
Cuti sekolah sudah bermula dari minggu lepas. Tapi saya baru merasa cuti tersebut tepat jam 12.00 tengah malam tadi. Ya, tepat sekali. Sibuk menyemak dan menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Dan hari ini baru selesai penandaan semua kertas peperiksaan. Alhamdulillah. Dalam keadaan yang tak sihat *selsema teruk* dengan tidur tak cukup *jadi burung hantu*, gagahkan diri untuk siapkan jugak.
Pada mulanya saya tidak mahu memaksa diri untuk menanda semua kertas tersebut tetapi sudah dipaksa untuk siapkan kerana kena ataupun bahasa kerasnya "wajib" key-in di laman saps online....