Monday, September 28, 2015

[28 Sept] Sekolah di Melaka dan Johor Ditutup



Berita sebentar tadi menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan semua sekolah di negeri Melaka dan Johor pula ditutup akibat jerebu yang masih melanda apabila bacaan IPU di kedua-dua negeri tersebut mencatatkan bacaan yang tidak sihat. 

KUALA LUMPUR: Susulan pemantauan jerebu sehingga 4 petang ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di Melaka dan Johor ditutup esok apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan tidak sihat (101-200) dan sangat tidak sihat (201-300).  
Penutupan itu membabitkan sebanyak 1,178 sekolah dan 618,326 pelajar di Johor manakala di Melaka membabitkan 314 sekolah dan 156,635 pelajar. "Jabatan Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan ini dengan segera," demikian menurut kenyataan itu sebentar tadi.  
Sekolah di beberapa negeri dan kawasan yang ditutup (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang serta di Sri Aman, Kuching, Betong, Samarahan di Sarawak dan Tanjung Malim di Perak) hari ini akibat jerebu akan dibuka seperti biasa esok susulan kualiti udara bertambah baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menurun.
Sumber: Berita Harian.

Actually sekolah saya terletak di border sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. So kiranya saya pun cuti jugak la eh? Kan kan kannn..hoho.

Yela, nak tak nak kena balik juga ke Gemencheh. Balik la kite ye. Huhu. 

Nak share, kenapa asyik sekolah, budak-budak je yang cuti jerebu, kenapa orang lain tak cuti jerebu nie? Nah, ini jawapannya.


Jangan marah..hihi.

☆ baru sampai di Gemencheh Highland..jerebu nau! Lagi teruk dari Seremban..huhu 


lovenota : tamak kau eh..hehe


Read More »

Sunday, September 27, 2015

[27 Sept] Jerebu Semakin Teruk!


Semasa perjalanan balik ke Port Dickson dari Seremban melalui Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), keadaan jerebu nampaknya semakin teruk dari sebelum ini. Ia kembali teruk semula. Dah tak tahu nak cakap apa la. 



Keadaan jerebu di Port Dickson

Keadaan jerebu semakin membimbangkan setakat 10 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, berbanding tiga sebelum ini. 

Bacaan IPU sangat tidak sihat:
Shah Alam - 279
Pelabuhan Klang - 255
Batu Muda, Kuala Lumpur - 250
Petaling Jaya - 226 

Bacaan IPU tidak sihat:
Putrajaya - 197
Banting - 187
Sri Aman - 185
Cheras, Kuala Lumpur - 177
Kuala Selangor - 171
Seremban - 152
Samarahan - 144
Nilai - 143
Kuching - 141
Tanjung Malim - 141
Port Dickson - 132
Sri Manjung 120
Jerantut - 120
Bukit Rambai - 105

Bacaan IPU sederhana:
Bandaraya Melaka - 97
Sarikei - 99
Tawau - 96
Kemaman - 80
Sibu - 77
Kuala Terengganu - 76

Bacaan IPU sihat
Perai - 48
Tanah Merah - 42
Langkawi - 31
Alor Setar - 30
Kangar - 27

Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan dua daerah di Sarawak - Sri Aman dan Samarahan - ditutup esok iaitu 28 September 2015 (Isnin) berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan berkenaan hari ini menunjukkan paras tidak sihat (101-200) atau sangat tidak sihat (201-300). 

Ini bermakna esok cuti sekolah lagi. Tulis dalam buku rekod esok cuti jerebu. Betul instinct saya tadi. Tak sangka impian saya menjadi kenyataan. Hehehe. Bagus jugak, saya tak larat nak balik Gemencheh, mahu rehat sepuas-puasnya di kampung nie sambil membuli si kucing yang bernama Gemok . 



Pada sesiapa yang tak dapat cuti, jangan la marah ye. Ada dengar jugak sebilangan guru-guru kena datang ke sekolah juga esok. Ini semua bergantung kepada pihak pentadbir ataupun Pengetua. Alhamdulillah pengetua saya ok, tak ada nak buat meeting esok. Kementerian/Agensi lain yang nak cuti boleh jugak, tetapi minta kebenaran pada bos masing-masing eh. Alhamdulillah saya dapat cuti sebab kerja settle..hehe .



Tiba-tiba ada fitnah pulak, yang mengatakan cuti jerebu iaitu tutup @ cuti sekolah sehingga hari Selasa (29 September 2015). Lepas tu nak tutup semua sekolah di seluruh Malaysia plak tu. Rakus betul uolss kan. Nak cuti sampai hari Selasa. Sabar jelah..hehe. 


lovenota : sampai bila la jerebu nie..


Read More »

Friday, September 25, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha



Mesti ramai yang suka dan gembira. Nama pun hari raya kan? Ini adalah saat-saat gembira kerana ibadah qurban datang menjelma lagi pada tahun ini. Masih lagi dapat menghayati kisah Nabi Ibrahim a.s. dan korbannya. Besar rahmat-Mu Ya Allah.

Cuma ada perkhabaran yang tidak baik didengar ketika di Mina di mana beberapa jemaah haji terkorban akibat kerakusan manusia yang tidak mempunyai sifat sabar dan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Innalillah. 

Apa yang saya buat hari ini? Saya? Cuma mengasingkan diri di dalam bilik dari semua orang. Ya, itu adalah benar. Walaupun adik saya dan suaminya datang, saya diamkan diri. Saya sangat pendiam pada hari ini..ajaib. Ada berlaku beberapa isu yang saya benci. Saya biarkan sahaja.

Orang lain seronok menziarahi sanak saudara berpakaian cantik berbaju kurung berbaju melayu. Selfie baru raya masing-masing. Saya? Berbaju t-shirt dan berseluar trek je.

Orang lain sibuk menghadirkan diri dalam acara qurban lembu, ada yang lembu lari selamatkan diri. Kejar lembu tu sampai dapat. Dah memang turn kena sembelih, macam tahu-tahu je lembu tu. Dapat daging lembu free plak lepas tu.
Saya? Scroll facebook tengok gambar lembu kena qurban. Terus 'Like'.

Orang lain selfie bersama-sama keluarga, balik ke kampung dalam hati yang riang. Pergi bercuti ke tempat-tempat yang menarik.
Saya? Ulang alik dalam bilik. Kejap atas katil. Kejap bawah katil. Gentel-gentel rambut.

Itulah Hari Raya saya. 
Loser gila. 
Sekian.

Lawak Hari Raya Korban


lovenota : satu hari nanti aku kena lari dari sini. Bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti..


Read More »

Tuesday, September 22, 2015

Tukar URL Dot My kepada Dot Com




Baru-baru nie blogspot dah bertukar URL dari dot com kepada dot my. agak terperanjat juga tiba-tiba tukar cenggitu je. agak tidak best la sebab dot com tu dah cukup ok berbanding dot my. kalau dot com dot my tak ape jugak. ini terus dot my. agak tak syok di situ..hehe.

Walaupun ia dah bertukar URL, tetapi ianya tidak mengganggu malah sesiapa yang taip dot com pun akan terus direct ke URL baru kita tu. so, benda nie tidak ada masalah sebenarnya. Dot my tu pun bermaksud negara kita, iaitu Malaysia. kalau anda perasan  di bahagian Stat blog, kadang-kadang blog kita jadi dot uk, dot sg. UK itu bermaksud United Kingdom manakala SG itu bermaksud Singapura. ini menandakan orang dari sana datang ke blog kita. ianya mengikut tempat di mana anda berada. 

Dot Com itu sebenarnya adalah Universal URL, di mana ia adalah universal dan komersial serta digunakan secara meluas di seluruh dunia. ada juga yang memberi pendapat bahawa URL yang mempunyai dot com ini mudah menjadi pencarian utama dalam search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan etc. Ini semua tentang bermain teknik SEO yang selalu diwar-warkan oleh blogger popular. 

Kalau ada sesiapa nak tukar, boleh je. senang je nak tukar. ikut langkah tutorial di bawah:

1. Buka Template > Edit HTML

2. Klik CTRL-F dan cari kod < head >

3. Copy dan Paste kod di bawah ini sebelum kod < head >

*mula*

*tamat*

4. Save template anda.


Mesti jadi punya. saya pun dah bertukar kembali kepada dot com. baru best! kalau tak nak tukar, tak ape. terpulang kepada diri masing-masing, kan?

Selamat mencuba!


Read More »

Copy-Paste Blog Guna Syntax Highlighter



Bagi blogger yang dah tak reti nak buka balik disable copy-paste *macam aku..padan muka!*, tapi nak share jugak something pada para readers. salah satu cara ialah menggunakan SyntaxHighlighter tetapi menggunakan version 2.1.364. kalau guna Syntax Highlighter version yang baru, masih lagi tidak boleh copy. kalau guna version lama nie, ia akan keluar "embed" pada browser anda. senang dan mudah untuk copy-paste. 

Lama jugak la cari coding untuk version lama nie. kena cari blogger luar negara sebab cari tutorial blogger Malaysia tak jumpa langsung. mungkin ada yang guna tapi tak share pada umum. hehehe. tak apa, sekarang saya boleh share tutorial ini dengan korang.

First step, sebelum memulakan tutorial, mesti buat backup dulu. kalau tak jadi jangan marah saya plak..huhu.

1. Template Layout -> Backup/Restore -> Download full template

2. Klik pada Edit HTML, kemudian cari code </head> dengan menggunakan Ctrl-F

3. Dah jumpa code tu, copy code di bawah ini dan paste sebelum code </head>
*hoverkan pada code, klik simbol < > baru boleh copypaste*



*Start Tutorialblogbalqis* 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
*End Tutorialblogbalqis*

4. Save Template anda.


Dah siap save, boleh guna dah. jeng jeng jeng!

Tapi, belum habis lagi. untuk menggunakannya seperti saya, di dalam ruangan entry post anda jangan lupa untuk tambah code pada ruangan HTML. kalau ruangan Compose tak jadi. ken guna HTML jugak.



Paste code di bawah ini di ruangan yang anda suka dalam post entry.


*Start Tutorialblogbalqis*
#########PASTE YOUR CODE HERE########
*End Tutorialblogbalqis*


Anda perlu menggunakan HTML dikodkan semasa menerapkan dalam tag <pre>. Kod anda boleh ditukar kepada HTML Encoded menggunakan berikut mudah untuk digunakan Tool:
http://www.string-functions.com/htmlencode.aspx

Kena hati-hati semasa paste coding ini. jangan tersalah buat ye! lepas nie boleh la share macam-macam :)

Selamat mencuba!



Read More »

Wednesday, September 16, 2015

Pembunuhan Kevin Anthony Morais


Bila baca berita online hari ini, yang menarik perhatian saya bukannya berita pasal jerebu dah. oh ya, esok iaitu hari Khamis (17 Semptember 2015) semua sekolah di lima buah negeri (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya) akan dibuka kerana jerebu sudah semakin kurang dan bacaan IPU pun semakin rendah. so, no more holiday *sedihnye..hihi*.

Ok, berbalik kepada berita yang menarik perhatian saya iaitu mengenai Pembunuhan Kevin Anthony Morais yang ditemui berkonkrit di dalam tong drum. erk, kejamnya! kenapa nak bunuh-bunuh orang sampai bersimen konkrit bagai? betul-betul tak ada sifat berperikemanusiaan. tak takut dosa neraka! ini baru betul manusia bertopengkan syaitan. semua yang dibuat hanya disebabkan oleh duit. duit duit duit je difikirnya. sebab tu orang kata susah nak jadi orang yang jujur di dunia nie. mungkin disebabkan Kevin Anthony Morais dapat menyelongkar kegiatan haram dan rasuah dalam kes-kes besar, pembunuh-pembunuh komplot tu takut. tu yang dibunuhnya..huhu.

Kevin Anthony Morais

Berikut kronologi kehilangan Kevin Anthony Morais

4 September
Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat. 

5 September
Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.


Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang. 

6 September
Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad. 

9 September
Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik. 

14 September
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek. 

16 September
6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak. 
8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian. 
8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda. 
9.15 pagi - petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian. 
10.10 pagi - polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit

tong berisi konkrit dijumpai di sini

tong drum yang berjaya ditarik keluar dari paya





Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang ditemui mati dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ1. Motif ini adalah berdasarkan tangkapan seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sedang menjalani satu perbicaraan mahkamah di Shah Alam berhubung satu kes rasuah dikendalikan mangsa sebagai pihak pendakwaraya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, berkata pegawai berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Rawang, yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman sejak awal pagi semalam. Penahanan individu yang juga suspek utama itu juga katanya, sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi sebelum ini termasuk mengaitkan kehilangan Kevin Morais dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank, Hussain Ahmad Najadi.


Takziah kepada keluarga Morais. Semoga pembunuh-pembunuh dan komplotnya akan dibawa ke muka pengadilan.


lovenota : manusia dah mula menjadi syaitan.


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®