Monday, October 27, 2014

Segmen Blogger Cergas dan Santai



Segmen Blogger Cergas dan Santai

tarikh tamat: 
1 November 2014 

anjur segmen ini sebab dah banyak blog yang tak aktif. 
sama la dengan nasib saya. 
dashboard saya ramai blogger yang dah tak aktif, 
ada yang tak aktif 5-6 tahun
nak remove leceh. biorkan je..huhu 

ada 3 soalan: agak payah sikit sebab tak boleh copy-paste soklannyor. kena type balik :( 

1. Currently lagu/movie/buku/novel apakah yang menjadi kegemaran 

lagu - emm..lagu Hazama - Malaikat. kiut miut meh lagu tu..hoho 

movie - Maleficient. awesome sebab Angelina Jolie yang memang awesome dalam cerita tu. sangat best 

buku - Buku Rujukan Kimia Tingkatan 4. keh3. kena buat homework untuk soalan peperiksaan akhir tahun. |o| 

novel - lama giler tak baca novel. review pun dah tak buat. sob3 

2. suggestkan SATU link blog yang kamu suka/selalu lawati. kenapa? 

saya tak ada faveret blog. saya terjah semua blog yang sudah terjah saya. saya mesti terjah pengomen tegar blog saya. ramai la :P 

3. dalam banyak-banyak entry yang pernah korang post, pilih entry yang korang rasa "Inilah entry yang memang aku nak setiap orang baca" 

saya pun tak tahu yang mana satu. haha. dah lama berblogging nie dah bersepah entry dalam blog saya.  

setelah belek-belek entry lama, mungkin ini artikel yang perlu semua orang baca:


itu je soalannya.  
nak join boleh klik pada banner di atas 

arigatou! 

Read More »

Short Giveaway By EffaFarhana


Short Giveaway By EffaFarhana

tamat pada 26.11.2014
keputusan akan diumumkan pada 29.11.2014

Random Selection 
:: up to 5 winner ::
Cash RM 30 x 1
Shawl x 2
Topup RM 10 x 2

nak join klik banner di atas

arigatou!

Read More »

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2



Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2

entry yang paling simple dan senang nak buat entry
just tepek banner sudah.

good job tuan punya blog :D

nak join klik banner di atas

Read More »

Sunday, October 26, 2014

10 Fakta Tentang Hari Isnin


monday blues hari isnin


Sebahagian besar orang mungkin akan berkata, "Oh I hate Monday!" Dengan segala aktiviti dan kesibukan yang terbayang di benak, orang cenderung merasa bosan dan berharap agar weekend masih boleh diulang. 

Berikut adalah 10 fakta unik tentang hari Isnin, seperti yang dilaporkan oleh oleh Oddee.com.

Fakta 1: Orang jarang tersenyum di hari Isnin

Cuba amati keadaan sekeliling anda. Semasa hari Isnin, umumnya orang-orang sekeliling anda bermuka serius dan berkerut. Jarang sekali ada yang memulakan hari dengan senyuman. Terburu-buru dan stress menghadapi jem di pagi hari adalah yang paling sering dihadapi.

Fakta 2: Menonton televisyen

Menurut sebuah survey, hal yang paling ingin dilakukan di hari Isnin bukanlah bekerja, namun menonton televisyen, melakukan aktiviti seks, membeli-belah dalam talian, membeli coklat dan makeup, serta merancang perjalanan.

Fakta 3: 50% orang datang terlambat

Tersekat kerap kali menjadi alasan utama kelewatan di hari Isnin. Dan hampir separuh daripada para pekerja memang datang terlambat di awal minggu ini.

Fakta 4: Bermalas-malasan dulu di katil

Adakah anda juga termasuk yang bermalas-malasan dulu di katil ketika Isnin datang? Well, anda tidak sendirian!

Fakta 5: Umur 45 - 54 yang paling stress

Saat hari Isnin datang, orang-orang berusia 45 - 54 tahun yang mungkin paling stress di antara orang lain.

Fakta 6: Bekerja produktif cuma 3.5 jam saja

Dan sepanjang 8 jam bekerja, sebenarnya hanya 3.5 jam saja seseorang boleh bekerja yang berkesan di hari Isnin. Selebihnya? Akan dihabiskan dengan bosan, mengeluh, mengumpat di Twitter atau mencuri-curi tidur.

Fakta 7: Paling banyak kes bunuh diri

Menurut angka statistik Bahasa Inggeris, hari Isnin adalah hari di mana terdapat kes bunuh diri paling banyak. Angka perbezaannya berjumlah 3% dari hari-hari lain. Kenapa begitu? boleh jadi disebabkan kerana 'I hate Monday' yang menjadi trending topik yang keterlaluan.

Fakta 8: Serangan penyakit jantung

Dan British Medical Journal juga mencatatkan bahawa sekurang-kurangnya kes serangan jantung meningkat 20% di hari Isnin. Serangan jantung disebabkan kerana stress atau tekanan darah yang tinggi.

Fakta 9: Hari terbaik membeli kereta

Jika anda ingin membeli kereta, maka pilihlah hari Isnin. Di sini para team penjualan dan pemasaran (sales and marketing) sedang berusaha keras mengejar sasaran bulanan.

Fakta 10: Hari menyampah di Twitter

Semasa meeting atasan menjengkelkan, bertemu rakan yang menjengkelkan, atau apa-apa yang dialami di hari Isnin, cenderung akan dilampiaskan dan dibebelkan di Twitter. Rangkaian sosial ini memang sentiasa menjadi tempat curahan ringkas kepada para Monday haters.

monday blues hari isnin


lovenota : tak puas bercuti lagi weiii..esok da start kerja. adeii!

Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®