Saturday, December 20, 2014

Harga Petrol RON95 Turun


Harga RON 95 dan diesel dijangka kurang RM2


Rembau: Harga petrol RON 95 dan diesel dijangka kurang daripada RM 2 seliter bermula 1 Januari tahun depan. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, ini berdasarkan harga minyak dunia sepanjang 18 hari lalu. Katanya, penurunan harga minyak dunia ketika ini memungkinkan harga petrol RON 95 dan diesel akan kurang daripada RM 2 seliter berbanding RM 2.26 dan RM 2.23 seliter sekarang.

"Ini berita baik untuk rakyat jika harga berkekalan 10 hari lagi kerana harga minyak dunia sedang mengalami penurunan sejak 18 hari lalu. Oleh kerana itu, rakyat tidak perlu berdemonstrasi pada 31 Disember ini dan harapan kita untuk 10 hari lagi puratanya akan kekal begitu untuk mendapatkan harga bawah RM 2 seliter,” katanya selepas Majlis Penerangan dan Dialog GST (cukai barang dan perkhidmatan) peringkat Parlimen Rembau di Dewan ILP Pedas.

Jumaat, 19 Disember 2014 @ 6:25 PM
sumber : Harian Metro

******

ini cobaan ke betul-betul kejadian? 
ke hanya nak sedapkan hati rakyat je?

kalau sejak 18 hari lepas harga minyak turun, 
kenapa masih tak turunkan harga sekarang nie jugak eh? 
kenapa kena tunggu 1 Januari 2015 jugak? 

mungkin kena buat kaji selidik kot 
ada buat apa-apa prosedur dulu sebelum turunkan harga 
*sedapkan hati*

takper, we will see 


lovenota : sejak harga minyak naik, nak berjalan ke KL pun kena fikir banyak kali..huhu


Read More »

Friday, December 19, 2014

Simple GA: Vietnam Shawl



Simple GA: Vietnam Shawl

Pemenang Hadiah dipilih secara random.org 
(shawl yg dalam circle).

Tamat bila-bila masa..
(Mungkin dalam masa 24jam).


nak join?
klik pada banner di atas
arigatou!


Read More »

Charyl Chappuis, Pemain Bola Thailand



Sejak perlawanan Malaysia vs Thailand semalam, kecoh jugak la tapi bukan disebabkan gol 0-2 tu, kecoh pasal pemain nombor 7, iaitu pemain tengah Gajah Perang, Thailand iaitu Charyl Chappuis. amboi, kalau nampak pemain bola hensem dan jambu sikit korang suka la yer! menangis para lelaki Malaysia tau tak! orang tengok bola, bukan tengok pemain..hahaha~

Tetapi tak dinafikan Charyl Chappuis nie memang handsome, jambu sikit la ala-ala cute gitu..aishh..puji ciptaan Allah SWT tak pe kan..hehe.


10 Fakta Menarik Pemain Kacak No 7 Thailand, 
Charyl Chappuis

1. Penjaring Gol Pertama Thailand Menentang Malaysia
Chappuis meletakkan Thailand 1-0 mendahului Malaysia menerusi jaringan sepakan penalti. Disebabkan Chappuis ini handsome, jadi ia sedikit sebanyak mengurangkan kemarahan penyokong wanita Harimau Malaya. eh eh, korang nie...haha

2. Berdarah Kacukan Mat Salleh
Baru berumur 22 tahun dan dilahirkan Di Kloten, Switzerland. Ayah Chappuis berasal dari Switzerland manakala ibu Chappuis dari Thailand. patut la muka macam mat saleh kan? bersih gitu..jeles la lelaki malaysia..haha

3. Pahit Untuk Ditelan, Chappuis Gay?
Desas desus terkini, ada yang mengatakan Chappuis ini gay kerana ada gambar di mana Chappuis berpelukan dengan lelaki lain. Berdasarkan foto di bawah, boleh dilihat Chappuis mencium pipi seorang jejaka lain. Adakah dia  seorang gay? Tidak! Itu adik dia la. haha.


4. Maaf Hati Saya Sudah Dimiliki – Chappuis
Buat gadis-gadis di luar sana, lupakan hasrat korang untuk memikat hati Charyl Chappuis sebab dia sudah ada teman wanita @ girlfriend yang berasal dari German. memandai je korang kata dia songsang. ishkk!


5. Pernah mewakili pasukan Switzerland
Percaya atau tidak, Chappuis pernah mewakili skuad bawah-17 Switzerland yang menjulang kejohanan Piala Dunia FIFA U-17 pada 2009, namun memilih untuk mewakili negara kelahiran ibunya, Thailand, sejak tahun lalu.

6. 291 Ribu Followers Instagram
Pemain Thailand ini mempunyai 291 ribu followers Instagram setakat hari ini. bukan main ramai! sesiapa nak cuci mata, nak follow beliau, boleh ke Instagram Charyl Chappuis


7. 72,694 likes Fanclub Facebook
Jumlah likes setakat ini. banyak facebook yang fake di facebook, tetapi yang ini real..kot? rasanya lah..haha. nak like, boleh ke fanpage club Charyl Chappuis


8. Muka Iras Cristiano Ronaldo!
Kalau korang perhatikan betul-betul muka Chappuis ini memang ada iras Ronaldo. Kalau muka dia cengkung sikit memang sebijik lah.


9. Miliki Banyak Kejuaraan Bersama Kelab
Menjuarai Thai Premier League, Thai FA Cup, Thai League Cup, dan Kor Royal Cup bersama dengan Buriram United di Thailand. 

10. Impian Bermain Dengan Barcelona
Menerusi artikel yang dipetik daripada ESPN, Chappuis mendedahkan keinginannya untuk kembali bermain di Eropah satu hari nanti.

Saya mempunyai impian untuk bermain bersama dengan pasukan favourite saya, Barcelona tetapi saya tahu ianya mustahil.



sumber : OhBulan


minat tu minat jugak. tetapi, nanti berikanlah sokongan anda kepada Harimau Malaya. pasti boleh!


lovenota : saya tengok bola pun tengok keputusan je. tak faham sangat bola-bola nie..hehe



Read More »

Segment Let's Inspire Others!! by Kyna



Segment Let's Inspire Others!! by Kyna

saya follower yang ke 53 

4. You can choose to do either of this three, 
i'm warmly welcome if you want to do all of these:

  • Inspirational picture with caption. The caption must not exceeding 25 words and can be in any language (make sure you put the translation if it is not in malay/english) then explain a little bit about the pic and your caption
  • Inspirational quotes. It can either be in any format (dialogue etc.) in any language (also the translation if it is not in malay/english) then explain a little bit about the quotes how it inspires you
  • Inspirational book. A simple essay why the book inspired you, not more than 50 words. (in either english/malay)

Inspirational Quotes


it inspires me because..
ahh, cakap melayu jelah..hahahaa

ia memberi satu inspirasi sebab ia memberi saya kekuatan pada saya setiap hari. setiap hari saya akan berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar sekolah saya, sama ada yang baik atau yang tidak baik. melayan pelajar-pelajar yang nakal, mengada-ngada, gedik nau, menipu pun ada. walaupun banyak sangat kerja yang harus disiapkan pada hari itu, apabila saya membaca quote tersebut ia memberi satu refreshment untuk senyum kembali dan menyiapkan kerja tersebut dengan sebaiknya. saya bersyukur atas kehidupan ini, atas pekerjaan saya yang sekarang ini, memikirkan rakan-rakan seguruan saya yang masih belum posting walaupun dah berbulan-bulan tunggu. saya bersyukur atas semua limpahan yang dikurniakan oleh-Nya

thank you Allah SWT :)

saya tag semua pembaca setia blog saya. 
siapa? faham-faham la siapa yer..hoho!


seronok pulak dok berceloteh. 
lama juga saya tak membebel di blog..haha

nak join?
klik je banner di atas
arigatou!


Read More »

Thursday, December 18, 2014

Segmen: Kapas Putih January 15 Bloglist



Segmen: Kapas Putih January 15 Bloglist

Segmen ni berakhir pada 
11.59 pm, 31 December 2014

nak join?
klik pada banner di atas
arigatou!


Read More »
Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®