Monday, December 21, 2015

Cik Siti Jalang


Sabtu lepas ditayangkan cerita klasik melayu arahan A.Aida iaitu "Cik Siti" di TV3. Terniat di hati untuk menggoogle sejarah Cik Siti ini. 



Sejarah Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur atau Cik Siti Jalang. Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan bersebelahan dengan Kampung Kelantan di mana Laksmana Bentan disemadikan bersama dengan Dang Anum dan anaknya yang popular dengan kisah belah perut yang disebabkan sebutir nangka Sultan Mahmud yang telah dimakan oleh isteri Megat Seri Rama (Laksmana Bentan).



Ukiran batu nesan itu dipercayai ukiran yang berasal dari Acheh. Catatan pada batu tanda di makam cik Siti di Kampung Tembioh, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim:
Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyuhur atau Cik Siti Jalang. Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah ini dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran 'Jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali. Kesemua yang menjadi suaminya akan mati setelah mengahwininya. Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh Cik Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperisterikannya. Mereka bersetuju untuk menjadi suami Cik Siti walaupun mengetahui mereka akan dikenakan syarat menyediakan sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumian mereka. Dengan takdir tuhan, Cik Siti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seratus.

Ini versi yang kita tengok kat TV3  dalam slot Cerekarama pada hari Sabtu yang bertajuk "Cik Siti" lakonan Izara Aisyah. Dan suaminya yang ke-100 itu lakonan Rusdi Ramli, seorang yang alim dan warak telah membunuh semua haiwan berbisa termasuklah kala jengking pada malam perkahwinannya. Kemudian, mereka bahagia selamanya. Masa tu dikatakan Cik Siti berumur 46 tahun. Betul ke tidak saya pun tak pasti.

Kalau anda ingat lagi, ada kisah versi lain, tajuknya "Sanggul Beracun" arahan Sabri Yunus lakonan hebat oleh Erra Fazira. 

Kisah bermula seorang wanita jelita; Siti Aminah yang baru berkahwin dan sedang merancang untuk membunuh suaminya pada malam pertama selepas bernikah, dengan menitis beberapa titik racun (bisa kala jengking) dari botol kecil yang disorok di dalam sanggul cantiknya. 

Kisah ini berlaku semasa zaman Malayan Union dulu, sebelum Tanah Melayu merdeka. Siti Aminah, seorang gadis yang dilahirkan buruk dan sering menjadi hinaan dan kutukan orang-orang kampung. Kerana tidak tahan dengan keadaan itu, ayah Siti Aminah bersetuju mengahwinkannya dengan kawannya sendiri. Tapi pembelaan dan perkahwinan itu bermotif jahat, semata-mata hendak merampas harta dan tanah milik keluarga Siti Aminah, sehingga akhirnya dia membunuh ayah mertuanya sendiri. Siti Aminah dihalau keluar dari kampung oleh suaminya yang mengugut menuduh Siti Aminah membunuh ayah sendiri. 
Di dalam hutan, dia disapa oleh seorang “pakcik” dan ditawarkan pertolongan menjadi cantik tetapi harus mengikut syaratnya. Untuk kekal cantik dia harus membunuh suaminya sehingga 100 orang dan setiap perkahwinan tidak boleh melebihi 3 bulan.
Usaha Siti Aminah gagal untuk membunuh suaminya yang ke-100, Hassan kerana kopi beracun sudah ditukar, dan Siti Aminah terminum kopi racunnya sendiri. Anak bekas suaminya yang berdendam muncul untuk membunuh Siti Aminah dengan tangannya sendiri. Hassan menghalang walaupun mereka pernah berpakat begitu. Hassan ditikam di hadapan isterinya dan mereka mati bersama-sama seiring dengan azan Subuh.

Kisah versi ini agak berlainan dari kisah asalnya terapi jalan ceritanya tetap menarik. 

Ada pula kisah Cik Siti Jalang ini mengikut Versi ke-3:
Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang.  
Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari dianiaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab. 
Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan! 
Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami. 
Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat. Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

Tidak diketahui yang mana satu versi yang betul. Cerita hikayat ini pernah saya baca dalam buku hikayat cerita melayu pada zaman saya sekolah dulu. Dulu saya sangat suka membaca buku kisah-kisah rakyat macam nie. 

Bila kita ceritakan balik semua kisah ini, bukannya kita nak mengaibkan si arwah. Jadikan cerita ini satu pengajaran. Kalau ikutkan cerita cerekarama tu, janganlah menderhaka kepada ibu. Itulah natijahnya. Dia pun tak minta nak suami sampai 100 orang. 

Sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, kerana beliau tiada zuriat yang akan mendoakannya. Amin.


lovenota: begitu seronok dengan hikayat melayu klasik. Nak tukar profesion rasa. 


7 comments:

  1. Seronok juga sesekali baca kisah hikayat sebegini...

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah utk arwah..
    Banyak sggh versinya..
    Terlepas plak ibu nak tgk cite Cik Siti tu..
    Aqil asyik nak tgk katun dia ja.. ;)

    ReplyDelete
  3. nice story sis.... kusyuk akak baca, rupanya citer ni kisah benar... erm... menarik sgt!

    ReplyDelete
  4. Adik ada buka hari tu, tapi aina suruh dorang tutup, aina kata dh takde citer lain ke. ahhaa. alih2 hari akak citer plak. macm best lah pulak. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opkos la best aina. Ape la..hihi. xpe..ley tengok kat tonton.

      Delete

komen yang baik2 je taw!
thanks! arigatou! gracias! danke! gamsahabnida!
(✿◠‿◠)

Copyright © 2008-2020 by Ⓜⓘⓢⓢ Ⓑⓐⓛⓠⓘⓢ™. All Right Reserved ®