Monday, December 07, 2015

Buaian Besar Tumbang di Port Dickson Waterfront



Seorang wanita parah manakala dua lelaki cedera ringan apabila buaian besar tumbang di tapak sebuah pesta ria di PD Waterfront, tengah malam tadi. Mangsa wanita dikenali sebagai Hawa Liana Kamar Bashah, 21, manakala dua lelaki lain dikenali sebagai Abd Rahman Mohamad, 35, dan Nor Aminur Rashid Nor Hisham, 17, yang masing-masing menaiki kerusi buaian berasingan. 

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam. Katanya, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.06 tengah malam dan seramai enam anggota bersama satu jentera segera dikejarkan ke tempat kejadian. 


Sebaik tiba di tapak pesta ria itu, katanya anggotanya mendapati buaian itu telah tumbang dan seorang wanita terperangkap pada kerusi buaian. Anggota bomba dengan menggunakan tangga memotong rantai buaian setinggi kira-kira tiga meter dan menurunkan bangku buaian perlahan-lahan, manakala dua lelaki tercampak ke bawah dan hanya mengalami cedera ringan. Semua mangsa segera dihantar ke Hospital Port Dickson.

Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menggantung permit penganjuran pesta ria di PD Waterfront, berkuat kuasa serta merta, berikutan kejadian buaian besar tumbang malam tadi.


Yang Dipertua MPPD, Datuk Ab Khalid Mat, berkata tempoh penggantungan itu adalah sehingga pihaknya mendapat laporan lengkap mengenai kejadian itu dan keselamatan keseluruhan di tapak pesta ria itu. Katanya, penganjur berkenaan memang mempunyai permit yang sah dan biasa mengadakan pesta ria di kawasan itu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, berkata dua mangsa yang cedera ringan, Abdul Rahim Mohd, 35, dan Nor Aminurashid Nurisham, 17, dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban, pagi ini. Katanya, seorang lagi mangsa, Hawaliana Kamal Bashah, 21, patah tulang paha kiri.

Penganjur pesta ria mendakwa hujan lebat yang menyebabkan tanah tidak stabil menjadi punca kejadian itu. Wakil syarikat terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, setiap kali sebelum pesta ria itu beroperasi, kakitangannya akan memeriksa setiap permainan di situ, termasuk buaian besar itu. "Pemeriksaan dijalankan setiap petang bagi memastikan permainan yang disediakan dalam keadaan selamat untuk digunakan. Bagaimanapun, hujan lebat sebelum kejadian itu menyebabkan keadaan tanah menjadi tidak stabil dan mungkin menyebabkan tetulang utama yang menyokong permainan itu tidak stabil dan tumbang," katanya. Pesta ria itu diadakan sejak 1 November lalu hingga akhir bulan ini dan kejadian itu adalah kali pertama berlaku sejak beroperasi di sini, kira-kira 10 tahun lalu.

sumber: Berita Harian

****************************

Semalam saya berada di Waterfront Port Dickson nak makan malam di Sarah Seafood di belakang The Store. Siapa yang biasa makan area belakang The Store tu tahu lah kedai makan mana yang sedap dan murah. Saya selalu makan kat situ sebab mak saya suka dengan sup tulangnya. memang boleh "layan" makanan kat Sarah Seafood tu. Pada masa tu jam 7.30 malam. masa tu hujan betul-betul lebat siap ada guruh kilat bagai. terperangkap juga sekejap di dalam kereta. risau juga pada masa tu sebab PD nie kadang-kadang boleh banjir kilat tiba-tiba jugak. kang tenggelam pulak kereta nie. hahaha.

Tapi kalau penganjur fun fair tu dah cakap macam tu, betul la kot. tanah walaupun ditar cantik mana sekali pun, kalau dah kena hujan, lembutlah juga tanah tu. struktur tanah kawasan situ kena kaji baliklah. nanti jadi macam kejadian tanah mendap di KL pada tahun lepas. buat seram je..huhu.



lovenota : Seram juga kalau naik benda-benda funfair nie..huhu


1 comment:

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®