
Langgar, tumbuk, perang mulut...
Shah Alam: Video ‘viral’ membabitkan aksi dan perang mulut antara beberapa gadis dengan pemandu teksi yang tersebar hari ini sehingga mendapat pelbagai reaksi kini dalam siasatan polis dan kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak di Seksyen 7, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian 3 petang, gadis terdiri daripada empat beradik itu difahamkan dalam perjalanan ke sebuah pusat beli-belah di Seksyen 7.
Seorang daripadanya, Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid, 25, yang dihubungi Harian Metro mendakwa, dia dan dua kakaknya, ditumbuk pemandu teksi itu sehingga...