Wednesday, September 16, 2015

Pembunuhan Kevin Anthony Morais


Bila baca berita online hari ini, yang menarik perhatian saya bukannya berita pasal jerebu dah. oh ya, esok iaitu hari Khamis (17 Semptember 2015) semua sekolah di lima buah negeri (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya) akan dibuka kerana jerebu sudah semakin kurang dan bacaan IPU pun semakin rendah. so, no more holiday *sedihnye..hihi*.

Ok, berbalik kepada berita yang menarik perhatian saya iaitu mengenai Pembunuhan Kevin Anthony Morais yang ditemui berkonkrit di dalam tong drum. erk, kejamnya! kenapa nak bunuh-bunuh orang sampai bersimen konkrit bagai? betul-betul tak ada sifat berperikemanusiaan. tak takut dosa neraka! ini baru betul manusia bertopengkan syaitan. semua yang dibuat hanya disebabkan oleh duit. duit duit duit je difikirnya. sebab tu orang kata susah nak jadi orang yang jujur di dunia nie. mungkin disebabkan Kevin Anthony Morais dapat menyelongkar kegiatan haram dan rasuah dalam kes-kes besar, pembunuh-pembunuh komplot tu takut. tu yang dibunuhnya..huhu.

Kevin Anthony Morais

Berikut kronologi kehilangan Kevin Anthony Morais

4 September
Morais dilaporkan keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Pada jam 10.30 pagi dan 3 petang, rakan serumah Morais dikenali sebagai Davveen cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal. Davveen menghubungi setiausaha Morais dan dimaklumkan Morais tidak hadir ke pejabat. 

5 September
Petugas Balai Polis Hutan Melintang terima laporan orang awam jumpa sebuah kereta hangus terbakar di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. Nombor enjin dan casis kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord itu didapati dirosakkan. Kenderaan itu sama jenis dengan kenderaan yang dipandu Morais pada hari dia dilaporkan hilang.


Davveen memaklumkan kepada abang Morais, Datuk Richard Dilaan Morais berhubung kehilangannya dan satu laporan polis dibuat berhubung perkara itu di Balai Polis Jinjang pada jam 5.04 petang. 

6 September
Polis minta bantuan Jabatan Kimia, PROTON dan Spanco Sdn Bhd untuk mengenal pasti kenderaan yang ditemui terbakar untuk memastikan ia adalah milik Morais atau sebaliknya. Hingga kini polis tiada sebarang kepastian. Polis mengklasifikasikan kes kehilangan Morais sebagai orang hilang (OH). Polis menubuhkan satu pasukan khas siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad. 

9 September
Tersebar khabar angin mayat Morais ditemui di Sungai Klang namun polis menafikan perkara itu. Polis mengesahkan Morais dilarikan orang berdasarkan pemeriksaan polis ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan yang disyaki digunakan Morais. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik. 

14 September
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Morais dilarikan lima lelaki di Jalan Telawi, Bangsar berdasarkan rakaman CCTV diperoleh polis. Visual menunjukkan kenderaan Morais dihalang sebuah kenderaan lain sebelum mereka berhenti di tepi jalan. Morais ditarik masuk ke kereta suspek dan keretanya turut dilarikan oleh suspek. 

16 September
6 pagi - Sepasukan anggota dan pegawai STAFOC memeriksa satu lokasi di Taman Subang Mewah, USJ 1 dan menemui satu tong dalam semak. 
8.45 pagi - Sepasukan anggota bomba dengan satu jenteranya tiba di lokasi kejadian. 
8.55 pagi - Anggota STAFOC beredar dari lokasi kejadian menaiki kenderaan pacuan empat roda. 
9.15 pagi - petugas media dan orang awam mula memenuhi kawasan kejadian. 
10.10 pagi - polis sahkan mayat Morais ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit

tong berisi konkrit dijumpai di sini

tong drum yang berjaya ditarik keluar dari paya





Polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais, yang ditemui mati dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ1. Motif ini adalah berdasarkan tangkapan seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sedang menjalani satu perbicaraan mahkamah di Shah Alam berhubung satu kes rasuah dikendalikan mangsa sebagai pihak pendakwaraya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, berkata pegawai berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Rawang, yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman sejak awal pagi semalam. Penahanan individu yang juga suspek utama itu juga katanya, sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi sebelum ini termasuk mengaitkan kehilangan Kevin Morais dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank, Hussain Ahmad Najadi.


Takziah kepada keluarga Morais. Semoga pembunuh-pembunuh dan komplotnya akan dibawa ke muka pengadilan.


lovenota : manusia dah mula menjadi syaitan.


No comments:

Post a Comment

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®