Rebah Dengar Lagu
Serian: Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di rumahnya di Kampung Murud, di sini, kelmarin.
Bartholomew Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30 petang.
Sumber berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar lagu melalui telefon bimbit. "Ketika kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri. Kejadian berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia," katanya.
sumber : Harian Metro
****
Bahaya menggunakan telefon bimbit @ handphone anda semasa dicas tak kira semasa hujan ribut petir atau tidak. sebabnya, kita sekarang sedang mengendalikan barang -barang elektrik yang memang berbahaya. so, saya nak pesan pada semua kawan-kawan termasuk pada diri saya sendiri:
- jangan berborak atau bersembang semasa telefon bimbit sedang dicas. ada kes di mana telinga terkena letupan handphone semasa sedang on call. pastikan bateri penuh dahulu, lepas tu nak sembang sampai subuh pun tak apa.
- jangan jawab panggilan telefon atau incoming call semasa sedang dicas. kalau nak jawab juga, tanggalkan atau matikan charger dahulu sebelum menjawab.
- jangan biarkan anda cas telefon bimbit semalaman atau terlalu lama. kalau bateri terlalu panas, boleh menyebabkan meletup.
- jangan letakkan telefon bimbit di sebelah anda semasa sedang dicas. kalau anda ingat ada kes di mana tiba-tiba handphone meletup semasa sedang dicas. innalillah.
- jangan menggunakan telefon bimbit semasa sedang dicas. seperti berita di atas, guna headphone semasa tengah charge. apabila aliran arus yang terlebih disebabkan petir tersebut sampai ke otak manusia, innalillah la ye. sama la kalau korang update blog guna handphone semasa sedang dicas, elakkan ye :)
lovenota : handle with care :D