
Bagaimana keputusan PT3 anda? walaupun keputusan PT3 anda tidak memberansangkan, tidak cemerlang seperti pelajar pandai, ada subjek PT3 yang gagal, anda masih lagi boleh meneruskan pembelajaran anda ke bidang lain seperti bidang vokasional. Bagi pelajar yang lemah, ini merupakan kelebihan bagi mereka kerana bidang vokasional menerapkan latihan praktikal berbanding latihan teori seperti di sekolah harian. Kolej vokasional atau bidang vokasional tidak memerlukan anda untuk menghafal teori-teori seperti sekolah harian, tetapi banyak menerapkan kerja-kerja bengkel dan latihan secara hands...