Tuesday, September 15, 2015

Minta Maaf Mengenai Cuti Jerebu


Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pengunjung ini yang membaca entry post saya yang bertajuk "Fitnah Cuti Jerebu" yang dipublish pada 14 September 2015. 

Post tersebut sebenarnya memang benar dan ia diambil pada artikel di Berita Harian. Mungkin ada sebilangan yang keliru sebab tiba-tiba fitnah tersebut menjadi kenyataan pada malam entry tersebut. Pada jam 1 pagi, saya mendapat tahu sekolah di 5 buah negeri ditutup pada 15 September 2015. Lalu saya membuat satu entry baru pula mengenai cuti jerebu tersebut pada malam itu juga.

Salah seorang pembaca telah meninggalkan komen pada entry fitnah tersebut.


Kepada Encik Azley Ahmad, saya minta maaf mengenai kekeliruan anda. Cuma saya nak pesan, kalau dah baca entry post blog tengok dulu tarikh post blog tersebut. Sebab post fitnah jerebu itu adalah post lama, bukannya post baru. 

Bila jadi kes macam ini, baru saya sedar betapa susahnya menjadi seorang blogger. Saya cuma menyampaikan apa yang benar, bukan cari traffic visitor semata-mata, tak pernah nak tipu pembaca, bukan nak kaut keuntungan pun. Nak tak nak saya kena terima segala pujian dan kemarahan dari pembaca. Hurmm.

Mengenai masalah jerebu pula, sekolah akan dibuka semula jika bacaan IPU di bawah 150. Ini diumumkan sendiri oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid petang tadi. Esok dah sah-sah cuti Hari Malaysia, cuma pada hari Khamis (17 September 2015) masih tak tahu sama ada cuti lagi ke tidak.

***********
Jerebu: Sekolah buka semula bila IPU bawah 150 
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan terpaksa memaklumkan penutupan sekolah di lima negeri lewat malam tadi selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri berkenaan mencecah hampir 200 pada sebelah malam.  
Menteri, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pihaknya sudah memantau keadaan jerebu pada waktu siang namun keadaan masih terkawal. "Bagaimanapun, bacaan lewat malam tadi, IPU meningkat hingga 195 dan semakin menghampiri bacaan 200. Pada jam 11.30 malam baru kita buat keputusan dan minta pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa mengenai perkara itu," katanya pada sidang media di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, di sini, hari ini.  
Dalam pada itu, Mahdzir berkata, ibu bapa diminta tidak merungut dengan pengumuman saat akhir itu berikutan jerebu disifatkan sebagai bencana yang sukar diramal. "Bencana ini kita tak boleh nak jangka,..sebab itu kita tak boleh nak umum awal. Kalau boleh 'plan', petang semalam kita dah umum," katanya.  
Sementara itu, beliau berkata, seramai 1.523 juta pelajar membabitkan 2,045 sekolah terbabit dalam penutupan sekolah di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. "Dalam hal ini, pihak sekolah yang terbabit perlu menggantikan hari persekolahan berkenaan," katanya.  
Mahdzir berkata, berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan aktiviti luar ketika bacaan IPU melebihi 150. "Kawasan di mana bacaan IPU melebihi 200 pula, sekolah perlu ditutup. Pihak guru besar dan pengetua perlu memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup," katanya. 
Beliau berkata, sekolah yang ditutup akan dibuka semula apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah bacaan 150. Sementara itu, beliau mengingatkan kepada semua guru besar dan pengetua supaya sentiasa memantau bacaan IPU di kawasan masing-masing melalui laman web Jabatan Alam Sekitar.
*********

Dah jelas kan cuti sekolah hari ini wajib diganti. Saya dah cakap dah pada post entry sebelum ini. Tak mungkin bagi kementerian cuti free macam itu je. Penutupan sekolah ini adalah untuk menjaga kesihatan para pelajar. Takpe lah, kami redha je. Tadi pun para guru masih juga datang ke sekolah dan ada yang menghadiri mesyuarat pulak tu *sekolah saya pun ada meeting jugak*. Tapi tak lama lah. Pagi tadi pun saya tengok Jerebu di kawasan saya semakin kurang. Semoga bencana jerebu nie semakin berkurangan. InsyaAllah.


lovenota : saya sendiri semakin tak sihat. Huhu

3 comments:

  1. Cik Balqis,..akak datang berkunjung ni. Maaf lama tak singgah. Jaga diri baik-baik ye :)

    ReplyDelete
  2. biasa la tu..main belasah je cakap diorang tu..kita jadiblogger bukan suka2 share info tanpa selidik dulu....tak yah nak say sorry kat orang macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa..kak suria menjengah sini..terharu sgt..hehehe..
      xpe la kak suria..saya sedar diri (sarsacm) XD

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®