Wednesday, January 29, 2014

Kotak - Cinta Jangan Pergi



Lirik Lagu: Kotak - Cinta Jangan Pergi

cinta jangan pernah kau coba pergi
karna di sini ku butuh kamu
cinta jangan pernah kau coba lari
karna di sini ku ingin kamu

aku tak bisa bayangkan
bila kau tak ada di sini
aku tak habis pikirkan
bila kau tak lagi temani aku

aku tak bisa bayangkan
bila kau tak ada di sini
aku tak habis pikirkan
bila kau tak lagi temani aku

cinta jangan pernah kau coba pergi
karna di sini ku butuh kamu
cinta jangan pernah kau coba lari
karna di sini ku ingin kamu, kamu

cinta jangan pernah kau coba pergi
karna di sini ku butuh kamu
cinta jangan pernah kau coba lari
karna di sini ku ingin kamu

cinta jangan pernah pergi
cinta jangan pernah lari
jangan pergi, jangan lari
cinta jangan pernah kau pergi


ianya sudah menjadi lagu kegemaranku
kenapa? 
entah.
cuba elak dari mendengar.
tapi halwa telinga ini suka menghayati bait-bait lirik lagu ini
seperti sedang merayu
menanti dan merintih

perlu ke?

bullshit je. apo yang den merepek neh? cess.

"kebetulan atau suratan?
kita bukan semusim. saya akan buktikan
bila-bila awak dah sedia, saya tunggu awak
saya akan tunggu awak sampai bila-bila - cinta jangan pergi"




lovenota 1: cinta datang dan pergi. cinta sejati dan hakiki hanya kepada Allah swt
lovenota 2: cintaku sebenarnya untuk siapa?

Read More »

Friday, January 24, 2014

Punca kejadian cuaca sejuk di Malaysia


artikel sebelumnya ->

punca fenomena cuaca sejuk yang melanda Malaysia baru-baru ini:


diharap penjelasan ini boleh menjawab semua pertanyaan anda..hehe. memang Qis tak percaya pun bila ada yang mengatakan Indonesia turun salji. huhu

dan sekarang nie ramai yang mengatakan bahawa Malaysia akan turun salji pada tahun 2015 kononnya paksi bumi sudah berubah *entah betul ke tidak, ceq pun tak taw na. dok pikiaq benda yang belum jadi, baik kome semua dok fokus pada benda yang hakiki*. salji takkan ada disebabkan kedudukan negara kita yang berada di garisan khatulistiwa. 

tapi, kita tak tahu apa yang akan terjadi kelak. itu semuanya adalah kuasa Allah swt. kalau Allah swt kata "kunfayakun malaysia turun salji", benda tu jadi jugak kan? wallahu'alam. :)

sekarang sudah keluar berita mengatakan cuaca sejuk akan berakhir pada minggu hadapan [link]. alhamdulillah, memang qis x tahan dengan sejuk2 nie. pagi2 rasa macam tak nak mandi je! pergi kerja harus pakai baju sweater. malam2 soheh kena pakai selimut lagi tebal. sejukk!

btw, esok cuti berganti sempena Perayaan Tahun Baru Cina. rasanya ramai sekolah di malaysia join cuti berganti esok nie kan? hehe. 


lovenota 1: rindu pada si kucing ngek kat rumah mak. Putih namanya. nak gomol2 rasa! 
lovenota 2: confius sebenarnya kucing tu betina ke jantan. tak dapat dikesan lagi..hehe.

Read More »

Thursday, January 23, 2014

Malaysia semakin sejuk. Betul tak?


korang tak rasa ke benda yang qis rasa sekarang nie?

sejuk sangat! 
sekarang dah pukul 9.25 am. selalunya dah rasa panas time macam nie tapi macam ada kat cameron anginnya. aihh! 1st time kipas tidak dibuka time2 macam nie. Qis memang x boleh sejuk2 nie especially tempat ber'air-cond'. nie pun dah selubung dengan sweater. 

tempat korang rasa sejuk tak?

kenapa cuaca di malaysia menjadi sejuk sekarang nie? :(


fenomena cuaca sejuk dalam hadis:

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata:-
Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”
 (Dan pada satu riwayat yang lain:
“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.

[updated]

Banyak bandar dan daerah di Malaysia mengalami cuaca sejuk ekoran angin sejuk monsun Timur Laut. Suhu dingin biasanya direkodkan di Pantai Timur dan kawasan utara Semenanjung Malaysia kerana angin monsun Timur Laut yang cukup kuat.
Angin bertiup dari Tanah Besar China, yang sedang mengalami salji sekarang.
Bandar-bandar seperti Subang Jaya, Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Bharu, Kuantan dan Petaling Jaya mengalami suhu di bawah 25°C, menyamai Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melaporkan pada hari Khamis bahawa dari 1 hingga 22 Januari, suhu yang paling rendah dicatatkan di Kuantan iaitu 21.0°C, Kota Kinabalu 22.1°C, Petaling Jaya 23.6°C, Kota Bharu 23°C, Kuching 22.0°C manakala daerah di utara seperti Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis masing-masing mencatatkan suhu 22.4°C dan 23.3°C
JMM juga menafikan khabar angin bahawa salji turun di Indonesia kerana adalah mustahil untuk sebuah negara tropika mengalami fenomena itu.
sumber: [mStar Online]
artikel seterusnya -> 


lovenota 1: cuaca memang tak menentu sekarang nie. 
lovenota 2: kalau berterusan macam nie, boleh jatuh selsema esok lusa.


Read More »

Tuesday, January 21, 2014

Dapat topup dari Kajian Pendapat Awam


semalam qis check email, ternampak la email yang sangat berharga. sebab apa berharga? sebab dia bagi nilai wang ringgit dalam bentuk tambah nilai @ topup henpon anda. siapa tak nak topup free kan? tipu la korang tak nak! hehe.

how to participate this?
macam mana nak join?

senang je! 
korang pergi laman web Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Manusia, (IPPBM) atau Malaysian Institute for Research in Youth Development. daftarlah sebagai seorang belia dulu *korang sume still belia even da kahwin pun ek..hehe* atau terus klik pada link ini untuk melihat survey untuk dijawab -> [survey]

kalau ada survey diletakkan kat laman web itu, jawab jela mengikut kerelaan dan seikhlas hati. kemudian last sekali, mereka akan minta email dan nombor telco untuk bayaran topup. selalunya dia akan beri RM 10 la dan boleh pilih sama ada nak telco maxis atau celcom *qis nak digi actually, tapi no choice*. qis dah lama ikut survey nie dari zaman belajar lagi. memang selalu jugak dapat topup free nie. *hoho*

senang kan? *dah macam buat iklan MLM je rase*
sambil2 jawab survey tu boleh kita dapat tahu isu semasa dari web belia nie. macam2 manfaat yang anda dapat dalam laman web IPPBM tu

btw, benda ini betul. bukan tipu! percayalahhh~ :P


lovenota 1: sudah dapat katil. best tidur pagi tadi sampai terlewat bangun
lovenota 2: parahhh! :P


Read More »

Saturday, January 04, 2014

Dara: Penting atau Tidak?



tiba2 je qis ketengahkan isu ini. sebab apa?

tadi dok chatting2 dengan orang, tiba2 ada mamat selenge tanya, tumit kaki merekah ke tidak? memang pikir pelik la sebab first time orang tanya macam nie. lepas tu qis pun google pasal nie and the answer is:

petua orang tua untuk tengok seorang wanita punya dara atau tidak, berdasarkan tumit. kalau tumit merah dan licin, maksud anak dara. kalau kurang merah dan dah merekah, means tak berdara la.

la, rupanya macam tu. ada lagi lelaki tanya benda2 macam tu zaman sekarang kan? den golak jela yo. haha.

bagi wanita yang belum berkahwin macam qis *i bujang lagi okey..haha!* mesti la cakap dara itu amat penting sebab itu adalah maruah peribadi seorang gadis yang akan dipersembahkan kepada sang suami yang tercinta apabila berkahwin nanti. tapi ada jugak yang berpendapat, tak ada dara tak menjadi masalah. tak ada pun tak apa kan? hak pandangan masing2. 

ada juga bagi lelaki di luar sana, kalau dah tahu girlfriend dia dah tak ada dara mesti cakap macam nie;
 "kalau tak ada dara, cancel kahwin!
ataupun 
"u tak ada dara? kita putus! break! perempuan murahan!"
tapi kan, selidik dulu sebab musabab semuanya, mungkin ada sebabnya yang para lelaki tidak tahu.

kalau uolss search engine google, banyak artikel yang boleh anda jumpa seperti "cara untuk mengenali gadis masih dara atau tidak", "bila lelaki boleh tahu perempuan dah tak dara/virgin", "bagaimana nak tahu wanita masih dara?". saya baca satu2 fakta yang ditulis, mungkin ada yang boleh diterima tapi kebanyakan rasanya semuanya tak masuk akal langsung.

okey, saya bagi contoh artikel tu:

1. Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba lihat ujung hidung anak perempuan, merahkan?

yela, kalau picit hidung anak2 yang masih kecil contohnya bayi ataupun budak sekolah rendah memang la nampak merah. sebab kulit bayi, budak kecil masih lagi halus dan sensitif, sel-sel kulit masih lagi baru dan masih lagi melakukan pembahagian sel *aku bagi fakta sains katekauu! haha!*. kulit orang dewasa dah tebal *macam kulit den*. picit kuat2 tang mana pun payah nak dapat warna merah menyala tuh. *dapat sakit adalah..haha*

2. Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua telapak tangannya, jikalau retak (urat2 yg mrupai retak), bukan kerana mungkin di sebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia, bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. 

kulit tapak tangan saya memang kasar *sikit je* sebab selalu sangat bermain dengan bahan kimia sejak zaman belajar lagi *main hydrochloric acid, sodium hydroxide, etc, dah macam main sabun je*. tak apa la kalau dia dah kata kecuali kat atas artikel tu kan. tapi bila tapak tangan kasar, memang lah urat2 tuh retak *bingai betul*. ada ke tapak tangan kasar tapi urat2 die halusss cantikk..tidak! kalau masih suci, tapak tangan halus dan licin ye? GRO semua tu tangan diorang licin2 halus2 tau. kalau pegang lembut kot kalah kulit bayi. suci lagi la macam tu? nonsense!

3. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba gengam ibu jari tangannya sebentar saja kira2 satu minit, bila disaat megengam terasa hangat dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, berarti ada harapan masih suci.

ini lagi nonsense sebab bila kita sekat pengaliran darah dan darah tidak mengalir ke hunjung ibu jari, memang ibu jari kita akan terasa panas sebab darah tak sampai ke hujung jari. mesti tak pernah buat eksperimen buang gelang pokok masa sekolah dulu. batang pokok pun boleh kembang sebab tak dapat salurkan nutrien pada dahan. inikan kita manusia. *haiyaa!*

4. perut? perempuan yang sudah hilang dara. perutnya akan mengembang dan sedikit buncit.

buncit2 jangan cakap woo. sensitif bagi wanita. hahaha. dah kalau wanita yang berisi dan yang memang perutnya buncit sebab makan banyak macam mana pulak? unreleven!

banyak lagi lah fakta karut-marut-merapu-meraban yang saya baca. nak tahu pegi google sendiri la. hehe :P

saya suka komen beberapa orang anon; contohnya:

artikel yang tak tepat langsung. sekarang ni wanita dara atau tidak dara amat susah hendak dikesan. 

ada yang dara fizikal tapi mental mereka sudah veteran disebabkan kerap menonton video lucah, atau kerap beronani.

ada yang bentuk badan yang montok memberi tekanan pada badan mereka sendiri mengakibatkan ianya tidak lagi berseri seri walaupun umur masih muda.
dan juga dengan pengaruh make-up, segalanya sudah tidak relevan, sebab boleh diubahsuai bagaimana yang dikehendaki.


dara?
penting sangat ker untuk lelaki?
kalo lelaki, mmg konfem ker teruna?
zaman sekarang, dengan teknologi sekarang ni byk bezanya....
benda ciput dlm hp tu pon bole meransang nafsu, so
tepuk dada tanya rasa.....

yup la. mmg menakutkn ble org ckp 'lelaki dpt bce seseorg tu dara atau tk..well,lau nk tau tnye trus la pd tuan pnye bdn. ap main2 teka n buat andaian sendri berdsarkan mklumat enth pape ni kn. ekeke.. ap pn, dara tu lau bersukan aktif sngt pn leh pecah gak tau. apkah itu pn dkire hilang dare??ngee.. n bgaimana pula dgn prempuan yg hilang dara gara2 dirogol tu??."dia tk rela pn, bahkn mgkin trauma dgn lelaki,so people.please dont judge..kte tk brhak. well, as long as ble kwin nnti,bia la urusan dia ngn suami je kn,

ade wanita y dilahirkan tanpa dara..
siapa kita untuk mengadili org laen..
smua tu urusan dia dgan y maha kuasa..
takde sape y sempurna..kita pon x sempurna ..
jngan ingt kita sempurna utk dapatkan org y smpurna segalanya..

if ur bf/gf ask about ur virginity, for me, he really shows no respect on u. trust me, they aren't really accept u as what u r. If i were u, i'll just left him coz, u deserve someone better than him.
after marriage, if any problems happen, there must be a reason. look back on what u have done before. and ask for forgiveness. don't blame each other, coz nobody can be blamed except urself. hope u guys always happy now and hereafter..('',)

saya suka dengan satu pepatah ini;

Dara tak menjamin kebahagiaan rumahtangga.- Abetan. 
The done is done.- De. 
Enough is enough.- LO.


lovenota 1: ada tak artikel nak kesan lelaki ada teruna atau tidak? hahaha
lovenota 2: paloi sungguh. hahaha. opps! :P

Read More »
Copyright © 2008-2016 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®