#Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari
nak skip beberapa entry. tak larat jugak nak cover entry yang tak buat-buat lagi tu..hehe
Day 14, sila abaikan gambar perempuan bikini di atas..hehe
Hari 14 : Cerita Kasut Saya
bila buat BW tadi, rata-rata semua cerita pasal kasut diorang. macam-macam stail ade..hehe. saya tak rasa nak cerita pasal kasut sendiri..tapi pasal kasut yang berubah mengikut peredaran zaman.
tahun 1987, saya dilahirkan. kasut saya sangat comel.
beberapa tahun kemudian, dah boleh berjalan sendiri
bila dah reti lompat-lompat, main lari-lari, dah pakai kasut canggih sikit. jalan sikit dah ada lampu lip lap lip lap berwarna warni.
apabila menjangkau umur 5 tahun, dah pergi tadika dengan kasut sekolah
balik dari sekolah, pakai kasut yang ada satu roda sambil main kejar-kejar dengan kawan-kawan
bila dah masuk sekolah rendah, kasut yang digunakan masih lagi kasut ala budak-budak, main tarik-tarik..guna kaki pun boleh tarik
lepas balik sekolah sarung selipar, ambil selipar adik mak ayah main baling selipar pulak.
dah naik sekolah menengah, dah tak pakai kasut ala budak-budak yang main tarik tutup tu. main kasut tali pulak. lepas tu nak jenama Jazz je. pengaruh orang KL kot..haha!
bila dah rasa besar sikit, tak best ikat tali kasut cara biasa. disebabkan kreatif sangat masa tu, ikat tali kasut cara tikar. masa tu semua kengkawan pandang hebat la. susah nak ikat kasut macam tu, katanya la..hehe
petang-petang kat kawasan perumahan main kasut roller blade. kalau rajin, turun kat gelanggang bola keranjang kat Taman Setiawangsa main pusing-pusing kat situ. kalau jatuh tu jangan kira, banyak kali dah berdarah lutut sebab main kat jalan tar. haha
bila dah habis zaman persekolahan, masuk matrikulasi setahun pada tahun 2005. dah mula berjinak-jinak pakai kasut perempuan. maksudnya pakai kasut tumit tinggi @ high heels. tapi yang tumit rendah je. kalau tinggi tu tak stabil. komfirm jatuh kalau pakai. oh, ini semua pengaruh room-mates. memang girly la dia. tu yang terikut..hihi.
bila masuk zaman Universiti pada tahun 2006, tak larat nak pakai tumit sangat. kadang-kadang je. tapi bila dah Semester 4 ke atas, pakai kasut kanvas memanjang. pergi kuliah pakai seluar track dengan blous dan kasut Converse. keluar jalan-jalan pun kasut kanvas. dan masih ikat tali tikar tu. simple giler..haha
bila sudah graduation, dapat posting pada tahun 2010. kena tinggalkan zaman kasut Converse, mula memakai kasut perempuan balik. alih-alih, sehingga kini saya pakai kasut rendah, atau soft-heels
banyak koleksi saya kasut rendah macam nie. bila pakai pergi kerja, sangat selesa. boleh jalan cepat-cepat, nak lari pun boleh. sebab tu suka pakai kasut macam nie..hehe.
panjang pulak story pasal kasut ye. hehe :)
Read More »