
Jumaat minggu lepas selamat sudah sahabat saya, Ain Zaira Bt Rosli diijabkabulkan di Majlis Agama Miri, Sarawak. Dialah sahabat saya, sahabat waktu kecil semasa membesar di Miri, Sarawak dan sahabat pena semasa kita meningkat remaja.
Kalau ingat semua kenangan kita bersama, tersangat banyak. Yela, zaman kecil-kecil adalah zaman yang paling menarik dan paling seronok. Kita membesar bersama-sama di PGA Miri, Sarawak, kediaman berek polis. Saya, awak, nana, ebok, amira, muizz..dah tak ingat siapa lagi. Kita bermain bersama, bergaduh bersama. Sangat lucu sebab pada waktu itu kita...