pesawat MAS MH370 di selatan Lautan Hindi, menurut JACC Australia. kapal ADV Ocean Shield dan HMS Echo meneruskan misi mencari di bawah permukaan laut. AMSA sudah mengenal pasti kawasan carian membabitkan kira-kira 217,000 kilometer persegi di 1,700 kilometer dari barat daya Perth.

12.53 pm
Perth: Kos misi mencari pesawat MAS MH370 dijangka bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media. Selepas 29 hari operasi SAR dilancarkan, kos sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM163.98 juta). Kos perbelanjaan tinggi ini membabitkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula. Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lalu berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi. Laporan yang sama turut berkata, pihak Amerika Syarikat berbelanja sebanyak $3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka. Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370. Vietnam pula berbelanja $8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka. Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5,000 (RM16,397.50) kepada ahli keluarga penumpang dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.8 juta). Jumlah boleh mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia membabitka 26 negara. Ketua JACC Angus Houston berkata, beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat.

5.45 pm
Malaysia akan terus mengetuai siasatan kehilangan pesawat MH370 dan akan melantik tiga kumpulan siasatan bebas, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

6.34 pm
Bateri kotak hitam pesawat MH370 diganti mengikut jadual dan penukaran seterusnya pada Jun 2014. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media harian mengenai MH370 di PWTC. “Kami sahkan ada lakukan penyelenggaraan berjadual pada bateri kotak hitam. Apa yang kami tahu, tempoh penukaran bateri berkenaan pada Jun 2014, dan bukan seperti dilaporkan,” katanya. Beliau ditanya media mengenai dakwaaan bahawa jangka hayat bateri kotak hitam itu luput pada 2012 namun MAS tidak melakukan penyelenggaraan bagi menukarnya.

8.01 pm
Kapal peronda China, Haixun 01 yang mencari pesawat MH370 mengesan isyarat dengan frekuensi 37.5kHz sesaat di selatan Lautan Hindi, menurut agensi berita Xinhua. Menurut Xinhua, alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal Haixun 01 itu mengesan isyarat berkenaan di kedudukan 25 darjah selatan dan 101 darjah timur. Bagaimanapun, isyarat itu belum dipastikan dari pesawat yang hilang itu. Frekuensi 37.5 kHz sesaat adalah frekuensi standard antarabangsa bagi pemancar isyarat lokasi untuk kotak hitam.

9.21 pm
Pesawat tentera udara China mengesan beberapa objek terapung di kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi, menurut agensi berita rasmi Xinhua. pesawat itu merakam gambar objek berkenaan selama 20 minit selepas dikesan pada jam 11.05 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia). Seorang juruterbang Australia dalam pesawat itu melaporkan kepada JACC Australia yang menyelaras operasi mencari pelbagai negara di selatan Lautan Hindi. Pesawat berkenaan yang pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 6.04 pagi waktu tempatan, pulang pada jam 2.20 petang.


10.21 pm
Ketua-Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman menafikan laporan yang menyatakan pesawat MAS MH370 membuat bulatan semasa berpatah balik. Diagram dikeluarkan bagaimanapun menunjukkan bahawa MH370 telah membuat belokan mendadak, dan bukan bulatan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak. Azharuddin berkata pasukan dari syarikat Boeing turut menyertai pasukan penyiasat National Transportation Safety Board (NTSB), Air Accidents Investigation Branch (AAIB) dan juga pasukan penyiasat dari negara Australia dan juga China bagi membantu mengesan kedudukan sebenar MH370. isyarat kotak hitamnya dijadual padam pada 7 April.

6 April 2014 - Hari Ke-31


Perth: Angus Houston mengesahkan tiga isyarat 'pulse' dikesan, termasuk dua oleh kapal perang China, Haixun 01 dan satu HMAS Ocean Sheild dalam 72 jam lalu. dua isyarat 'pulse' dengan satu daripadanya mempunyai kekuatan 37.5Hz sesaat dikesan Haixun 01, kelmarin dan tengah hari semalam, adalah dalam jarak dua kilometer dalam tempoh kurang 24 jam dan belum boleh dikaitkan dengan pesawat MH370. satu faripada isyarat 'pulse' dikesan kapal perang China. Isyarat pertama pendek, yang kedua 90 saat.


"Kita juga memperoleh maklumat bahawa Ocean Sheild turut mengesan satu isyarat kira-kira 484 kilometer dari lokasi kapal China kesan isyarat pertama," katanya. kapal HMAS Ocean Shield sudah digerakkan ke lokasi kapal Haixun 01 berada bagi melakukan siasatan menggunakan alat pengesan pinger (Towed Pinger Locator) dan alat Bluefon-21 Autonomous Underwater Vehicle (AUV) yang dianggap lebih canggih dan dipercayai.

9.21 am
PERTH: Isyarat yang dikesan sebuah kapal peronda China di kawasan pencarian di Lautan Hindi adalah "konsisten" dengan jenis yang dipancarkan dari kotak hitam kapal terbang, kata Ketua JACC, Angus Houston. ciri-ciri isyarat itu "adalah konsisten” dengan sebuah kotak kotak hitam pesawat. Bagaimanapun, masih belum disahkan sama ada ping berkenaan ada kaitan dengan MH370.

9.54 am
PERTH: JACC berkata, kira-kira 10 pesawat tentera, dua pesawat awam dan 13 kapal terbabit dalam operasi SAR pesawat MH370 pada ketika cuaca baik dan jarak penglihatan memuaskan iaitu lebih 10 kilometer. Kawasan pencarian ialah kira-kira 216,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 2,000 kilometer barat laut Perth.

12.56 pm
PERTH: Kawasan pencarian MH370 diubah sedikit ke selatan mulai hari ini berdasarkan kedudukan satelit Inmarsat pada 8 Mac lalu, kata Ketua JACC, Angus Houston.

7.42 pm
PERTH: Pesawat C-130 Hercules ketiga milik TUDM tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce untuk membantu operasi mencari pesawat MAS MH370. Pegawai Pemerintah Skuadron Ke-20 TUDM Mejar Muhammad Jafri Suboh berkata pesawat C-130 itu tiba pada 12.30 tengah hari bersama-sama 33 pegawai dan anggota tentera. Pencarian itu semakin kesuntukan masa berikutan hayat bateri kotak hitam pesawat itu dianggarkan mampu bertahan antara 30 dan 45 hari

7 April 2014 - Hari Ke-31
9.10 am
PERTH: Kira-kira sembilan pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal menyertai misi mencari pesawat MH370. JACC berkata, kawasan sasaran pencarian membabitkan kawasan 234,000 kilometer persegi.

 9.26 am
PERTH: Kapal laut British, HMS Echo tiba di selatan Lautan Hindi bagi menentukan sama ada isyarat `ping' yang diterima di dasar laut oleh kapal China itu datangnya daripada pesawat MH370. kapal laut Australia, Ocean Shield yang membawa pengesan bunyi berteknologi tinggi dari Tentera Laut AS, sedang menyiasat satu lagi isyarat pada jarak kira-kira 555 kilometer.  

12.37 pm
PERTH: Kapal Tentera Laut Australia mengesan isyarat di dasar laut yang konsisten dengan isyarat yang dipancarkan dari sebuah kotak hitam sebuah pesawat, kata Angus Houston. isyarat itu adalah "amat menggalakkan" tetapi memerlukan beberapa hari untuk mengesahkan sama ada isyarat itu adalah dari kotak hitam pesawat MH370. lokasi isyarat itu perlu dikaji lebih mendalam dan selepas itu, peralatan dasar laut boleh dihantar untuk menyiasat. 

8 April 2014



7.29 am
Operasi mencari bawah laut diteruskan dengan kapal ADV Ocean Shield berada di utara kawasan manakala kapal China, Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan yang luas iaitu 77,580 km persegi, 2268 km ke barat laut Perth. Sebanyak 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal membantu dalam usaha mencari. 

10.17 am
PERTH: Kru mencari buat kali pertama menghantar sejenis kapal selam kecil tanpa pemandu ke dalam Lautan Hindi bagi mencuba dan menentukan sama ada isyarat yang dikesan peralatan di atas kapal Australia datangnya dari kotak hitam pesawat MH370, kata Pemangku Perdana Menteri Australia, Warren Truss. Truss berkata, anak kapal Ocean Shield akan melancarkan kenderaan itu, Bluefin 21Kapal selam kecil itu berupaya melakar peta sonar di kawasan sasaran bagi mengesan sebarang serpihan di dasar laut. Jika peta itu melakar kawasan serpihan, anak kapal akan menggantikan sistem sonar itu dengan kamera bagi merakamkan gambar sebarang bangkai pesawat.

9 April 2014
7.49 am
Sebanyak 11 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal akan terbabit dalam pencarian pesawat MH370 di kawasan seluas 75,423 km persegi di Lautan Hindi, 2,261 km ke barat laut Perth. Menurut JACC Australia, pencarian di bawah permukaan laut berterusan dengan kapal ADV Ocean Shield di bahagian utara manakala kapal Haixun 01 dan HMS Echo di bahagian selatan kawasan pencarian.


11.46 am
Isyarat yang dikesan kapal Ocean Shield bukan berasal dari punca semula jadi tetapi sama dengan yang dipancarkan kotak hitam pesawat, kata Ketua JACC Angus Houston. "Kita sudah membuat analisis dan ia bukan semula jadi, ia berasal dari peranti buatan manusia dan konsisten dengan yang dipancarkan kotak hitam," katanya. objek yang ditemui di kawasan pencarian setakat ini tidak berkaitan dengan pesawat MH370. Komander Pasukan Petugas Khas 658, Laksamana Pertama Peter Leavy berkata, 84 pelampung sonar sudah dilepaskan di kawasan pencarian bagi membantu Ocean Shield mengesan isyarat berkenaan. alat itu boleh mengesan sebarang isyarat sedalam 304.8 meter. Penggunanan kapal selam tidak sesuai disebabkan keupayaan selamannya terhad berbanding kedalaman lautan iaitu 4,500 meter.

12.09 pm
Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield mengesan dua isyarat baharu semalam di kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi, menjadikan empat isyarat audio dikesan setakat ini. Ketua JACC Angus Houston, berkata perkembangan itu menunjukkan operasi mencari dilakukan di kawasan yang betul. kedua-dua isyarat itu dikesan pada jam 4.27 petang dan 10.17 malam waktu tempatan. isyarat pertama yang dikesan bertahan selama lima minit dan 32 saat manakala isyarat kedua bertahan selama tujuh minit. Berdasarkan analisis, data yang diperoleh adalah sangat stabil pada frekuensi 33.331 kHz dan berdenyut secara konsisten setiap 1.106 saat.

10 April 2014
7.15 am
Banyak objek dikesan semasa operasi mencari semalam tetapi tiada satu pun antara sejumlah kecil yang berjaya diambil adalah berkaitan pesawat MH370, menurut JACC Australia. "Tiada satu pun objek yang diambil itu dipercayai berkaitan dengan MH370,". sebanyak 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal akan terbabit dalam pencarian pesawat MH370 di kawasan seluas 57,923 km persegi di Lautan Hindi, 2,280 km ke barat laut Perth.

11 April 2014
12.24 pm
Isyarat yang dikesan pesawat AP-3C Orion RAAF semalam mendapati ia tidak berkaitan kotak hitam pesawat, kata Ketua JACC, Angus Houston. "JACC sudah menganalisis data akustik dan mengesahkan isyarat yang dilaporkan berhampiran ADV Ocean Shield berkemungkinan besar tidak berkaitan dengan kotak hitam pesawat," katanya. Katanya, analisis lanjut akan dilakukan Pusat Analisis Akustik Bersama Australia

8.40 pm
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan CNN yang mengatakan pasukan itu menghantar jet untuk mencari pesawat MAS MH370. Semalam, CNN melaporkan memetik seorang pegawai kanan Malaysia yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa pesawat TUDM dihantar sebelum data yang disokong pihak berkuasa menunjukkan bahawa pesawat itu berpatah balik ke arah barat. "Namun tentera udara tidak memaklumkan Jabatan Penerbangan Awam atau operasi SAR sehingga tiga hari kemudian, pada 11 Mac, satu sumber yang terlibat dalam siasatan memberitahu CNN," laporan itu disebut sebagai berkata. 


last update: 12 April 2014, jam 8.30 pm

sumber: berita harian, astro awani, kosmo, sinar harian, myMetro, utusan, the star


link berkaitan MH370:



ADMIN: anda diminta tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian misteri kehilangan MH370 ini. banyakkan berdoa semoga MH370 ini dijumpai dengan segera. insyaAllah :)

Read More »

Friday, March 07, 2014

Kronologi kisah Nurliyana Manan, Romie Razin Adilha dan Hanez Suraya


copypaste dari facebook

Rentetan Kisah antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan

PROPA 1 - Dalam #Meletop kata kenal jantan tu dah 8 bulan, tapi tadi masa sidang akhbar kata baru kenal 3 bulan. 

PROPA 2 - kata kenal baru 3 bulan (Disember 2013), tapi kenapa gambar ko berpeluk dengan jantan tu dah keluar seawal bulan September 2013? Ops!! dan gambar di Pulau Redang May 2013. 
Plus 17 September kau sendiri bagitahu wartawan kat astro kau tengah rapat dengan seseorang tuttttttt...

Bukti gambar :


Bukti Pengakuan Hanez sendiri di astro :
Watch "Hanez Suraya akui sedang rapat dengan seseorang" on YouTube -  September 2013


Detail lagi kronologi :




PROPA 3 - dalam Melodi kata pergi thailand hanya dengan adik dan kawan-kawan, beria-ia menafikan sekeras kerasnya jantan tu tak ikut. Sekali dalam sidang akhbar tadi ko cakap jantan tu ikut skali tapi semua hanya atas urusan bisnes.

Bukti:
Watch "Kekasih Hanez Suraya Sebenarnya Suami Orang?" on YouTube - 



PROPA 4 - dah cakap pergi atas urusan bisnes dengan jantan tu, sekali gambar berpeluk cium terkeluar. Urusan bisnes ke kalau gambar macam tu dah keluar internet. Ke ko dah buat 'bisnes' lain dekat sana dengan jantan tu?

Bukti Bercuti di Bangkok : 

Apa kata Chef Wan komen sikit : 
Sorry la. Ko wat sidang media pun tak ada gunanya. Lagi nampak kebodohan ko nak menipu. Ko memang perempuan murahan! tak ada maruah. Malukan keluarga. Ko dengan jantan tu tak kan bahagia pun kalau kawin. Sebab 1 Malaysia dah sumpah seranah ko. Jalangg!

Kata Imam Muda Hassan:
Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara! Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal. Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram. Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja. Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang. Jangan cuba menghalalkan yang haram
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hanez-suraya-ditegur-imam-1.257727

fanpage untuk sokong Liyana Manan: sila like beramai2 tanda sokongan anda!
https://www.facebook.com/KamiSokongLiyanaManan

gambar-gambar lain mengenai Hanez Suraya:






6 months ago at Jakarta



komen maha hebat: 

sangat bodoh dan bangang ye kedua-dua sweet couple ini. memang tak lah aku suka! suka sangat-sangat bila Awi Rafael putus dengan Hanez Suraya. langsung tak sesuai! choii! 

Hanez Suraya nie boleh didenda sebab memecahbelahkan rumahtangga orang tu! *kalau Hanez Suraya dipenjara amacam? haha :P*. caranya: 


saya memang sokong Liyana Manan 100%!



[Update terkini]:

Percintaan Hanez Suraya & Romie Sudah Berakhi

4 November 2014

Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan Hanez Suraya dan Romie terjawab jua. Memang ada desas-desus hubungan mereka sudah berakhir, namun tidak ada pengakuan daripada Hanez mahupun Romie mengenai perkara ini. Kali ini, Hanez telah menjelaskan yang dia tidak lagi bersama Romie namun masih berhubung sebagai seorang kawan.

Komen Hanez Suraya: 
Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan.
Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Buat masa ini, cukuplah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih

Hanez Suraya fail perceraian

ISNIN, 23 JANUARI 2017 @ 3:53 PM

SHAH ALAM: Pelakon, Hanez Suraya, hari ini memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais. Sumber memberitahu, Hanez, 32, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya. Berita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini. 

Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni. Bintang Love You Mr Arrogant itu gagal dihubungi dan tidak membalas pesanan WhatsApp yang dihantar bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara terbabit.


Rumah tangga kami masih bahagia - Hanez Suraya

RABU, 25 JANUARI 2017 @ 2:56 PM

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hanez Suraya, 32, hari ini tampil membuat penjelasan bahawa tiada apa-apa berlaku di antaranya dengan suami, Romie Razin Adilha Abd Rais. Menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi, Hanez berkata, perkahwinannya dengan Romie masih lagi bahagia. 

Katanya:
Tiada apa yang perlu jelaskan di atas apa yang terjadi. Sememangnya kami hanya manusia biasa yang tidak (dapat) lari daripada melakukan kesilapan. Cuma, apa yang penting antara saya dan suami, kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku. Alhamdulillah, rumah tangga kami masih kekal. Apa yang terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi yang menjadi tokok tambah daripada mana-mana pihak tertentu.  
Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya mengambil langkah untuk berdiam (diri). Berdiam bukan bermaksud saya mengiyakan atau menafikan, cuma mahu mengambil masa mencari ruang untuk menenangkan diri. Syukur alhamdulillah, suami saya sentiasa tenang di atas apa yang berlaku ini. Terima kasih di atas sokongan kuat daripada pihak keluarga, rakan rapat, media dan peminat yang sentiasa memberi semangat serta mendoakan yang baik-baik buat kami. 

Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan.

*************************

Teringat dlm kisah Isra' & Mikraj di mana Rasulullah SAW ternampak sorang lelaki yang dihidangkan dengan 2 jenis hidangan, 
1) Daging yang dimasak enak & sangat menyelerakan, 
2) Daging yang busuk & berulat

Tetapi lelaki itu memakan daging yang busuk & berulat itu. lalu Baginda bertanya kepada Malaikat Jibrail, “Mengapa berlaku sedemikian rupa?” 

Lalu Jibrail menjawab “Di Dunia lelaki ini telah mengabaikan isterinya & dia memilih pelacur & perempuan yang dalam kalangan hina untuk memenuhi nafsu”. Itulah balasan bagi lelaki seperti itu di neraka kelak. 

Wallahualam.



lovenota 1: dunia semakin hampir pada kiamat
lovenota 2: sangat memahami perasaan Liyana sekarang. jangan maafkan jantan itu!


Read More »

Thursday, March 06, 2014

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji 2014


tahun ini agak lambat saya mengupload jadual dan tarikh pembayaran gaji untuk penjawat awam @ kakitangan awam bagi tahun 2014. terlupa! :P





kebanyakan tarikh yang dikeluarkan menepati aras normal keluaran gaji *ayat power nie, maklumlah dulu masa Degree belajar Bahasa Melayu Profesional :P*. semua bulan mendapat gaji seperti biasa kecuali pada bulan Oktober iaitu 16 Oktober 2014 disebabkan Perayaan Deepavali *kena berjimat cermat*. selain itu, bulan Disember juga gaji diberikan awal iaitu pada 18 Disember 2014 disebabkan Krismas *ini dah biasa dapat awal*. 

tahun ini rasa2nya tak nak terlibat menjadi Pengawas Peperiksaan SPM 2014. kalau nak pun maybe tahun depan la pulak. kemungkinan saya memohon menjadi Pengawas Penandaan Kertas SPM 2014 bagi subjek Kimia. masyukk kot! banyak pengalaman mengajar Kimia dan Tips-tips menjawab soalan Kimia boleh kita dapat tahu jika kita terlibat menanda kertas jawapan Kimia. 


lovenota 1: adik dah nak bertunang bulan 5 nie. simpan duit hadiah kahwin la nanti
lovenota 2: disebabkan langkah bendul, nak pow banyak2 kat bakal tunang dia..haha!


Read More »

Mimpi



Jam 4 pagi, bangun dari tidur terkebil-kebil..
"Eh, apa yang aku mimpi tadi?"

Tak semua mimpi kita ingat kan?
Tapi, saya ingat satu perkara
Saya bermimpi dikurniakan dua orang anak kecil
Seorang bayi lelaki yang sedang ketawa dan seorang anak lelaki kecil yang sedang tidur nyenyak
Macam mana tau lelaki? Nampak jantina? 
Eh, bukan. Melihat situasi mimpi saya tahu ianya lelaki.

Apa maksudnya?

Bermimpi akan di beri anak kecil atau bayi.
Artinya, Akan mendapatkan rezeki besar.

Mimpi itu mainan tidur. Kemungkinan terdapat maksud di sebalik mimpi tersebut. Jangan terlalu mempercayai maksud mimpi takut menjadi khurafat. Wallahu'alam. :)


lovenota 1: ke petanda aku kahwin tahun nie neh? lol
lovenota 2: berangan3! Cess! :P 

Read More »

Tuesday, March 04, 2014

Love is #1 | Miss You




lovenota 1: kena marah sebab kurang mengemas bilik sendiri. *nangis*
lovenota 2: kan bagus awak yang kemaskan semuanya. tak adalah dengar awak membebel. haih!


Read More »

Sunday, March 02, 2014

S View Cover Samsung Galaxy Note 3



sebelum ini saya ada menulis entry mengenai Android 4.4.2 Kit Kat yang mempunyai masalah dari segi penggunaan S View Flip Cover.

semalam saya update software note 3 *saya semakin busy dan baru ada masa untuk update gadjet2 saya..huhu*. setelah update, S View Cover saya sudah berfungsi dengan jayanya! yahoo! so, saya guna balik cover samsung yang mahal itu semula sebab nak guna S View window tu kan? sangat cute..hoho!

ada kelebihan menggunakan S View Window nie..


orang yang busy macam saya nie *ehem3..ambil hati diri sendiri* paling suka guna shortcut2 nie. kalau guna S View Window kita boleh tengok terus melalui cover plastik tu, sama ada nak check message, jawab panggilan dan telefon semula @ message, preview sms or call back. tak payah nak bukak cover fon tu. hehe. 


ada function lain seperti camera, music control dan action memo.


kalau nak ambil gambar, tak perlu bukak cover fon tetapi terus sahaja ke icon camera dan anda boleh mengambil gambar terus menerusi S View Cover seperti gambar di bawah:


nak tulis sesuatu atau mencatat dengan cepat? guna Action Memo menerusi S View Cover. sangat mudah. keluarkan S Pen dan conteng lah pada cover plastik tu :P



mudah kan? sebab tu saya pun menggunakan S View Flip Cover ini. S View Cover boleh didapati dengan bermacam warna seperti gambar di bawah. and ofcoz la saya ambil warna hitam, sebab hitam itu menawan..aumm! :P



harus diingat S View Flip Cover anda haruslah yang original. kalau tak ori, semua benda tu tak berfungsi. sebab apa? di belakang case tu ada satu chip button yang connect cases dengan phone seperti gambar di bawah:


dua yellow button tu yang akan attach pada handfon. dan make sure ada nombor siri la seperti gambar di atas, yang bernombor A10 D84. tak ada button yellow tu maknanya tak original la ye. "chip ini berfungsi sebagai alat otentifikasi perangkat untuk melancarkan fungsi flip cover. Untuk case non-Samsung, produk-produk tersebut jelas tidak dilengkapi dengan chip khusus buatan Samsung dan hal inilah yang menyebabkan lockscreen tidak diaktifkan secara automatik ketika case ditutup."

ada yang mengatakan penggunaan S View Flip Cover nie tak best dan tak cantik. tapi bagi pengguna yang busy *macam saya*, S View Window sangat membantu saya. lain orang lain pendapat kan? :)


lovenota 1: abah saya pun sudah membeli Samsung Galaxy 4. 
lovenota 2: semua peringkat umur dah pandai menggunakan smartfon termasuk orang tua seperti mak dan abah saya. satu family menggunakan produk Samsung. dahsyat :P


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®