Wednesday, September 09, 2015

Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi Dihentikan


Aksi kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan Malaysia menentang Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88.
Shah Alam: Ultras Malaya bertindak membaling suar, bom asap dan mercun ke dalam padang sehingga memaksa perlawanan dihentikan. Ketika perlawanan dihentikan Malaysia ketinggalan 1-2 kepada Arab Saudi. Perlawanan dihentikan oleh pengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88 berikutan tindakan penyokong yang membaling suar ke dalam padang. 
Keadaan penyokong di bahagian semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengenai pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan. Pengadil kemudiannya mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan 
Jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemudian mengumumkan aksi itu dihentikan selama 30 minit, dan keputusan selanjutnya akan diputuskan oleh urusetia perlawanan sama ada meneruskan perlawanan atau sebaliknya.
Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee melakukan enam pertukaran berbanding kesebelasan utama yang tewas 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat lalu. Arab Saudi yang dibimbing bekas jurulatih Belanda Bert Van Marwijk jelas buntu untuk memecahkan kubu negara dengan Kim Swee mengamalkan pendekatan bertahan. Kubu negara yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat kebal sepanjang 45 minit pertama apabila pemain negara mempamerkan corak permainan berdisiplin. 
Malaysia mendahului menerusi jaringan Safiq Rahim pada minit ke-69 hasil hantaran pemain gantian Wan Zack Haikal Wan Noor. Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila lawan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi Taiseer Al Jassam disusuli tandukan Mohammed Al Sahlawi pada minit ke-76. Jaringan berkenaan nyata menyentap semangat pemain negara apabila gagal bangkit untuk menyamakan kedudukan.

sumber: Harian Metro, Astro Awani

Video Asap Suar di Stadium Shah Alam di Perlawanan kelayakan Pialan Dunia 2018/Piala Asia 2019


Gambar yang berkaitan: Ultras Malaya mengganas







Ini memang perkara yang sangat memalukan negara. kenapa perlu bertindak sedemikian? diorang pun tak habis main lagi kot. sabar-sabar la kalau ye pun. mana tahu tiba-tiba dapat satu lagi gol kan? aduii, sikap mereka ini tak pernah berubah. tak guna buat semua tu, korang kena tangkap masuk jail ada lah nanti!

Berita terbaru dari twitter mengatakan:

#bolatime Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019

FAM sahkan perlawanan tak disambung. Tunggu keputusan FIFA.



Semua orang tahu Ultras Malaya memang tengah marah pada FAM sebab ada beberapa isu. sebab tu diorang buat semua ini tanda protes terhadap pihak FAM. saya pun tak faham jugak apa isunya *sebab saya bukan peminat tegar bola sepak*, tapi salah satunya adalah disebabkan kekalahan perlawanan tempoh hari di mana Malaysia kalah teruk 0-10 berlawan dengan Emiriah Arab Bersatu (EAB) tapi nampaknya perbincangan dua hala antara FAM dengan Ultras Malaya tidak akan berlaku. 


Perhimpunan Ultras Malaya malam ini bukan sekadar bertujuan menyatakan rasa tidak puas hati dengan kekalahan memalukan itu, tetapi turut membawa aspirasi penyokong yang mahu pasukan jemputan dari Singapura iaitu Lions XII disingkirkan dari saingan liga bola sepak Malaysia. Mereka juga menyertakan hashtag #‪#‎31TAHUNFAMMASIHTIDUR‬, selain #singkirlions.

Laman Facebook Ultras Malaya turut menyenaraikan 31 sebab yang selama ini sering mengundang rasa tidak puas hati penyokong berhubung pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

‪#‎31TAHUNFAMMASIHTIDUR‬

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.
4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.
5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.

22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk 'Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club'.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.


31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.


Tak tahu nak kata apa. Apa-apa pun cuba selesaikan dengan cara baik.


lovenota : sedih.


1 comment:

  1. Rasanya ini kesan drp suara dan desakan penyokong ultras malaya yang telah lama bersuara tidak diendahkan oleh FAM. Apa yg mengesahkan bahawa suara dan desakan mereka makin betul adalah ranking bola sepak negara yang makin corot.

    ReplyDelete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®